23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Soalan Untuk Saintis : Dr Ahmad Aldrie Amir

Kenali Saintis Anda

Saiful Bahari by Saiful Bahari
12/11/2018
in Berita & Peristiwa, Bicara Saintis, Suara Saintis Muda
0 0
0

Dr Ahmad Aldrie Amir
Pensyarah Kanan
Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI)

Untuk temubual seterusnya dalam siri Kenali Saintis Malaysia, MajalahSains menemubual Dr Ahmad Aldrie Amir.  Beliau kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Apa tumpuan/latar belakang penyelidikan sekarang?

Saya berminat dan mengkaji segalanya mengenai hutan bakau. Walaupun kajian-kajian utama saya tertumpu kepada aspek ekologi hutan bakau, namun aspek-aspek pemuliharaan, pengurusan, dan governans berkaitan kelestarian sumber ini juga perlu dikaji dan dititikberatkan termasuk mengambil langkah proaktif dalam menasihati dan membantu pihak bertanggungjawab dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berasaskan penemuan saintifik. Nilai estetika hutan bakau juga menarik perhatian saya untuk terus menyelidik.

Ekspedisi mengumpul data di kawasan paya bakau

 

Bagaimana penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat/industri?

Walaupun hutan bakau hanya ditemui di negara-negara tropika dan subtropika, ekosistem ini memainkan peranan yang amat penting secara global. Hutan bakau menawarkan banyak perkhidmatan, antara lainnya selaku penyerap karbon yang paling unggul. Fungsi ekosistemnya berjalan secara terintegrasi untuk melestarikan kitaran-kitaran alam semulajadi. Di peringkat tempatan, ianya merupakan benteng semulajadi dalam menampan impak bencana iklim. Sebagai habitat untuk pelbagai hidupan laut, hutan bakau menyediakan sumber-sumber makanan dan keperluan asas kepada penduduk dan komuniti pinggir pantai. Hutan bakau berperanan secara langsung dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara terutamanya dalam sektor-sektor perikanan, perhutanan dan pelancongan.


Di mana tempat bertugas sekarang?

Saya merupakan seorang pensyarah dan felo penyelidik di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan atau lebih dikenali sebagai LESTARI di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya mengetuai kumpulan penyelidikan Ecosystems Dynamics bersama calon-calon siswazah di bawah seliaan saya. Bersama rakan-rakan penyelidik dari universiti-universiti dan pusat-pusat penyelidikan lain di peringkat nasional, saya menyelaras sebuah kumpulan penyelidikan terfokus berkaitan hutan bakau yang diberi nama The Malaysian Mangrove Research Alliance and Network atau MyMangrove.


Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik/penyelidikan?

Di penghujung pengajian sarjanamuda di Fakulti Sains Sumber Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia dahulu, saya terpanggil untuk mendalami penyelidikan dalam bidang ekologi hutan bakau setelah mendapati penyelidikan dalam bidang ini dan perlindungan habitat ini tidak diberikan penekanan atau perhatian yang sewajarnya. Habitat ini lebih dihargai oleh penyelidik daripada negara-negara luar sedangkan sumber ini teramat dekat dengan kita. Terlalu banyak perkara yang belum diselidik dan misteri alam hutan bakau yang belum terungkai. Panggilan ini saya jawab dengan meneruskan minat penyelidikan ini ke peringkat Doktor Falsafah di The University of Queensland Australia (2006-2010), dan akan saya teruskan sepanjang karier saya selaku penyelidik dan ahli akademik.

Majlis Graduasi PhD, Pengijazahan Skrol PhD oleh Canselor University of Queensland, Mr John Story Disember 2011

 

Siapa tokoh sains/saintis idola? Dan kenapa?

Dr. Norman C. Duke adalah merupakan pakar bidang taksonomi dan ekologi hutan bakau yang tersohor di dunia. Penemuan-penemuannya dan hasil-hasil penyelidikan dan penulisannya menjadi rujukan penyelidik dari serata dunia. Kewibaan beliau sebagai seorang saintis dan ahli ekologi mendorong saya untuk mengikuti jejak langkah beliau. Saya kemudiannya mengikuti pengajian Doktor Falsafah di bawah bimbingan beliau di The University of Queensland, Australia.

Bersama Dr Norman Duke semasa lawatan ke Kota Kinabalu Wetlands Oktober 2018

 

Bersama Penyelia PhD Dr Norman Duke di University of Queensland, Australia Jan 2010

 

Ringkaskan satu pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan & pengajaran boleh di ambil? 

Mempelopori sebuah nic penyelidikan yang unik (mungkin juga aneh bagi sesetengah pihak) merupakan sebuah cabaran yang tersendiri. Namun, penjanaan ilmu mesti terus dilakukan. Globalisasi dan dunia tanpa sempadan memangkin ilmu untuk dibangunkan dengan keserakanan daripada seluruh dunia secara kolaboratif, kreatif dan berinovasi.

 

Apa menyebabkan anda masih bertahan dalam penyelidikan saintifik?

Sifat ingin tahu dan semangat untuk meneroka pengetahuan-pengetahuan baru mengenai hutan bakau serta menyumbang kepada pembangunan ilmu ekologi dan kelestarian alam sekitar memotivasikan diri saya untuk terus-menerus menyelidik.

Riang gembira sewaktu proses pengumpulan data

 

Pengalaman paling menarik?

Artikel jurnal saya yang pertama telah diterbitkan di dalam jurnal antarabangsa quartile pertama (Q1), dan sehingga kini artikel tersebut menjadi rujukan penting untuk penyelidikan-penyelidikan berkaitan penjanaan semulajadi hutan bakau di seluruh dunia. Ianya telah menjadi pemangkin untuk saya terus menjalankan penyelidikan yang mempunyai impak yang signifikan serta menerbit artikel-artikel dalam jurnal-jurnal berkualiti tinggi untuk menjadi rujukan penting bagi komuniti saintifik di seluruh dunia. Baru-baru ini sebuah artikel saya telah diterbitkan di dalam jurnal Science yang merupakan sebuah rujukan dan bacaan terpenting bagi komuniti sains di seluruh dunia.

 

Nasihat untuk remaja yang berminat dalam bidang sains?

Sumbangan sains amat signifikan dalam pembangunan ketamadunan manusia. Setiap sumbangan saintis adalah amat penting dan masing-masing mempunyai nilai yang tersendiri dalam konteks pembangunan ilmu terutamanya dalam bidang yang diceburi. Teruskan minat dan jadilah seorang penyelidik yang berintegriti tinggi.


Aktiviti/hobi kegemaran selain ‘bekerja’? 

Saya amat meminati muzik. Selain mendengar saya juga gemar bermain alat muzik seperti gitar dan organ, serta menyanyi. Peluang yang ada, walaupun terhad, akan saya luangkan sedikit untuk apresiasi seni bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sesi jamming bersama rakan pemuzik di Australia

Sedutan Rakaman Dr Ahmad Aldrie Amir

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Ahmad Aldrie AmirInstittut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI) Untuk temubual seterusnya dalam siriKenali Saintis AndaLestari
ShareTweetShare
Previous Post

Tesis PhD dan Kerusi Roda Stephen Hawking dilelong RM4.8 Juta

Next Post

Ketagihan Pornografi Bukan Sekadar Menjejaskan Otak

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

5 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

1 week ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Ketagihan Pornografi Bukan Sekadar Menjejaskan Otak

Ketagihan Pornografi Bukan Sekadar Menjejaskan Otak

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Susur Galur Kerjaya dan Cabaran Seorang Ahli Statistik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In