23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, September 11, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pembinaan Indeks Rujukan Darah Penyu Pertama Negara

Literasi Lautan Untuk Semua

Saiful Bahari by Saiful Bahari
02/07/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Dr. Mohd Uzair Rusli
Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu

 

 

Sebahagian penyu yang bertelur di negeri Terengganu sering dikesan menggunakan Selat Taiwan yang terletak sejauh 2,500 km dari pesisir pantai kita untuk mencari makanan. Ini sudah menjadi kelaziman bagi penyu kerana mereka mempunyai tabiat berhijrah pada jarak yang jauh sebaik sahaja selesai musim bertelur. Terdapat juga kes penyu yang berasal dari Malaysia dilaporkan terdampar dan terpaksa menerima rawatan di Taiwan. Walau bagaimanapun, ketika itu belum ada indeks rujukan yang boleh digunakan oleh pasukan veterinar di sana bagi menentukan tahap kesihatan penyu dalam usaha mereka menyelamatkan penyu-penyu ini.

Malaysia cukup bertuah kerana kehadiran penyu ke pesisir pantai kita untuk bertelur. Ini turut menyumbang kepada sektor pelancongan negara. Berbeza situasinya di Taiwan, penyu hanya ke sana untuk mencari makanan sahaja. Penyu yang bertelur di Malaysia tidak akan bertelur di Taiwan. Maka sukar bagi penyelidik di Taiwan membina indeks kesihatan penyu yang sihat di sana. Satu usaha sama antarabangsa perlu digerakkan bagi meningkatkan keupayaan Malaysia dan Taiwan untuk melakukan usaha konservasi haiwan yang semakin diancam kepupusan ini.

Bermula dengan perbincangan ringkas ketika lawatan delegasi dari Taiwan ke Malaysia sekitar 2018, kedua-dua pihak telah mendapat kata sepakat untuk membina indeks rujukan kesihatan penyu di Laut China Selatan melalui analisa darah daripada penyu yang naik bertelur di Terengganu. Penyu yang naik bertelur telah dipilih menjadi subjek utama penyelidikan kerana mereka dianggap penyu yang sihat dan masih produktif. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada analisa darah penyu-penyu yang terdampar di Taiwan kerana sudah semestinya tidak mampu memberikan gambaran sebenar komposisi darah penyu yang sihat.

Di tahun yang berikutnya, Sea Turtle Research Unit (SEATRU) dari Universiti Malaysia Terengganu telah memulakan program usaha sama antarabangsa ini melalui program pertukaran penyelidik. Dua orang penyelidik dari UMT telah dihantar untuk mendalami ilmu kesihatan penyu di National Museum of Marine Biology and Aquarium (NMMBA), Taiwan selama sebulan dengan tajaan penuh pihak Taiwan.

Selain itu, seorang pelajar prasiswazah program Biologi Marin UMT, Syamsyahidah Samsol turut telah terpilih untuk menyertai program sangkutan akademik selama tiga bulan di NMMBA. Hasilnya, beliau kini mampu berbangga kerana menjadi antara yang mahir dalam mengambil sampel darah penyu di lapangan.

 

Rajah 1: Kaedah penggantungan penyu ini membantu memudahkan proses mendapatkan sampel darah daripada ibu penyu yang baru sahaja selesai proses bertelur. Penyampelan darah perlu dilakukan dalam sela masa yang amat singkat (kira-kira 10 minit) kerana ibu penyu akan kembali aktif untuk melakukan proses penyamaran sarang dengan melibaskan kedua-dua sirip hadapan mereka.

 

Mengendalikan ibu penyu yang beratnya mencecah 120 kg memang amat berat untuk dikendalikan berseorangan. Penyu perlu berada dalam posisi condong kira-kira 30 darjah di kepala (Rajah 1) untuk memudahkan proses pengambilan sampel darah di bahagian atas lehernya. Kesemua prosedur telah disaring oleh JK Etika Haiwan dan mendapat permit penyelidikan daripada Pejabat Perikanan Terengganu, Jabatan Perikanan Malaysia. Projek penyelidikan ini turut mendapat sokongan dari penyelidik berpengalaman Prof. Mohd Effendy Abd Wahid yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan veterinar.

