23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Saintis: Wira Tak Didendang

Saintis: Wira Tak Didendang

Editor by Editor
05/01/2026
in Berita & Peristiwa, Rencana
0 0
0

Penulis: Rafidah Abd Rahman

Pegawai Penyelidik Kanan
Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi, MARDI


Bayangkan kalau suatu hari nanti, anak kita datang dan berkata, “Mama, saya nak jadi saintis.”

Mungkin ada yang terus terdiam, atau mungkin ada yang senyum, tetapi dalam kepala dah terbayang babak ala drama bersiri 80-an Stranger Things, saintis menjalankan eksperimen, tiba-tiba muncul makhluk ‘pelik’ mempunyai adikuasa dan mengucar-kacirkan dunia. Sama ada kita sedar atau tidak, filem-filem Hollywood telah membentuk imej saintis sebagai golongan aneh yang sering melakukan eksperimen aneh.

Realitinya, kerja-kerja saintis tidaklah seperti yang digambarkan dalam filem fiksyen sains. Mereka tidak mencipta raksasa makhluk dimensi lain atau eksperimen pelik. Ramai membayangkan mereka cuma duduk dan bekerja di makmal, memakai kot putih sambil memegang tabung uji. Hakikatnya saintis berdepan dengan masalah sebenar manusia. Ada saintis yang berada di hospital, di kilang, di universiti, malah di pejabat kerajaan merangka dasar negara. Ada yang memerhati tumbuhan, meneliti bakteria, membangunkan teknologi hijau, atau memikirkan cara melawan perubahan iklim dan ada yang menghasilkan inovasi teknologi yang kita guna setiap hari tanpa kita sedari.

Kehidupan harian kita dipenuhi dengan sentuhan saintis. Telefon yang kita guna, internet yang pantas, air bersih yang keluar dari paip rumah, makanan yang selamat dimakan, ubat yang kita ambil bila sakit, semuanya hasil kerja saintis. Misalnya semasa pandemik COVID-19 dulu, para saintis yang bertungkus-lumus memahami virus, membangunkan vaksin dan membantu kerajaan membuat keputusan. Apabila negara dilanda masalah besar, saintis antara orang yang paling ke hadapan mencari jalan penyelesaian.

Rajah 1: Antara hasil kerja saintis dan penyelidik

Dalam bidang pertanian, peranan saintis sangat besar. Mereka membantu petani menjadi lebih moden, cekap dan kurang bergantung kepada kaedah tradisional semata-mata. Melalui pendekatan pertanian pintar, saintis membangunkan peranti untuk memantau keadaan tanah, cuaca dan keperluan tanaman secara masa nyata. Penggunaan dron pula membolehkan kerja penyemburan baja atau racun dilakukan dengan lebih tepat, cepat dan jimat kos. Saintis juga menghasilkan varieti benih baharu yang lebih tahan penyakit dan mampu memberikan hasil yang lebih tinggi. Teknologi fertigasi dan hidroponik membolehkan tanaman tumbuh subur walaupun di kawasan yang terhad. Sementara itu, teknologi pascatuai memastikan hasil tani tahan lebih lama, tidak cepat rosak dan sampai kepada pengguna dalam keadaan segar. Semua ini bukan sekadar “projek makmal”. Inilah realiti di ladang-ladang Malaysia hari ini  hasil kerja, ilmu dan dedikasi para saintis.

Saintis juga memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. Melalui penyelidikan dan inovasi, saintis membantu menghasilkan teknologi baharu yang menjadikan kerja lebih cepat, lebih murah, lebih selamat dan lebih berkualiti. Bidang seperti automasi, bioteknologi, nanoteknologi dan kecerdasan buatan mungkin kedengaran seperti sains fiksyen, namun sebenarnya inilah teknologi yang mencipta pekerjaan baharu, menarik pelabur, dan membantu negara menjadi lebih maju ke hadapan. Apabila teknologi negara berkembang maju, kualiti produk kita meningkat dan mampu bersaing di peringkat global, seterusnya mendorong pertumbuhan ekonomi negara. Banyak peralatan dan perkakasan moden yang kita guna hari ini adalah hasil usaha saintis.

