23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa

Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa

Editor by Editor
01/09/2025
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Hamdan Hj. Abu
(Rencana Khas Sempena Sambutan Hari Terbuka Rumah Api Sedunia 2025)

 

Rumah Api Tanjong Datu yang terletak dalam kawasan Taman Negara Tanjong Datu di Lundu Sarawak   dipilih oleh penggiat radio amatur Sarawak sebagai lokasi penganjuran The International Lighthouse and Lightship Weekend (ILLW) bermula 17 hingga 18 Ogos 2025 yang lalu serentak dengan lapan lagi rumah api di seluruh negara. Lebih 100 orang penggiat radio amatur telah menjayakan ILLW tersebut.

ILLW ialah acara tahunan antarabangsa penggiat radio amatur daripada 95 negara seluruh dunia yang dijalankan pada minggu ketiga bulan Ogos setiap tahun. Acara tahunan itu yang juga merupakan Hari Terbuka Rumah Api seluruh dunia bertujuan untuk menggalakkan kesedaran awam mengenai perairan maritim, bangunan rumah api dan kapal suar (lightship) yang begitu penting  kepada pelayaran kapal-kapal di lautan.

Pada masa sama ILLW juga bertujuan mempromosi maklumat berkaitan radio amatur yang menjadi komunikasi alternatif lebih-lebih lagi pada kala kecemasan  atau bencana. Radio amatur ialah komunikasi radio dua hala yang telah wujud sejak 1930-an dan digunakan di seluruh dunia. Sebelum adanya telefon selular, sejak dulu lagi rumah api dilengkapkan dengan sistem komunikasi radio dua hala sebagai medium komunikasi utama dan ia kekal hingga kini.

Di seluruh Malaysia terdapat 43 buah rumah api kebanyakannya di bina sebelum merdeka. Daripada jumlah itu, sebanyak 14 rumah api terletak di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, di Sabah (22) di Sarawak (7) yang ditadbir oleh Jabatan Laut Malaysia. Terdapat lebih 20,000 rumah api di dunia dengan Amerika Syarikat memiliki lebih daripada 1,200 buah.

Walaupun rumah api penting kepada kapal-kapal sejak ratusan tahun dahulu, kini pembinaan rumah api baru tidak lagi mendesak disebabkan kapal-kapal telah menggunakan sistem navigasi elektronik termoden seperti Global Positioning System (GPS) dan Automatic Identification System (AIS). Oleh yang demikian, rumah-rumah api sedia ada mencukupi dan pihak berkuasa akan terus memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik.

Aplikasi GPS yang menggunakan satelit boleh memberikan maklumat kedudukan yang tepat di lautan. Manakala sistem AIS memungkinkan kapal untuk berkomunikasi sesama kapal  termasuk berhubung dengan stesen di daratan atau pelabuhan untuk pelbagai maklumat penting seperti identiti sesebuah kapal, keselamatan pelayaran, kedudukan dan posisi semasa. AIS juga berupaya memberikan maklumat  kecepatan pelayaran dan arah kapal secara masa benar (real-time) di samping mendapatkan maklumat cuaca, air pasang surut dan paras air di sesuatu kawasan pelayaran.

Pemeliharaan Kawasan Maritim

Sejak dahulu, program ILLW juga bertujuan menyemai kesedaran seluruh lapisan masyarakat berkaitan pemeliharaan dan pemulihan kawasan maritim.  Ia juga memupuk ikatan muhibah di kalangan penggiat radio amatur antarabangsa untuk berkomunikasi menggunakan radio frekuensi tinggi (HF) di seluruh dunia di samping bertukar maklumat mengenai negara masing-masing.

Walaupun kawasan rumah api merupakan kawasan larangan, namun semasa ILLW berlangsung, pentadbir rumah api membukanya kepada orang ramai khususnya kepada penduduk sekitar dengan tujuan memberi maklumat melalui aktiviti kesedaran awam.  Sepanjang dua hari ILLW berlangsung, pentadbir rumah api dan kapal-kapal di perairan digalakkan untuk menyalakan lampu-lampu rumah api dan kapal-kapal pada waktu malam.

