23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, September 25, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pembentangan dan Diskusi Penyelidikan Teori Fizik Kuantum di Persidangan IQSA 2026 di Newfoundland, Kanada

Pembentangan dan Diskusi Penyelidikan Teori Fizik Kuantum di Persidangan IQSA 2026 di Newfoundland, Kanada

Editor by Editor
10/08/2026
in Berita & Peristiwa, Fizik, Matematik
0 0
0

Penulis: Nurisya Mohd Shah, PhD
Pensyarah Fizik Teori,
Jabatan Fizik, Universiti Putra Malaysia

ST. JOHN’S, NEWFOUNDLAND, Julai 2026 – International Quantum Structures Association Conference 2026 (IQSA2026) telah berlangsung dari 6 hingga 10 Julai 2026 di Memorial University of Newfoundland, St. John’s, Kanada. Persidangan dwitahunan ini menghimpunkan ahli fizik, ahli matematik, ahli logik dan ahli falsafah sains yang berkongsi minat terhadap struktur matematik serta asas teori kuantum (quantum foundations).

International Quantum Structures Association (IQSA) merupakan sebuah persatuan saintifik antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1990 bagi mengembangkan penyelidikan mengenai struktur dan asas teori kuantum. Selama lebih tiga dekad, IQSA menghimpunkan komuniti penyelidik yang meneroka logik kuantum, teori pengukuran, struktur algebra, kebarangkalian kuantum serta pelbagai persoalan matematik yang mendasari mekanik kuantum. Persidangan dwitahunannya menjadi medan pertemuan bagi penyelidik dari pelbagai disiplin untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini dalam bidang tersebut.

Walaupun saiz komunitinya lebih kecil berbanding kebanyakan persidangan fizik antarabangsa, IQSA mempunyai tradisi ilmiah yang panjang dan kekal menjadi antara tempat pertemuan utama bagi penyelidik yang mengkaji asas teori kuantum. Dalam komuniti ini, perbincangan bukan sahaja tertumpu kepada hasil penyelidikan terkini, malah kepada persoalan-persoalan yang membentuk asas mekanik kuantum sejak satu abad yang lalu.

Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, perkembangan sains kuantum banyak memberi tumpuan kepada pengkomputeran kuantum, komunikasi kuantum dan penderiaan kuantum. IQSA pula memberi ruang kepada persoalan yang mendasari keseluruhan bidang tersebut. Bagaimanakah teori kuantum harus difahami? Mengapakah struktur matematiknya berbentuk sedemikian? Bagaimanakah logik, geometri dan teori kumpulan membantu menjelaskan sifat sistem kuantum? Persoalan-persoalan inilah yang terus menjadi tema utama komuniti IQSA.

Program saintifik sepanjang lima hari persidangan merangkumi pelbagai topik seperti logik kuantum, teori kategori, teori pengukuran, geometri kuantum, dinamik bukan-Markov, kebarangkalian kuantum, teori operator serta hubungan antara asas teori kuantum dengan maklumat kuantum, pengkomputeran kuantum dan sains kognitif. Selain sesi pembentangan penyelidikan, persidangan turut menampilkan tiga syarahan plenari dan dua syarahan khas penerima hadiah Birkhoff–von Neumann Prize.

Antara syarahan plenari yang mendapat perhatian ialah pembentangan Prof. John Bush (Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat) mengenai analog hidrodinamik dalam fenomena kuantum, Prof. Trung Duong (Memorial University, Kanada) yang membincangkan pengoptimuman hibrid klasik-kuantum untuk rangkaian komunikasi 6G, serta Prof. Jacob Barandes (Harvard University, Amerika Syarikat) mengenai dinamik bukan-Markov dalam asas teori kuantum. Dua syarahan penerima Birkhoff–von Neumann Prize oleh Dr. Nicholas Ormrod (Perimeter Institute for Theoretical Physics, Kanada) dan Dr. Shengyang Zhong (Peking University, China) turut menjadi antara acara utama persidangan.

