Oleh Mohd Perewa
“Seorang gadis yang hanya berumur 14 tahun telah menjejakkan kaki di pejabat kampus MIT semata-mata ingin mendapatkan kelulusan untuk mendaftar salah satu ciptaan enjin pesawat yang dibinanya sendiri.”
Sabrina Gonzalez Pasterski, dalam tempoh lapan tahun selepas peristiwa di MIT itu, telah menjadi salah seorang graduan di sana dan kini merupakan calon Ph.D di Harvard. Beliau berminat untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan fizik yang sangat kompleks.
Pasterski merupakan warga Cuba–Amerika yang telah menerima tawaran kerja daripada pengasas Amazon.com, Jeff Bezos yang juga peneroka bidang aeroangkasa dan pemilik syarikat Blue Origin. NASA juga telah menunjukkan minat terhadap sang genius muda ini terhadap kajian yang dilakukan oleh Pasterski dalam usaha mengkaji lohong hitam serta ruang masa. Beliau lebih fokus kepada penjelasan graviti melalui konteks mekanik kuantum.
Tidak seperti anak muda lain yang sebaya dengannya, beliau yang berasal dari Chicago bukanlah peminat media sosial malahan tidak mempunyai akaun facebook, Linkeldn atau Instagram. Beliau juga tidak memiliki telefon pintar. Walau bagaimanapun, Pasterski seringkali mengemaskini laman sesawang miliknya, PhysicsGirl, dengan senarai pencapaian dan kebolehan yang dimiliki.
Pencapaian beliau sangat menakjubkan!
Pasterskri berada dalam senarai menunggu di MIT ketika dia mula-mula memohon. Dan hal itu hanyalah sebelum Profesor di MIT yakni Profesor Allen Haggerty dan Profesor Earll Murman dipertontonkan video Pasterski membina enjin kapal terbangnya sendiri. Haggert memberitahu Yahoo;
“Kami sangat teruja dengan kehebatannya. Potensi yang beliau ada sangat mengkagumkan”
Beliau kemudiannya diterima dan juga lulus dengan purata gred sebanyalk 5.00, skala skor tertinggi di sekolah tersebut. Penyelia beliau, Professor Andrew Stromingger, merupakan penyelidik yang telah menerbitkan jurnal bersama ahli fizik terkenal Stephen Hawking, memuji kehebatan Pasterski. Pasterski juga beroleh sumbangan daripada Hertz Foundation, Smith Foundation dan National Science Foundation untuk membantu pengajian dan kerja yang dilakukan.
Kecintaan Pasterski dalam bidang fizik boleh dilihat ketika dia menjawab soalan
“Fizik itu sendiri adalah sesuatu yang sangat menarik dan mengujakan. Ia bukanlah seperti bekerja 9 pagi hingga 5 petang. Apabila letih anda tidur dan jika anda tidak dapat tidur, fizik adalah satu-satunya perkara yang anda akan lakukan.”
SUMBER – Netshark