Rumah Api Tanjong Datu terletak di dalam kawasan Taman Negara dan bersempadan dengan Kalimantan Timur di kepulauan Borneo. Di kalangan penggiat radio amatur, pemilihan Rumah Api Tanjong Datu  merupakan antara usaha signifikan penggiat radio amatur Sarawak untuk memeriahkan dan mempromosi Bumi Kenyalang itu ke peringkat antarabangsa menggunakan kaedah unik menerusi gelombang radio amatur. Operator yang membuat komunikasi dengan stesen radio amatur negara luar antara lain akan memberi pelbagai maklumat seperti lokasi pelancongan popular, budaya, cara hidup dan masyarakat berbilang kaum di negeri itu dan Malaysia amnya.

Selanjutnya, semua penggiat radio amatur yang dapat berkomunikasi semasa acara ILLW berlangsung akan bertukar-tukar Kad QSL sebagai bukti berlakunya komunikasi antara dua pihak. Pada masa lampau kad itu dihantar menerusi pos tetapi sejak kebelakangan ini kerana bayaran pos antarabangsa yang mahal, mereka menggunakan Kad QSL digital sebagai ganti.

Penyertaan Murid SMK Batu Kawa

Di Rumah Api Tanjong Datu, program ILLW diketuai oleh Presiden Persatuan Rekreasi Radio Amatur Sarawak (PERAS), Lawrence Yong Chwan San yang akan disertai seramai 12 orang penggiat radio amatur. Selain itu, turut menyertainya kira-kira 60 orang yang lain dari kalangan murid, guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawa untuk merasai sendiri pengalaman di rumah api tersebut.

Kata Yong, beliau sering terlibat secara aktif dalam mempromosikan radio amatur di kalangan belia, terutamanya melalui program berasaskan sekolah dan Pergerakan Pengakap seperti  Jambori on The Air  dan Jambori in The Internet (JOTA-JOTI). Beliau yang juga guru SMK Batu Kawa memiliki lesen radio amatur kelas A dengan isyarat panggilan 9M8YCS sudah mengendalikan ILLW sejak tahun 2017. Bagaimanapun kegiatan itu tidak dapat dijalankan pada 2020 apabila negara diserang wabak Covid-19 dan dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan (PKP).

Di bawah bimbingan beliau, pelajar SMK Batu Kawa, Kuching mendapat pengalaman secara langsung mengenai komunikasi radio amatur di lapangan atau ketika kecemasan tambahan pula Yong yang juga guru SMK Batu Kawa merupakan Penyelaras Inisiatif Utusan Keamanan Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM).

Ditanya mengenai cabaran mengendalikan ILLW di rumah api itu, beliau berkata, antaranya ialah kedudukan rumah api yang terletak di barat daya Sarawak dan bersempadan dengan Kalimantan itu  hanya boleh diakses menggunakan bot atau kenderaan pacuan empat roda sahaja. Menggunakan bot terpaksa berhadapan dengan keadaan cuaca tidak menentu dan juga kemungkinan dilanda ombak besar.

Tambah Yong, kemudahan di rumah api itu juga terhad seperti ketiadaan sumber tenaga kekal, tiada  kemudahan komunikasi seperti telefon dan selain peralatan radio yang banyak, juga perlu membawa barang keperluan termasuk makanan, ubat-ubatan dan jana kuasa atau panel solar untuk mengecas bateri.

Kata Yong lagi, “Rumah Api Tanjong Datu yang terletak dalam kawasan Taman Negara merupakan kawasan habitat hidupan marin berbisa seperti ular laut, ikan batu dan cangkerang kon (conch shell) yang tirus dan boleh menimbulkan risiko ketika menjalankan aktiviti.”

Namun disebabkan masalah kedudukan Rumah Api Tanjong Datu yang mencabar dan perlu berhadapan dengan beberapa masalah, maka ILLW tidak dapat dikendalikan di situ pada setiap tahun, walaupun pertama kali bermula pada 2017 bersama Sarawak Amateur Radio Emergency (SARES), tambah Yong.

