23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, May 1, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Santan Penyebab Kolesterol Tinggi- Fakta atau Mitos?

Santan Penyebab Kolesterol Tinggi- Fakta atau Mitos?

Editor by Editor
10/02/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Eng Weng Khee¹, Nurul Sarahanis Binti Azhar¹, Roslee Rajikan¹, Harvinder Kaur A/P Gilcharan Singh¹

¹Program Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur

Segelintir di kalangan rakyat Malaysia pernah mendengar kenyataan bahawa ‘santan segar adalah lebih sihat daripada santan kotak kerana kandungan kolesterol yang lebih rendah,’. Adakah ini benar?

Santan kelapa atau ringkasnya santan adalah bahan utama dalam hidangan kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi lemak, rendang dan kari. Malah aneka kuih-muih dan pemanis mulut yang menjadi kegemaran masyarakat negara kita juga menggunakan santan.

Bagaimana santan ini dihasilkan? Santan ialah cecair pekat berwarna putih susu yang terhasil dari perahan isi kelapa tua yang diparut. Teksturnya yang berkrim mempunyai kandungan lemak yang tinggi, yang kebanyakannya terdiri daripada lemak tepu.

Apakah perbezaan tahap nutrisi di antara santan segar dan santan kotak? Sebelum anda membeli, adalah digalakkan untuk membaca terlebih dahulu mengenai fakta nutrisi yang tertulis di belakang pek pembungkus. Berikut merupakan contoh kandungan nutrisi di antara santan segar dan santan kotak:

Berdasarkan fakta nutrisi di atas, tiada perbezaan yang ketara dalam kandungan kalori dan lemak tepu antara santan segar dan santan kotak. Oleh itu, tanggapan bahawa santan segar lebih sihat dan rendah lemak berbanding santan kotak adalah tidak tepat.

Satu persoalan yang sering bermain difikiran kita iaitu “adakah benar santan ini dapat memberikan manfaat terhadap kesihatan kita atau sebaliknya?” Santan kelapa bukan sahaja menambah rasa pada masakan, tetapi ia juga dapat menawarkan beberapa manfaat kesihatan apabila diambil secara sederhana. Namun begitu, faktor risiko santan terhadap kesihatan adalah lebih banyak daripada manfaatnya. Antara manfaatnya terhadap kesihatan adalah:

  1. Mengandungi Trigliserida Rantai Sederhana atau “Medium Chain Triglyceride (MCT)”

Santan mengandungi “Medium Chain Triglyceride (MCT)” yang dapat merangsang pengeluaran tenaga melalui proses yang dikenali sebagai thermogenesis. Selain itu, ia dapat memberi manfaat kepada metabolisme dan kesihatan secara keseluruhan. Kajian oleh Mumme K. et al. 2015 menunjukkan bahawa MCT boleh membantu mengawal berat badan dan lemak badan, meningkatkan rasa kenyang selepas makan, serta meningkatkan sensitiviti insulin.

  1. Kesihatan Jantung dan Sistem Imun

Terdapat bukti bahawa asid laurik, sejenis antioksidan dalam santan, boleh membantu mencegah strok dan penyakit jantung. Selain itu, asid laurik juga mempunyai sifat antimikrob dan anti-radang yang dapat membantu melawan jangkitan dan menyokong sistem imun.

Walaubagaimanapun, pengambilan santan juga mempunyai risiko terhadap kesihatan terutamanya apabila diambil secara berlebihan. Antara risikonya terhadap kesihatan adalah:

1.Kandungan Lemak Tepu yang Tinggi

Santan mengandungi lemak tepu yang tinggi, yang boleh meningkatkan paras kolesterol LDL dalam darah yang dapat meningkatkan risiko strok dan penyakit jantung.

2. Kandungan Kalori yang Tinggi

Santan mempunyai kandungan kalori yang tinggi di mana pengambilan santan secara berlebihan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan jika tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal yang mencukupi.