 

Rajah 2: Sekurang-kurangnya 5 ml sampel darah diperlukan untuk melakukan analisa beberapa parameter darah dengan menggunakan iSTAT Portable Clinical Analyzer (Heska Corporation) yang diperoleh hasil kerjasama Booth Ecophysiology Lab, The University of Queensland, Australia.

 

Rajah 3: Prof. Mohd Effendy Abd Wahid yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan veterinar sedang menunjukkan kaedah analisa morfologi sel darah kepada penyelidik daripada Fisheries Research Institute (FRI), Rantau Abang.

 

Rajah 5: Syamsyahidah Samsol sedang memberikan makan kepada penyu di dalam kolam asuhan di pusat fasiliti hatcheri National Museum of Marine Biology and Aquarium (NMMBA), Taiwan.

 

Sepanjang usaha ini, tidak sedikit pihak yang menghulurkan bantuan. Dari instrumen penyelidikan di beberapa fasiliti makmal di Australia hinggalah ke jiran sebelah UniSZA Kampus Tembila. Kejayaan projek ini membuktikan ketiadaan dana penyelidikan yang khusus bukan satu penghalang asalkan orang di sekeliling kita sanggup memberikan segalanya hasil kepercayaan mereka. Usaha penyelidikan tetap perlu diteruskan kerana jika kita hanya terus merintih akan mendekatkan spesis penyu kita kepada kepupusan.

Alhamdulillah, penulis mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam usaha ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan semangat kepada penulis dan rakan-rakan penyelidik yang lain untuk terus berusaha melonjakkan penyelidikan demi manfaat bersama.

Dengan sains kita selamatkan penyu.

Hubungi penulis di uzair@umt.edu.my untuk mendapatkan artikel penuh kajian ini yang diterbitkan di Malaysian Applied Biology Journal: Hematology, blood gases and biochemistry profiles of wild-nesting sea turtles in Terengganu, Malaysia.

#LiterasiLautanUntukSemua

 

Kredit Foto : Dr. Mohd Uzair Rusli

 

Artikel Berkaitan – Peranan Angin Monsun Dalam Kelangsungan Populasi Penyu
Artikel Berkaitan – Ketahui Cara Hipnosis Anak Penyu
Artikel Berkaitan – Pengeraman Telur Penyu Dicemari Plastik
Artikel Berkaitan – Komunikasi Antara Anak Penyu Laut

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Mohd Uzair RusliIndeks Rujukan Darah PenyuInstitut Oseanografi dan Sekitaran (INOS)Literasi Lautan Untuk SemuaUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Masalah Bau Nafas Ketika Pandemik COVID-19 : Apa Puncanya?

Next Post

Jangan Pindah Sarang Penyu Jika Tidak Perlu

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Bateri Litium Menyokong Teknologi Hijau
Berita & Peristiwa

Penggunaan Bateri Litium Menyokong Teknologi Hijau

7 days ago
Malaria: Penyakit Purba yang Masih Mengancam Dunia
Berita & Peristiwa

Malaria: Penyakit Purba yang Masih Mengancam Dunia

7 days ago
Buah Gac (Momordica cochinchinensis): Mutiara Merah Asia yang Kaya dengan Potensi Nutrisi dan Ekonomi Tinggi
Alam Semulajadi

Buah Gac (Momordica cochinchinensis): Mutiara Merah Asia yang Kaya dengan Potensi Nutrisi dan Ekonomi Tinggi

1 week ago
Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa
Berita & Peristiwa

Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa

1 week ago
Next Post
Jangan Pindah Sarang Penyu Jika Tidak Perlu

Jangan Pindah Sarang Penyu Jika Tidak Perlu

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In