Saturday, November 7, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Peranan Fluorida dalam Kesihatan Pergigian

Peranan Fluorida dalam Kesihatan Pergigian

Editor by Editor
07/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Munirah binti Mohd Adnan
Pakar Kesihatan Awam Pergigian & Pensyarah Pergigian Pusat Pengajian Sains Pergigian,
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan

Apabila bercakap tentang menjaga kesihatan pergigian, kita sering diingatkan supaya memberus gigi dua kali sehari, mengurangkan makanan dan minuman manis, serta melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala. Namun, tahukah anda bahawa terdapat satu bahan yang memainkan peranan penting dalam melindungi gigi daripada kerosakan? Bahan tersebut ialah fluorida.

Fluorida merupakan mineral semula jadi yang terdapat dalam air, tanah dan beberapa sumber makanan. Dalam bidang pergigian, fluorida telah digunakan secara meluas sebagai salah satu kaedah utama untuk mencegah karies atau gigi berlubang. Penggunaannya dalam ubat gigi, bahan pergigian, rawatan pergigian dan, bekalan air komuniti membantu mengurangkan kejadian karies gigi dalam masyarakat.

Proses Kejadian Karies Gigi

Sebelum memahami peranan fluorida, kita perlu mengetahui bagaimana karies berlaku. Di dalam mulut terdapat pelbagai jenis bakteria yang hidup pada permukaan gigi sebagai sebahagian daripada plak. Apabila kita mengambil makanan atau minuman yang mengandungi gula, bakteria tertentu dalam plak akan menggunakan gula tersebut dan menghasilkan asid. Asid yang terhasil menurunkan pH dalam mulut, menyebabkan  mineral seperti kalsium dan fosfat daripada enamel hilang secara beransur-ansur. Proses ini dikenali sebagai demineralisasi.

Pada peringkat awal, kerosakan ini masih boleh diperbaiki. Mineral daripada air liur boleh membantu menggantikan semula mineral yang hilang. Proses ini dikenali sebagai remineralisasi. Masalah berlaku apabila serangan asid terlalu kerap atau berpanjangan sehingga proses kehilangan mineral melebihi proses pemulihan. Lama-kelamaan, permukaan gigi menjadi lemah dan lubang boleh terbentuk.

Gambar 1: Proses kejadian karies gigi

Fluorida Membantu Mencegah Karies

Kehadiran fluorida membantu proses remineralisasi (mengembalikan mineral ke enamel) dengan lebih baik dan menjadikan permukaan gigi lebih tahan terhadap serangan asid. Ia juga boleh mengurangkan aktiviti penghasilan asid oleh bakteria dalam plak.

Menariknya, fungsi fluorida dalam mencegah karies tidak semestinya memerlukan jumlah yang banyak. Kehadiran fluorida pada tahap rendah secara berterusan di dalam persekitaran mulut amat penting. Oleh sebab itu, penggunaan ubat gigi berfluorida secara konsisten dan minum air terawat berfluorida merupakan salah satu cara yang praktikal untuk mendapatkan perlindungan ini.

Gambar 2: Peranan fluorida dalam mencegah berlakunya karies gigi

Keperluan menggunakan Ubat Gigi berfluorida

Sumber fluorida yang paling mudah diperoleh ialah melalui ubat gigi berfluorida. Apabila kita memberus gigi, fluorida daripada ubat gigi akan bersentuhan dengan permukaan gigi. Selepas memberus, sebahagian fluoride tetap berada dalam persekitaran mulut dan membantu melindungi gigi daripada serangan asid. Oleh sebab itu, adalah disarankan untuk hanya meludah dan tidak berkumur selepas selesai memberus gigi.

Penggunaan ubat gigi yang mengandungi fluorida pada kepekatan dan jumlah yang sesuai, serta memberus gigi dua kali sehari, merupakan amalan penting dalam pencegahan karies. Oleh itu, apabila membeli ubat gigi, jangan hanya melihat jenama, rasa atau dakwaan seperti “memutihkan gigi”. Adalah lebih penting untuk membaca label pada kotak ubat gigi untuk memastikan ubat gigi tersebut mengandungi fluorida yang diperlukan.

Bagi kanak-kanak, terutama yang berumur lapan tahun ke bawah, ibu bapa perlu memastikan jumlah ubat gigi yang digunakan sesuai dengan umur mereka dan memastikan mereka meludah selepas memberus. Pengawasan ibu bapa penting bagi mengelakkan pengambilan fluorida secara berlebihan yang boleh menyebabkan kesan yang tidak baik kepada gigi contohnya fluorosis.

Gambar 3: Ubat gigi berfluorida adalah sumber fluorida yang paling mudah dengan kepekatan yang bersesuaian

Perlindungan Fluorida diperlukan Sepanjang Hayat

Ada yang menganggap fluorida hanya penting ketika kanak-kanak kerana gigi mereka masih berkembang. Sebenarnya, perlindungan fluorida diperlukan sepanjang hayat. Karies boleh berlaku pada kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga emas. Apabila seseorang semakin berusia, risiko masalah tertentu seperti karies akar juga boleh meningkat apabila permukaan akar gigi terdedah akibat kemerosotan gusi.

