23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 17, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bahaya Logam Berat: Dari Persekitaran ke Meja Makan

Bahaya Logam Berat: Dari Persekitaran ke Meja Makan

Editor by Editor
07/02/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. ’Aqilah Mukhtar¹ dan Dr. Nurul ’Ain Ab Jalil¹

¹Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Adakah makanan laut kegemaran anda benar-benar selamat dan bebas daripada logam berat? Persoalan ini terus menjadi tanda tanya bagi pengguna yang semakin prihatin terhadap keselamatan makanan. Bukan sahaja makanan laut, malah sumber makanan daripada aktiviti pertanian, perladangan serta pemprosesan dan pembungkusan makanan juga tidak terlepas daripada risiko pencemaran logam berat.

Apakah itu logam berat?

Logam berat ialah unsur logam yang mempunyai ketumpatan melebihi 5 g/cm³ dan boleh terbentuk secara semula jadi. Namun, pencemaran logam berat dalam persekitaran sering dikaitkan dengan aktiviti manusia seperti pelepasan sisa industri yang tidak dirawat, penggunaan baja dan racun perosak dalam pertanian, serta pembuangan barangan elektronik secara tidak terkawal. Dalam kepekatan tertentu, logam berat boleh menjadi toksik dan berbahaya, bergantung kepada jenisnya. Antara logam berat yang sering ditemui dalam persekitaran termasuk merkuri (Hg), kadmium (Cd), arsenik (As), plumbum (Pb), dan nikel (Ni). Walaupun beberapa logam berat seperti zink (Zn), kuprum (Cu) dan nikel (Ni) adalah penting untuk fungsi biologi tubuh badan manusia, namun terdapat logam berat lain yang boleh menyebabkan kerosakan serius apabila terkumpul dalam jumlah yang berlebihan. Risiko kesihatan boleh menjadi lebih tinggi apabila seseorang terdedah kepada logam berat secara berterusan atau dalam jangka masa yang panjang, meskipun pada kepekatan rendah.

Ancaman kesihatan kepada manusia

Salah satu sifat utama logam berat ialah sukar terurai. Lebih membimbangkan, logam berat yang dibebaskan ke persekitaran mampu terkumpul dalam organisma hidup (bioakumulasi) dan seterusnya memasuki rantaian makanan. Sebagai contoh, organisma akuatik berupaya menyerap logam berat melalui kulit atau insang semasa berada di dalam air yang tercemar. Pemindahan logam berat dalam ekosistem akuatik boleh berlaku melalui proses biomagnifikasi, di mana kepekatan logam berat meningkat pada setiap peringkat rantaian makanan. Setelah logam berat memasuki organisma akuatik yang lebih rendah atau kecil dalam rantaian makanan, seperti plankton, ia akan dipindahkan kepada organisma yang lebih besar, seperti kerang dan ikan, dan terkumpul dalam tisu mereka. Plumbum (Pb) dan kadmium (Cd) adalah logam berat yang sering ditemui dalam kerang dan moluska, dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang apabila terkumpul dalam badan manusia.

Tragedi Minamata di Jepun menjadi peringatan pahit kepada dunia mengenai bahaya pencemaran logam berat dalam persekitaran. Menurut kumpulan pengkaji khas penyakit Minamata, ibu mengandung yang memakan makanan laut yang tercemar dengan metil merkuri telah secara tidak langsung meracuni bayi dalam kandungan melalui plasenta. Akibatnya, bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan anggota badan seperti pekak, buta dan terencent akal.

Dewasa ini, kemajuan teknologi memberi impak besar dalam industri makanan kerana ia memudahkan pengendalian dan penyimpanan produk makanan serta dapat mengekalkan nilai atau nutrisi pemakanan agar tetap terpelihara. Walau bagaimanapun, manfaat ini kadangkala boleh dibayangi oleh risiko potensi pemindahan bahan kimia dari pembungkusan ke makanan. Bahan pembungkusan makanan seperti timah dan plastik boleh melepaskan sejumlah kecil bahan kimia antaranya logam berat apabila bersentuhan dengan makanan yang mungkin berbahaya kepada kesihatan manusia. Kajian turut menemui bahawa penggunaan periuk dan kuali aluminium berkualiti rendah yang tidak dilapisi dengan lapisan pelindung (anodized coating) boleh menyebabkan perlepasan aluminium ke dalam makanan. Pengumpulan aluminium dalam badan dikaitkan dengan penyakit Alzheimer dan gangguan saraf. Oleh demikan, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesyorkan penggunaan peralatan memasak keluli tahan karat atau seramik berkualiti tinggi untuk mengurangkan risiko pencemaran logam berat ke atas makanan.