Anugerah Birkhoff–von Neumann Prize dinamakan sempena dua tokoh matematik abad ke-20, Garrett Birkhoff dan John von Neumann, yang menerbitkan makalah klasik The Logic of Quantum Mechanics pada tahun 1936. Makalah tersebut memperkenalkan kerangka logik kuantum yang kemudiannya berkembang menjadi satu bidang penyelidikan tersendiri. Hampir sembilan dekad kemudian, idea-idea tersebut masih menjadi antara asas perbincangan dalam komuniti IQSA, sekali gus memperlihatkan bagaimana sesuatu gagasan matematik dapat terus mempengaruhi perkembangan fizik moden merentas generasi.

Malaysia turut diwakili oleh Prof. Madya Dr. Nurisya Mohd Shah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang membentangkan penyelidikan bertajuk “Stabilizer Structure in Non-Compact SU(1,1) Symmetry“. Kajian tersebut mengemukakan satu kerangka teori yang memperluaskan konsep kod pembetulan ralat kuantum (quantum error correction) menggunakan simetri bukan padat kumpulan Lie SU(1,1). Pendekatan ini menunjukkan bagaimana teori kumpulan dan teori perwakilan boleh digunakan bagi membina struktur kod kuantum untuk sistem kuantum dengan pemboleh ubah selanjar (continuous-variable quantum systems).

Selain sesi pembentangan, suasana persidangan yang berskala sederhana membolehkan perbincangan ilmiah diteruskan di luar dewan persidangan. Idea yang dikemukakan sering dibincangkan daripada pelbagai sudut oleh penyelidik dengan latar belakang fizik, matematik dan logik. Interaksi seperti ini menjadi antara keunikan IQSA kerana setiap pembentangan berpeluang berkembang menjadi perbincangan yang lebih mendalam serta membuka ruang kepada pertukaran idea dan peluang pembentukan kerjasama penyelidikan baharu.

Persidangan IQSA2026 memperlihatkan bahawa penyelidikan dalam asas teori kuantum terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi kuantum. Walaupun persoalan yang dibincangkan sering bersifat abstrak, sejarah fizik menunjukkan bahawa banyak perkembangan besar dalam sains bermula daripada usaha memahami persoalan yang paling asas. Logik kuantum yang diperkenalkan oleh Birkhoff dan von Neumann pada tahun 1936 merupakan satu contoh yang jelas. Apa yang pada mulanya kelihatan sebagai persoalan matematik akhirnya berkembang menjadi satu bidang penyelidikan yang masih aktif sehingga hari ini.

Gambar-gambar dari koleksi penulis

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: International Quantum Structures Association Conference 2026 (IQSA2026)Jabatan FizikNurisya Mohd Shahpensyarah fizik teori UPMstruktur kuantumTeori Fizik Kuantumteori kuantumteori maklumat kuantumUniversiti Putra Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Perubahan Iklim dan Cabarannya terhadap Kehidupan Golongan Orang Kelainan Upaya

Next Post

Berdengkur dalam Kalangan Kanak-Kanak: Peranan Doktor Gigi dalam Pengesanan Awal

Editor

Editor

Related Posts

Peluang Terbaik Matematikawan Menjadi Solopreneur
Berita & Peristiwa

Peluang Terbaik Matematikawan Menjadi Solopreneur

1 week ago
Air Liur: Perisai Semula Jadi yang Melindungi Gigi
Berita & Peristiwa

Air Liur: Perisai Semula Jadi yang Melindungi Gigi

2 weeks ago
Debu Gunung Berapi Anak Krakatau: Dari Udara ke Paru-Paru, Dari Letusan ke Kesan Domino
Alam Semulajadi

Debu Gunung Berapi Anak Krakatau: Dari Udara ke Paru-Paru, Dari Letusan ke Kesan Domino

2 weeks ago
Bagaimana Matematik Membina Masa Depan Perniagaan?
Berita & Peristiwa

Bagaimana Matematik Membina Masa Depan Perniagaan?

2 weeks ago
Next Post
Berdengkur dalam Kalangan Kanak-Kanak: Peranan Doktor Gigi dalam Pengesanan Awal

Berdengkur dalam Kalangan Kanak-Kanak: Peranan Doktor Gigi dalam Pengesanan Awal

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In