Monday, November 2, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Saringan Kanser Pangkal Rahim: Apa yang Setiap Wanita Perlu Tahu

Saringan Kanser Pangkal Rahim: Apa yang Setiap Wanita Perlu Tahu

Editor by Editor
02/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Zainab Mat Yudin,
Pakar Perubatan Keluarga, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Pensyarah Perubatan di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM

Kanser pangkal rahim (serviks) merupakan salah satu kanser yang boleh dikesan pada peringkat awal dan dapat dicegah. Walaupun teknologi moden dan vaksinasi sudah tersedia, penyakit ini masih menjadi ancaman senyap kepada jutaan wanita seluruh dunia disebabkan kekurangan maklumat mengenai kaedah saringan awal dan pencegahan. Pangkal rahim adalah salah satu bahagian rahim yang terletak pada bahagian bawah rahim yang bersambung faraj (Rajah 1).

Rajah 1: Gambar menunjukkan ilustrasi organ rahim dan kedudukan pangkal rahim (Gambar dijana oleh Gemini AI).

Beban Global dan Realiti di Malaysia

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO), kanser pangkal rahim adalah kanser yang keempat paling kerap dihidapi oleh seluruh wanita di seluruh dunia, meragut ratusan ribu nyawa setiap tahun [1]. Ia lebih kerap berlaku terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana di mana akses saringan masih terhad serta dalam kelompok komuniti yang mempunyai taraf sosioekonomi yang lebih rendah. Berdasarkan laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser pangkal rahim merupakan antara lima kanser paling kerap menyerang wanita tempatan (lazimnya di tangga ketiga atau keempat selepas kanser payudara dan kolorektal atau usus) [2]. Walaupun kanser pangkal rahim dapat dibuat pengesanan pada peringkat awal, namun begitu ramai wanita Malaysia didiagnosis sudah berada pada Tahap 3 dan 4 (Rajah 2 menunjukkan maksud tahap kanser). Hal ini sering berpunca daripada perasaan malu, takut akan prosedur pemeriksaan, atau mitos bahawa ketiadaan rasa sakit menandakan diri bebas penyakit. Pencetus utama kanser pangkal rahim ada berpunca daripada jangkitan Human Papillomavirus (HPV).

Rajah 2: Tahap-tahap kanser pangkal rahim (Gambar dijana oleh Gemini AI).

Kenali Tanda dan Gejala

Pada peringkat awal (ketika sel serviks atau pangkal rahim berubah menjadi prakanser), kanser pangkal rahim biasanya langsung tidak menunjukkan sebarang gejala dan pangkal rahim juga kelihatan normal. Tanda klinikal lazimnya hanya muncul apabila sel kanser mula membesar atau menyerang tisu berhampiran. Tanda-tanda lazim adalah seperti berikut:

i-Pendarahan faraj yang luar biasa: Pendarahan di luar waktu haid normal, pendarahan berlaku selepas hubungan intim, atau pendarahan berlaku selepas fasa menopaus atau putus haid.

ii-Keputihan, cecair atau lendir yang tidak normal: Keputihan, cecair atau lendir faraj yang banyak, berbau busuk, atau bercampur sedikit darah.

iii-Sakit semasa hubungan intim (dyspareunia): Rasa sakit atau ketidakselesaan yang luar biasa pada bahagian pelvis ketika bersama pasangan.

iv-Sakit di bahagian bawah abdomen atau pinggang: Kesakitan berterusan yang tidak reda, sering menandakan penyakit yang telah merebak ke kawasan berhampiran.

Bolehkah Kanser Pangkal Rahim dicegah dan disaring?

Boleh, dan sangat berkesan.

Berbeza dengan kebanyakan kanser lain, kanser pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun (antara 5 hingga 15 tahun) untuk berkembang daripada jangkitan HPV kepada sel prakanser dan akhirnya menjadi kanser. Ruang masa yang panjang ini memberikan jendela peluang keemasan untuk dikesan dan dirawat sebelum ia sempat bertukar menjadi kanser atau kanser itu membesar dan merebak [3].

Pencegahan terbahagi kepada 2 peringkat, iaitu:

i-Pencegahan primer (Vaksinasi HPV): Melindungi individu daripada jenis-jenis HPV yang berisiko tinggi (terutamanya jenis 16 dan 18). Di Malaysia, program vaksinasi ini telah dimasukkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan untuk remaja perempuan sekolah (Rajah 3).

ii-Pencegahan sekunder (Saringan berkala): Mengesan jangkitan virus atau perubahan sel sebelum ia bertukar menjadi sel kanser.

Rajah 3: Contoh vaksin yang digunakan bagi pencegahan virus HPV (Gambar daripada Facebook Hospital Wanita Metro Banting).

