23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, June 2, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kesan Penyakit Kencing Manis Terhadap Sistem Imun Badan

Kesan Penyakit Kencing Manis Terhadap Sistem Imun Badan

Editor by Editor
01/06/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Ting Choo Yuen
Pensyarah Kanan,
Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya

Satu kajian terkini yang dijalankan oleh National Institutes of Health menunjukkan bahawa kira-kira 18.3% rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis, terutamanya di kalangan mereka yang berumur lebih daripada 60 tahun (41.5%), individu yang kurang aktif secara fizikal (22.5%), individu yang obese (27.1%), serta mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi (36%) atau paras kolesterol tinggi (30.4%) (Ismail H 2019). Angka ini sememangnya membimbangkan kerana ianya memberi implikasi besar terhadap kos rawatan dan penjagaan kesihatan, ekonomi, serta kualiti hidup masyarakat.

Penyakit kencing manis boleh melemahkan sistem imun badan, dan meningkatkan risiko jangkitan penyakit. Sebagai contoh, kita sering mendengar kenyataan daripada pihak Kementerian Kesihatan bahawa pesakit kencing manis, khususnya mereka yang mempunyai kawalan gula yang lemah, mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mengalami jangkitan Covid-19 yang serius, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) atau mengalami kematian (Conway J 2020). Persoalannya, bagaimanakah penyakit kencing manis boleh menyumbang kepada kelemahan sistem imun badan? Dalam artikel ini, kita akan membincangkan mekanisme bagaimana penyakit kencing manis melemahkan sistem imun atau pertahanan badan serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko komplikasi dan jangkitan.

1. Penyakit Kencing Manis menyebabkan Keradangan Kronik Tahap Rendah

Paras gula yang tinggi secara berterusan mengakibatkan sel menukarkan lebihan gula kepada radikal bebas. Radikal bebas ini merosakkan tisu organ di sekeliling secara beransur-ansur. Antara organ yang paling kerap terjejas ialah:

a- Mata, melalui kerosakan pada saluran darah halus di retina;
b- Buah pinggang, melalui kemusnahan unit penapisan buah pinggang yang akhirnya boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kronik
c- Tisu saraf, menyebabkan kerosakan sistem saraf atau diabetes neuropathy
d- Saluran darah, maka meningkatkan risiko aterosklerosis.

Selain itu, radikal bebas juga merangsang sel imun untuk menghasilkan protin keradangan seperti TNF-alpha dan IL-6. Protin keradangan ini boleh menyebabkan sel-sel sihat mengalami kemusnahan serta merosakkan tisu badan (Oguntibeju OO 2019).

Selain itu, paras gula darah yang tinggi secara berpanjangan menyebabkan molekul gula bergabung dengan protin dan lemak dalam darah untuk membentuk sebatian berbahaya yang dipangil “advanced glycation end product” (AGE). AGE ini terkumpul dalam tisu badan dan melekat pada reseptor khusus pada permukaan sel-sel imun. Pengikatan ini mengaktifkan NF-kB dalam sel-sel badan, yang ibarat “suis utama” mengawal keradangan dan sistem imun. Apabila NF-kB diaktifkan, ia memerintahkan sel-sel untuk menghasilkan lebih banyak protin keradangan dan mengaktifan sel imun secara berlebihan. Hasilnya, badan mengalami keradangan yang kronik. Sistem imun sentiasa dihidupkan tanpa henti, hingga akhirnya melemahkan dan melumpuhkan fungsi sistem imun secara keseluruhan (Obeagu EI 2026).

2- Penyakit Kencing Manis Menjejaskan Sistem Imun Semulajadi Badan

Apabila individu yang sihat mengalami jangkitan kuman, neutrophil iaitu sejenis sel darah putih akan bergerak ke tisu jangkitan itu untuk melawan kuman. Proses pergerakan sel darah putih ke tisu jangkitan ini dikenali sebagai “kemotaksis”. Namun demikian, paras gula darah yang tinggi dalam pesakit kencing manis boleh menjejaskan proses kemotaksis, menyebabkan neutrofil gagal bergerak dengan berkesan ke kawasan tisu yang dijangkiti kuman. Akibatnya, proses penyingkiran kuman daripada badan menjadi lebih lambat (Pease JE 2002).

Dalam keadaan paras gula darah yang tinggi, neutrophil lebih cenderung untuk berkumpul atau melekat secara tidak normal pada dinding salur darah. Hal ini berlaku kerana paras gula darah yang tinggi merangsang salur darah menghasilkan lebih banyak molekul lekatan seperti ICAM-1, P-selectin, dan E-selectin. Molekul-molekul ini menggalakkan neutrophil melekat pada dinding saluran darah dan seterusnya mengganggu fungsi normal sistem imun badan (Dowey R 2021).

