23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, April 17, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami

Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami

Editor by Editor
13/04/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Dr. Dony Adryansyah

Pensyarah Kanan,
Program Geosains Marin, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), Universiti Malaysia Terengganu

Gempa bumi yang berlaku di perairan berhampiran Kudat di utara Sabah pada 23 Februari 2026 pukul 12:57 pagi waktu tempatan (2026-02-22 16:57:46 UTC) mempunyai magnitud kuat, iaitu ML6.8 (magnitud lokal) atau Mw7.1 (magnitud momen), merupakan gempa bumi dengan magnitud terbesar pernah direkodkan di Malaysia sehingga hari ini.

Gempa bumi ini terjadi di pusat gempa dengan koordinat 6.829°N 116.264° E dengan kedalaman lebih 600 km (seperti yang dilaporkan oleh MetMalaysia dan USGS), sehingga dikelaskan sebagai gempa dalam (deep earthquake). Gegaran gempa ini dinyatakan boleh dirasai oleh penduduk di pantai barat Sabah seperti di Kota Kinabalu, sehingga ke beberapa tempat di Sarawak.

Walaupun gempa bumi merupakan fenomena semula jadi yang biasa berlaku akibat pelepasan tenaga secara tiba-tiba di dalam bumi yang menghasilkan gelombang seismik, namun kejadian gempa bumi Sabah ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam masyarakat, khususnya berkaitan punca gempa, risiko tsunami, serta implikasinya terhadap keselamatan awam.

Konteks Saintifik Aktiviti Seismik di Sabah

Secara geologi, Sabah kerap mengalami aktiviti seismik kerana kedudukannya berhampiran sistem tektonik kompleks di kawasan utara Borneo, yang dipengaruhi oleh interaksi beberapa plat tektonik aktif yang bergerak mengikut arah dan kelajuan yang berlainan, iaitu Plat Eurasia, Plat Filipina, Plat Pasifik, dan Plat India-Australia (Gambar 1).

Gambar 1. Peta lokasi kejadian gempa bumi Sabah 23 Februari 2026 dikaitkan dengan kerangka tektonik serantau

Namun demikian, kawasan ini masih tidak seaktif berbanding zon seismik seperti Indonesia atau Filipina yang terletak berhampiran sempadan plat. Walaupun kejadian seperti gempa bumi di perairan Kudat ini jarang berlaku, gempa kecil hingga sederhana di kawasan Sabah bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam rekod seismik serantau, termasuk gempa Lahad Datu 1923 (M6.6) dan gempa Ranau 2015 (M6.0) yang berlaku akibat pergerakan sesar tempatan.

Kejadian gempa di sebelah Barat Laut Sabah yang berhampiran dengan Palung Borneo Barat Laut (NW Borneo Trough) di Laut China Selatan ini dijangka berkaitan dengan zon penunjaman (subduction zone) yang selama ini tidak aktif. Kedalaman gempa yang sangat besar (lebih 600 km) menunjukkan bahawa ia berlaku jauh di dalam mantel bumi (Gambar 2), yang kemungkinan berkaitan dengan proses subduksi slab tektonik ini, iaitu sistem zon penjunaman Palung Borneo barat Laut (NW Borneo Trough Subduction Zone) yang tenggelam ke dalam mantel (Gambar 3). Oleh itu, gempa ini tidak berpunca secara langsung daripada sesar aktif di dasar laut berhampiran, tetapi lebih berkaitan dengan proses tektonik yang berlaku jauh di bawah permukaan bumi.

Gambar 2. Bahagian dalaman bumi yang terbahagi kepada beberapa lapisan berdasarkan komposisi dan sifat fizikalnya. Lapisan mantel terletak di antara kerak bumi (crust) dan teras bumi (core) bermula pada kedalaman 30-70 km sehingga 2,900 km ke dalam bumi (https://geography4u.com/layers-of-the-earth/amp/).
Gambar 3. Tafsiran mekanisma gempa bumi Sabah 23 Februari 2026 (diubahsuai dari tes.com)

Dalam konteks ini, penyelidik dalam bidang geosains marin memainkan peranan penting dalam memahami risiko gempa dasar laut. Antara peranan utama mereka termasuk memetakan zon penjunaman dan struktur geologi (seperti sesar aktif) di dasar laut yang berpotensi untuk aktif, mengkaji sejarah gempa dan tsunami di kawasan berkenaan, mentafsirkan potensi tsunami, dan menyumbang kepada pembangunan sistem amaran awal bencana. Kajian yang berterusan oleh ahli geosains membantu meningkatkan pemahaman tentang dinamika tektonik di kawasan ini dan memperkukuhkan strategi mitigasi bencana bagi kawasan pesisir dan sekitarnya.