Kaedah Saringan

Terdapat 2 jenis saringan utama yang digunakan secara meluas di klinik dan hospital iaitu:

i- Ujian Pap Smear (calitan pangkal rahim): Doktor atau jururawat akan menggunakan spekulum, kemudian mengambil sedikit sampel sel dari permukaan pangkal rahim menggunakan spatula kecil atau berus halus (Rajah 4). Sampel ini diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat sama ada wujud sel-sel tidak normal (prakanser). Disyorkan untuk wanita yang pernah melakukan hubungan seks sahaja. Peringkat permulaan, ujian perlu dibuat sekali setahun untuk 2 tahun berturut-turut. Jika kedua-dua keputusan awal tersebut adalah normal (negatif), ia perlu diulang setiap 3 tahun sekali.

ii- Ujian DNA HPV: Ujian ini lebih sensitif dan ia mengesan bahan genetik (iaitu DNA) virus HPV sebelum sebarang perubahan sel berlaku. Sekiranya negatif, risiko seseorang wanita mendapat kanser pangkal rahim dalam tempoh beberapa tahun adalah sangat rendah. Jika negatif, ujian hanya perlu diulang setiap 5 tahun sekali. Ujian ini boleh juga dilakukan secara kaedah pensampelan sendiri di klinik atau di rumah menggunakan kit pensampelan khas (seperti swab kapas) tanpa perlu menjalani prosedur spekulum yang kadangkala dirasakan tidak selesa (Rajah 5) [4].

Rajah 4: Berus halus yang digunakan dalam pengambilan sampel sel permukaan pangkal rahim (Gambar daripada aplikasi Canva).
Rajah 5: Swab kapas yang digunakan untuk ujian DNA HPV (Gambar daripada aplikasi Canva).

Kanser pangkal rahim adalah penyakit yang tidak sepatutnya meragut nyawa mana-mana wanita pada zaman serba moden ini. Ujian saringan ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan boleh menyelamatkan masa depan wanita. Kunjungilah ke klinik kesihatan berhampiran atau mana-mana fasiliti kesihatan untuk memulakan saringan kanser pangkal rahim.

Rujukan:

  1. World Health Organization. Global Strategy to Accelerate the Elimination of Cervical Cancer as a Public Health Problem. Geneva: WHO; 2020.
  1. ​Institut Kanser Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia. Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCRR) 2017–2021. Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia; 2024.
  2. ​Kementerian Kesihatan Malaysia. Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia (Action Plan Towards the Elimination of Cervical Cancer in Malaysia 2021–2030). Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia; 2021.
  3. ​Woo, Y. L., et al. The implementation of a primary HPV self-testing cervical screening program in Malaysia through Program ROSE—lessons learnt and moving forward. Current Oncology. 2022;29(10):7379–7387.


Biodata Penulis
Dr. Zainab Mat Yudin mendapat pendidikan sebagai doktor perubatan pada tahun 2003 daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah bertugas di Hospital Alor Star, Klinik Kesihatan Rasa dan Klinik Ibu dan Anak Kuala Kubu Bharu. Pada tahun 2015, beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang Pakar Perubatan Keluarga di Universiti Sains Malaysia dan beliau bertugas di klinik kesihatan di Sabah iaitu Klinik Kesihatan Putatan dan Klinik Kesihatan Kundasang sebelum bertugas sebagai Pensyarah Perubatan di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM pada tahun 2016 sehingga kini. Beliau juga bertugas di Klinik Rawatan Keluarga, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kelantan.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Zainab Mat YudinHuman Papillomavirus (HPV)kanser pangkal rahimkanser servikspencegahan kanser pangkal rahimtanda dan gejala kanser serviksUjian DNA HPVUjian Pap Smear
Previous Post

Sains di Sebalik Kesesakan Jalan Raya

Next Post

Susur Galur Zarah Neutrino

Editor

Editor

Related Posts

Susur Galur Zarah Neutrino
Berita & Peristiwa

Susur Galur Zarah Neutrino

42 minutes ago
Sains di Sebalik Kesesakan Jalan Raya
Berita & Peristiwa

Sains di Sebalik Kesesakan Jalan Raya

3 hours ago
Opioid dan Ketum: Bolehkah Ketum Mengurangkan Sindrom Penarikan?
Alam Semulajadi

Opioid dan Ketum: Bolehkah Ketum Mengurangkan Sindrom Penarikan?

9 hours ago
Prinsip Koheren: Asas Menangani Maklumat Palsu
Berita & Peristiwa

Prinsip Koheren: Asas Menangani Maklumat Palsu

2 days ago
Next Post
Susur Galur Zarah Neutrino

Susur Galur Zarah Neutrino

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In