23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 17, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Serangan Wabak Demam Babi Afrika Gugat Ternakan Babi di Pahang

Serangan Wabak Demam Babi Afrika Gugat Ternakan Babi di Pahang

Editor by Editor
22/10/2024
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh Siti Fatimah binti Mohamad @ Abdul Aziz
Pegawai Penyelidik, Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang)

 

Pengenalan

Penyakit Demam Babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) ialah penyakit virus rentas sempadan yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) sebagai penyakit yang boleh menyumbang kepada kerugian ekonomi yang serius serta kadar kematian yang mampu menjangkau 100% pada babi yang dijangkiti. Virus ASF (ASFV) yang berasal daripada keluarga Asfaviridae menyebabkan penyakit demam berdarah pada ternakan babi dan babi liar selain turut menjangkiti sengkenit (tick) Ornothododros spp. Berasal dari benua Afrika, ASF telah dilaporkan menular di seluruh Afrika, sebahagian Eropah, Amerika Selatan dan juga Carribean sejak tahun 1921. Wabak ini kemudiannya mula menyerang negara-negara Asia seperti China, Mongolia, Vietnam, Kemboja, Republik Rakyat Demokratik Korea, Republik Demokratik Rakyat Lao, Myanmar, Filipina, Republik Korea, Timor-Leste, Indonesia, Papuan New Guinea, India, Malaysia, Bhutan, Thailand, Nepal, Singapura dan Bangladesh. Di Malaysia, wabak ASF telah disahkan pada Februari 2021 di negeri Sabah dan merebak ke Semenanjung Malaysia pada Disember 2021 termasuklah di negeri Pahang. Pada 21 November 2022, negeri Pahang telah merekodkan kes pertama serangan ASF terhadap ternakan babi komersil yang disahkan melalui ujian pengesanan molekular virus ASF pada sampel organ.

Siasatan Penyakit oleh Pihak Berkuasa Veterinar Pahang

Rentetan daripada pelaporan kes positif ASF dari pihak Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang), satu kumpulan penyiasatan telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Bahagian Kesihatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang (DVS Pahang) dan disertai oleh wakil Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang) dan Pusat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuantan (PPVD). Kumpulan ini telah menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap satu ladang babi komersil yang beroperasi di daerah Kuantan. Hasil penyiasatan menemui banyak ternakan babi telah jatuh sakit dan menunjukkan tanda-tanda klinikal jangkitan penyakit Demam Babi Afrika. Antara tanda-tanda tersebut ialah kemerahan pada kulit (hujung telinga, dada, abdomen, hujung kaki dan ekor), gangguan pemakanan dan hilang selera makan, cirit-birit disertai najis berdarah dan juga sianosis (perubahan warna kebiruan/pendarahan pada kulit).

Gambar 1-Keadaan babi yang dijangkiti ASF (Sumber: DVS Pahang)

Pencegahan, Pengawalan dan Pembasmian ASF

Jabatan Perkhidmaran Veterinar (DVS) Malaysia telah menerbitkan sebuah garis panduan iaitu Protokol Veterinar Malaysia: African Swine Fever yang menggariskan piawaian veterinar, protokol dan tindakan pencegahan, pengawalan dan pembasmian ASF pada gerompok babi komersil/ domestik atau babi hutan/ babi liar dalam negara. Protokol ini turut menetapkan dasar, objektif, matlamat dan strategi sebagai panduan untuk mencegah, mengawal dan membasmi ASF.

Gambar 2. Protokol Veterinar Malaysia: African Swine Fever. (Sumber: DVS Malaysia 2020)

Bagi mencegah, mengawal dan membasmi ASF, terdapat 13 strategi yang digariskan iaitu:

  1. Pelaporan Kejadian Penyakit
  2. Diagnosis
  3. Siasatan Epidemiologi
  4. Daya Jejak
  5. Pengurusan Indeks dan Kawalan Pemindahan
  6. Survelan
  7. Kuarantin
  8. Pemusnahan secara Stamping Out
  9. Penghapusan dan Pelupusan Karkas
  10. Sucihama/Nyahkuman
  11. Kesedaran Awam
  12. Rekod dan Laporan
  13. Pengosongan Premis Selepas Wabak

    Sehubungan itu, langkah-langkah kawalan seperti yang termaktub dalam Protokol Veterinar Malaysia: African Swine Fever telah digunapakai sepenuhnya oleh pihak berkuasa veterinar Pahang dalam usaha mencegah, mengawal dan membasmi wabak ASF di ladang ternakan yang terjangkiti. Kerja-kerja kawalan dan pembasmian ini telah mengambil masa seminggu dan berjaya diselesaikan sehingga ke tahap pengosongan premis. Walaupun wabak ASF kini adalah endemik di Malaysia, usaha yang jitu ke arah kesedaran awam mengenai ASF, penguatkuasaan peraturan ketat mengenai pergerakan haiwan dan protokol import, serta program survelan dan pemantauan yang menyeluruh pada ternakan babi di Malaysia haruslah dilaksanakan secara berterusan demi mencapai status bebas penyakit ASF pada masa akan datang.

Rujukan

  1. African Swine Fever situation in Asia & Pacific update. (2024). FAO. Available from http://www.fao.org/ag/againfo/programmes/en/empres/ASF/situationu pdate.html
  2. Jabatan Perkhidmatan Veterinar. (2020). Protokol Veterinar Malaysia: African Swine Fever (ASF). PVM 5(1) :1/2020.
  3. World Organisation for Animal Health (2022). African Swine Fever–Technical Disease Card. OIE, Paris. https://www.oie.int/fileadmin/Home/eng/Animal_H ealth_in_the_World/docs/pdf/Disease_cards/AFRICAN_SWINE_FEVER.pdf

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: African Swine Fluveterinar PahangWabak Demam Babi Africa
ShareTweetShare
Previous Post

Penganjuran Program NanoKEB 2024: Meningkatkan Kerjasama dan Inovasi dalam Nanoteknologi

Next Post

Sains di Hujung Jari: Polimer Pembentuk Filem Mencantikkan Kuku

Editor

Editor

Related Posts

Tradisi Mencandat Sotong: Antara Warisan, Ekologi dan Sains Cahaya
Alam Semulajadi

Tradisi Mencandat Sotong: Antara Warisan, Ekologi dan Sains Cahaya

14 hours ago
Haiwan Tanpa Otak Tapi Kaya Fungsi
Alam Semulajadi

Haiwan Tanpa Otak Tapi Kaya Fungsi

3 days ago
Daripada Bahasa kepada Tanaman: Implikasi NLP Berkuasa AI dalam Sektor Pertanian
Alam Semulajadi

Daripada Bahasa kepada Tanaman: Implikasi NLP Berkuasa AI dalam Sektor Pertanian

3 days ago
Tiub Nano Karbon Bergrafen (GCNT): Inovasi Nano untuk Aplikasi Tenaga dan Elektronik Fleksibel
Berita & Peristiwa

Tiub Nano Karbon Bergrafen (GCNT): Inovasi Nano untuk Aplikasi Tenaga dan Elektronik Fleksibel

6 days ago
Next Post
Sains di Hujung Jari: Polimer Pembentuk Filem Mencantikkan Kuku

Sains di Hujung Jari: Polimer Pembentuk Filem Mencantikkan Kuku

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In