23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 23, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Cawan Yang Diperbuat Daripada Buluh Kitar Semula Mengeluarkan Bahan Kimia Berbahaya Formaldehid Dan Melamin

Saiful Bahari by Saiful Bahari
09/03/2020
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Yasmin Yusuf

Pada masa kini cawan yang diperbuat daripada buluh telah diperkenalkan untuk menggantikan cupboard dan plastik semakin mendapat tempat di kalangan pengguna dan banyak diguna di kafe popular namun tanpa disedari ia mengeluarkan bahan kimia yang berbahaya. Cawan atau mug kopi yang diperbuat daripada resin yang mengandungi gentian buluh sering dilabel sebagai mesra alam tetapi sebenarnya ia mengeluarkan bahan kimia yang dikenali sebagai formaldehid dan melamin. German Federal Institute telah mengeluarkan Risk Assessment (BfR). Berdasar keputusan penilaian tersebut mereka telah mengeluarkan arahan agar ia tidak digunakan untuk minuman panas. Kebiasaannya cawan atau mug buluh yang diperbuat daripada resin melamin ini dikukuhkan dengan gentian buluh. Resin Melamin adalah sejenis gam plastik hasil gabungan melamin dan formaldehid. Ia sering disalah tafsir sebagai bahan kitar semula, hakikatnya ia langsung tidak boleh diurai. Secara asasnya, resin melamin adalah sejenis bahan polimer dan tidak berbahaya tetapi 1,3,5-triazine-2,4,6-triamine dan formaldehid adalah toksik dan boleh menyebabkan kanser.

Gambarajah 1 menunjukkan cawan yang diperbuat daripada buluh. Cawan buluh tidak boleh dijadikan begitu sahaja. Ia memerlukan gabungan resin melamin-formaldehid sebagai gam untuk mencantumkannya dan bahan ini adalah bukanlah produk mesra alam seperti yang dilaporkan. Sumber-The International Agency for Research on Cancer (IARC)

 

Pada musim lalu, Persatuan Pengguna Jerman telah menemui cawan yang diperbuat daripada buluh mengeluarkan sejenis elemen yang berbahaya. Risk Assessment (BfR) menemukan cawan diperbuat daripada buluh mengeluarkan sejumlah bahan kimia di paras yang berbahaya jika ia terdedah pada suhu 70 darjah selsius sehingga 30 kali lebih berbahaya yang melebihi kadar yang ditetapkan oleh EU untuk orang dewasa dan sehingga 120 kali bagi kanak-kanak. BfR menyatakan jika cawan diperbuat daripada buluh ini digunakan secara berterusan maka ia akan mengakibatkan masalah kesihatan yang lebih serius kepada pengguna. Oleh itu, para pengguna perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengenalpasti cawan yang diperbuat daripada buluh ini. Antaranya adalah beri perhatian kepada iklan yang mengatakan buluh yang diperbuat daripada gentian atau buluh yang sebenar. Jika buluh asli maka ia tidak berbahaya namun jika ia gentian buluh maka pengguna perlu lebih berhati-hati. Selain itu, semak juga label produk untuk memastikan ia ditulis bebas melamin. Selain itu, jadilah pengguna yang sentiasa peka dari mana sesuatu produk itu berasal dan bagaimana ia dibuat terutamanya jika ingin membeli produk untuk anak-anak. Jika anda tidak pasti maka gunakan sahaja cawan atau produk dari gelas dan besi yang bebas BPA.

 

Gambarajah 2 menunjukkan struktur kimia subunit melamin-formaldehid resin. Melamin resin bukanlah bahan yang boleh dikitar semula seperti yang diperkatakan. Kekurangan infrastruktur pengurusan bahan buangan di kebanyakan negara menjadikan bahan ini sering dilupuskan dengan kaedah bakar. Apa yang lebih buruk adalah kaedah membakar akan menyebabkan peningkatan suhu rumah hijau dan pengeluaran bahan kimia yang akan meningkatkan kadar suhu yang ekstrim.-sumber Wikipedia.

 

Menurut Federal Drug America (FDA), melamin yang didedahkan pada makanan dan minuman akan memberi kesan buruk kepada manusia dan menyebabkan berlakunya masalah seperti batu karang, buah pinggang malah boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda seseorang terkena keracunan melamin termasuklah terdapat darah dalam saluran air kencing, kesukaran membuang air kecil, masalah buah pinggang, tekanan darah yang tinggi dan kerengsaan manakala jika seseorang terdedah pada formaldehid akan menyebabkan mata berair, terasa ada sesuatu yang membakar pada bahagian mata, tekak, rasa batuk, kesukaran untuk bernafas, rasa mual dan iritasi pada kulit. Pada sesetengah kajian makmal mendapati formaldehid boleh menyebabkan kerosakan pada sistem limfa dan sistem salur darah.

Secara keseluruhan, BfR telah menemui pada kajiannya terhadap 228 cawan buluh yang diperbuat daripada formaldehid dan 180 cawan buluh diperbuat daripada melamin. Bagi setiap kes, ia  telah mengeluarkan lebih daripada 35% bahan kimia berbahaya melebihi tahap keselamatan yang ditetapkan. Tambahan pula, kadar melamin dan bukannya formaldehid akan meningkat dengan selari jika berlaku pertambahan suhu dan jika kadar asid sedikit tinggi. Cawan melamin tanpa pengisi buluh juga ditemui mengeluarkan bahan kimia yang berbahaya walaupun pada kadar yang rendah. Penganalisis di makmal kawalan pemakanan di Stuttgart mencadangkan agar penggunaan gentian buluh dikurangi gabungannya dengan bahan polimer. Hal ini kerana apabila cecair panas yang direndam ke dalam bahan yang mudah dihidrolisis maka ia akan mudah dipecahkan kepada resin.

 

Rujukan 

https://www.cancer.gov/about-cancer/causesprevention/risk/substances/formaldehyde/formaldehyde-fact-sheet
https://en.wikipedia.org/wiki/Melamine_resin

https://www.foodpackagingforum.org/news/re-useable-bamboo-cups-tested-and-criticized

https://www.chemicalsafetyfacts.org/formaldehyde/

Kredit Foto : Ecoandbeyond

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Cawan Kitar semulaFormaldehidMelaminYasmin Yusuf
ShareTweetShare
Previous Post

Proses Bersepadu Pengekstraksi dan Pengayaan Flavonoid daripada Daun Kelapa Sawit

Next Post

Pengurusan Penjagaan Terhadap Pesakit Kanser

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Krisis Perang dan Iklim: Ancaman Risiko Bekalan Makanan Dunia
Alam Semulajadi

Krisis Perang dan Iklim: Ancaman Risiko Bekalan Makanan Dunia

15 hours ago
Gusi Berdarah Bukan Normal: Petanda Awal Penyakit Periodontal
Berita & Peristiwa

Gusi Berdarah Bukan Normal: Petanda Awal Penyakit Periodontal

1 day ago
Kanser Tiroid: Penyakit Senyap yang Perlu difahami
Berita & Peristiwa

Kanser Tiroid: Penyakit Senyap yang Perlu difahami

1 day ago
Paradoks Simpson: Maklumat boleh “Menipu”
Berita & Peristiwa

Paradoks Simpson: Maklumat boleh “Menipu”

4 days ago
Next Post
Pengurusan Penjagaan Terhadap Pesakit Kanser

Pengurusan Penjagaan Terhadap Pesakit Kanser

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In