Gambar 1- Risiko penyakit jantung

Terdapat tanggapan-tanggapan yang tidak benar mengenai santan yang telah menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai fakta disebalik santan yang merupakan salah satu bahan yang sering digunakan dalam masakan di negara kita. Berikut merupakan antara mitos yang acap kali dibicarakan oleh masyarakat kita:

Mitos 1: Santan adalah “superfood” yang boleh menyembuhkan semua penyakit.
Fakta 1: Walaupun santan mempunyai nutrisi yang bermanfaat, ia harus diambil sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan bukan sebagai penyembuh segala penyakit.

Mitos 2: Santan adalah alternatif yang lebih sihat daripada susu untuk semua orang.
Fakta 2: Keperluan kesihatan individu berbeza; bagi sesetengah orang, terutama yang memerlukan pengambilan lemak rendah, santan mungkin bukan pilihan terbaik.

Mitos 3: Santan menyebabkan kolesterol tinggi.
Fakta 3: Menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia pada tahun 2021, santan tidak mengandungi kolesterol kerana kolesterol hanya terdapat dalam produk haiwan. Namun, santan mengandungi lemak tepu yang boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah.

Santan kaya dengan lemak tepu, oleh itu penggunaannya harus disesuaikan dengan keperluan pemakanan dan kesihatan seseorang, terutamanya pengambilan lemak. Contohnya, bagi individu yang menghidap dislipidemia (paras lemak darah yang tidak normal), pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh menyumbang kepada peningkatan paras LDL-kolesterol (“kolesterol jahat”), yang merupakan faktor risiko untuk penyakit kardiovaskular.

Jadi adalah penting untuk mengetahui cara pengambilan santan yang betul agar manfaatnya dapat dimaksimumkan tanpa menjejaskan kesihatan. Berikut adalah beberapa tips praktikal untuk menikmati santan dengan lebih sihat:

 

1. Elakkan Memasak Santan Terlalu Lama: Memasak santan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan perubahan struktur lemak, menjadikannya lemak tepu yang kurang sihat. Disarankan untuk memasukkan santan pada akhir proses memasak dan tidak memasaknya lebih dari 3 minit.

2. Hindari Memanaskan Semula Makanan Bersantan: Memanaskan semula makanan yang mengandungi santan berulang kali boleh meningkatkan kandungan lemak jenuh, yang berpotensi meningkatkan kadar kolesterol. Oleh itu, sebaiknya masak dalam porsi yang cukup untuk sekali hidangan dan habiskan tanpa perlu dipanaskan semula.

 

3. Kawal Kekerapan dan Saiz Hidangan: Pengambilan dalam jumlah besar dan kerap boleh meningkatkan risiko kesihatan seperti peningkatan kolesterol. Bagi individu dewasa, disarankan untuk mengambil makanan bersantan tidak melebihi sekali atau dua kali seminggu. Selain itu, adalah digalakkan untuk mengikuti Panduan Pinggan Sihat Malaysia iaitu “suku-suku separuh” pada setiap waktu makan.

Gambar 2- Sumber i-Medik

4. Cara Penggunaan yang Sihat: Gunakan santan dalam jumlah sederhana dalam masakan seperti kari, sup, atau pencuci mulut. Pertimbangkan untuk mencampurkannya dengan susu rendah lemak untuk mengurangkan kandungan lemak tepu.

Antara tips lain yang boleh diamalkan adalah dengan menggantikan santan dengan bahan seperti yogurt rendah lemak atau susu rendah lemak dalam masakan untuk memberi kepekatan sebagai alternatif yang lebih sihat di samping mengandungi kalori dan lemak tepu yang lebih rendah.

Sebagai kesimpulan, santan merupakan bahan semula jadi yang kaya dengan nutrien dan sering menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan. Namun penggunaannya haruslah dilakukan dengan bijak dan sederhana. Meskipun santan mengandungi Trigliserida Rantai Sederhana atau “Medium Chain Triglycerides (MCT)” yang dapat memberi manfaat kepada metabolisme dan kesihatan secara keseluruhan, kandungan lemak tepu yang tinggi juga perlu diberi perhatian, terutama bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti dislipidemia atau penyakit kardiovaskular. Dengan memahami perbezaan antara fakta dan mitos mengenai santan, pengguna dapat membuat pilihan yang lebih bijak, seperti mengawal saiz hidangan, kekerapan pengambilannya dan mengamalkan diet yang seimbang mengikut Pinggan Sihat Malaysia. Secara keseluruhannya, kunci kepada pengambilan santan yang sihat terletak pada keseimbangan, di mana ia menjadi sebahagian daripada diet yang seimbang dan menyeluruh, sejajar dengan keperluan pemakanan individu.

