23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 18, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

Editor by Editor
13/04/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Mohamad Syazmin Sulaiman¹, Lt. Kol. Bersekutu (Pa) Prof. Madya Sr Ts. Gs. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud², Ts. Dr. Noorashikin Md Noor³

¹Pelajar Doktor Falsafah,
Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia

²Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia

³Pensyarah Kanan, Pusat Pencerapan Bumi, Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Malaysia mempunyai iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun dengan purata suhu harian antara 26°C hingga 32°C dan kelembapan yang tinggi, biasanya antara 70% hingga 90%. Malaysia mengalami peralihan cuaca yang ketara sepanjang tahun khususnya di Semenanjung Malaysia, dipengaruhi oleh dua monsun utama iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Monsun timur laut merupakan satu peristiwa tahunan yang mesti dihadapi oleh penduduk di Negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. Monsun Timur Laut, satu fenomena cuaca yang berlaku antara bulan November dan Mac dan kesannya yang signifikan terhadap landskap dan kehidupan rakyat Malaysia. Saban tahun kita disajikan dengan peristiwa bencana banjir besar dan laut bergelora dengan kuat di negeri-negeri Pantai timur apabila tiba Monsun Timur Laut.

Gambar 1. Suasana pagi di Jeti nelayan, Kuala Terengganu

Monsun Timur Laut adalah tiupan angin kencang dari arah timur laut. Angin ini membawa udara kering dan sejuk dari bahagian pedalaman China dan Asia Timur, mengakibatkan perubahan ketara dalam corak cuaca di Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya, negeri Pantai Timur Malaysia iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang mempunyai taburan hujan yang tinggi. Berbeza dengan Monsun Barat Daya yang umumnya membawa cuaca panas dan kering ke seluruh negara, Monsun Timur Laut membawa musim kemarau di kebanyakan bahagian Semenanjung, kecuali di pantai timur. Di pantai timur, angin timur laut membawa bersama kelembapan yang tinggi dari Laut China Selatan, menyebabkan hujan lebat dan peningkatan risiko banjir. Fenomena ini sering kali membawa kerosakkan dan kerugian ekonomi yang besar kepada penduduk di kawasan pinggir Pantai negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Selain hujan lebat di pantai timur, Monsun Timur Laut turut mempengaruhi suhu dan kelembapan udara di seluruh Semenanjung. Suhu udara cenderung sedikit lebih rendah berbanding dengan musim tengkujuh, manakala kelembapan udara juga lebih rendah. Namun, tiupan angin kencang yang berterusan menyebabkan keadaan laut yang bergelombang, menjejaskan aktiviti perikanan dan pelancongan maritim. Segala aktiviti ekonomi yang melibatkan pinggir Pantai dan laut akan dihentikan dengan serta merta. Masyarakat pinggir Pantai khususnya nelayan tidak dapat turun ke laut untuk memukat hasil laut.

Kesan Monsun Timur Laut terhadap ekonomi Malaysia juga tidak boleh diabaikan. Banjir di pantai timur kerap kali mengakibatkan kerosakan harta benda dan infrastruktur yang besar, menjejaskan sektor pertanian, perikanan dan pelancongan. Kerosakan infrastruktur seperti bangunan, jalan raya dan talian elektrik juga menyumbang kepada kerugian ekonomi dan mengganggu kelancaran kehidupan harian penduduk. Selain itu, Kesan monsun timur laut ialah mengancam nyawa penduduk setempat apabila laut bergelora dan ombak yang kuat. Kebiasaannya, Masyarakat pinggir laut di negeri Terengganu dan Kelantan sememangnya sinonim dengan penempatan dan kediaman mereka yang benar benar hampir dengan pinggir Pantai. Apabila berlakunya monsun timur laut dan air pasang besar secara serentak, kesannya mendatangkan musibah kepada penduduk pinggir Pantai itu sendiri.

Monsun Timur Laut adalah satu fenomena cuaca yang kompleks dan berimpak tinggi di Malaysia. Walaupun ia membawa musim kering di sebahagian besar negara, tetapi juga mendatangkan ancaman banjir yang serius di pantai timur. Pemahaman yang teliti terhadap ciri-ciri dan kesan monsun ini adalah amat penting untuk merangka strategi pengurusan bencana dan mitigasi yang efektif bagi mengurangkan impak negatifnya terhadap ekonomi dan kehidupan penduduk. Usaha berterusan dalam pemantauan cuaca, sistem amaran awal dan pembangunan infrastruktur yang lebih tahan lasak dan tahan jangka masa panjang adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

 

Impak Monsun Timur Laut dan Perubahan Iklim

Negeri Terengganu, dengan garis pantainya yang indah saujana mata memandang dan kaya dengan sumber laut, telah mengalami satu babak hakisan pantai yang amat membimbangkan. Fenomena ini bukan sekadar proses geologi semula jadi, tetapi diperburuk oleh faktor-faktor luaran seperti intensiti Monsun Timur Laut dan kesan perubahan iklim global.

