23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

UiTM Lakar Sejarah Institusi Pertama Lancar Satelit Nano ke Angkasa Lepas

Editor by Editor
30/06/2018
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0
SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar sejarah universiti awam di negara ini apabila menjadi institusi pertama membina dan melancarkan satelit nano sulungnya iaitu ‘UiTMSAT-1′ ke angkasa lepas.UiTMSAT-1 dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menerusi roket kargo Space X Falcon 9 dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat kira-kira pukul 5.47 petang waktu tempatan.Satelit nano berbentuk kiub berukuran 10 sentimeter itu dibina oleh dua pelajar UiTM di Jepun iaitu Syazana Basyirah Mohamad Zaki dan Muhammad Hasif Azami hasil jalinan kerjasama dengan Kyushu Institute of Technology (KyuTech) menerusi program ‘Joint Global Multi-Nation (BIRDS-2)’.

Syazana Basyirah dan Muhammad Hasif merupakan pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana dan PhD dalam bidang berkaitan di negara tersebut.

Selain mereka, turut mengikuti program berkenaan adalah lapan pelajar lain dari Bhutan dan Filipina yang membina satelit nano bagi negara mereka iaitu BHUTAN-1 dan MAYA-1 (Filipina).

Pelancaran UiTMSAT-1 itu disaksikan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, Dekan FKE Prof Ir Dr Mohd Nasir Taib, Pengarah Pusat Komunikasi Satelit UiTM, Prof Ir TS Dr Mohamad Huzaimy Jusoh serta pensyarah dan pelajar fakulti itu menerusi tayangan secara langsung ISS di laman sosial Youtube dalam satu majlis pada Jumaat.

Menurut Hassan, satelit nano itu akan disimpan sementara waktu di ISS dan dijangka akan dilepaskan ke orbitnya pada Ogos ini yang berjarak kira-kira 400,000 kilometer dari bumi untuk mengelilinginya.

“Saya rasa ia adalah pencapaian terhebat dan ia harus dijadikan permulaan untuk warga UiTM ke peringkat seterusnya dan diharap lebih banyak projek berimpak tinggi dapat dihasilkan kerana ia pasti memberi manfaat kepada universiti dan negara.

“Dari  segi kos pula, UiTM hanya menanggung kos barangan membina satelit nano sekitar RM500,000 manakala penghantaran pelajar ke Jepun adalah atas biasiswa kerajaan dan pelancaran satelit pula disubsidi hasil kerjasama pintar dengan Jepun,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad Huzaimy berkata satelit nano itu mempunyai enam misi antaranya pengambilan imej, menguji korelasi lokasi satelit, ujian cip Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), mengukur medan magnetik di angkasa untuk data pemetaan geomagnetik di rantau Asia Tenggara serta komunikasi radio.

Beliau berkata keenam-enam misi itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 2,500 pelajar fakulti berkenaan memandangkan ia mempunyai kaitan dengan penyelidikan bagi lima jurusan yang ditawarkan di fakulti berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohamad Huzaimy berkata FKE juga membina ‘ground station’ di fakulti tersebut dilengkapi saluran komunikasi berkelajuan tinggi bagi mengumpul data yang dihantar oleh satelit nano itu kelak.“UITMSAT-1 berkelajuan 28,000 km sejam dan ia mampu mengelilingi bumi sehingga tujuh kali sehari.

Ia akan melalui Malaysia dalam tempoh sekitar 10 minit, disebabkan itu kami harus membina saluran komunikasi berkelajuan tinggi untuk mengumpul data bagi tujuan penyelidikan.

“Kami melihat projek itu sebagai satu batu loncatan untuk FKE mencetuskan pelbagai lagi projek yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada warga UiTM tetapi kepada rakyat Malaysia,” katanya.-

Sumber Bernama

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Pelajar Jerman Cipta Sarung Telefon Pintar Cegah Kerosakan

Next Post

Pika: Sejenis Kecelaruan Pemakanan, Bukannya Pikachu

Editor

Editor

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

18 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

3 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

4 days ago
Next Post
Pika: Sejenis Kecelaruan Pemakanan, Bukannya Pikachu

Pika: Sejenis Kecelaruan Pemakanan, Bukannya Pikachu

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In