23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, September 29, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Si Pemburu Tangkas, Kumbang Harimau Cicindelidae

Si Pemburu Tangkas, Kumbang Harimau Cicindelidae

Editor by Editor
31/05/2024
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis:  1Amanina Binti Abu Bakar & 1,2 Dr. Izfa Riza Binti Hazmi

1Pusat Sistematik Serangga, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

2Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Anda mungkin sudah tahu bahawa Cheetah adalah pemangsa darat terpantas di dunia yang mampu mencapai kelajuan 120 kilometer sejam dalam jarak pendek. Namun, tahukah anda apakah serangga yang terpantas?

 

Cicindelidae atau juga dikenali sebagai kumbang harimau merupakan kumpulan serangga pemangsa yang terkenal dengan kelajuan pergerakan, penglihatan yang baik,  dan pewarnaan badan yang menarik. Kumbang harimau dianggap sebagai serangga terpantas dan pemangsa yang boleh bergerak pada kelajuan 2.5 meter sesaat, iaitu bersamaan 810 kilometer sejam jika ia adalah manusia pada ketinggian 1.8 m.

 

Kumbang harimau dewasa mempunyai mandibel panjang yang berbentuk seperti sabit untuk menangkap dan mencengkam mangsa (Gambar 1). Biasanya mangsa yang diburu oleh kumbang harimau ialah serangga dan invertebrat yang lebih kecil. Terdapat lebih kurang 2600 spesies kumbang harimau telah dikenalpasti di seluruh dunia. Di Malaysia, sebanyak 70 spesies kumbang harimau telah dilaporkan, iaitu 2.7% daripada jumlah kumbang harimau yang dilaporkan di seluruh dunia berdasarkan artikel terbaru yang dikeluarkan oleh Wiesner pada tahun 2019. Kajian kumbang harimau telah dilakukan oleh Horn (1931), Cassola (2000), Wiesner (2016), Matalin dan Cassola (2000) yang memfokuskan kepada penemuan spesies baru, Isaac Stia et al. (2020) memfokuskan tentang komposisi spesies kumbang harimau di Sarawak dan Abu Bakar & Hazmi (2024) yang memfokus pada kajian perihalan morfologi dan genitalia kumbang harimau berdasarkan spesimen di Pusat Sistematik Serangga UKM (Gambar 2, 3).

Gambar 1. Bahagian mulut kumbang harimau spesies Heptodonta analis menunjukkan bahagian mandibel yang tajam.
Gambar 2. Salah satu daripada spesimen kumbang harimau, Cicindela aurulenta yang terdapat dalam koleksi serangga di Pusat Sistematik Serangga UKM
Gambar 3. Antara pesies kumbang harimau yang terdapat dalam koleksi Pusat Sistematik Serangga UKM. a) Cosmodela aurulenta; b) Heptodonta analis; c) Dilatotarsa tricondyloides; d) Neocollyris sarawakensis macrodera;. e) Neocollyris batesi

Kebanyakan spesies kumbang harimau mempunyai kitaran hidup di antara satu hingga tiga tahun bergantung kepada spesies. Kumbang harimau dewasa dan peringkat larva berkongsi habitat yang sama dan keduanya adalah bersifat pemangsa. Larva kumbang harimau menghabiskan sepanjang masa dari telur hingga pupa di dalam liang tanah jenis berpasir. Kumbang harimau dewasa dan larva mempunyai mandibel yang kuat untuk memakan mangsa yang telah diburu. Kumbang harimau mempunyai mata kumpuan yang besar dan penglihatan yang baik (Gambar 4). Selain itu, ia juga mempunyai segmen kaki yang agak panjang, dan membolehkan ia bergerak pantas ketika memburu mangsa (Gambar 5). Pemilihan mangsa sebagai sumber makanan boleh dijadikan sebagai salah satu penanda kekayaan flora dan fauna. Ini kerana kumbang harimau sangat gemar berada  di habitat yang kaya dengan taburan serangga dan haiwan invertebrat yang lain. Kumbang harimau dewasa menangkap dan mengunyah mangsa dengan menggunakan mandibel yang kuat. Spesies kumbang harimau seperti Cicindela aurulenta mampu menyerang mangsa yang bersaiz dua kali ganda lebih besar darinya.

Gambar 4. Mata kumpuan spesies Heptodonta analis yang besar membantu kumbang harimau dalam aktiviti pemangsaan
Gambar 5. Kaki kumbang harimau spesies Tricondyla cyanipes yang panjang, membolehkan kumbang harimau bergerak dengan pantas

Kumbang harimau memainkan peranan yang penting sebagai penunjuk biologi terhadap kesihatan sesebuah habitat. Hal ini kerana kumbang harimau sengat sensitif terhadap perubahan biotik dan abiotik pada habitatnya. Gangguan kepada habitatnya akan mengganggu kelimpahan dan kepelbagaiannya di sesebuah habitat. Kepelbagaian spesies kumbang harimau yang berbeza juga menunjukkan pemilihan jenis tanah yang tersendiri terutamanya bagi  kumbang harimau betina untuk tujuan oviposisi telur di liang tanah (Knisley 1987). Selain itu, terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa  kumbang harimau turut berpotensi positif dalam  bidang pertanian. Kumbang harimau sebagai spesies pemangsa yang cekap berpotensi untuk dijadikan sebagai agen kawalan biologi kepada serangga perosak. Sastry dan Appanna (1958) telah menyenaraikan kumbang harimau sebagai salah satu pemangsa kepada serangga perosak ladang tebu di India. Kumbang harimau  turut menjadi pemangsa kepada larva nyamuk di Afrika Barat (Macfie 1923), cengkerik  dari tenggara Amerika Syarikat (Pearson 1988), Prosapia bicincta (spittlebug) dan    Spodoptera frugiperda (fall armyworms) dan banyak lagi (Nachappa et. al 2006).