Cabaran lain yang dihadapi ialah  gelombang radio amatur sering terganggu disebabkan rumah api itu di kelilingi hutan tebal dan kawasan pergunungan. Gangguan ini menyebabkan komunikasi radio ke negara luar tidak dapat dikendalikan dengan baik dan jika berlaku angin kuat dikhuatiri boleh merosakkan antena yang dipasang pada ketinggian melebihi  daripada enam meter.

“Di Mana Borneo Bermula”

Rumah Api Tanjong Datu yang diberi jolokan Where Borneo Begins merupakan rumah api pertama di Malaysia yang tercatat dalam Malaysia Book of Record kerana satu-satunya rumah api di negara ini yang diberikan alamat poskod surat menyurat khas  bernombor 94111. Pemberian poskod itu juga merupakan satu pengiktirafan yang di buat  sempena sambutan Hari Pos Sedunia pada 10 Oktober 2017.

Rumah api itu dibina menggunakan bahan konkrit setinggi lapan meter dan diubahsuai bagi meningkatkan kepentingannya memberi panduan kepada  kapal-kapal di perairan Selat Karimata dan Laut China Selatan. Terletak kira-kira 140 km dari Bandaraya Kuching, pengunjung perlu menggunakan bot di laluan perairan tepi pantai dari Kampung Telok Melano atau Sematan.

Gelombang HF mempunyai frekuensi yang cukup tinggi untuk menembusi “lapisan D” dalam ionosfera. Apabila gelombang HF sampai ke lapisan ionosfera, ia dibiaskan kembali ke arah bumi. Proses ini membolehkan gelombang HF bergerak lebih jauh daripada jarak penglihatan atau line of sight. Misalnya, pancaran radio HF dari Kuching boleh mencapai sehingga Amerika Syarikat  atau United Kingdom dan sekitarnya.

Bagaimanapun jika keadaan perambatan tidak memuaskan, gelombang itu tidak dapat dipantulkan kembali ke bumi dan jika itu berlaku, komunikasi radio HF tidak dapat menghantar atau menerima suara dengan baik. Perambatan merupakan masalah kritikal kepada gelombang atau pengguna radio dua hala khususnya radio frekuensi tinggi.

Komunikasi radio amatur melalui acara ILLW 2025 ini akan menggunakan frekuensi HF pada jalur (band) 80 meter, 40 meter, 20 meter, 15 meter dan 10 meter. Manakala untuk perhubungan dalam negeri menggunakan jalur dua meter menerusi frekuensi sangat tinggi (VHF) yang boleh dipancarkan dalam mode analog atau digital.

Awang Metali, Wira Rumah Api

Sebagai rekod, sembilan hari selepas Pearl Harbor dibom dalam Perang Dunia Kedua,  tentera Jepun telah mendarat di Tanjong Lobang, Miri, Sarawak pada 16 September 1941 mengorbankan antaranya, Awang Metali, Penjaga Rumah Api di situ.  Masyarakat Sarawak khususnya di Miri menganggap Awang Melati sebagai wira sejati.

“Awang Metali mungkin telah tiada tetapi roh perjuangannya terus hidup di setiap nyalaan lampu rumah api Tanjong Lobang. Selagi cahaya itu terus menyala, selama itulah ingatan terhadapnya akan tetap hidup, menyinari sejarah kita yang tidak harus dilupakan”, demikian menurut catatan Miri Edition, sebuah media sosial dalam talian.

Sarawak mempunyai tujuh buah rumah api yang diuruskan oleh Jabatan Laut Wilayah Sarawak. Rumah Api tertua di negeri ini ialah Rumah Api Tanjong Sirik di Mukah setinggi 20 meter yang telah dibina pada tahun 1909.

Tujuh buah lagi rumah api yang terlibat mengendalikan ILLW 2025 ialah Rumah Api Segenting di Batu Pahat, Johor; Rumah Api Pulau Undan (Melaka); Rumah Api Cape Rachado, Tanjong Tuan (Melaka); Rumah Api Altingsburg, Kuala Selangor (Selangor); Rumah Api Bukit Jugra, Kuala Langat (Selangor); Rumah Api Tanjong Gelang, Kuantan (Pahang) dan Rumah Api Bukit Puteri, Kuala Terengganu (Terengganu).