3- Penyakit Kencing Manis Menjejaskan Fungsi Normal Sel T

Kandungan paras gula darah yang tinggi boleh menjejaskan fungsi normal sel T. Sel T ialah  sejenis sel darah putih yang penting dalam sistem imun badan. Dalam keadaan paras gula tinggi, Sel T  mengalami perubahan metabolik, iaitu beralih dari proses penghasilan tenaga yang cekap melalui fosforilasi oksidatif kepada glikolitik yang kurang cekap. Keadaan ini menjejaskan keupayaan sel T untuk melawan jangkitan kerana sel tersebut tidak dapat menyelaras isyarat-isyarat sel dengan baik, maka menyebabkan sistem imun kurang berkesan dalam melawan jangkitan (Lee H 2024).

Selain itu, paras gula darah yang tinggi secara berterusan juga boleh mencetuskan tekanan oksidatif di dalam sel. Keadaan ini menyebabkan sel T mengalami penuaan awal (cellular senescence), iaitu di mana sel T kehilangan keupayaan untuk membahagi dan tidak dapat menyingkirkan virus dengan berkesan. Lebih membimbangkan, sel T yang tua ini menghasilkan molekul pro-radang seperti IFNγ, TNFα yang seterusnya mencetuskan keradangan sistemik yang berpanjangan dalam badan (Hulme KD 2024).

4- Penyakit Kencing Manis Menggalakkan Jangkitan Kuman

Dibandingkan dengan individu sihat, pesakit kencing manis lebih mudah mendapat  jangkitan termasuk jangkitan pelbagai jenis kuman seperti bakteria, virus, dan kulat yang boleh menyerang kulit atau mana-mana organ dalam badan. Ini Adalah kerana kuman memerlukan gula sebagai sumber tenaga untuk membiak dan berkembang.

Pesakit kencing manis yang mengalami glukosuria (kehadiran gula berlebihan dalam air kencing) lebih mudah dan lebih kerap mendapat jangkitan kuman pada saluran kencing. Hal ini demikian kerana bakteria lebih mudah tumbuh dan membiak dalam persekitaran yang kaya dengan sumber makanan seperti gula (Nitzan O, 2015). Akibatnya, pesakit kencing manis mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami jangkitan saluran kencing berulang berbanding individu yang mempunyai paras gula darah normal.

Langkah-Langkah untuk Mengurangkan Risiko Komplikasi dan Jangkitan

Terdapat beberapa langkah penting yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan dan komplikasi penyakit kencing manis:

i- Mendapatkan Rawatan dan Memantau Paras Gula Darah

Ubat kencing manis harus diambil pada dos dan kekerapan yang telah ditentukan oleh doktor. Paras gula dalam darah harus dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikannya sentiasa terkawal. Kawalan gula yang baik adalah kunci utama untuk mencegah jangkitan dan komplikasi.

ii- Rawatan Tekanan Darah Tinggi dan Kolesterol Tinggi

Pesakit kencing manis kerap menghadapi penyakit tekanan darah tinggi serta kolesterol tinggi. Kedua-dua penyakit ini akan melemahkan lagi sistem imun melalui keradangan tisu kronik dan kerosakan saluran darah. Oleh itu, kedua-dua penyakit ini harus dirawat dengan baik untuk mengurangkan beban pada sistem imun.

iii. Pemeriksaan Mata dan Ujian Darah Berkala

Pesakit kencing manis harus mendapatkan pemeriksaan kesihatan setiap tahun untuk mengesan:

a- Kerosakan retina
b- Penyakit buah pinggang
c- Kerosakan saraf
d- Kerosakan saluran darah

Pemeriksaan awal membolehkan rawatan segera dan mencegah komplikasi lebih teruk.

iv- Vaksinasi Influenza dan Pneumococcal

a- Vaksin influenza tahunan – sangat penting untuk pesakit diabetes
b- Vaksin pneumococcal – melindungi dari pneumonia

Vaksinasi adalah cara yang berkesan untuk mengelak komplikasi penyakit kencing manis dan mengurangkan risiko jangkitan serius.

v- Penjagaan Kesihatan Kaki

Pesakit kencing manis harus memberi perhatian khusus terhadap kesihatan kaki:

a- Kaki harus sentiasa kering, terutamanya di antara jari-jari kaki
b- Gunakan lotion untuk mengelakkan kekeringan yang boleh menyebabkan keretakan kulit
c- Pakai kasut walaupun di dalam rumah untuk mengelakkan kecederaan
d- Periksa kaki setiap hari untuk mencari luka

Kerosakan saraf akibat diabetes boleh menyebabkan pesakit tidak merasa kecederaan pada kaki, maka pemeriksaan harian adalah sangat penting.

