23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bijak Menilai Risiko Bahaya Bahan Kimia: Pencegahan kemalangan Melalui Keutamaan

Bijak Menilai Risiko Bahaya Bahan Kimia: Pencegahan kemalangan Melalui Keutamaan

Editor by Editor
29/11/2025
in Berita & Peristiwa, Kimia
0 0
0

Oleh: Nurul Azwa Mohd Yunus
Pegawai Penyelidik,
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

 

Sebagai Ketua Unit Pengurusan Bahan Kimia Universiti, penulis sering menerima pelbagai jenis soalan dari penyelidik dan pelajar berkaitan keselamatan bahan kimia.

Soalan: “Puan, bahan kimia mana sebenarnya paling bahaya dalam makmal ni?”

“Semua bahan kimia ada risikonya tapi ada yang lebih kritikal daripada yang lain.” Jawapan jujur, tetapi tidak begitu memuaskan.

Penulis terdiam, bukan disebabkan tidak begitu jelas bahan kimia mana yang berbahaya tetapi kerana soalan itu tidak semudah yang disangka. Dalam makmal, bahaya tidak hanya bergantung kepada jenis bahan. Ia bergantung kepada kuantiti, kekerapan digunakan, tempat simpanan dan infrastruktur makmal yang bersesuaian. Penulis tertanya sendiri, bagaimana caranya untuk membantu orang ramai terutama penyelidik dan pelajar supaya lebih bijak menilai bahaya bahan kimia?

Inventori Mengubah Cara Penulis Menilai Risiko

Penulis mempunyai pengkalan data inventori hampir 700 bahan kimia yang ada di universiti di mana penulis berkhidmat. Rutin sebagai penyelidik dan pengguna bahan kimia hanyalah menyemak Safety Data Sheet, membaca label bahaya, dan membezakan hazad; antara toksik, mudah terbakar atau menghakis.

Rupanya masalah paling besar bukan pada bahan kimia. Masalah paling besar adalah data dan penaksirannya. Ada makmal menyimpan 5 botol bahan yang sama. Ada makmal lain yang tidak sedar bahawa pelarut yang digunakan setiap hari itu sebenarnya berada dalam kategori bahaya jangka panjang atau chronic toxicity. Ada yang menyangka “bahan paling bahaya” ialah bahan yang paling eksotik, padahal bahan yang paling banyak menyebabkan insiden sebenarnya ialah bahan yang digunakan setiap hari. Semua ini berlaku kerana kita tidak ada cara mudah untuk menilai bahaya secara menyeluruh.

Bila Risiko Tidak Kelihatan, Kita Perlu Cara Melihat Bahaya Dengan Lebih Jelas

Jadi kami bangunkan satu kaedah yang sangat ringkas tetapi mengubah cara kami melihat risiko: Rubrik pemarkahan dua peringkat. Ia bukan teknologi canggih cuma cara sistematik untuk memberi skor kepada setiap bahan berdasarkan faktor yang benar-benar memberi kesan kepada risiko harian.

Peringkat 1: Menilai Bahaya Dengan Pantas

Kami menilai setiap bahan pada skala 1 hingga 5 berdasarkan 6 faktor:

  • Bahaya kesihatan
  • Bahaya fizikal (mudah terbakar/reaktif)
  • Bahaya alam sekitar
  • Kuantiti
  • Kekerapan penggunaan
  • Infrastruktur makmal

Kami boleh lihat bahan mana yang berisiko tinggi, perlu diberi keutamaan dan perlu disemak semula tempat penyimpanannya, dilabel ‘kritikal’.

Peringkat 2: Menilai Bahaya Dengan Lebih Mendalam

Untuk bahan yang tersenarai “kritikal”, kami menilai sembilan faktor tambahan termasuk ketoksikan, karsinogenik, bioakumulasi dan persistence. Hasilnya ialah satu skor yang kami panggil Environmental Hazard Index (EHI) yang memberi gambaran keseluruhan risiko bahan kimia, bukan sekadar label amaran pada botol.

