23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, July 26, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Tanah, Air dan Cuaca: Cabaran Baharu Pertanian Negara

Tanah, Air dan Cuaca: Cabaran Baharu Pertanian Negara

Editor by Editor
26/07/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Dr. Izzah Abd Hamid¹ & Dr. Wan Asrina Wan Yahaya²

¹Penyelidik, bidang Sains Tanah
²Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Tanaman, Universiti Putra Malaysia, Sarawak

Cuaca sentiasa menjadi faktor utama dalam pertanian. Hujan membekalkan air kepada tanaman, cahaya matahari menyokong proses fotosintesis, manakala suhu dan kelembapan mempengaruhi pertumbuhan, aktiviti mikroorganisma tanah, keberkesanan baja serta risiko penyakit dan perosak. Namun, cabaran pertanian hari ini bukan lagi sekadar musim panas atau hujan tetapi berdepan cuaca yang tidak menentu terutama taburan hujan, suhu dan kelembapan berubah secara tidak sekata dalam satu musim tanaman.

Bagi petani, perubahan cuaca bukan sekadar isu alam sekitar. Ia merupakan risiko pengeluaran. Apabila hujan turun dengan pola tidak menentu, jumlah air hujan tidak mencukupi atau hujan terlalu lebat dalam tempoh singkat, aktiviti ladang seperti penyediaan tanah, penanaman, pembajaan, kawalan rumpai, kawalan penyakit dan penuaian boleh terganggu. Keadaan ini akhirnya memberi kesan kepada kos pengurusan, penggunaan air, tenaga kerja dan hasil yang dituai.

Kekurangan Air Pada Tanaman

Kesan cuaca pada tanaman bermula daripada proses fisiologi. Apabila tanah kekurangan kelembapan, tanaman akan mengurangkan kehilangan air melalui penutupan sebahagian liang stomata pada daun. Mekanisme ini membantu tanaman bertahan dalam keadaan kering, tetapi pada masa yang sama mengurangkan kemasukan karbon dioksida yang diperlukan untuk fotosintesis. Apabila fotosintesis berkurang, penghasilan tenaga dan bahan kering tanaman turut menurun. Kesannya boleh dilihat melalui pertumbuhan perlahan, daun kecil, bunga gugur, buah tidak seragam dan hasil yang lebih rendah (Dietz et al., 2021).

Kesan tekanan air berbeza mengikut fasa pertumbuhan tanaman. Pada peringkat percambahan, kekurangan air boleh menyebabkan benih lambat bercambah atau tumbuh tidak sekata. Pada peringkat vegetatif, perkembangan akar dan daun boleh terbantut. Pada peringkat pembungaan dan pembentukan hasil, kesannya lebih besar kerana bunga, debunga, buah dan biji sangat sensitif terhadap tekanan persekitaran. Oleh itu, tanaman seperti padi, cili, tomato, terung, jagung dan buah-buahan tropika boleh mengalami penurunan kuantiti dan kualiti hasil jika tekanan berlaku pada fasa kritikal.

Suhu tinggi turut menambah tekanan kepada tanaman. Dalam keadaan terlalu panas, kadar respirasi boleh meningkat. Ini bermaksud sebahagian tenaga yang dihasilkan melalui fotosintesis digunakan semula untuk penyelenggaraan sel, bukan sepenuhnya untuk pertumbuhan atau pembentukan hasil. Jika suhu melebihi tahap sesuai bagi sesuatu tanaman, kesuburan debunga boleh menurun, lekatan buah berkurang dan tempoh pengisian biji atau buah menjadi lebih pendek.

Gambar 1: Guguran bunga dan putik buah manggis yang diperhatikan ketika tempoh kering di utara Semenanjung Malaysia menunjukkan bagaimana tekanan air boleh mengganggu pembentukan hasil

Kesan Hujan Lebat Kepada Tanaman

Risiko cuaca tidak hanya berlaku semasa kering. Hujan lebat dalam tempoh singkat juga boleh menjejaskan produktiviti. Apabila jumlah air melebihi keupayaan tanah untuk menyerap dan mengalirkannya, ruang pori tanah akan dipenuhi air. Keadaan ini mengurangkan oksigen di zon akar, sedangkan akar memerlukan oksigen untuk respirasi dan penyerapan nutrien. Tanah yang terlalu lama tepu air boleh menyebabkan akar menjadi lemah, daun menguning, tanaman layu, serta meningkatkan risiko reput akar atau reput pangkal.

Hujan lebat turut menyebabkan hakisan tanah dan kehilangan nutrien (Izzah et al., 2022). Lapisan atas tanah lazimnya mengandungi bahan organik, mikroorganisma dan nutrien penting. Apabila larian permukaan berlaku, partikel tanah yang halus dan ringan boleh dibawa keluar dari kawasan tanaman. Nutrien mudah larut seperti nitrogen dalam bentuk nitrat pula boleh hilang melalui proses larut lesap, terutama di tanah berpasir atau kawasan yang menerima hujan berulang (Izzah et al., 2023). Keadaan ini mengurangkan kesuburan tanah dan menyebabkan baja yang digunakan tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh tanaman.