Gambar 2. Kawasan jalan raya dan rumah penduduk berisiko dihanyut ke laut akibat masalah hakisan pantai di Batu Rakit, Terengganu, 8 December 2024.

Proses hakisan pantai sememangnya berlaku secara semula jadi, disebabkan oleh tindakan gelombang, arus dan angin. Namun, peningkatan frekuensi dan intensiti Monsun Timur Laut, yang dikaitkan dengan perubahan iklim, telah mempercepatkan kadar hakisan ini dengan ketara. Monsun Timur Laut, yang berlaku antara bulan November dan Mac, membawa angin kencang dari arah timur laut. Angin, apabila digabungkan dengan kenaikan paras air laut akibat pemanasan global, menghasilkan gelombang yang lebih kuat dan lebih kerap menyerang Kawasan pinggir pantai negeri negeri Pantai Timur khususnya negeri Terengganu. Tenaga kinetik gelombang yang meningkat ini mampu melonggarkan dan mengikis pasir pantai dengan lebih agresif, menyebabkan pengurangan ketara garis pantai.

Selain daripada kuasa gelombang yang lebih kuat, Monsun Timur Laut turut menyumbang kepada hakisan melalui beberapa mekanisme lain. Hujan lebat dan ribut yang sering berlaku semasa monsun boleh menyebabkan hakisan tanah di kawasan hulu, seterusnya membawa lebih banyak sedimen ke laut. Kehadiran sedimen ini tidak selalu membawa kesan yang positif kepada kawasan pantai, malah dalam sesetengah keadaan, ia boleh menimbulkan masalah hakisan atau perubahan bentuk muka bumi pantai .

Kehilangan tumbuh-tumbuhan pinggir pantai juga merupakan salah satu faktor dominan menyumbang kepada hakisan. Tumbuh-tumbuhan seperti bakau dan pokok-pokok pantai bertindak sebagai pemampan semula jadi terhadap tenaga ombak. Namun, ribut dan angin kencang semasa Monsun Timur Laut boleh merosakkan atau menghapuskan tumbuh-tumbuhan ini, sekali gus mendedahkan pantai kepada hakisan yang lebih teruk. Pembangunan pinggir pantai yang tidak terkawal juga menyumbang kepada kehilangan tumbuh-tumbuhan ini, memperburuk lagi masalah hakisan Pantai

Perubahan arus laut akibat Monsun Timur Laut juga memainkan peranan. Perubahan corak arus ini boleh mengurangkan pengumpulan sedimen semula jadi ke pantai atau meningkatkan kehilangan sedimen ke laut, menjadikan pantai lebih terdedah kepada hakisan. Gabungan faktor-faktor ini, ditambah buruk oleh perubahan iklim, telah menyebabkan hakisan pantai di Terengganu menjadi lebih ketara dan membimbangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kesimpulannya, hakisan pantai yang dialami Terengganu merupakan satu isu yang kompleks dan multi-dimensi. Ia bukan sahaja disebabkan oleh proses semula jadi, tetapi juga diperburuk oleh intensiti Monsun Timur Laut dan perubahan iklim. Untuk menangani masalah ini, pendekatan yang holistik dan bersepadu adalah diperlukan, melibatkan usaha pemuliharaan alam sekitar, pengurusan pembangunan pesisir yang mampan dan pengukuhan infrastruktur pesisir. Usaha ini perlu dilakukan secara kolaboratif antara kerajaan, pihak swasta, dan masyarakat setempat untuk memastikan kelestarian pantai Terengganu untuk generasi akan datang.

Tanggungjawab Penduduk Setempat dalam Mitigasi Hakisan Pantai di Terengganu

Gambar 3. Bekas Jeti Arwana, Kijal, Terengganu yang damai

Hakisan pantai di Terengganu, yang semakin membimbangkan akibat intensiti Monsun Timur Laut dan perubahan iklim, memerlukan pendekatan holistik yang melibatkan pelbagai pihak. Walaupun kerajaan dan agensi-agensi berkaitan memainkan peranan utama dalam perancangan dan pelaksanaan strategi mitigasi, penduduk setempat memegang tanggungjawab masing masing yang tidak kurang pentingnya. Mereka adalah barisan hadapan dalam usaha melindungi pantai dan memastikan kelestariannya untuk generasi akan datang.

