23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, May 24, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Lampu Jalan Perangkap Nyamuk Ciptaan Saintis Malaysia

Editor by Editor
17/12/2015
in Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Khairul N. Mohd Kharuddin

Satu pasukan penyelidik di sebuah universiti di Malaysia telah berjaya mencipta lampu jalanan LED yang mempunyai perangkap nyamuk yang dikuasakan oleh tenaga angin dan solar.

Lampu ini dapat melindungi orang awam daripada penyakit yang dibawa oleh nyamuk seperti denggi di samping dapat menerangi jalan.

Chong Wen Tong, jurutera mekanikal di Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang merupakan peneraju utama pasukan penyelidik projek lampu ini menerangkan yang lampu Eco-Greenergy berintegrasi boleh melawan nyamuk di samping mengurangkan gas rumah hijau.

[Baca] – Ubat Nyamuk Spokojan Ciptaan Universiti Malaya

Menurut beliau, turbin angin lampu ini masih mampu beroperasi walaupun pada kelajuan rendah dan kurang stabil yang biasa didapati di kawasan tropika.

Perangkap nyamuk ini adalah berdasarkan sifat nyamuk yang tertarik kepada karbon dioksida, gas yang dihembus oleh manusia. Perangkap mengeluarkan gas ini untuk ‘memancing’ nyamuk masuk dan selepas itu akan dihalang keluar oleh kipas.

Ciri-ciri yang terdapat pada lampu ini telah direka bagi mengurangkan merebaknya demam denggi, satu penyakit bawaan nyamuk yang semakin mengancam Malaysia.

Denggi tersebar luas di kawasan tropika. Walaupun ia tidak selalu menyebabkan kematian, bilangan kes jangkitan denggi boleh mencecah 390 juta per tahun, dan juga sebanyak 10 kali ganda bilangan ini merentasi 128 buah negara.

Lampu ini boleh dijual untuk kegunaan di lokasi-lokasi yang bersesuaian di seluruh dunia yang mempunyai infrastruktur yang sesuai untuk memasang dan menyelenggaranya, tambah Chong. Walaupun LED tahan lebih lama daripada lampu jalanan yang biasa digunakan, setiap lampu ini menelan belanja US$2,850 termasuk pemasangan menjadikan ia mahal.

Chong memberitahu SciDev.net yang lampu ini menelan kos sebanyak US$30,000 untuk pembinaan dan perintis dalam masa 18 bulan.

Dua biji lampu ini telah dipasang di kampus Universiti Malaya menerusi projek perintisnya, dan lagi dipasang di Pusat Pengajian Luar UM, Ulu Gombak, tambah Chong. Walau bagaimanapun, keputusan daripada projek pilot ini belum diterbitkan.

“Alat ini telah direka khas untuk negara-negara membangun, di mana bekalan elektrik terputus dan demam denggi adalah masalah biasa bagi penduduk pedalaman”, ujar Bernard Saw Lip Huat, jurutera mekanik dan bahan di Universiti Tunku Abdul Rahman.

Saw memuji sistem tenaga hijau lampu ini dan pemasangannya yang mudah, yang membantu meningkatkan rupabentuk dan fungsi.

“Saya yakin bahawa semua kelebihan ini berpotensi untuk membuatkan inovasi kami sangat menarik dalam dunia kejuruteraan terkini”.

 

SUMBER
[1] SciDev
[2] Foto – SciDev

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: lampu jalan perangkap nyamuk
ShareTweetShare
Previous Post

Kenapa Sesetengah Cili Memiliki Rasa Sangat Pedas

Next Post

Contohi Kecekalan dan Disiplin Saintis Muda ini Mengejar Cita-cita

Editor

Editor

Related Posts

Grafin ‘Adiwira’ Karbon Penyelamat Peranti Elektronik daripada Kepanasan Melampau
Berita & Peristiwa

Grafin ‘Adiwira’ Karbon Penyelamat Peranti Elektronik daripada Kepanasan Melampau

1 day ago
Antara Algoritma dan Akal: Adakah AI Mengukuhkan atau Menghakis Daya Fikir Manusia?
Berita & Peristiwa

Antara Algoritma dan Akal: Adakah AI Mengukuhkan atau Menghakis Daya Fikir Manusia?

1 week ago
Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih
Alam Semulajadi

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih

3 weeks ago
Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

4 weeks ago
Next Post
Contohi Kecekalan dan Disiplin Saintis Muda ini Mengejar Cita-cita

Contohi Kecekalan dan Disiplin Saintis Muda ini Mengejar Cita-cita

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In