Di Semenanjung Malaysia, rumah api tertua ialah Rumah Api Tanjong Tuan atau Cape Rachado  Terletak di Tanjong Tuan itu, bersempadan antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan berhampiran Port Dickson. Rumah api itu telah dibina oleh British pada zaman pemerintahan Stamford Raffles tahun 1819 berfungsi memberikan navigasi kepada kapal-kapal dagang di sepanjang Selat Melaka. (Untuk rekod, ada sumber yang mendakwa Portugis hanya menamakan kawasan Tanjong Tuan dengan nama Cape Rachado tetapi tidak membina rumah api di situ. Cape Rachado bermaksud tanjong terputus atau broken cape. Ada juga sumber mengatakan di buat oleh Belanda pada 1817)

Malaysia mempunyai pesisiran pantai sepanjang 4,500 kilometer dengan bilangan kapal yang belayar di perairan Malaysia meningkat saban tahun. Dianggarkan sebanyak 220 buah kapal melalui Selat Melaka setiap hari atau kira-kira 80,000 buah kapal setahun. Oleh itu, rumah api moden dengan perkakasan dan teknologi terkini  amat penting bukan sahaja bertujuan melancarkan perjalanan kapal ke destinasi tetapi juga untuk memastikan keselamatan maritim.

Dalam sejarah perdagangan laut di dunia, perairan Selat Melaka merupakan laluan perdagangan penting yang menghubungkan Timur dan Barat menghubungkan Lautan Pasifik di timur dengan Lautan Hindi di barat. Laluan ini membolehkan perdagangan antara Asia Timur seperti China dan Jepun dengan negara-negara Asia Selatan, Timur Tengah dan Eropah.

Pentingnya Rumah Api Cape Rachado kerana ia terletak di lokasi paling sempit di Selat Melaka yang menjadi laluan penting kapal-kapal antara arah Tanjong Tuan (Melaka) dan Pulau Rupat (Indonesia) pada jarak kira-kira hanya 24 kilometer.

Kerjasama dengan Jabatan Laut Malaysia

Semenjak penganjuran kali pertama pada 1988, IILLW peringkat antarabangsa di seluruh dunia telah dianjurkan sebanyak 28 kali dengan penglibatan hanya 40 negara dan pada ketika itu dan melibatkan 158 buah rumah sahaja. Kini penyertaannya meningkat kepada 95 buah negara dan jumlah rumah api yang terlibat juga melebihi 400.

Di Malaysia pula, penganjurannya melibatkan kerjasama Jabatan Laut Malaysia di setiap negeri serta penyertaan daripada kelab-kelab dan penggiat radio amatur yang bernaung di bawah pertubuhan induk, Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS) berpusat di Kuala Lumpur.

Menyorot masa lampau, seramai 10 orang penggiat radio amatur Malaysia menyertai ILLW buat pertama kali pada 8 dan 9 Ogos 2008 bertempat di Rumah Api Cape Rachado di Tanjong Tuan. Kemudiannya pada tahun 2009 dengan sembilan buah rumah api dan berterusan sehingga kini.

“Penggiat radio yang terlibat pada penganjuran pertama kali di Rumah Api Tanjong Tuan ketika itu antaranya ialah Allahyarham Mohd Rizal Mahmud menggunakan isyarat panggilan 9M2RDX, Mohd Hamid Mosnan (9M2TPT), Khairul Nizam Ngadiman (9M2KRZ), Abdul Mutalib Omar (9M2SQL), Rabindra A/L Harichandra (9W2PD), Fahroradzi Ibrahim (9W2BBS) dan Weerut Srhidhara (9W2RUT),” jelas penggiat radio amatur senior, Rabindra A/L Harichandra yang mengimbas  penyertaan pertama kali itu.

