23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, May 1, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Plastik Dari Bulu Ayam

Editor by Editor
08/02/2012
in Berita & Peristiwa, Luar Negara
0 0
0
PERCAYA atau tidak suatu hari nanti barangan plastik atau polimer akan dihasilkan dari bulu ayam. Penyelidik dari University of Nebraska, Lincoln telah menemui kaedah baru menghasilkan plastik dari bulu ayam. Bulu ayam mempunyai sejenis bahan yang kaya dengan protein dikenali sebagai keratin. Keratin adalah sejenis protein yang mempunyai sifat mekanikal yang kuat dan berketahanan yang tinggi yang juga terdapat pada paruh dan tanduk haiwan.
 
Untuk menghasilkan plastik ini, bulu ayam akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dikisar halus menjadi debu. Kemudian sejenis bahan kimia dicampurkan dan diikuti dengan proses pempolimeran. Proses ini akan menyebabkan molekul keratin bergabung dan membentuk rantaian panjang polimer.
 
 
Menurut Dr. Yang, penyelidik dari  Institute of Agriculture and Natural Resources at the University of Nebraska-Lincoln,plastik yang diperbuat daripada bulu ayam tahan suhu tinggi, kuat, berketahanan tinggi serta tidak telap air. Lebih penting ia adalah sejenis plastik yang boleh dikitar semula seperti termoplastik berasaskan keratin yang lain. Plastik jenis baru ini boleh digunakan untuk menghasilkan peralatan dapur seperti pinggan mangkuk, cawan dan juga perkakasan perabot. Ujian mendapati, plastik ini dapat dileburkan pada suhu 170’C.
 
Penemuan plastik baru ini merupakan satu berita menggembirakan bagi pencinta alam sekitar. Kebanyakan plastik yang digunakan sekarang diperbuat daripada bahan petroleum atau bahan bakar fosil yang tidak boleh atau memakan masa yang lama sehingga ratusan tahun untuk terbiodegradasi. Plastik yang diperbuat daripada bulu ayam ini adalah sebaliknya dan perlahan-lahan akan larut-lesap secara semulajadi.Berdasarkan fakta, lebih satu bilion kilogram bulu-bulu ayam dibuang ke tapak pelupusan sampah setiap tahun di Amerika Syarikat dan ia mencemarkan alam sekitar. Penemuan baru penghasilan bio-plastik dari bulu ayam ini, dijangka dapat mengurangkan kebergantungan terhadap produk berasaskan petroleum. Dan lebih penting ia mesra alam.

Sumber : therecycletimes.com
Gambar : ublcorp.com
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: keratinkitar semula bulu ayamplastik biodegradableplastik dari bulu ayam
ShareTweetShare
Previous Post

Isu Nuklear : Keselamatan dan Pembiayaan Paling Membimbangkan

Next Post

Kaedah Instruksi Sebaya Dalam Pendidikan Fizik

Editor

Editor

Related Posts

Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?
Berita & Peristiwa

Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?

19 hours ago
Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

3 days ago
Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import
Alam Semulajadi

Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import

4 days ago
Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital
Berita & Peristiwa

Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital

5 days ago
Next Post
Kaedah Instruksi Sebaya Dalam Pendidikan Fizik

Kaedah Instruksi Sebaya Dalam Pendidikan Fizik

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In