23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 30, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Dilema STEM di Malaysia: Apa yang Silap dan Bagaimana Memperbaikinya?

Dilema STEM di Malaysia: Apa yang Silap dan Bagaimana Memperbaikinya?

Editor by Editor
10/03/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Matematik, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Dr. Nor Farhah Razak, Dr. Mona Fatin Syazwanee Mohamed Ghazali

Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia

Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) merupakan tunjang utama pembangunan teknologi dan inovasi dalam sesebuah negara. Walaupun Malaysia telah mengiktiraf kepentingan STEM sebagai pemacu utama ekonomi berasaskan pengetahuan, statistik menunjukkan penurunan minat pelajar terhadap bidang ini. Kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 dan Pelan Transformasi STEM Kebangsaan menyasarkan Malaysia adalah untuk mencapai nisbah 60% pelajar dalam aliran sains dan 40% dalam aliran sastera. Namun, data terkini menunjukkan bahawa sasaran ini belum tercapai, dengan peratusan pelajar dalam aliran STEM masih di bawah 60% (Utusan Malaysia, 2021). Pada tahun 2023, penyertaan pelajar aliran STEM meningkat kepada 45.73% daripada 40.95% pada 2021. Namun, hanya 15.2% pelajar memilih aliran sains tulen, menunjukkan minat rendah terhadap subjek STEM yang lebih teknikal (Astroawani, 2023).

Persepsi STEM sebagai Subjek yang sukar merupakan antara faktor utama yang menyumbangan kepada penyertaan pelajar dalam aliran STEM. Pelajar sering menganggap subjek seperti matematik dan sains sebagai mencabar dan membebankan. Ketakutan terhadap kegagalan dalam subjek ini menjadikan ramai pelajar memilih aliran lain yang dirasakan lebih mudah. Guru memainkan peranan penting dalam mengubah persepsi ini dengan melibatkan lebih banyak aktiviti praktikal yang menyeronokkan berbanding kaedah teori semata-mata. Pengajaran yang merangsang persoalan melalui pendekatan eksperimen dan pembelajaran berasaskan projek boleh membantu pelajar memahami konsep secara lebih mendalam. Namun, kadar murid yang tinggi dalam satu kelas sering menyukarkan pelaksanaan aktiviti amali ini. Kerajaan perlu menyokong usaha ini dengan menyediakan bahan praktikal seperti kit makmal mudah alih, peralatan eksperimen yang mencukupi, dan menambah baik nisbah guru kepada pelajar bagi memastikan aktiviti praktikal dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Kekurangan pendedahan awal melalui aktiviti berasaskan STEM di peringkat prasekolah dan sekolah rendah mengakibatkan pelajar tidak terdedah kepada kepentingan dan aplikasi bidang ini dalam kehidupan harian. Langkah baik telah idlakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek pada november 2024 yang mengumumkan pemansuhan pembelajaran berorientasikan peperiksaan untuk mengurangkan tekanan murid dan beralih kepada pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri, eksplorasi, pengalaman, dan konteks (Bernama, 2024). Pendekatan ini menekankan pembangunan holistik murid dan menggalakkan pembelajaran yang lebih menarik dan relevan dengan dunia sebenar. Pendekatan ini memberi ruang kepada pelajar yang mungkin kurang sesuai dengan gaya pengajaran tradisional tetapi cemerlang melalui pengalaman hands-on dan pembelajaran kolaboratif.  Namun, latihan intensif untuk guru perlu diberikan supaya mereka dapat mengintegrasikan kaedah pengajaran yang mempunyai elemen pembelajaran berasaskan projek dan dibantu oleh penyediaan infrastruktur yang mencukupi.

 

Pelajar membuat aktiviti eksperiman untuk membantu pemahaman dalam konsep fizik

Kekurangan role model atau tokoh inspirasi dalam STEM di Malaysia turut menyumbang kepada kurangnya minat pelajar. Pelajar tidak dapat melihat contoh nyata kejayaan dalam bidang ini yang dekat dengan pengalaman mereka. Menurut kajian, kehadiran role model memainkan peranan penting dalam membina aspirasi pelajar terhadap kerjaya STEM (Halim et al., 2018). Tokoh-tokoh tempatan yang berjaya dalam STEM jarang diketengahkan dalam media atau program pendidikan, berbanding selebriti dalam bidang lain seperti hiburan dan sukan. Selain itu, aktiviti seperti ceramah inspirasi, sesi perkongsian pengalaman dengan profesional STEM, dan mentorship boleh membantu menonjolkan perjalanan kerjaya STEM yang menarik. Kerajaan, institusi pendidikan, dan sektor swasta perlu bekerjasama untuk meningkatkan profil role model dalam STEM, khususnya di kalangan wanita dan kumpulan minoriti, bagi memperluaskan aspirasi pelajar.

