23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, November 19, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pengurusan Diet Sihat

Info Kesihatan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
10/12/2020
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Aishah Mahat & Dr. Shafinaz Makmor
UiTM Pasir Gudang

 

Masalah peningkatan berat badan bukan sahaja berlaku di kalangan masyarakat Malaysia, malah ia menjadi isu kesihatan utama di seluruh dunia. Antara sebab berlaku peningkatan berat badan adalah faktor pengambilan makanan yang tidak seimbang, faktor genetik, kurang melakukan aktiviti senaman, tekanan di tempat kerja dan rumah, serta pertambahan usia. Namun begitu, terdapat pelbagai usaha dilakukan bagi menurunkan berat badan dan ia menjadi sebagai satu trend di media sosial. Antara diet popular adalah diet Atkins, diet intermittent fasting, menu diet tanpa nasi, serta pelbagai jenis diet yang lain. Namun adakalanya pilihan diet tersebut bukan merupakan pilihan diet yang terbaik dan tidak bersesuaian dengan tahap kesihatan diri.

Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan berat badan yang ideal, antaranya adalah:

 

Fokus kepada defisit kalori

Defisit kalori terbentuk apabila jumlah kalori yang digunakan adalah lebih banyak berbanding jumlah tenaga makanan yang diambil. Setiap individu memerlukan jumlah kalori yang berbeza mengikut umur, jantina serta aktiviti harian. Berdasarkan panduan umum yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah pengambilan kalori harian bagi lelaki adalah sebanyak 2000kCal/hari, manakala perempuan pula adalah 1500kCal/hari. Sebagai contoh, sekiranya individu memerlukan 2500 kalori sehari, namun pengambilan makanan pada hari tersebut adalah sebanyak 2000 kalori. Dengan ini keperluan tenaga badan yang berbaki 500 kalori akan diambil melalui pembakaran lemak. Oleh itu akan berlaku penurunan berat badan disebabkan pembakaran lemak kepada tenaga. Bagi memastikan konsep defisit kalori ini berlaku, individu boleh memuat turun aplikasi terkini bagi membantu pengiraan kalori harian.

 

Memilih makanan daripada sumber karbohidrat kompleks

Individu perlu bijak memilih makanan yang diambil. Pengambilan karbohidrat kompleks seperti nasi, kentang, ubi, sumber dari sayur-sayuran serta buah-buahan perlu dipertingkatkan kerana ia dapat mengurangkan rasa lapar. Selain itu, individu perlu melatih diri mengikut saranan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi budaya Pinggan Sihat (suku-suku separuh). Ia membawa maksud kepada pengambilan suku pinggan yang diisi dengan sumber bijian, suku pinggan bagi protein rendah lemak seperti ikan dan ayam serta separuh pinggan pula adalah terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

 

Kepelbagaian cara penyediaan makanan

Salah satu kaedah yang boleh dilakukan dalam penyediaan makanan ini adalah dikenali sebagai ‘meal prep’. Ia merupakan proses penyediaan makanan dengan lebih awal. Antara kelebihan kaedah ini ialah dapat mengawal kuantiti makanan yang dimakan. Selain itu ia dapat memastikan makanan yang dipilih mempunyai nutrien yang lengkap dan mencukupi serta dapat menjimatkan masa.

 

Mengurangkan pengambilan air manis dan perlu minum air putih secukupnya.

Elakkan minum air manis yang mempunyai tinggi kalori dan perlu menggantikan dengan minum air putih yang secukupnya bagi memudahkan penurunan berat badan. Secara purata seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air atau 8 gelas air sehari.

 

Tidur yang mencukupi

Tidur yang mencukupi dan berkualiti juga dapat membantu dalam penurunan berat badan. Sebaliknya, jika keperluan tidur tidak mencukupi, ia bukan sahaja dapat menjejaskan kesihatan mental dan emosi, malah turut mengundang pelbagai penyakit.

 

Kekal aktif dalam aktiviti fizikal

Individu yang berjaya memperoleh diet seimbang dengan cara pengambilan makanan dengan betul serta ditambah dengan melakukan aktiviti fizikal menyebabkan proses penurunan berat badan akan berlaku dengan lebih cepat. Pengambilan pemakanan yang seimbang merupakan perkara yang sangat penting kerana ia mempengaruhi sebanyak 80% di dalam proses penurunan berat badan manakala 20% adalah daripada aktiviti fizikal yang dilakukan seperti berlari, berenang, bermain badminton dan sebagainya. Dengan melakukan aktiviti fizikal secara kerap, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan.

 

Istiqamah

Individu yang mengamalkan pemilihan kalori pemakanan secara konsisten akan dapat memperoleh berat badan yang ideal walaupun tanpa melakukan aktiviti senaman.

Sebagai kesimpulan, individu perlu melatih diri agar lebih berdisiplin dalam memilih pemakanan yang seimbang bagi mendapatkan berat badan yang lebih ideal serta pengamalan diet yang lebih sihat.

 

Rujukan

https://www.healthline.com/nutrition/7-health-benefits-of-water#section1

http://www.myhealth.gov.my/piramid-makanan-malaysia/

Aizat Razak & Sharini Sepuan (2019). Resipi DIET SIHAT. Shah Alam, Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

 

Kredit Foto : today

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Aishah MahatBerat BadanDietDr Shafinaz MakmorUiTM Pasir Gudang
ShareTweetShare
Previous Post

Apakah Pencetakan 3D dan Kenapa Ia Penting?

Next Post

Rumput Napier Bukan Sekadar Makanan Ternakan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Perkembangan AI dan Modal MIND Mostaque
Berita & Peristiwa

Perkembangan AI dan Modal MIND Mostaque

40 minutes ago
Rahang Berbunyi ‘Klik’? Mungkin Itu Petanda Temporomandibular Disorder (TMD)
Berita & Peristiwa

Rahang Berbunyi ‘Klik’? Mungkin Itu Petanda Temporomandibular Disorder (TMD)

2 days ago
Teorem Pythagoras: Lebih Dari Sekadar a² + b² = c²
Berita & Peristiwa

Teorem Pythagoras: Lebih Dari Sekadar a² + b² = c²

6 days ago
Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran
Berita & Peristiwa

Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran

1 week ago
Next Post
Rumput Napier Bukan Sekadar Makanan Ternakan

Rumput Napier Bukan Sekadar Makanan Ternakan

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In