Saturday, November 7, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pengurusan Bahan Kimia dan Risiko Keselamatan – Dari pembelian hingga Pelupusan

Pengurusan Bahan Kimia dan Risiko Keselamatan - Dari pembelian hingga Pelupusan

Editor by Editor
07/11/2026
in Berita & Peristiwa, Kimia
0 0
0

Penulis: Andri Dauni¹ & Ts. Dr. Saiful Effendi Syafruddin²
¹Pegawai Sains Kanan, Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI)
²Felo Penyelidik, Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI)

Mengapa keselamatan bahan kimia perlu dikawal sepanjang kitar hayat — sebelum dibeli, ketika disimpan dan digunakan sehinggalah ia menjadi sisa.

“Bayangkan satu botol bahan kimia yang dibeli tanpa semakan keperluan sebenar. Ia mungkin berakhir sebagai stok berlebihan, disimpan terlalu lama, label rosak, sukar dilupuskan atau lebih buruk ia menjadi punca pendedahan, tumpahan dan kebakaran. Keselamatan bahan kimia sebenarnya bermula sebelum penutup botol dibuka”

Di kebanyakan tempat kerja, aspek keselamatan bahan kimia sering diberi perhatian hanya ketika bahan tersebut digunakan. Contohnya, memakai sarung tangan, menggunakan kebuk wasap atau sistem pengudaraan yang sesuai, membaca label bahan kimia dan mengikuti langkah kerja selamat (SOP) yang ditetapkan.

Semua itu penting. Namun, pendekatan yang lebih matang melihat pengurusan bahan kimia sebagai satu kitar hayat yang berterusan bermula daripada pemilihan dan perancangan, pembelian, penerimaan dan penyimpanan, penggunaan, pelupusan, kemudian kembali kepada penilaian dan penambahbaikan.

Pendekatan ini mudah difahami, keputusan awal yang lemah akan menjejaskan setiap peringkat seterusnya. Bahan yang tidak perlu dibeli memenuhi stor dan stor yang tidak terurus meningkatkan risiko pendedahan dan tindak balas kimia. Apabila amalan kerja tidak selamat dan pelupusan tidak dirancang, insiden mudah berlaku dan keselamatan, alam sekitar serta pematuhan turut terjejas.

Pertanyaan Sebelum Membeli: Adakah Bahan Kimia ini diperlukan

Pengurusan selamat bermula daripada keputusan membawa sesuatu bahan kimia masuk ke tempat kerja. Inilah peluang terbaik untuk mencegah risiko sebelum risiko itu wujud.

i -Adakah bahan tersebut benar-benar diperlukan?

ii- Adakah penggunaan dan pengendalian bahan kimia tersebut mematuhi undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa di Malaysia, termasuk Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Penggunaan Bahan) 2026?

iii- Bolehkah proses diubah supaya bahan berbahaya tidak lagi digunakan?

iv- Adakah terdapat bahan atau formulasi yang lebih selamat?

v- Apakah klasifikasi bahaya dan maklumat dalam Helaian Data Keselamatan (Safety Data Sheet, SDS)?

vi- Adakah Helaian Data Keselamatan (SDS) yang dirujuk ialah versi terkini untuk produk tersebut?

vii-Adakah kemudahan sedia ada mampu menyimpan dan mengendalikan bahan itu dengan selamat?

viii-Apakah keperluan kecemasan, peralatan perlindungan diri (PPE), ventilasi dan pelupusan selepas digunakan?

Prinsip utamanya ialah Hierarki Kawalan Risiko: singkirkan atau gantikan bahaya terlebih dahulu, kemudian barulah difikirkan kaedah kawalan lain. Jika bahaya tidak masuk ke tempat kerja, kos mengawalnya tidak perlu ditanggung sepanjang tahun. Jika tidak dapat dielakkan, barulah gunakan kawalan seterusnya:

i- Kawalan kejuruteraan: peralatan yang mengawal bahaya, contohnya sistem sedutan udara.

ii- Kawalan pentadbiran: peraturan dan prosedur kerja, contohnya SOP dan latihan.

iii- PPE: pelindung diri yang dipakai pekerja, contohnya sarung tangan dan topeng.

Pembelian Bukan Sekadar Urusan Harga

Dalam sistem yang baik, proses perolehan berfungsi sebagai “pintu keselamatan”. Bahan kimia tidak sepatutnya dibeli hanya kerana murah, mudah diperoleh atau telah digunakan sejak dahulu.

