23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, October 12, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Tekstil dan Fesyen- Dari Pentas Peragaan ke Tapak Pelupusan

Tekstil dan Fesyen- Dari Pentas Peragaan ke Tapak Pelupusan

Editor by Editor
24/08/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Dinie Damia Qairany Muhammad Fadzril Nur Ikhwan¹, Nur Ashera Razali², Nur Syazleeyana Mohmood Zin³, Dr. ‘Aqilah Mukhtar
Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Setiap minggu, berjuta-juta helai pakaian baharu dihasilkan untuk memenuhi permintaan dunia fesyen. Walaupun fesyen ‘segera’ menawarkan pakaian bergaya dengan harga mampu milik kepada pengguna, namun terdapat kos tersembunyi di sebalik setiap tanda harga itu. Setiap gaya terkini, wujud kesan yang menybabkan bumi menanggung kesan alam sekitar yang besar. Dari pencemaran air, longgokan sisa tekstil, sehinggalah peningkatan pelepasan karbon, industri fesyen kini menjadi salah satu pemacu krisis alam sekitar.

Apa Itu Fesyen ‘Segera’ dan Kenapa Semakin Popular?

Fesyen segera merujuk kepada pakaian berkualiti rendah yang dihasilkan dengan pantas untuk mengikut trend terkini dalam industri fesyen. Pelbagai jenama terkenal melancarkan rekaan baharu setiap minggu, mendorong pengguna membeli lebih banyak pakaian dan memakainya untuk tempoh singkat. Pakaian ini biasanya dibuat daripada bahan murah dengan tenaga kerja berkos rendah. Hari ini, orang ramai tertarik dengan fesyen ‘segera’ kerana harga yang mampu milik, rekaan yang bergaya, dan keluaran terbaharu yang kerap. Ditambah pula dengan pengaruh media sosial yang mempercepatkan kitaran fesyen, membolehkan orang ramai kekal “on-trend” tanpa perlu berbelanja besar. Akibatnya, industri ini berkembang begitu pesat sehingga lebih 100 bilion helai pakaian dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia, dan sebahagian besarnya hanya dipakai beberapa kali sebelum dibuang (Ellen MacArthur Foundation 2017).

Apabila Sungai Bertukar Biru

Permintaan fesyen ‘segera’ yang melonjak telah menimbulkan kebimbangan terhadap sumber semula jadi, khususnya air yang merupakan antara sumber yang paling terjejas. Sebagai contoh, di Bangladesh, kira-kira 86 bilion liter air digunakan setiap tahun hanya untuk mewarnakan pakaian bagi memenuhi permintaan industri fesyen ‘segera’ (Chakraborty & Ahmad 2022). Air buangan daripada proses ini kemudiannya dilepaskan ke sungai, menjadikan air berwarna biru. Namun, China kini bergerak ke arah lebih lestari dengan memperkenalkan teknologi pencelupan tanpa air. Teknologi ini mampu mengurangkan penggunaan air sehingga 70%, sekali gus mengurangkan krisis air yang berpunca daripada industri fesyen ‘segera’ (Zhang et al. 2022).

Sisa Tekstil

Kesan alam sekitar daripada industri fesyen ‘segera’ turut menyumbang kepada timbunan sisa pakaian di seluruh dunia. Pertambahan permintaan pengguna dan pengeluaran yang pesat telah menyebabkan lebih banyak pakaian dibuang, sekali gus meningkatlkan masalah sisa global. Industri fesyen ‘segera’ memberi impak besar melalui lambakan tekstil yang berakhir di tapak pelupusan sampah. Kajian menunjukkan bahawa secara global, 60% daripada semua pakaian yang dihasilkan dibuang dalam tempoh setahun sahaja (Ellen MacArthur Foundation 2017). Jika obsesi ini tidak dibendung, jumlah sisa tekstil dunia dijangka mencecah 148 juta tan menjelang tahun 2030. Di peringkat global, trend membeli-belah dalam talian terus meningkat setiap tahun. Kempen kesedaran yang lebih meluas, sistem kitar semula yang lebih berkesan, serta perubahan dalam tabiat membeli-belah amat diperlukan bagi mengekang masalah penggunaan berlebihan dan timbunan sisa tekstil yang semakin membimbangkan.

Jejak Karbon, Rahsia Industri Fesyen

Tanpa kita sedari, kedai pakaian kegemaran ramai sebenarnya menyumbang kepada pencemaran udara. Dengan pelepasan karbon yang tinggi, industri fesyen kini menjadi penyumbang sekitar 10% kepada perubahan iklim global. Angka ini mungkin nampak kecil, tetapi hakikatnya perlahan-lahan merosakkan bumi. Gentian sintetik seperti poliester dan nilon semakin banyak digunakan dalam penghasilan pakaian kerana kosnya yang murah yang dihasilkan daripada petrokimia. Rantaian proses dalam industri fesyen sangat kompleks bermula daripada pengambilan bahan mentah, penghasilan benang dan pakaian, sehinggalah penghantaran ke kedai atau terus ke pintu rumah kita. Hakikatnya, setiap peringkat proses ini meninggalkan kesan terhadap alam sekitar. Permintaan rentas negara yang tinggi mendorong banyak syarikat menggunakan kargo udara, yang meskipun hanya 1% daripada jumlah pengangkutan, menyumbang kepada peningkatan 35% pelepasan karbon.

