23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, May 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

10 Soalan Untuk Saintis : Dr. Che Azurahanim Che Abdullah

Kenali Saintis Anda

Saiful Bahari by Saiful Bahari
10/12/2018
in Berita & Peristiwa, Bicara Saintis, Suara Saintis Muda
0 0
0

Dr Che Azurahanim Che Abdullah
Pensyarah Kanan
Jabatan Fizik UPM

Untuk temubual seterusnya dalam siri Kenali Saintis Malaysia, MajalahSains menemubual Dr Che Azurahanim Che Abdullah. Beliau kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia.

 

Apa tumpuan/latar belakang penyelidikan sekarang?

Saya menjalankan penyelidikan multidisiplin, di mana bidang penyelidikan yang saya jalankan merupakan integrasi bidang nanoteknologi dan biologi yang melibatkan ilmu biofizik, kejuruteraan tisu, perubatan nano, serta sains bahan termaju. Tumpuan utama penyelidikan dalam nanoteknologi terarah kepada dua bidang utama iaitu perubatan nano (nanodrug delivery) dan perubatan regeneratif (regenerative medicine). Penyelidikan terkini yang sedang dijalankan melibatkan sintesis bahan nano seperti bahan superparamagnetik (Fe3O4), kuantum dot, dan nanokomposit grafin, konjugasi ubat antikanser (Tamoxifen) dan gen (siRNA) pada bahan nano, kestabilan koloid bahan nano dalam media, toksisiti dan analisa kinetik bagi penghantaran ubatan secara in vitro. Selain itu, saya juga sedang fokus kepada bidang pengimejan perubatan berasaskan bahan nano serta ujikaji mendalam berkaitan toksisiti bahan nano. Untuk kejuruteraan tisu pula, penyelidikan saya melibatkan proses mensintesis bahan hayat daripada akuatik marin seperti kerang, siput dan lain-lain, kajian interaksi bahan hayat-sel, bioaktiviti dan aplikasi bahan hayat untuk pertumbuhan sel dalam dua dan tiga dimensi.

 

Gambar semasa membentangkan kajian di Zurich, di makmal kultur sel dan gambar bersama kumpulan penyelidikan Surrey Materials Institute.

 

Bagaimana penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat/industri?

Bidang penyelidikan multidisplin yang melibatkan nanoteknologi dan biologi sangat penting pada abad ke 21 ini bukan sahaja dari segi saintifik tetapi juga dari segi ekonomi. Perkembangan nanoteknologi dalam bidang perubatan memainkan peranan  penting seperti memusnahkan sel kanser serta membantu dalam diagnosis perubatan dengan adanya rekaan industri yang melibatkan nanorobot dan nanomesin. Penyelidikan yang dijalankan berpusatkan nanoteknologi dalam kesihatan. Ini kerana kanser adalah pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia selepas serangan jantung dan kemalangan, malah bilangan penghidap penyakit itu juga meningkat setiap tahun dan semakin membimbangkan. Terdapat pelbagai jenis kanser tetapi paling lazim dalam kalangan wanita adalah kanser payudara dan serviks manakala bagi lelaki pula adalah kanser paru-paru dan usus. Jesteru itulah saya menjalankan kajian konjugasi ubat antikanser (Tamoxifen) pada bahan nano khas untuk penghantaran ubat-ubatan dengan tepat (targeted drug delivery) bagi rawatan kanser payudara. Bahan nano juga boleh mengangkut siRNA ke dalam sel untuk terapi gen, yang mana ianya jauh lebih selamat daripada penggunaan virus yang diubahsuai. Penyelidiakan berasaskan nanoteknologi untuk bidang perubatan regeneratif pula dijangka akan membantu dalam proses transpemindahan tisu atau organ disebabkan oleh kekurangan tisu atau organ daripada penderma. Selain itu, ia juga membantu dalam mengurangkan risiko jangkitan dan reaksi perumah (tissue/organ rejection). Dijangka bahawa berjuta-juta orang akan mendapat manfaat daripada bidang perubatan regeneratif.

