23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Program 2024 STEM Energizer Chem E-Car with Students Zone Imagination: Mewujudkan Inovasi dalam Pendidikan Sains dan Teknologi Hijau

Program 2024 STEM Energizer Chem E-Car with Students Zone Imagination: Mewujudkan Inovasi dalam Pendidikan Sains dan Teknologi Hijau

Editor by Editor
29/10/2024
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Ts. Leong Kok Seng¹, Dr Azmi bin Ahmad², Sunatrah binti Abdullahyi³
¹′²′³Pensyarah,
Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)

 

PAGOH: Program 2024 STEM Energizer Chem E-Car yang bertemakan “Students Zone Imagination” mencipta sejarah sebagai inisiatif pertama yang diadakan secara fizikal oleh Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Institut Sel Fuel Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Pasir Gudang. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan dalam bidang sains dan teknologi hijau, serta menghasilkan prototaip kenderaan yang berimpak dan relevan.

Sebagai tuan rumah, PTSN telah menjalankan program ini dari 22 hingga 23 Oktober 2024, di mana pada hari pertama, enam buah sekolah telah dijemput untuk mengambil bahagian. Sekolah-sekolah tersebut termasuk Sekolah Kebangsaan Kampong Raja, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Abong, Sekolah Menengah Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Sekolah Kebangsaan Kota Raja, Sekolah Kebangsaan Panchor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir. Pelbagai aktiviti dan demonstrasi eksperimen telah diadakan oleh pensyarah PTSN bagi mengintegrasikan elemen sains dan teknologi dalam pemikiran masyarakat, dengan harapan untuk membentuk komuniti yang mampu mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan seharian. Aktiviti pameran eksperimen mendapat sambutan hangat daripada para pelajar.

Pada hari kedua, program ini menyaksikan penyertaan seramai 150 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar. Fasa ini bertujuan menyediakan platform bagi perbincangan mengenai kemajuan penyelidikan dalam teknologi hijau, serta membina interaksi yang berkesan antara ahli kumpulan. Sesi pemindahan ilmu tentang teknologi sel fuel dan latihan praktikal dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sains dalam inovasi industri automotif, sejajar dengan perkembangan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik).

Sebanyak 35 peserta daripada 9 kumpulan terpilih telah mengambil bahagian dalam demonstrasi E-Chem Car, yang menunjukkan kreativiti dan inovasi dalam sains dan teknologi. Fasa ini memfokuskan kepada demonstrasi yang menguji kemahiran serta kreativiti pelajar kejuruteraan, di mana mereka diberi peluang untuk mencipta kereta mini yang digerakkan oleh sumber kuasa hasil tindak balas kimia. Penekanan diberikan kepada reaksi kimia yang mampan bagi memastikan teknologi yang digunakan mesra alam. Kemahiran STEM seperti penyelesaian masalah dan penghasilan produk ditekankan sepanjang pertandingan, dengan kejayaan dinilai berdasarkan kemampuan kereta untuk berhenti di garisan penamat sambil membawa beban tertentu. Ketua Penilai juri, Prof. Madya Dr. Mohd Shahbudin bin Mastar @ Masdar, memberikan komen yang konstruktif berdasarkan pengalamannya dalam pembangunan prototaip E-Chem Car. Beliau menekankan bahawa motivasi dan kesungguhan pelajar adalah kunci kejayaan, terutama ketika berhadapan dengan cabaran dalam proses pembinaan.

Program ini dirasmikan oleh Ts. Hamdan bin Samdin, Pengarah PTSN, yang menyatakan bahawa inisiatif ini berjaya menggalakkan idea-idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia, sambil memperkasakan bakat tempatan dan menyediakan peluang untuk bersaing. Selain itu, program ini memberikan impak positif kepada komuniti dengan menyediakan peluang kepada pelajar, guru, dan pensyarah untuk menyaksikan acara berprestij ini, di mana mereka dapat berinteraksi dengan peserta dan memperoleh maklumat lanjut tentang prototaip yang dihasilkan.

Harapan utama program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang, di mana mereka bukan sahaja mahir dalam bidang teknikal, tetapi juga mampu berkomunikasi dengan baik, memiliki daya tahan yang tinggi, serta bersikap kompetitif. Melibatkan peserta dari universiti antarabangsa dijangka akan meningkatkan motivasi dan daya saing pelajar tempatan, seiring dengan aspirasi PTSN untuk mencapai status politeknik bertaraf global menjelang tahun 2025. Melalui program E-Chem Car, pelajar berpeluang untuk tidak hanya memahami teori, tetapi juga mengaplikasikannya dalam situasi sebenar. Ini menjadikan pengalaman pembelajaran mereka lebih menarik dan relevan, di mana mereka dapat melihat hubungan antara pengetahuan yang dipelajari dan aplikasi praktikal dalam dunia sebenar. Program ini diharapkan dapat menghasilkan generasi mahasiswa yang lebih bersedia menghadapi cabaran dalam industri dan kehidupan seharian di masa hadapan.

Gambar-gambar aktiviti

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Institut Sel FuelmostiPoliteknik Tun Syed Nasir Syed IsmailSTEM Energizer Chem E-CarTs. Leong Kok Seng
ShareTweetShare
Previous Post

Sains di Hujung Jari: Polimer Pembentuk Filem Mencantikkan Kuku

Next Post

Sejarah Pengelasan Tumbuhan Paku Pakis

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

22 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

5 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

5 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

5 days ago
Next Post
Sejarah Pengelasan Tumbuhan Paku Pakis

Sejarah Pengelasan Tumbuhan Paku Pakis

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In