Kurangnya kesedaran tentang peluang kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar dan ibu bapa di Malaysia merupakan isu yang signifikan. Kebanyakan pelajar dan ibu bapa tidak menyedari peluang pekerjaan yang luas dan lumayan dalam bidang STEM, menyebabkan mereka tidak melihatnya sebagai pilihan kerjaya yang menarik. Menurut laporan oleh MalaysiaGazette, kurangnya kesedaran dan semangat dalam kalangan pelajar dan ibu bapa mengenai kelebihan dan peluang yang diberikan oleh profesion STEM adalah antara faktor utama penurunan minat terhadap bidang ini (MalaysiaGazette,2023).Persepsi bahawa subjek STEM adalah sukar, membosankan, dan tidak berkaitan dengan dunia nyata turut menyumbang kepada kurangnya minat. Selain itu, kekurangan pendedahan awal terhadap bidang STEM dan fasiliti yang tidak mencukupi di sekolah, khususnya di kawasan luar bandar, membataskan minat pelajar untuk menceburi bidang ini (Buletin TV3, 2024).

Untuk mengatasi masalah ini, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan ibu bapa mengenai kepentingan dan peluang kerjaya dalam bidang STEM. Langkah-langkah seperti penganjuran program kesedaran, penambahbaikan fasiliti pendidikan, dan pendedahan awal terhadap STEM di peringkat sekolah rendah perlu diberi perhatian serius (Buletin TV3, 2024). Kesedaran yang lebih tinggi mengenai peluang kerjaya dalam bidang STEM dapat membantu menarik minat lebih ramai pelajar untuk menceburi bidang ini, sekali gus menyokong pembangunan negara ke arah status negara maju menjelang 2025.

Dilema STEM di Malaysia memerlukan pendekatan menyeluruh dan kerjasama daripada pelbagai pihak, termasuk kerajaan, institusi pendidikan, dan industri. Dengan langkah-langkah yang strategik dan pelaksanaan yang berkesan, Malaysia mampu mengubah cabaran ini menjadi peluang untuk membina generasi yang cemerlang dalam bidang STEM. Masa depan negara bergantung pada keupayaan kita untuk memastikan bahawa lebih ramai pelajar tertarik dan berjaya dalam bidang ini.

 

Rujukan:

  1. Astro Awani. (2023). Penyertaan aliran STEM menurun, MOSTI ambil langkah proaktif pupuk minat. Retrieved from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penyertaan-aliran-stem-menurun-mosti-ambil-langkah-proaktif-pupuk-minat-436265
  2. (2024). Pemansuhan pembelajaran berorientasikan peperiksaan kurangkan tekanan murid. Retrieved from https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2367660
  3. Buletin TV3. (2024). Kekurangan minat pelajar dalam STEM jejas sasaran Malaysia jadi negara maju 2025. Retrieved from https://www.buletintv3.my/nasional/kekurangan-minat-pelajar-dalam-stem-jejas-sasaran-malaysia-jadi-negara-maju-2025/
  4. Halim, L., Rahman, N. A., Wahab, N., & Mohtar, L. E. (2018). Factors Influencing Interest in STEM Careers: An Exploratory Factor Analysis. Asia-Pacific Forum on Science Learning and Teaching, 19, No. 1.
  5. (2023, September 18). Malaysia perlu teroka inisiatif negara luar tangani kemerosotan pelajar STEM. Retrieved from https://malaysiagazette.com/2023/09/18/malaysia-perlu-teroka-inisiatif-negara-luar-tangani-kemerosotan-pelajar-stem/
  6. Utusan Malaysia. (2021, October). Jumlah pelajar sekolah ambil STEM masih bawah 60 peratus. Retrieved from https://www.utusan.com.my/berita/2021/10/jumlah-pelajar-sekolah-ambil-stem-masih-bawah-60-peratus/
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Mona Fatin Syazwanee Mohamed GhazaliDr. Nor Farhah Razakfasiliti STEM sekolahisu STEMPusat PERMATA@Pintar NegaraUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Gula dan Kanser: Memahami Hubungannya

Next Post

Laut Tanpa Warna: Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang

Editor

Editor

Related Posts

Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?
Berita & Peristiwa

Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?

3 hours ago
Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

2 days ago
Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import
Alam Semulajadi

Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import

3 days ago
Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital
Berita & Peristiwa

Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital

4 days ago
Next Post
Laut Tanpa Warna: Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang

Laut Tanpa Warna: Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In