Sebelum pembelian dibuat, beberapa perkara penting perlu dipertimbangkan, termasuk keperluan sebenar, kuantiti, Helaian Data Keselamatan (SDS), klasifikasi bahaya, ruang penyimpanan, kawalan kejuruteraan, PPE, tindakan kecemasan dan kaedah pelupusan. Tarikh luput dan jangka hayat bahan kimia juga perlu disemak, termasuk baki stok sedia ada, bagi mengelakkan pembelian berlebihan dan pengumpulan stok lama. Perancangan pembelian yang baik bukan sahaja menjimatkan kos, malah dapat mengurangkan risiko penyimpanan, beban kebakaran dan penghasilan sisa kimia yang tidak perlu.

Terima, Rekod dan Simpan dengan Betul

Apabila bahan kimia tiba, kawalan tidak boleh berhenti pada proses penerimaan barang. Bekas bahan kimia hendaklah diperiksa untuk memastikan tiada kebocoran, kerosakan bekas atau masalah pada label. Selain itu, dokumen berkaitan perlu disahkan, manakala daftar dan inventori bahan kimia hendaklah sentiasa dikemas kini.

Inventori yang boleh dipercayai menjawab empat soalan mudah: apa yang kita ada, berapa banyak, di mana ia berada dan apakah kawalan yang diperlukan? Tanpa jawapan ini, organisasi sebenarnya tidak mempunyai gambaran sebenar terhadap risiko kimia di premisnya.

Stor kimia: jangan susun mengikut abjad semata-mata

Bahan kimia perlu disimpan mengikut sifat bahaya dan keserasiannya. Contohnya, asid hidroklorik tidak boleh disimpan bersama peluntur yang mengandungi natrium hipoklorit kerana tindak balas kedua-duanya boleh menghasilkan gas klorin beracun. Rujuk Helaian Data Keselamatan (SDS) untuk panduan penyimpanan yang selamat. Kawasan stor pula hendaklah mengambil kira ventilasi, perlindungan kebakaran, kawalan akses, sistem pembendungan tumpahan(bunding), laluan kecemasan serta kabinet khusus jika diperlukan.

Amalan first-in-first-out (FIFO), laluan yang tidak terhalang, arahan keselamatan dan kecemasan yang jelas, pemantauan oleh kakitangan terlatih dan pemeriksaan berkala dapat mengurangkan risiko kerosakan pada bahan, pembungkusan dan label.

Ketika Digunakan: Kawal Punca, Bukan Sekadar Pakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE)

Inilah peringkat yang paling jelas melibatkan pekerja. Namun satu kesilapan lazim ialah menjadikan PPE sebagai kawalan utama. PPE penting, tetapi ia ialah pertahanan terakhir dan bukan pengganti kepada reka bentuk proses yang baik.

SOP yang baik bukan sekadar dokumen untuk disimpan di rak, tetapi panduan keselamatan yang diamalkan setiap hari. Ia perlu menjelaskan langkah kerja sebelum, semasa dan selepas tugas, PPE yang diperlukan serta tindakan ketika kecemasan. Pemilihan PPE mestilah sesuai dengan jenis bahan kimia dan laluan pendedahan, seperti melalui pernafasan atau sentuhan kulit, berpandukan Helaian Data Keselamatan (SDS) dan hasil penaksiran risiko. Pekerja juga perlu memahami label dan SDS, mengelakkan pencampuran bahan yang tidak serasi, menutup bekas apabila tidak digunakan, menjaga kebersihan kawasan kerja serta tidak makan, minum atau merokok di kawasan pengendalian bahan kimia.

Kerja Selesai, Tanggungjawab Belum Selesai

Selepas eksperimen, analisis atau proses kerja selesai, baki bahan kimia dan sisa yang terhasil masih perlu diurus dengan selamat. Ini termasuk bahan penyerap tumpahan, PPE tercemar dan bekas kosong. Namun, tidak semua sisa ini secara automatik dikategorikan sebagai buangan terjadual. Pengelasannya bergantung pada punca dan kandungan sisa, berdasarkan senarai dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Bekas sisa mestilah sesuai, selamat dan dilabel dengan jelas. Sisa yang tidak serasi hendaklah diasingkan pada setiap masa tanpa mengira tahap kepenuhan stor sisa. Jika pelupusan hanya difikirkan pada akhir proses, risiko kebakaran, tindak balas kimia, pencemaran, serta ketidakpatuhan akan meningkat.

Periksa Sistem, Bukan Hanya Periksa Botol

Pengurusan bahan kimia yang baik memerlukan pemantauan, penilaian semula dan penambahbaikan berterusan. Organisasi perlu memastikan inventori sentiasa dikemas kini, stor berada dalam keadaan selamat, pekerja terlatih, SOP dipatuhi, kawalan kejuruteraan berfungsi dan kemudahan kecemasan sedia digunakan. Bagi tempat kerja yang tertakluk kepada Peraturan USECHH 2000, Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan (CHRA) juga perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti risiko pendedahan pekerja dan menentukan langkah kawalan yang sesuai.

