23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, November 7, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ringo dan Sarang yang Hilang: Kepentingan Pokok untuk Kelangsungan Hidup Burung Enggang

Ringo dan Sarang yang Hilang: Kepentingan Pokok untuk Kelangsungan Hidup Burung Enggang

Editor by Editor
05/11/2024
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Hemaharshni Nagarajan, Prof. Madya Ts. Dr. Suganthi Appalasamy, Nivaarani Arumugam, Ainnur Fateha binti A Hamid, & Iman Batrisyia binti Manarus Maddin

Ini kisah Ringo, seekor burung enggang kelingking (Anthracoceros albirostris) yang hidup bersama pasangannya di Kampung Sukau, Kinabatangan. Ringo dan pasangannya telah menjadikan sebatang pokok sebagai tempat tinggal dan mereka hidup bahagia di pokok itu. Namun, pada suatu hari yang malang, ribut kencang telah melanda kampung itu dan pokok di mana sarang kediaman mereka tumbang, meragut tempat tinggal yang selamat. Mereka terbang jauh mencari pokok yang sempurna untuk bersarang semula, namun setiap usaha mereka menemui jalan buntu. Mampukah mereka menemui rumah baru mereka? Ikuti kisah pengembaraan Ringo dan pasanganya.

Rajah 1: Ringo dan pasangannya (Sumber: Ashraft Yusni, 2023)

Tahukah anda, burung enggang mempunyai cara bersarang yang sangat unik, jauh berbeza daripada burung-burung lain? Mereka tidak sekadar membina sarang dari ranting atau daun, sebaliknya bersarang di dalam rongga pokok yang besar dan dalam, biasanya terbentuk oleh haiwan lain seperti burung belatuk atau disebabkan jangkitan kulat di pokok tersebut. Rongga ini menjadi tempat perlindungan mereka yang sempurna, tersembunyi dan selamat di dalam hutan.

Gambar 2: Rongga di pokok yang menjadi pilihan burung enggang (Sumber: Hema Naga, 2023)

Apabila tiba musim bersarang, burung enggang betina akan masuk ke dalam rongga pokok itu dan melakukan sesuatu yang luar biasa. Dengan gigih, dia menutup pintu masuk rongga menggunakan campuran lumpur dan najisnya sendiri, meninggalkan hanya celah kecil sebagai tempat untuk bernafas dan menerima makanan. Ini adalah strategi perlindungan yang hebat—membina ‘benteng’ semulajadi untuk melindungi diri dan telur-telurnya daripada ancaman pemangsa seperti beruang matahari dan biawak. Burung betina akan tinggal di dalam rongga tersebut selama berbulan-bulan, menjaga telur-telurnya dengan penuh perhatian sehingga anak-anaknya menetas.

Gambar 3: Pintu masuk rongga ditutup oleh enggang betina ketika musim bersarang (Sumber: Hema Naga, 2023)

Sepanjang tempoh ini, burung enggang jantan memikul tanggungjawab yang besar. Dia akan terbang jauh merentas hutan, mencari makanan untuk pasangan dan anak-anaknya yang sedang menunggu di sarang. Meskipun burung enggang Asia terkenal dengan kegemarannya terhadap buah-buahan, ketika musim pembiakan, sang jantan akan membawakan serangga-serangga untuk memenuhi keperluan protein keluarganya yang sedang membesar.

Gambar 4: Enggang jantan membawa buah ara ke sarangnya untuk diberi kepada enggang betina dan anak-anaknya ((Sumber: MNS/Lim Swee Yian, 2007)

Kemuncak kepada kehidupan anak-anak burung enggang adalah saat yang dikenali sebagai ‘fledging’—ketika mereka akhirnya bersedia meninggalkan sarang dan mula terbang buat kali pertama. Proses ini penuh debaran, di mana ibu bapa mereka mengumpan anak-anak burung itu keluar dari sarang dengan buah-buahan yang lazat, memberi sokongan dan dorongan sehingga mereka menjadi burung yang bebas. Detik ini adalah tanda kejayaan besar dalam kitaran hidup burung enggang—dari satu generasi ke generasi seterusnya, mengatasi cabaran demi cabaran dalam keindahan hutan yang penuh misteri.

Gambar 5: Anak burung enggang kelingking meninggal sarangnya ketika ‘fledging’ (Sumber: GaoJian LiuJia, 2017)

Jadi, mengapa Ringo dan pasangannya begitu sukar mencari pokok yang sesuai untuk bersarang? Ternyata, pemilihan rongga pokok bukanlah tugas mudah bagi burung enggang. Banyak faktor perlu diambil kira sebelum mereka membuat keputusan. Burung enggang memerlukan pokok yang matang, besar, dan cukup kuat untuk menampung sarang mereka. Rongga pokok itu mesti terletak pada ketinggian yang selamat dari pemangsa, selain cukup luas untuk memberi ruang kepada mereka, tetapi pada masa sama, tidak terlalu besar sehingga membahayakan keselamatan telur atau anak-anak yang baru menetas.

