23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 18, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Perbezaan Rumpai dan Rumput Laut

Perbezaan Rumpai dan Rumput Laut

Editor by Editor
24/12/2024
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Wan Dhiya Ainin Sofiya Wan D’zlynne¹, Dr. Nur Farah Ain Zainee², Profesor Madya Dr. Mohammad Rozaimi Jamaludin³

¹Pelajar Doktor Falsafah Biologi, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

²Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

³Profesor Madya, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Pernahkah anda melihat tumbuhan yang sering hanyut di tepi pantai? Adakah tumbuhan itu merupakan rumput ataupun rumpai laut? Rumpai laut sering disalah anggap sebagai rumput laut yang dijumpai di pinggiran pantai.

Rumput laut dan rumpai laut kedua-duanya sering ditemui di kawasan pantai, yang mempunyai ciri-ciri utama yang jelas dan memainkan peranan ekologi yang penting terhadap ekosistem laut. Rumpai laut merupakan nama alternatif kepada makroalga yang tergolong dalam kumpulan tumbuhan kriptogam, manakala, rumput laut merupakan tumbuhan berbunga yang tergolong dalam kumpulan tumbuhan fanerogam.

Rumpai laut

Rumpai laut, ataupun juga dikenali sebagai makroalga adalah organisma multisel yang tumbuh di dasar laut. Biasanya rumpai laut ditemui di kawasan cetek di bawah garis pasang rendah. Ciri-ciri habitat rumpai laut memerlukan sinaran cahaya matahari yang mencukupi. Rumpai laut merupakan sejenis tumbuhan yang tidak mempunyai struktur batang, akar dan daun yang sebenar seperti rumput laut. Walau bagaimanapun, tumbuhan ini mempunyai struktur yang menyerupai akar, atau lebih dikenali sebagai pelekap dalam kalangan ahli fikologi. Struktur ini berfungsi untuk perlekatan dan mempunyai kebolehan untuk melekat pada substrat. Rumpai laut tidak mempunyai tisu vaskular seperti xilem dan floem, yang mana berfungsi untuk pengangkutan nutrien dan air seperti rumput laut. Rumpai laut menggunakan cahaya matahari untuk penghasilan makanan semasa proses fotosintesis. Rumpai laut mempunyai warna yang berbeza berdasarkan pigmen, lokasi dan ketersediaan cahaya.

Tumbuhan ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu hijau (Chlorophyta), perang (Ochrophyta) dan merah (Rhodophyta). Chlorophyta mempunyai pigmen klorofil yang tinggi manakala Ochrophyta dan Rhodophyta mempunyai pigmen tambahan yang membolehkan fotosintesis dilakukan pada kedalaman yang kurang menerima cahaya matahari. Antara rumpai laut yang popular sebagai makanan di Malaysia adalah Caulerpa dan Gracilaria.

Rumput laut

Rumput laut merupakan tumbuhan vaskular berbunga yang tumbuh di kawasan akuatik. Rumput laut mempunyai akar, urat daun dan daun seperti tumbuhan daratan serta mempunyai sistem pengangkutan yang lengkap (xilem dan floem) bagi yang mengangkut nutrien. Rumput laut dinamakan sedemikian kerana kebanyakan spesies mempunyai daun hijau yang panjang seperti rumput. Rumput laut dikategorikan di dalam kumpulan tumbuhan monokotiledon, namun bukan tumbuhan sebenar. Kebiasaannya, rumput laut tumbuh pada kedalaman yang cetek serta kawasan yang terlindung di mana tahap cahaya matahari dan nutrien adalah mencukupi kerana kebergantungannya kepada sumber cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis. Oleh yang demikian, cahaya matahari dan tahap nutrien merupakan faktor pengehad yang menentukan pembesaran tumbuhan ini. Rumput laut boleh membentuk dataran rumput yang luas dan memainkan peranan yang penting sebagai tempat makan, perlindungan dan habitat bagi pelbagai jenis hidupan laut. Sebagai contoh, peragut yang bergantung dengan rumput laut sebagai sumber makanan utama adalah dugong, manatees dan juga penyu. Rumput laut juga berfungsi sebagai jurutera ekosistem bagi mengekalkan kualiti air. Rumput laut boleh menyimpan karbon di dalam sedimen dan membantu mengurangkan kadar pengasidan lautan.

Kesimpulannya, rumpai laut dan rumput laut mempunyai ciri fizikal yang jelas dan kedua-duanya boleh ditemui hidup di persekitaran dan kawasan yang sama. Kedua-dua tumbuhan ini saling bekerjasama di ekosistem lautan sebagai komuniti pengeluar dan memberi sumbangan yang unik terhadap kesihatan dan biodiversiti lautan.

Gambar menunjukkan rumput laut Halophila spinulosa (kiri) yang ciri lembar daunnya sama seperti rumput di daratan dan rumpai laut Caulerpa sertularioides (kanan) ciri talusnya lebih lembut dan bersaiz lebih kecil.
Kredit gambar: © Nur Farah Ain Zainee, Mohammad Rozaimi

Rujukan

[1]Frederick Short, Cathy Short, Alyssa Novak. 2016. Seagrasses. Dlm. The Wetland Book. Penerbit Springer: USA.

[2]Maruf Adnan. 2024. Unraveling the Differences Between Seaweed and Seagrass. Marine Biology.

[3]Mohammad Rozaimi Jamaludin, Japar Sidik Bujang, Misri Kusnan, Hishammuddin Omar. 2006. Photosynthetic Light Response of Wild and Cultured Halophila ovalis. Malaysian Journal of Science 25(2): 67-79 (2006).

[4]Nur Farah Ain Zainee, Nazlina Ibrahim, Asmida Ismail. 2019. Rumpai Laut Johor. Penerbit UKM: Bandar Baru Bangi.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: FST UKMJabatan Biologi FST UKMNur Farah Ain ZaineeProfesor Madya Dr. Mohammad RozaimiRumpai Lautrumput laut
ShareTweetShare
Previous Post

Alga sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Next Post

Kaedah Geofizik dalam Mitigasi Bahaya Tanah Runtuh

Editor

Editor

Related Posts

Metamaterial; Penyelesaian Inovatif Atasi Pencemaran Bunyi
Berita & Peristiwa

Metamaterial; Penyelesaian Inovatif Atasi Pencemaran Bunyi

11 hours ago
Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?
Berita & Peristiwa

Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?

2 days ago
Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia
Berita & Peristiwa

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia

1 week ago
Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya
Berita & Peristiwa

Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya

2 weeks ago
Next Post
Kaedah Geofizik dalam Mitigasi Bahaya Tanah Runtuh

Kaedah Geofizik dalam Mitigasi Bahaya Tanah Runtuh

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In