Rajah 2: Reput pangkal pada pokok betik menunjukkan kepentingan saliran tanah yang baik, terutama apabila zon akar terlalu lembap selepas hujan berterusan
Rajah 3: Reput pada sulur buah naga boleh menjadi lebih ketara apabila kelembapan tinggi, permukaan tanaman basah terlalu lama dan saliran kawasan tanaman kurang baik

Penyakit, Perosak dan Kualiti Hasil

Ketidaktentuan cuaca juga berkait rapat dengan penyakit dan perosak. Kelembapan tinggi selepas hujan berpanjangan boleh menggalakkan perkembangan penyakit bawaan kulat dan bakteria pada daun, batang, buah serta akar. Sebaliknya, keadaan panas dan kering boleh meningkatkan tekanan daripada perosak tertentu seperti hama, afid dan lalat putih, terutama apabila tanaman sudah lemah. Oleh itu, serangan penyakit dan perosak sering berlaku bersama tekanan cuaca, bukannya masalah yang berasingan.

Dalam tanaman padi, kesan cuaca sangat jelas kerana padi bergantung kepada pengurusan air yang terancang. Kekurangan air boleh menangguhkan penyediaan tanah, penaburan benih, pembajaan dan kawalan rumpai. Hujan yang tidak sekata pula boleh menyebabkan pertumbuhan padi tidak seragam antara petak sawah. Di kawasan jelapang, perubahan jadual penanaman boleh memberi kesan besar kerana pengurusan air melibatkan kawasan luas dan perlu diselaraskan secara bersama.

Bagi sayur-sayuran, kesannya lebih ketara pada kualiti hasil. Sayur berdaun mudah rosak apabila menerima hujan terlalu lebat atau suhu terlalu tinggi. Sayur berbuah seperti cili, tomato, terung dan bendi pula memerlukan pembungaan yang berterusan untuk menghasilkan tuaian yang konsisten. Apabila tanaman mengalami tekanan air atau suhu, bunga mudah gugur, buah menjadi kecil, bentuk buah tidak seragam dan kecacatan fisiologi lebih mudah berlaku (Li et al., 2026). Manakala untuk jualan di pasar segar, kualiti fizikal menentukan gred dan harga, maka penurunan kualiti boleh menjejaskan pendapatan petani walaupun hasil masih boleh dituai.

Bagi tanaman buah-buahan dan tanaman saka, kesan cuaca kadangkala tidak kelihatan serta-merta. Tekanan air atau suhu tinggi pada fasa pembungaan boleh mengurangkan pembentukan buah. Hujan berterusan ketika buah sedang membesar pula boleh meningkatkan risiko penyakit, rekahan buah dan penurunan kualiti. Ini menunjukkan bahawa hasil tuaian bukan hanya dipengaruhi oleh cuaca semasa menuai, tetapi juga oleh keadaan cuaca sepanjang musim tanaman.

Tanah Sebagai Penampan Tekanan Cuaca

Dari sudut sains tanah, tanah memainkan peranan penting sebagai penampan kepada perubahan cuaca. Tanah yang mempunyai struktur baik, bahan organik mencukupi, ruang liang seimbang dan saliran yang baik mampu menyimpan air ketika kering serta mengalirkan air berlebihan selepas hujan. Sebaliknya, tanah yang padat, rendah bahan organik atau mudah terhakis menyebabkan akar lebih cepat tertekan. Situasi ini menyebabkan tanaman lebih sukar menyerap air dan nutrien.

Oleh itu, pengurusan tanah perlu menjadi asas kepada daya tahan pertanian. Amalan seperti mengekalkan tanaman penutup bumi, menggunakan sungkupan, menambah bahan organik, mengurangkan gangguan tanah berlebihan, menyediakan teres di kawasan bercerun dan menyelenggara saliran boleh membantu mengurangkan kesan cuaca terhadap tanaman (Izzah et al., 2022). Amalan ini mungkin kelihatan biasa, tetapi penting untuk meningkatkan keupayaan tanah menyimpan air, mengurangkan hakisan dan menyokong pertumbuhan akar.

Rajah 4: Keadaan tanah yang mempunyai bahan organik dan struktur agregat yang baik membantu menyimpan air, mengurangkan hakisan dan menyokong pertumbuhan akar tanaman

Apa yang Boleh Dilakukan?