Apa yang kami Temui Selepas Menilai 700 Bahan Kimia

  1. Bahan paling biasa adalah yang paling berisiko.

Pelarut yang digunakan setiap hari, asid standard, logam berat semuanya menyumbang kepada risiko terbesar kerana digunakan dalam kuantiti besar dan di banyak makmal.

  1. Hanya 10–15 bahan menyumbang kepada majoriti risiko.

Fenomena Pareto jelas: 20% bahan → 80% risiko universiti. Fokus pada 10–15 bahan ini sahaja sudah memberi impak besar. Ini sangat memudahkan kerja keselamatan: fokus pada 10–15 bahan ini, dan anda sudah mengurangkan majoriti risiko.

  1. Setiap makmal ada ‘cap jari risiko’ tersendiri.

Makmal penyelidikan biasanya tinggi risiko. Makmal pengajaran lebih stabil dan rendah.

Dengan data yang diperoleh ini, kami boleh merancang latihan yang khusus untuk pelajar, staf dan penyelidik, pembelian bahan kimia dengan lebih berhemah, audit berkaitan bahan kimia yang lebih berfokus dan penyimpanan bahan kimia yang lebih selamat.

Mengapa Kita Perlu Menilai Risiko Dengan Cara Ini?

Kerana keselamatan makmal tidak boleh bergantung pada rasa ‘agak-agak’. Pelajar baru tak kenal bahaya sebenar. Penyelidik senior kadang-kadang terlalu biasa dengan rutin sehingga lupa bahawa ‘bahan biasa pun bahaya’. Pembantu makmal pula kadang-kadang terbeban dalam inventori tanpa sistem keutamaan. Rubrik pemarkahan ini ringkas, boleh digunakan sesiapa pun, telus dan berkesan. Ia membantu kita melihat bahaya yang mata kasar tidak nampak.

Bahaya Sebenar Selalunya Datang Dari Kebiasaan

Bekerja dengan bahan kimia memang satu rutin harian tetapi bahaya jarang datang dari letupan dramatik atau tumpahan besar. Selalunya, bahaya datang perlahan-lahan melalui bahan yang kita guna setiap hari, bahan yang kita simpan berlebihan, atau rutin yang kita anggap “okay je”. Apabila kita terlalu selesa, kita berhenti menilai. Kita berhenti bertanya: “Adakah bahan ini sebenarnya berisiko tinggi?”

Menilai risiko secara bijak bukan tugas pegawai keselamatan sahaja.
Ia tanggungjawab setiap orang yang melangkah masuk ke makmal. Dengan adanya kaedah mudah dan berstruktur, kita boleh melihat bahaya dengan lebih jelas dan itulah yang menyelamatkan kita daripada insiden yang tidak dijangka.

Biografi penulis:

Nurul Azwa binti Mohd Yunus merupakan seorang Pegawai Penyelidik Gred Q9 di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur. Beliau bertugas sebagai Ketua Unit, Unit Pengurusan Bahan Kimia  sejak 2022. Beliau mempunyai pengalaman bekerja di industri dan universiti selama 13 tahun. Kemahiran dan kepakaran beliau adalah dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kimia Analitikal dan juga AI Generatif, di mana beliau banyak memberi latihan dan ceramah yang berkaitan.

 

Kredit foto- Toronto Management University

Tags: Bahan KimiaKeselamatan KimiaNurul Azwa Mohd YunusPegawai PenyelidikPenilaian Risiko KimiaRisiko Kemalangan Bahan KimiaUTMKL
ShareTweetShare
Previous Post

FUNTASTIC STEM Mini Carnival 2025 Memupuk Minat dan Literasi STEM dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Next Post

Penyakit Hati Berlemak: Epidemik Senyap di Malaysia

Editor

Editor

Related Posts

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

10 hours ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

2 days ago
Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami
Alam Semulajadi

Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami

3 days ago
Pembungkusan Fleksibel: Teknologi di Sebalik Produk Harian
Berita & Peristiwa

Pembungkusan Fleksibel: Teknologi di Sebalik Produk Harian

3 days ago
Next Post
Penyakit Hati Berlemak: Epidemik Senyap di Malaysia

Penyakit Hati Berlemak: Epidemik Senyap di Malaysia

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In