 

Gambar ketika persidangan TESMA, Nanomite dan SAES serta lawatan ke IBM.

 

Di mana tempat bertugas sekarang?

Sekarang ini saya bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia. Saya mengetuai kumpulan penyelidikan sendiri yang dinamakan sebagai “NANOTEDD – Nanomaterials for Tissue Engineering and Drug Delivery”. Selain itu saya juga salah seorang ahli kumpulan penyelidikan ICheBP (Integrated Chemical BioPhysics) dan Nanomite UPM yang diterajui oleh Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman. Saya juga bertuah kerana telah dilantik sebagai penyelidik bersekutu di Makmal Sintesis dan Pencirian (MSCL) Institut Teknologi Maju (ITMA) UPM bermula dari tahun 2014 sehingga kini. Berkaitan kolaborasi, saya beruntung kerana mempunyai banyak jaringan kolaborasi. Antaranya ialah rakan kolaborasi dari luar negara seperti Jepun, Taiwan, Thailand,UAE, UK and USA.

 

Bersama ahli kumpulan penyelidikan ICheBP dan ahli-ahli NANOTEDD dibawah seliaan

 

Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik dan penyelidikan?

Saya mula terlibat dalam bidang penyelidikan sebaik sahaja tamat ijazah sarjana muda dalam bidang Fizik Perubatan. Saya ditawarkan melanjutkan pengajian di University of Surrey United Kingdom. Di Surrey saya mengenali bidang multidisiplin kerana kajian PhD saya melibatkan sintesis bahan nano, pencirian, dan aplikasi bahan nano tersebut untuk perubatan. Walaupun kajian tersebut melibatkan bidang fizik bahan, kimia organik, biologi selular dan molekular, saya sangat gembira kerana banyak ilmu baharu yang diperolehi dan mampu menyiapkan PhD dalam masa 3 tahun dan bergraduat pada April 2012. Dalam usaha menyiapkan kajian PhD di dua Fakulti yang berbeza telah mengajar saya pentingnya jaringan kolaborasi.

 

Di hari graduasi bersama dua katalis utama disebalik kejayaan PhD iaitu penyelia yang komited dan dedikasi serta suami yang sangat positif

 

Siapa tokoh sains/saintis idola? Dan kenapa?

Saintis wanita idola saya Profesor Molly Stevens (biomaterials) manakala tokoh saintis lelaki idola pula Profesor Kazunori Kataoka (Nanotechnology for Drug Delivery) dan Profesor Giuseppe Pezzotti ( Nanomaterials for Tissue Engineering). Menariknya idola- idola saya ini merupakan bintang-bintang dalam bidang multidisiplin dan mereka juga mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza.  Profesor Kazunori Kataoka merupakan Pengarah Urusan The Innovation Center of NanoMedicine (iCONM)  yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang Haneda. Tujuan penubuhan iCONM adalah untuk merealisasikan “ masyarakat pintar kesihatan”  dimana masyarakat bebas daripada segala ancaman penyakit dan memperoleh kesihatan yang baik dalam kehidupan seharian mereka. Beliau juga menjayakan program “Hospital Dalam Badan” dengan penggunaan nanomesin bersaiz  virus (~ 50nm) yang menyediakan perkhidmatan diagnostik dan terapeutik yang diperlukan, bila-bila masa dan di mana sahaja.

 

Bergambar bersama idola Prof Kazunori Kataoka dan Prof Guisseppe Pezzoti

 

Ringkaskan satu pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan & pengajaran boleh di ambil?

Pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan sudah tentu dalam mendapatkan geran penyelidikan. Permohonan geran saya telah ditolak beberapa kali kerana menjalankan kajian multidisiplin. Di Malaysia, baru sekarang penyelidikan multidisiplin mendapat tempat dan diberikan keutamaan. Disebabkan itulah saya banyak berkolaborasi dengan penyelidik luar negara di awal karier saya. Dalam bidang pengajaran pula, apa yang saya boleh katakan pelajar merasakan susah untuk membuat perkaitan apa yang mereka belajar dalam bidang fizik contohnya sains bahan dan aplikasinya dalam bidang perubatan seperti kejuruteraan tisu. Untuk pengajaran melibatkan multidisplin antara pendekatan yang boleh diguna pakai ialah “Inquiry-Based Learning” berbanding “Problem-based Learning”. Penyelidik juga perlu lebih banyak menjalankan program bersama masyarakat dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat. Penjelasan berkaitan dapatan kajian dalam bahasa yang lebih mudah difahami perlu digunakan bila berinteraksi dengan masyarakat umum. Selain itu, media cetak dan media elektronik juga perlu memperbanyakkan program realiti dan dokumentari yang berasaskan sains dalam usaha memupuk minat generasi kini terhadap ilmu sains.

 

 

Apa menyebabkan anda masih bertahan dalam penyelidikan saintifik?

Minat yang mendalam dan rasa tanggungjawab untuk menghasilkan lebih ramai pelapis penyelidik yang mampu merancakkan lagi penyelidikan multidisiplin di Malaysia dan mampu memberi impak kepada masyarakat dari segi santifik dan juga ekonomi.

 

Pengalaman paling menarik?

Pengalaman paling menarik dalam penyelidikan saya adalah sepanjang pengajian PhD di Surrey, di mana saya berpeluang mengendalikan pelbagai peralatan berteknologi tinggi serta di ajar cara bagaimana untuk kolaborasi dengan penyelidik-penyelidik dari kesatuan Eropah serta USA. Seterusnya kolaborasi bersama penyelidik Jepun telah membuka peluang kepada saya untuk bekerjasama dengan pakar-pakar daripada institusi serta industri terkemuka di Jepun. Mereka sangat terbuka, tidak memandang rendah, malah banyak memberikan ruang dan peluang kepada saya. Lebih menarik lagi, lawatan saya ke Jepun selalunya ditaja sepenuhnya oleh penyelidik-penyelidik Jepun

 

 

 

 

Nasihat untuk remaja yang berminat dalam bidang sains?

Bagi remaja atau belia yang meminati bidang sains, anda mungkin boleh menyuburkan lagi minat tersebut dengan membaca buku-buku popular sains, menonton cerita berasaskan sains serta mengunjungi pameran-pameran inovasi  serta menyertai konferens saintis muda bagi mendapatkan pendedahan tentang sains. Dalam menjayakan  sesuatu perkara, ianya mesti bermula dengan niat, dihiasi dengan minat dan diikuti dengan bakat. Sematkan niat menceburi bidang sains untuk meneroka ilmu Allah yang maha luas dan memberi manfaat kepada masyarakat dan ekosistem. Dengan minat, anda tentu tidak akan berputus asa dan dengan bakat semulajadi pula anda boleh membangunan bakat tersebut selari dengan kehendak semasa Sains Teknologi Industri (STI) dan keperluan industri sepertimana tuntutan Revolusi Perindustrian 4.0.

 

Aktiviti/hobi kegemaran selain ‘bekerja’?

Berbasikal, memasak, membaca buku dan menghadiri seminar motivasi.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Che Azurahanim Che AbdullahJabatan FizikKenali Saintis AndaUPM
ShareTweetShare
Previous Post

Integrasi BOLD fMRI di dalam Perancangan Awal Rawatan Radiosurgeri

Next Post

Bagaimana Tumbuhan Berevolusi Menjadikan Semut Sebagai Hamba

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara
Berita & Peristiwa

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

6 days ago
Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi
Alam Semulajadi

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

1 week ago
Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang
Alam Semulajadi

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

1 month ago
Penggunaan Probiotik Bacillus velezensis sebagai Biokawalan Patogen Bakteria dalam Akuakultur
Berita & Peristiwa

Penggunaan Probiotik Bacillus velezensis sebagai Biokawalan Patogen Bakteria dalam Akuakultur

1 month ago
Next Post
Bagaimana Tumbuhan Berevolusi Menjadikan Semut Sebagai Hamba

Bagaimana Tumbuhan Berevolusi Menjadikan Semut Sebagai Hamba

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In