23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, January 14, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mengangkat Inovasi Komuniti: Dari Ikan Buntal ke Kelestarian Lautan

Mengangkat Inovasi Komuniti: Dari Ikan Buntal ke Kelestarian Lautan

Editor by Editor
07/12/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Ts. Dr. Sairatul Dahlianis Ishak & Dr. Roslizawati Ab Lah
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 

Ikan buntal sering dikaitkan dengan toksin dan bahaya, namun di tangan komuniti pesisir, spesies ini membuka peluang baharu melalui inovasi produk dan pemindahan ilmu. Melihat potensi besar terhadap spesies kurang digunakan (underutilised species) ini, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerusi dana Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS 2025) di bawah Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM), UMT menganjurkan satu inisiatif berimpak tinggi yang diterajui oleh Ts. Dr. Sairatul Dahlianis Ishak sebagai Ketua Projek. Program ini menggabungkan pendidikan, inovasi dan komuniti nelayan untuk memperkasa pengetahuan serta menyemai kelestarian sumber marin.

Seminar Kesedaran: Mendidik Generasi Penjaga Lautan

Pada 6 September 2025, Seminar Kesedaran Kelestarian Fauna Akuatik telah dianjurkan di Auditorium INOS, UMT, melibatkan 100 peserta daripada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, serta komuniti setempat. Program ini dibiayai melalui Skim Geran Pengembangan Ilmu dan Teknologi (KTAGS 2025) dengan sokongan Projek SustainaBlue yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU).

Majlis dirasmikan oleh Pengarah AKUATROP, Assoc. Prof. ChM. Ts. Dr. Nor Azman Kasan, dan turut menghimpunkan pakar-pakar dalam bidang biodiversiti marin, toksikologi, pemeliharaan fauna akuatik, serta wakil komuniti maritim. Para peserta didedahkan kepada isu kepelbagaian spesies, ancaman terhadap fauna marin, dan kepentingan memahami sumber lautan secara holistic selaras dengan misi UMT melahirkan generasi muda yang celik sains dan prihatin terhadap masa depan ekosistem negara.

Poster Seminar yang berlangsung di bawah Dana KTAGS 2025 bertujuan memberikan kesedaran kepada komuniti tentang kelestarian laut dan inovasi di dalam menghasilkan produk.

Ikan Buntal: Dari Tangkapan Sampingan Kepada Produk Bernilai Tinggi

Pada hari kedua, bengkel Marine-Based Product Innovation: Pufferfish Processing and Creative Applications berlangsung di Hatcheri AKUATROP. Ini adalah sesi intensif melibatkan 10 peserta daripada komuniti nelayan Terengganu dan Perak. Menariknya, ikan buntal yang sering dianggap bycatch dan dibuang sebenarnya boleh diproses menjadi produk seni bernilai tinggi seperti: hiasan lampu, topi keledar, hulu parang dan juga barangan dekorasi yang lain.

Dengan hampir 20 tahun pengalaman, Encik Mohd Arshad menunjukkan teknik pemprosesan yang selamat, meliputi kaedah pembuangan organ toksik, teknik pengeringan, pembentukan, penyimpanan, dan kawalan kualiti. Para peserta turut menerima ilmu saintifik tentang toksikologi ikan buntal daripada pasukan pensyarah UMT termasuk Prof Madya Dr. Liew Hon Jung, Dr. Roslizawati Ab Lah dan Prof Madya Dr. Mohd Nazli Mohd Nor. Pendekatan ini menunjukkan bagaimana spesies berisiko toksik boleh diproses secara bertanggungjawab, sambil membuka peluang ekonomi baharu untuk komuniti.

Gambar 1: Antara produk dari ikan buntal yang dihasilkan oleh Encik Mohd Arshad dari Pulau Pangkor.
Gambar 2: Antara peserta yang turut hadir di dalam bengkel inovasi tersebut.
Gambar 3: Perkongsian daripada Encik Mohd Arshad tentang bagaimana beliau bermula dengan projek penghasilan ikan buntal ini
Gambar 4: Hasil kreativiti orang Pulau Pangkor

Menghubungkan Ilmu, Inovasi dan Komuniti

Gabungan seminar dan bengkel yang dianjurkan ini membawa sebuah naratif besar tentang bagaimana ilmu, inovasi dan komuniti dapat bergerak seiring dalam memelihara kelestarian sumber marin. Melalui platform yang menghimpunkan pelajar sekolah, mahasiswa, penyelidik serta komuniti nelayan, program ini berjaya mewujudkan ruang perkongsian ilmu yang inklusif dan berimpak tinggi. Para peserta bukan sahaja didedahkan kepada isu biodiversiti marin dan ancaman terhadap fauna akuatik, tetapi turut diperlihatkan bagaimana inovasi mampu diterjemahkan dalam bentuk peluang ekonomi yang praktikal.