Perubahan ke Arah Fesyen Lestari

Kini semakin banyak negara mula menyedari kesan daripada penghasilan fesyen segera. Di China, misalnya, banyak syarikat fesyen telah beralih kepada teknologi pencelupan tanpa air dalam penghasilan pakaian. Inisiatif ini membuktikan usaha untuk memastikan industri fesyen bergerak ke arah yang lebih lestari. Namun begitu, pengguna sebenarnya memegang kuasa yang lebih besar dalam mengurangkan impak fesyen segera terhadap alam sekitar. Di Malaysia, contohnya, tong kitar semula pakaian telah disediakan di tepi jalan dan kawasan kejiranan. Usaha ini tidak memerlukan tenaga yang banyak, tetapi masih ramai yang tidak mengambil peluang ini. Selain itu, mengawal perbelanjaan terhadap trend fesyen juga sangat penting. Masyarakat perlu lebih peka terhadap kesan penggunaan berlebihan dengan mengutamakan kualiti berbanding kuantiti, kerana pakaian yang dibuat dengan baik biasanya tahan lebih lama berbanding pakaian murah.

Fesyen ‘segera’ mungkin murah dan mudah diperoleh, tetapi kesannya terhadap alam sekitar amat besar. Penggunaan gentian sintetik seperti poliester dan nilon, berbanding serat semula jadi seperti kapas, menyumbang kepada peningkatan pelepasan karbon. Proses penghasilan pakaian mencemarkan sumber air, sementara berjuta-juta helai pakaian pula berakhir di tapak pelupusan setiap tahun. Untuk mengelakkan keadaan ini terus merosakkan bumi, langkah sistematik perlu diambil. Syarikat besar perlu berani melakukan perubahan walaupun sering berdalih atas alasan ekonomi. Pada masa sama, penyelidikan juga penting untuk mencari kaedah logistik yang lebih mesra alam. Walaubagaimanapun, kuasa sebenar ada pada kita sebagai pengguna. Kita perlu lebih peka dengan tabiat membeli dengan memilih pakaian lebih berkualiti sebelum berbelanja. Dengan cara ini, kita dapat membantu industri fesyen bergerak ke arah yang lebih lestari dan mesra bumi.

Foto kredit-wasteUK

Rujukan

Chakraborty, R. & Ahmad, F. 2022. Economical use of water in cotton knit dyeing industries of Bangladesh. Journal of Cleaner Production 340: 130825.

Ellen MacArthur Foundation. 2017. A new textiles economy: Redesigning fashion’s future. Netherlands: Ellen MacArthur Foundation. https://ellenmacarthurfoundation.org/a-new-textiles-economy.

Zhang, Y., Guo, S., Gong, Y. & Wang, L. 2022. Potential trade-off between water consumption and water quality: life cycle assessment of nonaqueous solvent dyeing. Water Research 215, 118222.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ‘Aqilah Mukhtarpencemaran alamsisa tekstil
ShareTweetShare
Previous Post

Potensi Rumput Menderong, Kerak Kecil dan Purun Sebagai Agen Fitoremediasi Rawatan Air Kolam Tadahan

Next Post

Simbol Matematik sebagai Cerminan Kehidupan

Editor

Editor

Related Posts

Like, Komen, Share dan Hubungannya dengan Matematik
Berita & Peristiwa

Like, Komen, Share dan Hubungannya dengan Matematik

1 day ago
Peranan Penting Rekod Pergigian dalam Pengecaman Forensik
Berita & Peristiwa

Peranan Penting Rekod Pergigian dalam Pengecaman Forensik

2 days ago
Garis Diagonal pada Cuping Telinga -Petunjuk Risiko Masalah Saluran Darah Jantung?
Berita & Peristiwa

Garis Diagonal pada Cuping Telinga -Petunjuk Risiko Masalah Saluran Darah Jantung?

3 days ago
Kepentingan Pengeluaran Silaj Tempatan: Rumput Napier (pennisetum purpureum) sebagai Kunci Kelestarian Industri Ternakan
Alam Semulajadi

Kepentingan Pengeluaran Silaj Tempatan: Rumput Napier (pennisetum purpureum) sebagai Kunci Kelestarian Industri Ternakan

4 days ago
Next Post
Simbol Matematik sebagai Cerminan Kehidupan

Simbol Matematik sebagai Cerminan Kehidupan

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In