Fluorida membantu melindungi gigi kekal daripada kerosakan dan boleh membantu memperlahankan karies daripada menjadi lebih teruk. Ini bermakna penjagaan menggunakan fluorida bukan sesuatu yang perlu dihentikan selepas seseorang meningkat dewasa. Ia merupakan sebahagian daripada penjagaan kesihatan pergigian sepanjang hayat.

Adakah Fluorida Selamat?

Soalan tentang keselamatan fluorida sering timbul, terutamanya dalam kalangan ibu bapa. Secara asasnya, fluorida mempunyai manfaat yang terbukti dalam pencegahan karies apabila digunakan dalam jumlah yang sesuai mengikut cadangan doktor pergigian. Namun, seperti bahan lain, jumlah yang berlebihan juga boleh membawa kesan yang tidak diingini.

Pendedahan fluorida yang berlebihan ketika gigi sedang berkembang boleh menyebabkan fluorosis pergigian. Dalam kebanyakan kes, fluorosis yang ringan hanya menyebabkan perubahan kecil pada rupa enamel dan tidak menjejaskan fungsi gigi.

Oleh sebab itu, penggunaan fluorida perlu dilakukan dengan betul, bukannya dielakkan sepenuhnya. Bagi kanak-kanak, ibu bapa boleh membantu memastikan ubat gigi digunakan dalam jumlah yang sesuai dan mengawasi anak ketika memberus gigi. Jika terdapat kebimbangan tentang penggunaan fluorida atau risiko karies seseorang anak, dapatkan nasihat daripada doktor pergigian.

Fluorida mempunyai peranan yang penting dalam mengekalan kesihatan pergigian yang baik. Ia membantu menguatkan semula enamel, meningkatkan ketahanan gigi terhadap serangan asid dan mengurangkan risiko karies.

Namun begitu, perlu diingatkan, walaupun fluorida membantu mencegah karies gigi, ia bukan “perisai ajaib” yang boleh menghapuskan semua risiko karies. Pengambilan makanan dan minuman manis yang kerap masih boleh meningkatkan risiko kerosakan gigi. Begitu juga dengan amalan kebersihan mulut yang kurang baik.

Amalkan memberus gigi dua kali sehari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida, menggunakan flos gigi atau berus interdental untuk membuang plak dicelah-celah gigi, mengurangkan kekerapan pengambilan makanan dan minuman manis, dan mendapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali agar kesihatan mulut yang baik dapat dicapai dan dikekalkan.

Gambar 4: Empat langkah untuk kesihatan mulut yang baik

Rujukan:

  • Featherstone, J. D. B. (2000). The science and practice of caries prevention. Journal of the American Dental Association, 131(7), 887–899.
  • Walsh, T., Worthington, H. V., Glenny, A. M., Marinho, V. C., & Jeroncic, A. (2019). Fluoride toothpastes of different concentrations for preventing dental caries. Cochrane Database of Systematic Reviews, (3), CD007868.
  • Centers for Disease Control and Prevention. (2001). Recommendations for using fluoride to prevent and control dental caries in the United States. MMWR Recommendations and Reports, 50(RR-14), 1–42.
  • World Health Organization. (2019). Inadequate or excess fluoride: A major public health concern. Geneva: World Health Organization.

Nota: Gambar dijana menggunakan AI (OpenAI, 2026, Chatgpt dan Gemini)

Biodata Penulis:
Dr. Munirah binti Mohd Adnan merupakan Pakar Kesihatan Awam Pergigian dan juga Pensyarah Pergigian di Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fluorida dalam Kesihatan Pergigiankaries gigiMunirah binti Mohd AdnanPakar Kesihatan Awam PergigianPensyarah Pergigian Pusat Pengajian Sains PergigianUniversiti Sains Malaysia
Previous Post

Jambatan Gigi: Pilihan untuk Rawatan

Editor

Editor

Related Posts

Jambatan Gigi: Pilihan untuk Rawatan
Berita & Peristiwa

Jambatan Gigi: Pilihan untuk Rawatan

42 minutes ago
Lencana Kecil Penjaga Pekerja Hospital: Bagaimana Dosimeter TLD Mengingat Sinaran
Berita & Peristiwa

Lencana Kecil Penjaga Pekerja Hospital: Bagaimana Dosimeter TLD Mengingat Sinaran

58 minutes ago
Pengurusan Bahan Kimia dan Risiko Keselamatan – Dari pembelian hingga Pelupusan
Berita & Peristiwa

Pengurusan Bahan Kimia dan Risiko Keselamatan – Dari pembelian hingga Pelupusan

1 hour ago
Asfalt Tebus Guna: Daripada Sisa Kepada Sumber
Berita & Peristiwa

Asfalt Tebus Guna: Daripada Sisa Kepada Sumber

4 days ago

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In