Bengkel inovasi ikan buntal, misalnya, membuka perspektif baharu terhadap spesies yang sering dianggap berbahaya dan tidak bernilai komersial. Dengan pendekatan yang sistematik dan berpandukan sains, peserta mempelajari teknik pemprosesan yang betul dan selamat, selain memahami bagaimana ikan buntal yang kebanyakannya datang sebagai tangkapan sampingan (bycatch) juga boleh ditransformasi menjadi produk seni dan kraftangan bernilai tinggi. Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan pembaziran sumber marin, bahkan menggalakkan penggunaan kreatif terhadap spesies kurang dimanfaatkan.

Dalam masa yang sama, bengkel ini turut menekankan aspek keselamatan dan kesedaran awam. Ikan buntal mengandungi toksin tetrodotoxin yang boleh membawa maut walaupun dalam jumlah yang kecil, dan rekod kes keracunan serta kematian akibat memakan ikan buntal di Malaysia masih berlaku sehingga hari ini. Justeru, penyampaian mesej mengenai bahaya pemakanan ikan buntal tanpa kepakaran adalah sangat penting. Penerangan oleh pakar dan demonstrasi pemprosesan yang selamat membantu komuniti memahami batasan dan risiko yang perlu dihormati, supaya tiada nyawa terancam akibat salah faham atau eksperimen tidak terkawal.

Keseluruhannya, program ini berjaya mengimbangi tiga dimensi utama kelestarian: menjaga ekologi dengan meminimumkan pembaziran sumber marin; memperkasa masyarakat melalui pendidikan dan pendedahan kepada peluang baharu; serta memacu ekonomi komuniti dengan memperkenalkan idea keusahawanan inovatif berasaskan sumber lestari. Ia adalah bukti bahawa sains, apabila disampaikan secara efektif dan diterjemahkan ke dalam tindakan, mampu mengubah cara masyarakat melihat, memanfaatkan dan melindungi kekayaan marin negara.

Inisiatif ini jelas menunjukkan bagaimana penyelidikan universiti boleh diterjemahkan menjadi impak nyata kepada masyarakat. Dengan meningkatkan literasi marin dalam kalangan remaja, dan pada masa yang sama memperkasakan ekonomi komuniti pesisir melalui inovasi ikan buntal, usaha ini menjadi contoh bagaimana sains, teknologi dan pengetahuan tempatan boleh digabungkan demi masa depan pesisir yang lebih mampan.

Daripada ikan buntal yang sering dianggap berbahaya, lahirlah peluang keusahawanan.
Daripada minat pelajar dan komuniti, tercetuslah kesedaran kelestarian.
Daripada gabungan sains dan kreativiti, terbentuklah masa depan lautan yang lebih terpelihara.

Gambar 5. Ceramah yang di sampaikan selama bengkel berlangsung.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: AKUATROPIkan Buntalinovasiproduk sumber lautRoslizawati Ab LahSairatul Dahlianis IshakUMT
ShareTweetShare
Previous Post

Bakteria Pemakan Plastik: Penyelesaian Alam untuk Pencemaran Plastik

Next Post

Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari: Apa Itu Green Lab?

Editor

Editor

Related Posts

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia
Berita & Peristiwa

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia

4 days ago
Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya
Berita & Peristiwa

Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya

1 week ago
Industri Getah Negara: Jangan Biarkan Pekebun Kecil Terus Menanggung Beban
Alam Semulajadi

Industri Getah Negara: Jangan Biarkan Pekebun Kecil Terus Menanggung Beban

1 week ago
Seramik: Bukan sekadar Pinggan Mangkuk dan Pasu
Berita & Peristiwa

Seramik: Bukan sekadar Pinggan Mangkuk dan Pasu

1 week ago
Next Post
Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari:  Apa Itu Green Lab?

Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari: Apa Itu Green Lab?

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In