23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, September 11, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sejarah Pengelasan Tumbuhan Paku Pakis

Sejarah Pengelasan Tumbuhan Paku Pakis

Editor by Editor
29/10/2024
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Sejarah & Falsafah
0 0
0

Penulis: ¹Nur Aliah Mohamad Khaduwi (PhD), ²Prof. Madya Dr. Haja Maideen
Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakuti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia¹‚²

Tahukah anda, pengelasan paku pakis pada zaman dahulu umumnya hanya berpandukan kepada ciri morfologi yang terdapat pada tumbuhan paku pakis tersebut? Perbezaan pendapat dalam kalangan ahli taksonomi untuk menginterpretasi ciri morfologi paku pakis telah menyebabkan ketidakstabilan sistem pengelasan tumbuhan ini sejak kurun ke-17. Stuessy (2009) memerihalkan proses pengelasan sebagai satu proses yang melibatkan pandangan daripada pelbagai pihak dalam pelbagai cara. Sistem pengelasan boleh dibahagikan kepada empat iaitu pengelasan secara buatan, filetik, fenetik dan kladistik.

Rajah 1. Sorus pada pina: Antara ciri morfologi yang digunakan dalam proses pengelasan dan pengecaman paku pakis.

Pengelasan secara buatan adalah sistem pengelasan yang dibuat berpandukan kepada satu atau hanya beberapa ciri sahaja untuk membuat perbandingan antara sesuatu spesies. Carl Linnaeus, seorang ahli biologi tumbuhan adalah antara pengkaji terawal yang telah mengelaskan tumbuhan paku pakis berdasarkan pengelasan secara buatan. Beliau telah meletakkan paku pakis bersama-sama dengan tumbuhan lain seperti lumut, alga dan juga kulat ke dalam kumpulan ‘Cryptogamae’. Dalam sistem pengelasan beliau, paku pakis telah dikelaskan kepada 17 genus dan 213 spesies berdasarkan ciri bentuk dan kedudukan sorus pada fron. Seiring dengan kemunculan teori oleh Darwin (1859), ahli taksonomi telah menemui jawapan mengenai persoalan mengapa kebanyakan kumpulan yang dikelompokkan bersama bersifat homogenus. Hal ini adalah kerana mereka mempunyai keturunan yang sama. Oleh yang demikian, sistem pengelasan tumbuhan berdasarkan bentuk evolusi telah diberi nama filetik, filogenetik ataupun proses evolusi (Stuessy 2009).

Sistem pengelasan filetik ke atas tumbuhan buat pertama kalinya telah diperkenalkan oleh Eichler iaitu seorang ahli botani yang berpengaruh sekitar kurun ke-18. Beliau telah mengelaskan keseluruhan alam tumbuhan kepada dua iaitu ‘Criptogamae’ dan ‘Phanerogamae’. Kumpulan ‘Criptogamae’ dibahagikan kepada tiga divisi iaitu Thallophyta, Bryophyta dan Pteridophyta manakala kumpulan ‘Phanerogamae‘ pula hanya terdiri daripada divisi Spermatophyta. Menurut perspektif evolusi Eichler, beliau menyatakan bahawa divisi Thallophyta adalah divisi paling primitif di antara semua divisi. Paku pakis telah diletakkan ke dalam divisi Pteridophyta yang membiak melalui spora, dan ditakrifkan sebagai kumpulan tumbuhan bervaskular yang paling primitif.

Rajah 2. Antara struktur spora paku pakis genus Diplazium dalam famili Athyriaceae

Tumbuhan paku pakis seterusnya dibahagikan kepada empat divisi iaitu Psilotophyta, Lepidophyta, Calamophyta dan Pterophyta menurut Smith (1955), Zimmerman (1959) dan Vashista (1973). Kemajuan teknologi selepas kurun ke-20 memberi impak yang besar dalam bidang molekul dan seterusnya membolehkan sistem pengelasan paku pakis menjadi lebih stabil dengan gabungan data morfologi dan juga molekul. Antara pengelasan terawal setelah era filogeni molekul selepas kurun ke-20 ialah sistem pengelasan oleh Smith et al. (2006). Mereka telah membuat satu sistem pengelasan yang membahagikan paku pakis kepada dua divisi iaitu Lycophyta dan Monilophyta.

Kesimpulannya, sejarah pengelasan paku pakis boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengelasan sebelum kurun ke-20 dan selepas kurun ke-20. Pengelasan sebelum kurun ke-20 umumnya telah membahagikan paku pakis kepada empat divisi manakala selepas kurun ke-20 pula, dengan adanya sokongan data molekul dalam mengelaskan sesuatu takson telah menghasilkan sistem pengelasan paku pakis yang lebih stabil, yang mana paku pakis telah dibahagikan kepada dua divisi iaitu Lycophyta dan juga Monilophyta.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: botanisFSTJabatan Biologi FST UKMNur Aliah Mohamad Khaduwipaku pakispengkelasanPM Dr Haja Maideen
ShareTweetShare
Previous Post

Program 2024 STEM Energizer Chem E-Car with Students Zone Imagination: Mewujudkan Inovasi dalam Pendidikan Sains dan Teknologi Hijau

Next Post

MyNet-IDEA 2024 Pemangkin Minda Inovasi Teknologi Digital

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Bateri Litium Menyokong Teknologi Hijau
Berita & Peristiwa

Penggunaan Bateri Litium Menyokong Teknologi Hijau

7 days ago
Malaria: Penyakit Purba yang Masih Mengancam Dunia
Berita & Peristiwa

Malaria: Penyakit Purba yang Masih Mengancam Dunia

7 days ago
Buah Gac (Momordica cochinchinensis): Mutiara Merah Asia yang Kaya dengan Potensi Nutrisi dan Ekonomi Tinggi
Alam Semulajadi

Buah Gac (Momordica cochinchinensis): Mutiara Merah Asia yang Kaya dengan Potensi Nutrisi dan Ekonomi Tinggi

1 week ago
Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa
Berita & Peristiwa

Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa

1 week ago
Next Post
MyNet-IDEA 2024 Pemangkin Minda Inovasi Teknologi Digital

MyNet-IDEA 2024 Pemangkin Minda Inovasi Teknologi Digital

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In