Risiko Tsunami

Walaupun magnitud gempa agak besar dan berlakunya di kawasan perairan (laut), kejadian ini tidak mencetuskan tsunami. Salah satu sebab utama ialah kedalaman hiposentrum yang sangat dalam. Gempa bumi yang berlaku pada kedalaman ratusan kilometer biasanya tidak menyebabkan perubahan mendadak pada dasar laut. Tanpa perubahan bentuk dasar laut, tenaga tidak dapat dipindahkan ke lautan untuk menghasilkan gelombang tsunami. Secara umum, tsunami biasanya berlaku apabila beberapa syarat utama dipenuhi, antaranya:

  • Gempa berlaku di dasar laut.
  • Gempa mempunyai magnitud yang besar (biasanya >7.0 Skala Magnitud).
  • Pergerakan sesar menghasilkan perubahan menegak dasar laut yang signifikan.
  • Kedalaman gempa relatif cetek (biasanya <70 km).

Dalam kes gempa di perairan Kudat, tenaga yang dibawa oleh gelombang seismik dilepaskan terlalu jauh dari dasar laut untuk menghasilkan perubahan dasar laut yang ketara. Oleh itu, tiada perubahan dasar laut yang signifikan dan sistem pemantauan tsunami tidak mengesan sebarang anomali paras laut selepas kejadian tersebut.

Keselamatan Awam

Selepas sesuatu kejadian gempa bumi, kemungkinan berlakunya gempa susulan (aftershock) sentiasa wujud. Walau bagaimanapun, gempa susulan biasanya lebih berkaitan dengan gempa cetek yang melibatkan pergerakan sesar di kerak bumi. Dalam kes gempa dalam seperti yang berlaku di perairan Kudat ini, kebarangkalian gempa susulan yang dirasai di permukaan adalah lebih rendah.

Bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pesisir pantai, tiada langkah kecemasan khusus diperlukan kerana tiada ancaman tsunami dilaporkan oleh pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, masyarakat digalakkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan mengelakkan penyebaran maklumat tidak sahih di media sosial.

Mesej utama yang perlu disampaikan kepada masyarakat ialah bahawa gempa bumi ini merupakan fenomena tektonik semula jadi yang tidak menimbulkan ancaman tsunami, dan keadaan adalah selamat. Penjelasan saintifik yang jelas amat penting untuk mengelakkan panik serta meningkatkan kefahaman masyarakat tentang risiko geobencana.

Gempa bumi yang berlaku di perairan berhampiran Kudat merupakan gempa bermagnitud lokal 6.8 pada kedalaman >600 km, menjadikannya gempa terbesar pernah direkodkan di Malaysia dan dikelaskan sebagai gempa dalam yang berkaitan dengan proses tektonik dalam mantel bumi. Disebabkan kedalamannya yang sangat besar, gempa ini tidak menyebabkan perubahan dasar laut yang signifikan dan oleh itu tidak mencetuskan tsunami.

Walaupun Sabah tidak berada di zon seismik utama, aktiviti gempa sederhana masih boleh berlaku akibat interaksi sistem tektonik di rantau Asia Tenggara. Pengetahuan saintifik serta komunikasi risiko yang jelas amat penting bagi memastikan masyarakat memahami fenomena ini tanpa menimbulkan panik.

Biodata Penulis: Dr. Dony Adryansyah Nazaruddin merupakan pensyarah dalam program Geosains Marin di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Beliau memiliki kepakaran dalam bidang geosains dengan fokus kepada tektonik dan struktur geologi, pemetaan geologi serta geowarisan . Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Geologi & Geofizik dari Prince of Songkla University (PSU) , Thailand, selain memiliki latar belakang dalam bidang geologi melalui pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Gadjah Mada (UGM) , Indonesia. Beliau boleh dihubungi melalui email: dony@umt.edu.my

LiterasiLautanUntukSemua

*Artikel ini diterbitkan atas inisiatif dan tajaan ‘OceanHOPE Project’ dari Universiti Malaysia Terengganu bagi meningkatkan tahap literasi lautan kepada orang ramai bersempena sambutan 25 Tahun UMT: Menerajui Agenda Ekonomi Biru Negara. Sila layari https://oceanhope.umt.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

 

Tags: aktiviti seismik Perairan SabahDony AdryansyahFakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM)gempa bumi Sabahmemahami fenomena gempa bumiOceanHOPE Projectplat tektonikProgram Geosains Marinrisiko tsunamiTsunamiUMTUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Pembungkusan Fleksibel: Teknologi di Sebalik Produk Harian

Next Post

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

Editor

Editor

Related Posts

Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?
Alam Semulajadi

Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?

4 hours ago
Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?
Berita & Peristiwa

Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?

1 day ago
Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

2 days ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

3 days ago
Next Post
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In