23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, November 7, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Plastik Mikro Diterbangkan Angin Sehingga Ke Kutub Utara

Info Semasa

Saiful Bahari by Saiful Bahari
19/08/2019
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Isu Semasa
0 0
0

Oleh : Ahmad Amryl

Satu kajian baru yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Alfred Wegener Institute for Polar and Marine Research, yang diketuai oleh Melanie Bergmann telah menjumpai kewujudan plastik mikro di dalam sampel air dari Kutub Utara. Kajian mereka yang telah diterbitkan di Science Advances menyimpulkan bahawa terdapat mikro plastik diterbangkan melalui atmosfera dan turun ke permukaan Kutub Utara. Kajian ini juga memberi petunjuk bahawa plastik mikro sentiasa berterbangan di dalam atmosfera dan memberikan gambaran betapa runcingnya masalah plastik mikro ini.

Plastik mikro merupakan bahan plastik kecil yang terurai dari bahan plastik yang besar seperti beg plastik dan botol, serta fiber sintetik dari pakai dan cebisan fabrik. Saiz plastik mikro berbeza dari sebesar butir beras hingga sekecil virus. Saiz bahan yang kecil ini berserta kandungan bahan kimianya yang berpotensi menjadi toksik, membangkitkan kebimbangan kesan plastik mikro ini ke atas ekosistem dan kesihatan manusia.

Mengkaji berapa banyak plastik mikro jatuh dari atsmofera di Kutub Utara agak rumit kerana keadaan cuaca dan persekitaran yang teruk tidak membenarkan penggunaan penapis udara untuk mengambil sampel. Menurut Bergmann, mereka mendapat idea untuk mengambil sampel ais kerana salji yang turun akan memerangkap pelbagai partikel di udara ketika turun. Beliau dan rakan penyelidik menaiki helikopter ke Selat Fram di antara Greenland dan Svalbard yang terletak di utara Norway untuk mendapatkan sampel ais tersebut. Mereka membandingkan sampel Kutub Utara dengan sampel dari pergunungan Swiss Alps dan bandar Bremen di Jerman.

 

Sampel & Komposisi Mikro Plastik

 

Seperti dijangka, ais Kutub Utara mempunyai bilangan partikel mikro yang lebih sedikit berbanding dari tempat lain, yang lebih hampir kepada sumber plastik mikro. Namun begitu, bilangan tersebut adalah agak tinggi. Menurut Bergmann, mereka tidak menjangkakan bilangan yang begitu tinggi (di dalam sampel Kutub Utara). Kemungkinan tinggi bilangan ini adalah di had rendah kerana teknik mengukur plastik mikro. Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa kandungan plastik mikro meningkat apabila saiz mereka mengecil. Kaedah sedia tidak dapat mencerap partikel yang lebih kecil.

Keberadaan plastik mikro di Kutub Utara menunjukkan keperluan yang mendesak untuk menyelesaikan masalah kadar penghasilan plastik yang meningkat dan sistem pengurusan pepejal yang tiris.

 

Rujukan :

https://www.scientificamerican.com/article/airborne-plastic-is-blowing-all-the-way-to-the-arctic/

https://advances.sciencemag.org/content/5/8/eaax1157

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Ahmad AmrylKutub UtaraPlastik Mikro
ShareTweetShare
Previous Post

Permasalahan Matematik Ini Membingungkan Netizen

Next Post

Forensik Databank DNA Malaysia

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja
Berita & Peristiwa

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja

7 days ago
Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra
Berita & Peristiwa

Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra

1 week ago
Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah
Berita & Peristiwa

Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah

1 week ago
Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua
Berita & Peristiwa

Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua

1 week ago
Next Post
Forensik Databank DNA Malaysia

Forensik Databank DNA Malaysia

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In