Untuk burung enggang yang lebih besar seperti enggang tebang mentua (Rhinoplax vigil) dan enggang gunung (Rhyticeros undulatus), keperluan ini semakin mencabar kerana mereka hanya dapat bersarang di pokok yang benar-benar tinggi dan besar—biasanya hanya terdapat di hutan primer yang tidak terusik. Namun, pokok-pokok ini semakin pupus akibat penebangan hutan dan pembangunan, menjadikan pencarian rumah baru lebih sukar.

Gambar 6: Enggang Tebang Mentua jantan bertenggek di sarangnya (Sumber: Thailand Hornbill Research Foundation)

Bukan itu sahaja, persaingan untuk mendapatkan rongga pokok juga sengit. Biawak dan tupai terbang sering kali bersaing dengan burung enggang untuk mendapatkan rongga yang sama. Begitu banyak cabaran yang Ringo dan pasangannya hadapi dalam usaha mereka mencari sarang.

Gambar 7: Seekor biawak yang tinggal di dalam rongga pokok (Sumber: Guillaume Mankezi, 2023)

Pengakhiran kisah Ringo dan pasangannya berbaur duka dan harapan. Malangnya, mereka tidak berjaya menemukan rongga yang sesuai untuk dijadikan sarang. Setiap pokok yang ditemui sama ada sudah dihuni atau tidak memenuhi keperluan mereka. Ini adalah realiti pahit yang dihadapi oleh banyak burung enggang hari ini. Namun, dalam kegelapan itu, muncul sinar harapan. Terdapat komuniti Pemuliharan Hidupan Liar yang dikenali sebagai ‘GAIA’ yang prihatin terhadap nasib burung enggang seperti Ringo, telah memasang sebuah kotak sarang khas untuk mereka. Kotak itu diletakkan dengan teliti di kawasan yang pernah mereka diami, direka khusus untuk memenuhi keperluan Ringo dan pasangannya. Walaupun pada awalnya mereka sedikit ragu, akhirnya kotak sarang itu diterima sebagai rumah baru mereka.

Gambar 8 : Ringo memeriksa kotak sarang yang dipasang untuknya (Sumber: Ashraft Yusni, 2023)

Rujukan

Gaia (2017). What we do? – GAIA: https://xploregaia.com/what-we-do/ (accessed September 18, 2024)

HUTAN (2015). Our work – HUTAN: https://www.hutan.org.my/our-work/ (accessed September 18, 2024)

Kaur, R., Ramli, R., Ancrenaz, M., Hassan, H. E. L. S. O. N., Ahmad, E., Ratag, M., … & Rajak, A. (2020). Estimating the availability of potential hornbill nest trees in a secondary forest patch in Kinabatangan, Sabah. Forktail, 36(1), 56-62.

Kaur, Ravinder, et al. “Observations at a nest of Helmeted Hornbill Rhinoplax vigil in Borneo, Malaysia.” Forktail 34 (2019): 68-73.

Thailand Hornbill Research Foundation. (2018). Helmeted Hornbill: Studying the Biology and Ecology of Thai Hornbills – Thailand Hornbill Research Foundation: http://hornbill.or.th/about-hornbills/hornbill-species/helmeted-hornbill/ (accessed September 15, 2024)

Vercoe, M., Barton, C., Kaur, R., Figueira, R., Macaulay, B., Boyd, M., & Ancrenaz, M. (2021). Artificial nest cavities can sustain populations of hornbills in the degraded forests of Kinabatangan, Borneo. Oryx, 55(3), 330-331.

Wee, Y. C. (2023, June 24). Oriental Pied Hornbill chick fledges: Bird Ecology Study Group. https://besgroup.org/2017/02/11/oriental-pied-hornbill-chick-fledges/ (accessed September 23, 2024)

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: burung enggangGAIATs Dr Suganthi AppalasamyUMKUMS
ShareTweetShare
Previous Post

MyNet-IDEA 2024 Pemangkin Minda Inovasi Teknologi Digital

Next Post

Frozen Zoo: Teknologi Terkini dalam Pemuliharaan Hidupan Liar Terancam di Malaysia

Editor

Editor

Related Posts

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja
Berita & Peristiwa

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja

7 days ago
Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra
Berita & Peristiwa

Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra

1 week ago
Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah
Berita & Peristiwa

Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah

1 week ago
Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua
Berita & Peristiwa

Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua

1 week ago
Next Post
Frozen Zoo: Teknologi Terkini dalam Pemuliharaan Hidupan Liar Terancam di Malaysia

Frozen Zoo: Teknologi Terkini dalam Pemuliharaan Hidupan Liar Terancam di Malaysia

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In