Maklumat daripada pemeriksaan, insiden, kejadian nyaris (near miss), tumpahan, aduan pendedahan dan  corak penghasilan sisa tidak sepatutnya berhenti sebagai rekod. Ia perlu digunakan untuk memperbaiki keputusan pada peringkat awal termasuk pemilihan bahan, pembelian, penyimpanan dan cara kerja.

Ciri-Ciri Sistem Pengurusan Bahan Kimia yang Baik

i- Bahan dipilih berdasarkan keperluan dan risiko, bukan semata-mata

ii- Pembelian memerlukan semakan keselamatan dan kuantiti yang

iii- Daftar bahan kimia dan inventori sentiasa dikemas

iv- Penyimpanan dibuat mengikut klasifikasi bahaya dan keserasian bahan kimia.

v- Hierarki Kawalan Risiko digunakan sebelum bergantung kepada

vi- SOP dan latihan benar-benar sepadan dengan tugas yang

vii- Kemudahan kecemasan, kawalan kejuruteraan dan PPE diperiksa serta

viii- Sisa dan residu dirancang sejak awal dan dijejak sehingga

Hasil pemeriksaan, laporan insiden dan kejadian nyaris digunakan untuk penambahbaikan berterusan

Kesimpulan: Keselamatan Kimia Bermula dengan Keputusan

Pengurusan bahan kimia selamat bukan satu aktiviti terpencil dan bukan sekadar memastikan pekerja memakai PPE. Ia ialah satu sistem pengurusan sepanjang kitar hayat yang mengawal bagaimana bahan dipilih, dibeli, diterima, disimpan, digunakan, dijadikan sisa dan akhirnya dinilai semula.

Apabila setiap peringkat dikawal dengan baik, organisasi bukan sahaja mengurangkan risiko penyakit pekerjaan, kecederaan, kebakaran, tumpahan dan pencemaran. Ia juga mengelakkan pembaziran, mengurangkan stok tidak perlu, meningkatkan kecekapan operasi dan membina budaya kerja yang lebih bertanggungjawab.

Mesej utama yang perlu difahami amat mudah: pengurusan risiko bahan kimia tidak sepatutnya bermula hanya apabila ia digunakan. Sebaliknya, risiko ini mesti diurus sejak keputusan pertama dibuat untuk membawanya masuk ke tempat kerja.

Rujukan

1-Department of Occupational Safety and Health (DOSH). (2001). Guidelines on the Control of Chemicals Hazardous to Health. Malaysia.

2-Department of Occupational Safety and Health (DOSH). (2005). Guidelines on Storage of Hazardous Chemicals: A Guide for Safe Warehousing of Packaged Hazardous Chemicals. JKKP: GP (I) 8/2005. Malaysia.

3-MZE. (2025). Managing Workplace Chemicals – Issues & Solutions. Bahan pembentangan kursus, 10 Disember 2025.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Andri DauniJKKPKeselamatan bahan KimiaUMBI UKM
Previous Post

Asfalt Tebus Guna: Daripada Sisa Kepada Sumber

Next Post

Lencana Kecil Penjaga Pekerja Hospital: Bagaimana Dosimeter TLD Mengingat Sinaran

Editor

Editor

Related Posts

Lencana Kecil Penjaga Pekerja Hospital: Bagaimana Dosimeter TLD Mengingat Sinaran
Berita & Peristiwa

Lencana Kecil Penjaga Pekerja Hospital: Bagaimana Dosimeter TLD Mengingat Sinaran

9 minutes ago
Asfalt Tebus Guna: Daripada Sisa Kepada Sumber
Berita & Peristiwa

Asfalt Tebus Guna: Daripada Sisa Kepada Sumber

4 days ago
“Saya Takut Ambil Ubat Sebab Boleh Rosak Buah Pinggang”- Mitos atau Fakta?
Berita & Peristiwa

“Saya Takut Ambil Ubat Sebab Boleh Rosak Buah Pinggang”- Mitos atau Fakta?

4 days ago
Menyingkap Model Hidro-Ekonomi: Formula Pintar Malaysia Mendepani Krisis Air Tropika
Alam Semulajadi

Menyingkap Model Hidro-Ekonomi: Formula Pintar Malaysia Mendepani Krisis Air Tropika

4 days ago
Next Post
Lencana Kecil Penjaga Pekerja Hospital: Bagaimana Dosimeter TLD Mengingat Sinaran

Lencana Kecil Penjaga Pekerja Hospital: Bagaimana Dosimeter TLD Mengingat Sinaran

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In