Pertama sekali, kesedaran dan pemahaman yang mendalam tentang isu hakisan pantai adalah asas kepada sebarang tindakan berkesan. Penduduk pinggir Pantai wajar sedar “Pantai adalah rumah mereka sendiri”. Penduduk perlu didedahkan dengan maklumat tentang punca-punca hakisan, iaitu gabungan proses semula jadi seperti tindakan ombak dan arus serta faktor-faktor luaran seperti kenaikan paras air laut dan intensiti Monsun Timur Laut. Program kesedaran yang berkesan, yang disampaikan melalui pelbagai medium seperti ceramah, bengkel dan kempen media sosial, adalah penting untuk membina pemahaman bersama tentang masalah ini dan peranan individu dalam menanganinya. Lebih penting lagi, penduduk perlu memahami hubungan antara perubahan iklim, Monsun Timur Laut, dan hakisan pantai, supaya mereka dapat menghayati keperluan untuk tindakan kolektif.

Penglibatan aktif dalam program pemuliharaan pantai adalah satu lagi tanggungjawab penting penduduk setempat. Mereka boleh menyertai aktiviti penanaman pokok bakau dan tumbuhan pinggir laut yang membantu menstabilkan garis pantai dan mengurangkan hakisan. Aktiviti gotong-royong membersihkan pantai daripada sampah sarap dan bahan pencemar lain juga amat penting. Sampah-sarap bukan sahaja mencemarkan persekitaran, tetapi juga boleh mengganggu ekosistem pantai dan mempercepatkan proses hakisan. Selain itu, penduduk boleh dilatih sebagai pemerhati pantai, melaporkan sebarang tanda-tanda hakisan yang luar biasa kepada pihak berkuasa. Maklumat awal ini amat berguna dalam usaha mitigasi dan pencegahan yang lebih berkesan.

Di samping itu, amalan lestari oleh penduduk setempat adalah penting untuk memastikan kesihatan dan kelestarian pantai. Ini termasuklah mengamalkan pengurusan sisa pepejal yang bertanggungjawab, mengurangkan penggunaan plastik, dan mengitar semula bahan-bahan terbuang. Penggunaan sumber alam sekitar secara mampan dan mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan ekosistem pantai, seperti pembinaan haram di kawasan pantai, juga perlu ditekankan. Penduduk juga perlu menyokong usaha kerajaan dalam melaksanakan dasar dan program untuk mengurus dan mengurangkan hakisan pantai, termasuklah mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

Akhir sekali, perkongsian maklumat dan kesedaran komuniti adalah penting. Penduduk perlu menyebarkan maklumat tentang hakisan pantai kepada jiran tetangga dan komuniti mereka melalui pelbagai saluran. Komunikasi yang efektif dan kerjasama erat antara penduduk setempat dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan adalah penting untuk memastikan kejayaan sebarang usaha mitigasi.

Kesimpulannya, tanggungjawab penduduk setempat dalam mitigasi hakisan pantai di Terengganu adalah pelbagai dan saling berkait. Kesedaran, penglibatan aktif, amalan lestari, dan perkongsian maklumat adalah elemen penting dalam membentuk satu komuniti yang bertanggungjawab dalam melindungi khazanah alam sekitar yang berharga ini. Hanya dengan kerjasama antara semua pihak, iaitu penduduk setempat, kerajaan dan agensi berkaitan, kita dapat menangani isu hakisan pantai dengan lebih berkesan dan memastikan kelestarian pantai Terengganu untuk generasi akan datang.

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: hakisan pantaiHakisan Pantai TerengganuMitigasi Hakisan PantaiMonsun Timur LautPantai Timur Terengganuperubahan iklimTs. Dr. Noorashikin Md Noor
ShareTweetShare
Previous Post

Penggunaan Probiotik Bacillus velezensis sebagai Biokawalan Patogen Bakteria dalam Akuakultur

Next Post

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

Editor

Editor

Related Posts

Metamaterial; Penyelesaian Inovatif Atasi Pencemaran Bunyi
Berita & Peristiwa

Metamaterial; Penyelesaian Inovatif Atasi Pencemaran Bunyi

11 hours ago
Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?
Berita & Peristiwa

Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?

2 days ago
Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia
Berita & Peristiwa

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia

1 week ago
Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya
Berita & Peristiwa

Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya

2 weeks ago
Next Post
Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In