Pada tahun lepas, ILLW berlangsung pada 17 dan 18 Ogos 2024, melibatkan empat rumah api dengan 50 petugas penggiat radio amatur di Selangor (dua rumah api), Pahang dan Terengganu. Manakala pentadbir ILLW global yang berpusat di Australia telah menetapkan pada tahun hadapan, acara itu akan dijalankan pada 15 dan 16 Ogos 2026 dan telah membuka pendaftaran.

MARTS Menyelaras Program Radio Antarabangsa

Sementara itu di Kuala Lumpur, Presiden MARTS, YBrs. Ir. Hj. Aris bin Bernawi berkata, MARTS satu-satunya pertubuhan di Malaysia yang diiktiraf oleh Kesatuan Radio Amatur Antarabangsa (IARU). MARTS bertanggungjawab menyelaraskan program-program radio amatur bertaraf dunia di Malaysia seperti ILLW.

Program-program antarabangsa lain termasuklah aktiviti Island On The Air (IOTA), Beach On The Air (BOTA), Park In The Air (POTA), Summit On The Air (SOTA) dan Jambori In The Air (JOTA). JOTA ialah aktiviti memperkenal dan mempelajari radio amatur di kalangan ahli-ahli Pengakap di seluruh dunia.

Ir. Hj. Aris menjelaskan, setiap pengendali stesen radio amatur di rumah api diperuntukkan dengan isyarat panggilan unik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seperti 9M4LHD untuk Rumah Api Tanjong Datu (lihat jadual).  Manakala Jabatan Laut Malaysia termasuk Jabatan Laut Wilayah Sabah dan Sarawak mengeluarkan permit khas kepada penggiat radio amatur yang memohon untuk mengendalikan stesen radio ILLW di negeri masing-masing dan juga kepada para pelawat.

“Tapak rumah api adalah tempat larangan dan kawasannya terhad, tidak dapat menampung pengendali radio amatur  atau pelawat yang ramai. Ada masanya rumah api ini ditutup dan pengendali radio amatur terpaksa melakukan aktiviti di luar pagar rumah api”, jelas Ir.Hj. Aris.

Beliau yang juga Naib Presiden IARU Wilayah 3 dengan memiliki isyarat panggilan 9M2IR berkata, rumah api adalah kawasan larangan dan keluasannya yang terhad tidak dapat menampung bilangan yang ramai pada satu-satu masa. Oleh itu, mereka   yang berkeinginan melawat semasa Hari Terbuka Rumah Api dan perjalanan ILLW dinasihatkan memohon kebenaran daripada Jabatan Laut dengan lebih awal.

YBrs. Ir. Hj. Aris bin Bernawi, Presiden MARTS merangkap Naib Presiden IARU Wilayah 3
Menara Besi Rumah Api Tanjong Datu yang baru siap dibina
Encik Lawrence Yong Chwan
Imbas kembali: Sebahagian murid dan guru SMK Batu Kawa yang menyertai ILLW pada 2019 diketuai oleh Lawrence Yong Chwan.
Imbas kembali penggiat radio amatur yang mengendalikan ILLW di Rumah Api Tanjong Tuan pada 2008. Ketika itu gambar dirakam menggunakan kamera berfilem.
Rumah Api Bukit Segenting, Batu Pahat, Johor
Antena untuk frekuensi tinggi yang digunakan semasa komunikasi dengan negara luar
Kad QSL Radio Television Malaysia (RTM) yang diterima oleh pendengar radio gelombang pendek RTM

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Gelombang Radio Amatur AntarabangsaHamdan Hj. AbuRumah ApiRumah Api Sedunia 2025
ShareTweetShare
Previous Post

Pengalaman menghadiri Lindau Nobel Laureate Meeting 2025

Next Post

Buah Gac (Momordica cochinchinensis): Mutiara Merah Asia yang Kaya dengan Potensi Nutrisi dan Ekonomi Tinggi

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

21 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

5 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

5 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

5 days ago
Next Post
Buah Gac (Momordica cochinchinensis): Mutiara Merah Asia yang Kaya dengan Potensi Nutrisi dan Ekonomi Tinggi

Buah Gac (Momordica cochinchinensis): Mutiara Merah Asia yang Kaya dengan Potensi Nutrisi dan Ekonomi Tinggi

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In