Langkah bijak mengurangkan risiko

Namun begitu, sebagai pengguna yang bijak, kita boleh mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada logam berat. Antara langkah yang boleh diambil ialah membasuh makanan dengan bersih sebelum dimasak atau dimakan bagi menyingkirkan kekotoran serta sisa logam yang mungkin terdapat pada makanan. Selain itu, hadkan pengambilan ikan besar kerana cenderung mengandungi kepekatan logam berat yang lebih tinggi akibat proses bioakumulasi dan biomagnifikasi. Pemilihan makanan organik juga merupakan alternatif yang wajar, memandangkan makanan organik biasanya ditanam menggunakan kaedah yang lebih mesra alam dan bebas daripada penggunaan bahan kimia berlebihan yang boleh menyumbang kepada pencemaran logam berat. Bagi mengekalkan keterjaminan makanan organik, pelaksanaan amalan pertanian yang lestari harus dipertingkatkan. Di samping itu, kurangkan pengambilan makanan yang diproses kerana penggunaan bahan pembungkusan  berpotensi melepaskan logam berat, seperti beberapa jenis tin dan bekas. Ini dapat membantu mencegah pencemaran semasa proses pemprosesan dan penyimpanan makanan.

Kesimpulan

Kehadiran logam berat dalam persekitaran mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun kesannya kepada kesihatan manusia adalah nyata. Aktiviti manusia yang semakin rancak telah meningkatkan kepekatan logam berat dalam alam sekitar, sekaligus meningkatkan risiko pencemaran makanan. Untuk mengurangkan risiko logam berat dalam makanan, kita semua perlu bekerjasama – pengguna, pengeluar, dan pihak berkuasa. Setiap pihak mempunyai peranan penting dalam memastikan makanan yang kita makan selamat dan bebas dari bahan berbahaya. Dengan membuat pilihan bijak tentang sumber makanan, mematuhi amalan pertanian yang selamat, dan meningkatkan kesedaran tentang risiko logam berat, kita dapat melindungi kesihatan dan memastikan keselamatan makanan terjamin. Marilah sama-sama kita pastikan makanan di atas meja kita tidak hanya lazat tetapi juga selamat untuk dinikmati.

Foto – MyTest

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: bahaya logam beratDr. ‘Aqilah MukhtarDr. Nurul ’Ain Ab JalilFakulti Sains dan TeknologiJabatan Sains Bumi dan Alam Sekitarkimia berbahayaLogam Beratrisiko kesihatanUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Makanan Pelengkap: Kunci Tumbesaran Optimum Anak Anda

Next Post

Santan Penyebab Kolesterol Tinggi- Fakta atau Mitos?

Editor

Editor

Related Posts

Tradisi Mencandat Sotong: Antara Warisan, Ekologi dan Sains Cahaya
Alam Semulajadi

Tradisi Mencandat Sotong: Antara Warisan, Ekologi dan Sains Cahaya

13 hours ago
Haiwan Tanpa Otak Tapi Kaya Fungsi
Alam Semulajadi

Haiwan Tanpa Otak Tapi Kaya Fungsi

3 days ago
Daripada Bahasa kepada Tanaman: Implikasi NLP Berkuasa AI dalam Sektor Pertanian
Alam Semulajadi

Daripada Bahasa kepada Tanaman: Implikasi NLP Berkuasa AI dalam Sektor Pertanian

3 days ago
Tiub Nano Karbon Bergrafen (GCNT): Inovasi Nano untuk Aplikasi Tenaga dan Elektronik Fleksibel
Berita & Peristiwa

Tiub Nano Karbon Bergrafen (GCNT): Inovasi Nano untuk Aplikasi Tenaga dan Elektronik Fleksibel

6 days ago
Next Post
Santan Penyebab Kolesterol Tinggi- Fakta atau Mitos?

Santan Penyebab Kolesterol Tinggi- Fakta atau Mitos?

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In