Pekerjaan sebagai saintis bukanlah mencari kemasyhuran. Kadang-kadang lebih banyak masa digunakan membetulkan mesin supaya mampu beroperasi secara optimum, mengira data, membetulkan eksperimen yang salah, atau menulis laporan. Tanpa tugas-tugas ini, kita mungkin tidak ada vaksin, air yang selamat diminum, makanan yang selamat dimakan, atau teknologi hijau untuk masa depan. Jadi, walaupun mereka jarang muncul di TV, tidak berpakaian seragam dan menggantung stetoskop seperti doktor, atau memantau pembinaan jambatan dan bangunan seperti jurutera, saintis sebenarnya sentiasa berada di sekeliling kita. Oleh itu, kerja saintis tidak membosankan seperti sangkaan ramai kerana ia berdepan cabaran baru setiap hari, dipenuhi dengan rasa ingin tahu yang tak pernah padam, dan momen keterujaan apabila sesuatu fenomena akhirnya difahami dan boleh dijelaskan secara saintifik.

Mungkin ada yang berfikir menjadi saintis hanya untuk yang “genius” yang lahir pandai atau markah cemerlang sahaja. ia adalah satu mitos yang popular. Hakikatnya, hampir semua saintis terkenal pernah gagal berkali-kali sebelum berjaya. Contohnya: Albert Einstein pernah gagal dalam ujian kemasukan universiti sebelum muncul dengan teori relativiti. Marie Curie pula menghadapi ratusan kegagalan semasa cuba mengasingkan radium dan polonium, tetapi akhirnya menjadi tokoh radioaktif terkenal. Mereka semua membuktikan gagal bukan bermaksud putus asa. Setiap percubaan yang “tidak menjadi” bukan petanda tidak pandai. Ia sebahagian daripada perjalanan menjadi hebat. Sama seperti eksperimen di makmal sekolah, percubaan pertama mungkin gagal, tetapi percubaan ketiga atau keempat mungkin membawa kepada penemuan yang lebih baik dan hasil yang membanggakan.

Jika kita mahu Malaysia bergerak ke hadapan, kita perlukan lebih ramai insan yang ingin menjadi saintis. Dunia kini semakin kompleks: perubahan iklim, penyakit baru, cabaran teknologi, atau masalah keselamatan makanan bukan isu yang boleh diselesaikan dengan cepat. Saintis adalah wira sebenar yang membantu menyelesaikan masalah-masalah ini walaupun tanpa sorakan. Mereka bukan sahaja membolehkan kita menjadi pengguna teknologi, tetapi juga membuka peluang supaya kita juga dapat membangunkan ilmu dan inovasi di masa hadapan. Jadi, jika suatu hari nanti anak kita mahu menjadi seorang saintis, jangan matikan impian mereka. Sokonglah mereka. Kerana mungkin suatu hari nanti, merekalah yang akan menyelesaikan masalah negara, mencipta teknologi baharu, melindungi alam sekitar, memastikan makanan kita selamat dan membina masa depan yang lebih baik untuk kita semua.


Biodata Penulis:

Rafidah Abd. Rahman ialah seorang penyelidik kanan dalam bidang sains bahan dan nanoteknologi berasaskan pendekatan lestari. Beliau aktif menjalankan penyelidikan berkaitan pembangunan bahan nano daripada bahan semulajadi dan sisa pertanian serta aplikasinya dalam bidang persekitaran dan pertanian. Beliau amat berminat membawa sains lebih dekat kepada masyarakat agar ia difahami dan dihargai. Apabila tidak berada di makmal, beliau selalunya ditemani buku, mengembara ke tempat baharu, atau meluangkan masa aktif bersama keluarga.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ahli sainsmakmal sainsMARDIRafidah Abd RahmanSaintis: Wira Tak DidendangSiapa Saintis
ShareTweetShare
Previous Post

Apabila Kamera DIY Membolehkan Kita Melihat Haba dalam Bentuk Visual

Next Post

Teknologi Hijau: Benarkah Bermanfaat dan Selamat untuk Semua?

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

3 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

4 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

4 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

4 days ago
Next Post
Teknologi Hijau: Benarkah Bermanfaat dan Selamat untuk Semua?

Teknologi Hijau: Benarkah Bermanfaat dan Selamat untuk Semua?

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In