Oleh: Muhammad Musoddiq Jaafar
(Penuntut Sarjana a.k.a MSc bidang Fizik Eksperimen, Universiti Malaya)
Ramai pelajar asasi/matrikulasi/a-level PM (private message) saya untuk bertanyakan kursus sains apa yang sesuai untuk mereka sambung Ijazah Sarjana Muda (1st Degree).
Soalan pertama saya untuk mereka di luar sana, nak belajar peringkat ijazah sebab apa? Untuk kerja atau ilmu?
Jika jawapan mereka untuk peluang pekerjaan yang cerah, saya akan cadangkan bidang kejuruteraan atau sains yang lebih teknikal dan aplikasi.
Nota -Kajian penulis dan rakan-rakan penyelidik pernah diterbitkan di dalamĀ Scientific Report
Jadi saya menyarankan mereka untuk ambil bidang farmasi, actuarial science, electronic (either science or engineering), eletrical (either science or engineering), geophysics, oil and gas related, mechanical engineering, chemical engineeting, IT (yang lebih kepada software), material science, SHE (Safety and Health Environment) dan apa-apa course yang berkait rapat dengan Non-Destructive Testing (NDT).
Untuk pasaran masa depan, engineering yang melibatkan internet seperti fibre optics, laser, communication, dan apa-apa yang melibatkan industrial internet agak cerah. (boleh google sendiri apa itu industrial internet).
Mula-mula target kilang-kilang atau offshore, kemudian bina kerjaya di syarikat-syarikat seperti Sony, Intel, Western Digital, IBM, dan seumpamanya. Kemudian pilih jalan karier anda bila anda sudah biasa dalam industri pekerjaan. Kalau anda seorang yang bervisi, bolehlah berkecimpung dalam bidang technopreneur ala taikun industri teknologi seperti Elon Musk, Bill Gates, dan lain-lain. Di Malaysia sebenarnya tidak mustahil sekiranya nak bermula kerana kita ada banyak sumber mineral untuk technopreneur, tenaga pakar pun ada, cuma risiko dan pengalaman yang kurang.
Itu adalah track klise dan biasa lepasan pelajar sains. Tetapi sebenarnya banyak yang boleh anda terokai sebagai graduan sains. Anda boleh memulakan sendiri progam TV berkenaan sains, tunjukkan sexy science kepada orang awam seperti program mythbuster, science guys, dan lain-lain. Selain itu, boleh jadi konsultant untuk penulis drama dan filem berkenaan filem fiksyen sains, anda juga boleh jadi penulis novel fiksyen sains atau menulis buku berkenaan sains.
Minat menulis?
Approach penulis buku/skrip, propose idea untuk merangka plot dan fakta untuk novel/filem sains fiksyen yang mempunyai fakta saintifik pertama di Malaysia. (Saya kini juga sedang giat menulis buku fiksyen sains, nantikan kemunculannya, insyaallah).
Selain itu, anda juga boleh jadi editor buku rujukan atau memulakan sendiri buku rujukan yang kini di dominasi oleh syarikat-syarikat gergasi di luar sana dan lain-lain. Anda juga boleh rebut kontrak untuk menterjemah buku popular sains ke dalam Bahasa Melayu. (di Indonesia bidang ini berlambak-lambak, di Malaysia banyak digerakkan oleh ITBM sahaja, itupun tak banyak).
Juga, anda boleh mulakan komik dan Majalah Sains yang agak kurang di Malaysia. Pendek kata, kerja dalam bidang sains ini sangat banyak. Saya tidak mampu senarai satu persatu.
**********
Setakat ini semua yang mesej saya menjawab mahu menuntut ilmu sains kerana ilmu. Saya tanya kembali, apa yang menginspirasikan anda? atau anda mahu survive dalam bidang RnD pada masa hadapan?
Ada yang jawab inspirasi. Mereka terinspirasi dengan filem-filem sains fiksyen seperti Interstellar, inspirasi dengan fizik moden dan Fizik Kuantum. Yang ini memang saya cadangkan belajar pure physics dan matematik.
Ada juga yang mengatakan inspirasi dengan aplikasi biologi kepada alam sekitar seperti penjanaan elektrik daripada tumbuhan ( mungkin mereka mengikuti penyelidikan yang saya jalankan atau artikel yang saya tulis), saya mencadangkan kepada mereka untuk ambil course biotechnology dahulu. Mantapkan biologi dan fizik. Lebihkan kepada biologi kerana dengan belajar biologi kita lebih faham apa yang terjadi dalam sistem biologi seperti di photosystem 1 and 2 dan lain lain lagi.
Ada juga yang jawab minat dengan angkasa, astronomi dan kosmologi seperti Hawkings, interstellar, dan berbagai lagi. Saya jelaskan, jangan terjerat dengan aeronautics, itu lebih kepada engineering atau sains pembinaan kapal terbang atau roket. Ambil pure physics atau course yang berkenaan dengan astrophysics.
Ada yang jawab nak jadi lecturer, Jadi lecturer, anda wajib buat RnD. Jadi untuk survive dan menempa nama dalam bidang RnD, anda perlu masuk dalam bidang yang jarang orang buat seperti bidang multidisiplin atau bidang yang tak pernah dengar seperti biomolekul, bioinformatics, dan lain-lain. Anda mungkin akan buka new area of study seperti yang dilakukan oleh Agnes Pockels. Yang paling penting adalah kreativiti dan faham fundamental.
So far, ramai yang approach untuk bertanya adalah mereka yang minat fizik, cuma ada satu dua sahaja yang bertanya berkenaan biologi.
Saya sebenarnya lupa untuk pesan kepada beberapa orang yang pernah bertanya supaya jangan terpedaya dengan sexy science. Ianya sangat bagus untuk inspirasi dan semangat, saya sendiri meminati sains kerana sexy science. Tetapi ianya tidak seperti apa yang anda bayangkan dan bimbang akan menyesal.
Ramai yang cakap minat Quantum Mechanics, tetapi apabila ditanya apa itu Quantum Mechanics, ramai yang tidak tahu dan salah penjelasan. Kerana Quantum Mechanics penuh dengan simbol dan matematik, bukannya belajar cara untuk bina mesin masa, atau jadi seperti ant-man, atau belajar mengenai mantel lutsinar (invisibility cloack), laser sword (seperti dalam star wars), dan benda yang memeningkan seperti dalam filem sains fiksyen. Quantum mechanics lebih kepada teori dan simulasi. Anda perlu menguasai matematik aras tinggi dan software analisis.
Namun sekali lagi saya ingin menjelaskan, banyak sebenarnya ilmu dan aplikasi bidang sains yang anda sendiri tidak sangka yang ianya boleh wujud. Hidup anda akan penuh dengan ‘wonder and exiting news with current research and developement’. Anda akan terbuka minda dan mampu membayangkan bagaimana masa depan berfungsi.
Bayangkan kini saintis berjaya mencari cara untuk memadamkan memori, menghasilkan jantung yang berdegup sendiri dengan menggunakan stem sel, menghasilkan material ajaib yang kuat tetapi fleksible dan lutsinar, menghasilkan elektrik daripada enzim, algae, atau hidupan biologi yang lain, menghasilkan skrin sesentuh yang boleh digulung (yakni alat elektronik yang boleh dilipat) dan berbagai lagi.
Cukup dahulu setakat ini.
Nota – Tulisan ini dari FB penulis dan mendapat keizinan untuk disiarkan semula di MajalahSains.Com
Tulisan-tulisan lain penulis di MajalahSains boleh dirujuk di SINI