 

Rujukan

CHOLESTEROL ONLY COMES FROM THE FOOD WE EAT WE SHOULD NOT EAT FOOD CONTAINING BAD CHOLESTEROL. Retrieved February 4, 2025, from https://nkf.org.my/wp-content/uploads/2019/03/Cholesterol-Myths-Facts.pdf

Coconut Milk: Comparing Benefits vs. Fat Content. (n.d.). Verywell Health. https://www.verywellhealth.com/coconut-milk-7971556

Ekanayaka, R. A. I., Ekanayaka, N. K., Perera, B., & De Silva, P. G. S. M. (2013). Impact of a Traditional Dietary Supplement with Coconut Milk and Soya Milk on the Lipid Profile in Normal Free Living Subjects. Journal of Nutrition and Metabolism, 2013. https://doi.org/10.1155/2013/481068

Eske, J. (2018, November 20). Health benefits of coconut milk. Medicalnewstoday.com; Medical News Today. https://www.medicalnewstoday.com/articles/323743?utm_source=chatgpt.com

Gengghatarani Gengan, Mohd, S., Saari, N., & Muhamad. (2024, February). Nutritional and therapeutic benefits of coconut milk and its potential as a plant-based functional yogurt… ResearchGate; Tsinghua University Press. https://www.researchgate.net/publication/378507995_Nutritional_and_therapeutic_benefits_of_coconut_milk_and_its_potential_as_a_plant-based_functional_yogurt_alternative_a_review

Husnul Abdi. (2019). 8 Fungsi Uang dalam Perekonomian sebagai Alat Tukar Kehidupan Sehari-hari. Liputan6.com. https://doi.org/1025150807.desktop.liputan6

Karunasiri, A. N., Gunawardane, M., Senanayake, C. M., Jayathilaka, N., & Seneviratne, K. N. (2020). Antioxidant and Nutritional Properties of Domestic and Commercial Coconut Milk Preparations. International Journal of Food Science, 2020. https://doi.org/10.1155/2020/3489605

Mumme K, Stonehouse W. Effects of medium-chain triglycerides on weight loss and body composition: a meta-analysis of randomized controlled trials. J Acad Nutr Diet. 2015 Feb;115(2):249-263. doi: 10.1016/j.jand.2014.10.022. PMID: 25636220.

Ruvan A.I. Ekanayaka, P.G.S.M. de Silva, Medhani K.I. Ekanayaka, W.M.M. Jayatilleke, R.P.M.M.R. Pathirana, Y.N. Amaratunga, Silva, & Perera, B. (2024). Effect of different forms of coconut on the lipid profile in normal free-living healthy subjects: A randomized controlled trial (Phase II). Global Epidemiology, 100138–100138. https://doi.org/10.1016/j.gloepi.2024.100138

TI, T. (2020). Rumah Sakit Indriati. Rsindriati.com. https://rsindriati.com/berita/3-Cara-Memasak-Santan-agar-Tak-Jadi-Berbahaya-untuk-Kesehatan?utm_source

Tuminah, S., & Sihombing, M. (2015). Frequent coconut milk intake increases the risk of vascular disease in adults. Universa Medicina, 34(2), 149. https://doi.org/10.18051/univmed.2015.v34.149-158

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: mitos dan faktaProgram DietetikSantan KelapaUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Bahaya Logam Berat: Dari Persekitaran ke Meja Makan

Next Post

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi: Perspektif dari Rantaian Bekalan Mampan

Editor

Editor

Related Posts

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden
Berita & Peristiwa

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden

13 hours ago
Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?
Berita & Peristiwa

Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?

1 day ago
Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

3 days ago
Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import
Alam Semulajadi

Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import

5 days ago
Next Post
Sains Pembungkusan Terbiodegradasi: Perspektif dari Rantaian Bekalan Mampan

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi: Perspektif dari Rantaian Bekalan Mampan

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In