Pengurusan air dan baja perlu lebih cekap. Air perlu diberikan mengikut keperluan tanaman, bukan semata-mata berdasarkan rutin. Pengairan titis, takungan air hujan, parit ladang, penjadualan siraman dan pemantauan kelembapan tanah boleh membantu mengurangkan pembaziran air. Pembajaan pula lebih sesuai dilakukan secara berperingkat mengikut fasa pertumbuhan, keadaan tanah dan kelembapan semasa. Ketika tanah terlalu kering, baja berlebihan boleh menambah tekanan di zon akar. Ketika hujan lebat, baja mudah hilang melalui larut lesap atau larian permukaan.

Pada peringkat industri, maklumat cuaca perlu diterjemahkan kepada tindakan ladang yang praktikal. Ramalan hujan atau amaran cuaca panas lebih berguna jika disertakan dengan panduan pengurusan seperti masa sesuai membaja, keperluan memperbaiki saliran, pemantauan penyakit atau penyesuaian jadual menanam. Di sinilah kerjasama antara ahli meteorologi, ahli agronomi, ahli sains tanah, pegawai pengembangan dan petani menjadi sangat penting.

Cuaca tidak dapat dikawal, tetapi risikonya boleh diurus. Pertanian yang lebih bersedia ialah pertanian yang menjaga tanah, menggunakan air dengan cekap, membaja secara tepat, memilih varieti sesuai, memantau penyakit lebih awal dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai. Dalam keadaan cuaca yang semakin sukar diramal, kejayaan pengeluaran tanaman tidak hanya bergantung kepada hasil tinggi pada musim yang baik, tetapi kepada keupayaan sistem pertanian untuk terus menghasilkan makanan walaupun musim tidak menyebelahi kita.

Kredit gambar: Gambar lapangan oleh penulis

Rujukan

Dietz, K. J., Zörb, C., & Geilfus, C. M. (2021). Drought and crop yield. Plant Biology, 23(6), 881-893. https://doi.org/10.1111/plb.13304

Izzah, A. H., Wan Asrina, W. Y., Samsuri, A. W., Wan Mohd Razi, I., & Jeyanny, V. (2022). Effects of three rainfall patterns on soil chemical properties in black pepper cultivation in a hilly topography. Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, 45(1), 103-114. https://doi.org/10.47836/pjtas.45.1.06

Izzah, A. H., Wan Asrina, W. Y., & Wan Mohd Razi, I. (2023). Effect of different black pepper crop ages on the availability of nitrogen, phosphorus, and potassium. AGRIVITA Journal of Agricultural Science, 45(1), 1-10. https://doi.org/10.17503/agrivita.v45i1.2618

Li, Y., Zhang, X., Xia, C., Wu, T., Gao, Y., Zeng, L., Wu, Z., Dai, X., Yuan, F., Liu, F., Yang, S., & Zou, X. (2026). Molecular mechanisms and breeding strategies for heat tolerance in vegetable crops under global warming. Horticulture Research, 13(2), 1-24. https://doi.org/10.1093/hr/uhaf309


Biodata Ringkas Penulis

Dr. Izzah Abd Hamid mempunyai latar belakang akademik dalam bidang sains tanah dengan tumpuan terhadap nutrien tanaman, hakisan dan pertanian mampan. Beliau berminat dalam penulisan sains awam yang menghubungkan isu tanah, tanaman dan pengurusan ladang dengan kehidupan masyarakat.

Dr. Wan Asrina Wan Yahaya ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Tanaman, Universiti Putra Malaysia Sarawak. Beliau mempunyai latar belakang akademik dalam bidang sains tanah dengan tumpuan terhadap kimia tanah, serta minat dalam sains tanaman dan pengurusan pertanian. Beliau turut berminat dalam usaha merapatkan jurang antara penyelidikan dan amalan pertanian di lapangan.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: cabaran pertanianIzzah Abd HamidJabatan Sains Tanamankesuburan tanahmikroorganismanutrien tanahperosak tanamanpertaniananproses larut lesapSarawaktanah suburUniversiti Putra MalaysiaWan Asrina Wan Yahaya
ShareTweetShare
Previous Post

Daripada Data Bilangan kepada Ramalan: Aplikasi Model INGARCH

Editor

Editor

Related Posts

Daripada Data Bilangan kepada Ramalan: Aplikasi Model INGARCH
Berita & Peristiwa

Daripada Data Bilangan kepada Ramalan: Aplikasi Model INGARCH

2 days ago
Legasi Rantai Markov: Dari Perbalahan Akademik ke Teknologi AI
Berita & Peristiwa

Legasi Rantai Markov: Dari Perbalahan Akademik ke Teknologi AI

6 days ago
Racun atau Penawar? Bagaimana Dos Menentukan Keselamatan Produk Seharian Kita
Berita & Peristiwa

Racun atau Penawar? Bagaimana Dos Menentukan Keselamatan Produk Seharian Kita

2 weeks ago
Pencapaian Membanggakan Pasukan Malaysia di International Physics Olympiad (IPhO) 2026
Berita & Peristiwa

Pencapaian Membanggakan Pasukan Malaysia di International Physics Olympiad (IPhO) 2026

2 weeks ago

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In