Kredit foto-Imej Janaan AI

Rujukan

  1. Ismail, H., Saminathan, T. A., Lourdes, T. G. R., Hasani, W. S. R., Ab Majid, N. L., & Yusoff, M. F. M. (2025). Prevalence of Diabetes Mellitus and its Associated Factors among Adults in Malaysia: Findings from the National Health and Morbidity Survey 2019. IIUM Medical Journal Malaysia, 24(04).
  2. Conway J, Gould A, Westley R, Raju SA, Oklopcic A, Broadbent A, Abdelhafiz AH, Sinclair AJ. Characteristics of patients with diabetes hospitalised for COVID-19 infection-a brief case series report. Diabetes Res Clin Pract. 2020 Nov;169:108460. doi: 10.1016/j.diabres.2020.108460. Epub 2020 Sep 21. PMID: 32971153; PMCID: PMC7505129.
  3. Pease JE, Sabroe I. The role of interleukin-8 and its receptors in inflammatory lung disease: implications for therapy. Am J Respir Med. 2002;1(1):19-25. doi: 10.1007/BF03257159. PMID: 14720072; PMCID: PMC7102088.
  4. Dowey R, Iqbal A, Heller SR, Sabroe I, Prince LR. A Bittersweet Response to Infection in Diabetes; Targeting Neutrophils to Modify Inflammation and Improve Host Immunity. Front Immunol. 2021 Jun 3;12:678771. doi: 10.3389/fimmu.2021.678771. PMID: 34149714; PMCID: PMC8209466
  5. Oguntibeju OO. Type 2 diabetes mellitus, oxidative stress and inflammation: examining the links. Int J Physiol Pathophysiol Pharmacol. 2019 Jun 15;11(3):45-63. PMID: 31333808; PMCID: PMC6628012.
  6. Obeagu EI. Unraveling the connection: Inflammatory markers and diabetes mellitus pathogenesis. Medicine (Baltimore). 2026 Jan 23;105(4):e47338. doi: 10.1097/MD.0000000000047338. PMID: 41578487; PMCID: PMC12851792.
  7. Lee H, Kim MJ, Lee IK, Hong CW, Jeon JH. Impact of hyperglycemia on immune cell function: a comprehensive review. Diabetol Int. 2024 Aug 12;15(4):745-760. doi: 10.1007/s13340-024-00741-6. PMID: 39469566; PMCID: PMC11512986.
  8. Hulme KD, Tong ZWM, Rowntree LC, van de Sandt CE, Ronacher K, Grant EJ, Dorey ES, Gallo LA, Gras S, Kedzierska K, Barrett HL, Short KR. Increasing HbA1c is associated with reduced CD8+T cell functionality in response to influenza virus in a TCR-dependent manner in individuals with diabetes mellitus. Cell Mol Life Sci. 2024 Jan 12;81(1):35. doi: 10.1007/s00018-023-05010-4. PMID: 38214784; PMCID: PMC10786977.
  9. Nitzan O, Elias M, Chazan B, Saliba W. Urinary tract infections in patients with type 2 diabetes mellitus: review of prevalence, diagnosis, and management. Diabetes Metab Syndr Obes. 2015 Feb 26;8:129-36. doi: 10.2147/DMSO.S51792. PMID: 25759592; PMCID: PMC4346284.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: “advanced glycation end product” (AGE)diabetes neuropathyFakulti Perubatanfosforilasi oksidatifglukosuriaJabatan PatologiJangkitan Covid-19Keradangan Kronikneutrophilpenapisan buah pinggangpenyakit buah pinggang kronikpenyakit kencing manisrisiko aterosklerosissel darah putihSel TSistem Imun BadanTing Choo YuenUnit Rawatn Rapi ICUUniversiti Malaya
ShareTweetShare
Previous Post

Cabaran Pecahan: Isu Global dalam Pendidikan Matematik

Next Post

Kenali Paku Midin: Morfologi, Taksonomi dan Potensinya sebagai Sumber Makanan

Editor

Editor

Related Posts

Kenali Paku Midin: Morfologi, Taksonomi dan Potensinya sebagai Sumber Makanan
Alam Semulajadi

Kenali Paku Midin: Morfologi, Taksonomi dan Potensinya sebagai Sumber Makanan

9 hours ago
Cabaran Pecahan: Isu Global dalam Pendidikan Matematik
Berita & Peristiwa

Cabaran Pecahan: Isu Global dalam Pendidikan Matematik

17 hours ago
Di Sebalik Kerawakan: Mengapa Alam Memilih Keteraturan?
Berita & Peristiwa

Di Sebalik Kerawakan: Mengapa Alam Memilih Keteraturan?

18 hours ago
Daun Kelapa Sawit: Sisa Ladang yang Berpotensi Menjadi Rawatan Luka Masa Hadapan
Alam Semulajadi

Daun Kelapa Sawit: Sisa Ladang yang Berpotensi Menjadi Rawatan Luka Masa Hadapan

2 days ago
Next Post
Kenali Paku Midin: Morfologi, Taksonomi dan Potensinya sebagai Sumber Makanan

Kenali Paku Midin: Morfologi, Taksonomi dan Potensinya sebagai Sumber Makanan

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In