23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Telefon Bimbit GSM Tidak Selamat

Editor by Editor
17/01/2012
in Berita & Peristiwa, Komputer & IT
0 0
0
Seorang pakar keselamatan Jerman telah mengeluarkan satu amaran bahawa berbilion-bilion pengguna telefon bimbit yang bergantung kepada jaringan GSM (Global System for Mobile Communications )mudah terdedah dengan serangan penggodam.


Beliau menyalahkan masalah ini kepada pengendali rangkaian yang menggunakan keselamatan rangkaian yang ketinggalan zaman. Karsten Nohl, ketua Makmal Penyelidikan Keselamatan Jerman, satu syarikat perunding yang bertapak di Berlin, menyediakan hasil kajiannya dalam satu konferens keselamatan komputer. Nohl membentangkan penemuan terbaru hasil kajiannya mengenai masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh pengguna telefon bimbit di seluruh dunia.
 
Antara masalah tersebut ialah penggodam mampu mengakses dan mengawal penuh secara ‘remote’ telefon seseorang. Kemudian mereka boleh menggunakan telefon tersebut untuk membuat panggilan jauh, menghantar pesanan ringkas, dan menggunakan perkhidmatan internet tanpa had. Mangsa hanya akan mendapat tahu apabila menerima kejutan bil yang melambung tinggi.

Kisah sebegini bukan dongeng lagi, apabila baru-baru ini seluruh dunia dikejutkan dengan pencerobohan mesej suara telefon individu-individu tertentu oleh wartawan News of The World (Tabloid British yang berusia 168 tahun) yang memaksa penerbitan akhbar milik jutawan media Rupert Murdoch menutup operasinya pada Julai 2011 yang lalu. Itu antara yang ditekankan oleh Nohl dalam pembentangannya.



Nohl berkata bahawa dia mampu menyekat suara dan mengirim teks perbualan-perbualan dengan menyamar sebagai pengguna yang berbeza dengan mendengarkan mel suara mereka ,membuat panggilan atau menghantar teks mesej. Malah lebih mengejutkan ialah dia mampu melakukannya dengan menggunakan satu telefon bimbit Motorola berusia tujuh tahun dan perisian enkripsi yang terdapat di Internet secara percuma.

Nohl mampu membaca pertukaran maklumat elektronik lazim antara telefon dan rangkaian. Ia adalah arahan berkod atau arahan jenis maklumat seperti “wait” atau “I have a call for you.” Nohl berkata kebanyakan syarikat pengendali rangkaian telefon mempunyai hanya sedikit perbezaan teknologi dan pengurusan setiap produk mereka berbanding kelaziman yang ditetapkan dalam standard pengendalian. Dan ia mempunyai kelemahan.

Beliau membuat tekaan pintar bagi mentafsirkan kunci algoritma yang dirahsiakan yang digunakan oleh sistem rangkaian untuk penghantaran maklumat. Nohl berkata operator telekomunikasi mudah alih boleh menyelesaikan kelemahan keselamatan dengan mengemas kini perisian mereka. (Menurut laporan dalam The New York Times, kebanyakan teknologi digital yang digunakan untuk menjamin privasi panggilan telefon telah dibangunkan sejak tahun 1980-an dan 1990-an lagi.)

Jenis serangan ini boleh mendedahkan mana-mana telefon bimbit yang menggunakan teknologi GSM. Rangkaian GSM digital kini banyak digunakan di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat (AS), GSM yang standard digunakan oleh AT & T dan T-Mobile USA.

Penyelidik mengkaji semula 32 pengendali di 11 buah Negara iaitu Austria, Belgium, Republik Czech, Perancis, Jerman, Hungary, Itali, Maghribi,Slovakia, Switzerland dan Thailand. Pengendali rangkaian telefon mudah alih dinilai berdasarkan kemahiran penyelidik atau penggodam  memintas panggilan, menjejaki telefon, atau menyamar menggunakan peranti orang lain. Rangkaian GSM T-Mobile dari Jerman berada di kedudukan tertinggi dalam memberikan perlindungan keselamatan; syarikat itu meletakkan langkah-langkah keselamatan yang lebih maju berbanding dari dengan negara lain.

Syarikat di mana Nohl bertugas melibatkan diri dalam projek-projek teknologi di syarikat-syarikat dan agensi kerajaan yang memberi tumpuan kepada pemahaman risiko teknologi.

Menurut Makmal Penyelidikan Keselamatan, teknologi maklumat dan komunikasi telefon GSM adalah paling popular di dunia. Ia merangkumi kebanyakan negara dan menghubungkan lebih daripada empat bilion telefon mudah alih yang menggunakan teknologi tersebut.

Sumber: PhysOrg

Tags: godam mobil phonegodam telefonGSM phone hackingpenggodam telefon bimbit
ShareTweetShare
Previous Post

Kajian Otak Einstein

Next Post

Bahan Bakar dari Daun Buatan

Editor

Editor

Related Posts

Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?
Berita & Peristiwa

Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?

5 hours ago
Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

1 day ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

3 days ago
Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami
Alam Semulajadi

Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami

3 days ago
Next Post
Bahan Bakar dari Daun Buatan

Bahan Bakar dari Daun Buatan

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In