23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Spokojan – Lingkaran Pembunuh Nyamuk Ciptaan UM

Editor by Editor
18/08/2015
in Bicara Saintis
0 0
0

Kita sering melihat lingkaran ubat nyamuk pelbagai jenama di pasaran. Tahukah anda, bahawa lingkaran ubat nyamuk itu hanya berfungsi hanya sebagai penghalau nyamuk bukannya membunuh serangga merbahaya tersebut.

Universiti Malaya melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. Dr Sazaly Abu Bakar telah menghasilkan lingkaran pembunuh nyamuk yang diberi nama Spokojan. Prof. Dr Sazaly yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Jabatan Mikrobiologi Perubatan Universiti Malaya, menjelaskan lingkaran penghalau nyamuk yang ada di pasaran berbeza dengan hasil ciptaannya.
Spokojan-Majalahsains

Lingkaran penghalau nyamuk memiliki kadar tar yang tinggi dan membahayakan kesihatan pengguna. Sebaliknya, Spokojan ciptaan beliau ialah lingkaran yang berfungsi memujuk dan memanggil nyamuk berkumpul di sekitarnya sebelum serangga tersebut mati akibat terlalu asyik dengan asap yang beracun.

Info Spokojan:
>Spokojan bermaksud ketenangan dalam bahasa Bosnia
>Kimia semio pula membawa maksud isyarat dalam bahasa Greek
>Feromon merupakan sejenis bahan kimia (organik/sintetik) yang memberi  isyarat atau menarik perhatian seranggan dan haiwan.
>Diperbuat daripada serbuk kayu dan bahan organik

Kerana peranannya sebagai pembunuh nyamuk, lingkaran Spokojan hanya boleh diletakkan jauh dari pengguna.

“Daripada kita halau, lebih baik dikumpulkan dan dimatikan jauh dari kediaman atau ruang di dalam rumah”, ujar beliau.

Menurut Prof Sazaly lagi, inovasi tersebut bertindak dengan menarik perhatian nyamuk melalui ekstrak tumbuhan tertentu menyebabkan nyamuk mendatangi lingkaran Spokojan yang dibakar sebelum mati akibat menyedut asap beracun.
“Nyamuk akan berlegar-legar dengan asyik di sekitarnya kerana menyangkakan terdapat makanan,” katanya.

Oleh itu nyamuk tidak akan sempat masuk dan menggigit penghuni di dalam rumah. Lingkaran tersebut diletakkan di luar rumah bukannya di dalam rumah seperti lingkaran penghalau nyamuk biasa.

Menerusi kajian dan inovasi yang dijalankan lebih lima tahun, Dr. Sazaly menggunakan ekstrak yang diambil daripada sejenis tumbuhan yang dapat meniru bau atau feromon yang sangat digemari oleh nyamuk.

Bahan yang digunakan dikenali sebagai bahan kimia semio (Semiochemical) yang membawa maksud isyarat kimia atau kaedah berkomunikasi menggunakan feromon.

Menurut beliau, di dalam hutan terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang dapat menarik perhatian serangga termasuk nyamuk melalui bahan tersebut. Oleh yang demikian, ekstrak feromon daripada pokok yang telah dikenalpasti menjadi kegemaran nyamuk dicampurkan ke dalam adunan untuk membentuk lingkaran Spokojan mengikut dos dan formula bersesuaian.

Lingkaran Spokojan mampu bertahan selama 12 jam apabila dinyalakan dan akan diletakkan di luar rumah, samada di halaman atau sekitarnya.

Sumber – UM

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Benarkah 'Stress' Boleh Menyebabkan Kegemukan ?

Next Post

Malaysia Kurang Pakar Astronomi

Editor

Editor

Related Posts

Penyelidik Masa Hadapan: Superhuman atau Mangsa Brain Outsourcing?
Berita & Peristiwa

Penyelidik Masa Hadapan: Superhuman atau Mangsa Brain Outsourcing?

1 month ago
FUNTASTIC STEM Mini Carnival 2025 Memupuk Minat dan Literasi STEM dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Berita & Peristiwa

FUNTASTIC STEM Mini Carnival 2025 Memupuk Minat dan Literasi STEM dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

3 months ago
Jejak Kriptanalisis: Sumbangan Cendekiawan Islam Al-Kindi
Berita & Peristiwa

Jejak Kriptanalisis: Sumbangan Cendekiawan Islam Al-Kindi

8 months ago
HARI PENYU SEDUNIA: Bila Cikgu Sains Jadi Sukarelawan Penyu!
Alam Semulajadi

HARI PENYU SEDUNIA: Bila Cikgu Sains Jadi Sukarelawan Penyu!

8 months ago
Next Post
Malaysia Kurang Pakar Astronomi

Malaysia Kurang Pakar Astronomi

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In