23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, January 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pengurusan Penjagaan Terhadap Pesakit Kanser

Info Rawatan Kanser

Saiful Bahari by Saiful Bahari
10/03/2020
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan, Tempatan
0 0
0

Oleh : Aishah Mahat
Uitm Pasir Gudang

 

Fokus utama dalam rawatan dan pemulihan terhadap pesakit kanser adalah melibatkan rawatan seperti radioterapi, kimoterapi dan pembedahan bergantung kepada keadaan penyakit yang dialami. Rawatan sedemikian perlu dilaksanakan mengikut cadangan yang ditetapkan oleh para doktor. Justeru bagi membantu dalam melancarkan proses pemulihan terhadap pesakit dalam menerima rawatan kanser secara berulang, penjaga perlu memainkan peranan penting dalam menguruskan keadaan pesakit agar tidak berlaku sebarang bebanan terhadap pesakit. Penjaga merupakan antara mereka yang berhadapan secara langsung terhadap pesakit kanser di rumah. Mereka dikategorikan sebagai penjaga tidak formal. Antara elemen yang boleh diambil perhatian dalam memastikan pesakit mendapat keadaan yang selesa sewaktu menjalani rawatan adalah :

 

Memastikan pengambilan makanan secara sihat dan seimbang

Lazimnya, pesakit kanser akan mengalami kekurangan selera makan selepas menjalani rawatan kimoterapi. Oleh itu, disyorkan agar pesakit kanser mendapatkan makanan seimbang yang menarik mengikut saranan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi budaya Pinggan Sihat (suku-suku-separuh). Ia merujuk kepada pengambilan suku pinggan diisi dengan sumber bijian, suku pinggan bagi protein rendah lemak seperti ikan dan ayam serta separuh pinggan pula adalah untuk sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, pesakit juga disarankan untuk minum air masak secukupnya bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.

 

Sokongan emosi, mental dan fizikal

Penjaga disaran melengkapkan diri dengan ilmu bagi menjaga pesakit kanser terutama kepada pesakit yang telah berumur dan uzur. Ini kerana bagi pesakit yang berusia, sememangnya mereka tidak berupaya untuk menjaga keadaan diri sendiri dan memerlukan kebergantungan sepenuhnya. Dalam keadaan sebegini, pesakit sering diganggu dengan keadaan emosi dan kesihatan mental yang tidak stabil serta bersikap sensitif. Tidak dinafikan juga, rata – rata penjaga yang berhadapan dengan pesakit kanser juga mengalami tekanan. Berdasarkan pemerhatian terhadap sebuah keluarga di sebuah hospital, seorang anak yang berkongsi perasaannya, “Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui perasaan saya yang bercampur baur, melihat keadaan ayah yang telah berusia, menjalani pembedahan pembuangan usus besar dan menerima rawatan kimoterapi sebanyak 12 kali setahun”.  Bagi mengelakkan keadaan tidak terkawal, penjaga, ahli keluarga, dan sahabat – sahabat perlu sentiasa memberikan sokongan, galakan serta kekuatan kepada pesakit dan ahli keluarga.

 

Bantuan kewangan

Kewangan merupakan faktor terpenting dalam rawatan penyakit kanser. Ia meliputi caj dari segi peralatan yang perlu dibayar kepada pihak hospital sekiranya melibatkan kes pembedahan, kos perubatan rawatan kanser, rawatan berulang, bantuan dan peralatan sokongan serta makanan tambahan yang perlu diambil bagi membantu pemulihan terhadap kesihatan pesakit kanser.  Pengurus Besar Majlis Kanser Nasional (MAKNA) iaitu Farid (2017) menyatakan bahawa MAKNA telah merancang untuk menyediakan Rumah Perantaraan MAKNA di seluruh Malaysia. Penginapan tersebut menyediakan kemudahan bagi menggalakkan pesakit lebih positif sepanjang melakukan rawatan tanpa memikirkan kos sepanjang rawatan termasuk penginapan dan pengangkutan yang disediakan. Bantuan yang diberikan mampu menguatkan lagi semangat pesakit untuk mendapatkan rawatan.

 

 Penglibatan bersama pertubuhan sosial

Penjaga mahupun pesakit boleh melibatkan diri secara tidak langsung melalui pembabitan bersama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia atau Majlis Kanser Nasional agar lebih banyak maklumat dapat diperolehi melalui kumpulan sokongan ini. Umpamanya penglibatan bersama Persatuan Kanser KanWork (KanWork) di mana ia merupakan satu kumpulan sokongan kanser yang menjalankan aktiviti kebajikan di samping mendampingi komuniti. Ditubuhkan pada tahun 2006 dan kumpulan ini berdaftar sebagai Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork). Objektif utama persatuan ini adalah untuk memastikan bahawa penjaga dan keluarga yang tinggal dengan pesakit yang menjalani hidup dengan kanser tidak akan menempuh perjalanan itu secara bersendirian.

 

Bergiat aktif dalam altiviti fizikal/hobi yang digemari

Aktiviti fizikal seperti senaman, yoga, berbasikal serta aktiviti berkebun boleh dilakukan pada setiap hari. Selain itu digalakkan juga melakukan hobi yang digemari seperti melukis, membaca buku serta menulis. Dengan melakukan aktiviti fizikal dan hobi, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser.

Sebagai kesimpulan, diagnosis terhadap penyakit kanser memberikan kesan mendalam terhadap penjaga dan pesakit kanser. Kesemua elemen ini amat penting bagi mewujudkan pengurusan yang lebih efisien terhadap penjagaan pesakit kanser.

 

Rujukan

Farid, M. (2017). www.h.usm.my. Retrieved from www.h.usm.my: http://www.h.usm.my/v3/index.php/44-berita/berita- 2017/651-makna-sediakan-penginapan-percuma-untuk-pesakit-kanser-hospital-usm-jalani-rawatan

https://makna.org.my/

http://www.kanwork.org/v2/

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/84?mid=54

 

Kredit Foto : anovacancercare

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Aishah MahatFakulti Sains Komputer & MatematikPesakit KanserUiTM Pasir Gudang
ShareTweetShare
Previous Post

Cawan Yang Diperbuat Daripada Buluh Kitar Semula Mengeluarkan Bahan Kimia Berbahaya Formaldehid Dan Melamin

Next Post

Cabaran Kehidupan Orang Asli Suku Semoq Beri dalam Arus Perdana

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia
Berita & Peristiwa

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia

3 days ago
Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya
Berita & Peristiwa

Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya

7 days ago
Industri Getah Negara: Jangan Biarkan Pekebun Kecil Terus Menanggung Beban
Alam Semulajadi

Industri Getah Negara: Jangan Biarkan Pekebun Kecil Terus Menanggung Beban

7 days ago
Seramik: Bukan sekadar Pinggan Mangkuk dan Pasu
Berita & Peristiwa

Seramik: Bukan sekadar Pinggan Mangkuk dan Pasu

1 week ago
Next Post
Cabaran Kehidupan Orang Asli Suku Semoq Beri dalam Arus Perdana

Cabaran Kehidupan Orang Asli Suku Semoq Beri dalam Arus Perdana

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In