 

Populasi kumbang harimau di seluruh dunia menghadapi kemerosotan akibat perubahan habitat dan pembangunan. Menurut Jaskuła dan Płóciennik (2020), kumbang harimau sangat sensitif terhadap perubahan cuaca dan iklim yang dapat menjadikannya sebagai penunjuk biologi yang penting. Menurutnya juga, perubahan kepada sumber air disebabkan oleh pemanasan global turut mempengaruhi kelimpahan dan kepelbagaian spesies kumbang harimau di sesebuah habitat. Dalam beberapa kajian, kumbang harimau telah dilaporkan mempunyai pengkhususan habitat yang kecil. Oleh itu, ia telah digunakan sebagai penunjuk untuk menilai kualiti dan gangguan sesebuah habitat (Knisley 2011). Populasi  kumbang harimau di seluruh dunia mengalami kemerosotan akibat perubahan habitat dan pembangunan. Oleh itu, menurut Knisley et al. (2014), kumbang harimau ini telah diketengahkan sebagai salah satu spesies penting dalam pemuliharaan biologi dunia.

 

Rujukan

Cassola, F. & Pearson, D.L. 2000. Global patterns of tiger beetle species richness (Coleoptera: Cicindelidae): their use in conservation planning. Biological Conservation 95: 197–208.

Horn, W. 1931. Some Cicindelinae from Mt. Kinabalu, North Borneo, including a new species. Journal of the Federation of the Malay States Museum, 16: 287-289.

Marcellinus, I.S.D, Sazali, S.N, Hazali, R., Abdul Razak, A.I., & Aidil Fitri, F.N.A.H. 2020. Species composition and ecological distribution of the subfamily Cicindelinae Latreille, 1801 (Coleoptera: Carabidae) based on voucher specimens in Sarawak. Borneo Journal of Resource Science and Technology, 10(2): 190–195.

Jaskula, R. & Płóciennik, M. 2020 “Water Is Needed to Exist: Habitat Preferences of Tiger Beetles (Coleoptera: Cicindelidae) in a Desert Country,” Insects 2020, 11, 809

Knisley, C.B. 1987. Habitats, food resources, and natural enemies of a community of larval Cicindela in southeastern Arizona (Coleoptera: Cicindelidae). Canadian Journal of Zoology 65:1191-1200.

Knisley, C.B. 2011. Anthropogenic disturbances and rare tiger beetle habitats: benefits, risks, and implications for conservation. Terrestrial Arthropod Reviews, 4(1), 41–61.

Knisley, C. B., Kippenhan, M., & Brzoska, D. 2014. Conservation status of United States tiger beetles. Terrestrial Arthropod Reviews, 7(2- 4), 93–145.

Macfie, J. W. S. 1923. A Note on a Beetle which preys on Mosquito Larvae.Bulletin of Entomological Research, 13(04), 403-403.

Matalin, A.V. & Cassola, F. 2000. A new Cylindera Westwood, 1831 species of the subgenus Leptinomera rivalier, 1961 from Peninsular Malaysia, with notes on two other tiger beetle species (Coleoptera: Carabidae: Cicindelinae). Russian Entomological Journal 9: 191-193.

Nachappa, P., Braman, S.K., Guillebeau, L.P., & All, J. N. 2006. Functional response of the tiger beetle Megacephala carolina carolina (Coleoptera: Carabidae) on two-lined spittlebug. J Econ Entomol. 99(5):1583-9.

Pearson, D.L. 1988. Biology of Tiger Beetles. Annu. Rev. Entomol. 33: 123– 147

Sastry, K. S. S., & Appanna, M. 1958. Parasites and predators of some of the common insect pests of sugarcane in Visvesvaraya Canal Tract, Mandya District, Mysore State. Mysore agric. J, 33, 140-149.

Wiesner, J. 2016. New Records of Tiger Beetle Species from the Malaysian Peninsular (IV). 127th Contribution towards the knowledge of Cicindelinae. 157 – 164.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: FSTIzfa Riza Binti HazmiPusat Sistematik SeranggaUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Sindrom Gigi Retak

Next Post

Perjalanan Ibadah Umrah Bernaratifkan STEM

Editor

Editor

Related Posts

100 Tahun Teori Quantum (1925-2025)
Berita & Peristiwa

100 Tahun Teori Quantum (1925-2025)

6 days ago
Michael Faraday: Nasib Baik atau Kerja Keras?
Berita & Peristiwa

Michael Faraday: Nasib Baik atau Kerja Keras?

7 days ago
Kanser Prostat: Bahaya Senyap Dalam Kalangan Lelaki
Berita & Peristiwa

Kanser Prostat: Bahaya Senyap Dalam Kalangan Lelaki

1 week ago
Transformasi Dari Kulit Krustasea Kepada Kitosan Serba Guna
Berita & Peristiwa

Transformasi Dari Kulit Krustasea Kepada Kitosan Serba Guna

1 week ago
Next Post
Perjalanan Ibadah Umrah Bernaratifkan STEM

Perjalanan Ibadah Umrah Bernaratifkan STEM

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In