23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, November 7, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Intervensi Mikroorganisma Tingkatkan Potensi Komersil Produk Berasaskan Sisa Pertanian

Intervensi Mikroorganisma Tingkatkan Potensi Komersil Produk Berasaskan Sisa Pertanian

Editor by Editor
10/10/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Dr. Abd Rahman Jabir Mohd Din
Pegawai Penyelidik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Memetik laporan Jabatan Statistik Malaysia tahun 2019, sektor pertanian negara menyumbang lebih sejumlah RM115.5 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Angka ini dijangka akan terus meningkat kerana disokong oleh polisi pertanian negara yang baik dan kedudukan strategik geografi Malaysia di khatulistiwa serta iklim cuaca panas lembap sepanjang tahun.

Peningkatan jumlah hasil pertanian saban tahun juga menyebabkan banyak terhasilnya sisa pertanian. Secara amnya, sisa pertanian boleh dijana melalui aktiviti penanaman, penternakan dan akuakultur.

Pengurusan sisa pertanian ini jika tidak diselia, mampu menjadi bebanan kepada negara dan boleh menjejaskan daya huni setempat. Sebagai contoh, sisa buangan daripada aktiviti pertanian secara tipikal akan dibakar atau dihantar ke tapak pelupusan boleh menyebabkan kesan pemanasan global dan pencemaran udara.

Malah, kesan yang lebih parah boleh berlaku sehingga boleh menjejas sumber makanan laut dan mengancam sumber air bersih sekiranya sisa dibuang terus ke sungai.

Kaedah konvensional pengurusan pelbagai jenis sisa buangan sering dikaitkan dengan pendekatan 3R. Melalui konsep ini, penjanaan sisa diminimakan sebelum usaha kitar semula digerakkan dan seterusnya perawatan untuk tujuan guna semula.

Mengambil contoh industri tanaman cendawan, sektor ini saban tahun telah menjana hampir 5 juta metrik tan sisa buangan jenis biojisim setahun. Permintaan tinggi terhadap cendawan telah disumbangkan oleh faktor perubahan gaya pemakanan yang lebih sihat.

Berikutan itu, potensi cendawan telah dikenalpasti sebagai salah satu tujuh tanaman industri bernilai tinggi dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0. Namun, perkembangan positif ini haruslah diuruskan secara inklusif dengan melibatkan kesedaran pengurusan sisa pasca tuai yang lebih mesra alam.

Hal ini bagi memastikan kelestarian alam sekitar dapat diberi perhatian sewajarnya. Mengelak daripada kewujudan sisa buangan dianggap mustahil untuk dilaksanakan namun cara praktikal untuk menggalakkan pengurusan yang lebih lestari adalah dengan kaedah pemulihan sumber (resource recovery).

Pemulihan sumber melalui teknologi hijau terkini mampu menjana peluang sumber kekayaan baru buat negara. Memilih kaedah pemulihan sumber dalam hierarki pengurusan sisa buangan lepas tuai berasaskan pemprosesan biologi boleh meningkatkan potensi komersil bioproduk yang dihasilkan.

Penerokaan pelbagai bioproduk bersumberkan sisa buangan pertanian seperti cecair pembakaran alternatif (biodiesel dan biometana) yang telah melalui fasa pengujian dan kajian pasaran seharusnya dikomersilkan bagi menyokong hasrat Strategi Biojisim Negara (NBS) 2020 supaya sasaran 12% pengurangan pelepasan karbon dapat dicapai.

Idea ini adalah untuk mewujudkan ekonomi berkitar (circular economy) yang menekankan kesinambungan sumber secara berterusan untuk menutup kitaran gelung rapat (closed-loop cycle) bermatlamat untuk mengoptimumkan penggunaan sisa ke arah penerokaan potensi baru sisa buangan pertanian.

Secara asasnya, intervensi mikroorganisma bagi tujuan pemulihan sumber boleh diketengahkan dan bukanlah bidang yang baru, tetapi kini ia elemen penting dalam bioteknologi.

Mikroorganisma adalah organisma hidup yang bersaiz mikroskopik yang banyak membantu manusia dan fungsi ekologi planet bumi. Kepelbagaian spesies mikroorganisma termasuk bakteria yang menyokong kebolehfungsian sistem bumi ini telah menawarkan potensi nilai tambah yang boleh dimanipulasi untuk manfaat manusia.

Enzim, asid organik dan kandungan ekstrak bioaktif adalah produk molekul alami hasilan mikroorganisma yang berkeupayaan menukarkan sisa buangan terawat untuk menghasilkan biobahan yang bermanfaat.

Disamping itu, kajian penemuan di peringkat universiti tidak boleh hanya semata-mata fokus kepada pembuktian saintifik sahaja, akan tetapi, perlu melihat jauh untuk meningkatkan nilai komersil sisa pertanian untuk manfaat golongan kebanyakan.

Pendek kata, dengan intervensi mikroorgansima berfaedah, pemindahan teknologi hasil daripada penemuan makmal mampu menjana peluang pendapatan negara untuk jangka masa panjang disamping dapat merapatkan jurang kajian dan keperluan praktikal peringkat nasional.

Misalannya, pengetahuan tentang enzim laccase daripada sisa bongkah cendawan yang berupaya untuk merencat perkembangan mikotosin memberi ruang kepada pembangunan bahan kawalan patogen kulat secara biologi.

Melalui kaedah saringan bakteria terpilih, kaedah terbaik mengawal pencemaran mikotoksin dalam produk makanan boleh direncanakan. Kaedah ini lebih lestari dan tiada pelepasan lebihan bahan kimia merbahaya ke atas persekitaran berlaku.

Pengetahuan tentang perawatan sisa berasaskan intervensi mikroorganisma dan proses pengekstrakan bahan aktif dapat membantu penyelidik membangunkan bioproduk secara lebih efektif.

Memandangkan kepelbagaian kandungan mikotoksin yang ada dan imbangtara pembangunan bioproduk tahan rintang cuaca, kaedah fortifikasi menggunakan hasilan molekul mikroorganisma melalui plaftform bioteknologi juga boleh diusahakan untuk meningkatkan kualiti bioproduk.

Kerajaan disaran menawarkan insentif kepada pemain industri melibatkan agroprenuer mahupun penyelidik sebagai galakan untuk mempromosikan bioproduk bernilai tinggi.

Potensi komersil dan penjanaan sumber kekayaan negara yang baru melalui pemulihan sumber perlu digembling di semua peringkat supaya lambakan sisa dapat diminimakan.

Keperluan kepada pembaharuan polisi yang menyokong aktiviti pengurusan sisa lepas tuai haruslah melihat dapatan kajian, imbangan kos operasi manfaat serta kebertanggungjawaban institusi sedia ada untuk membantu.

Melihat potensi komersil dalam pembangunan bioproduk ini, peluang ekonomi lain seperti pekerjaan dan keusahawanan kepada golongan rentan boleh diwujudkan secara tidak langsung.

Kesedaran tentang peri pentingnya pengurusan lestari sisa pertanian wajar digerakkan bersama. Kemajuan yang dicapai dalam bidang bioteknologi ini merevolusikan cara pandang kita melihat sisa bukan semata-mata sisa tetapi lebih kepada ‘emas’ yang tercicir.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: microorganismapertanianSDG
ShareTweetShare
Previous Post

Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis

Next Post

Matematik Di Sebalik Corak Lantai Gereja

Editor

Editor

Related Posts

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja
Berita & Peristiwa

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja

7 days ago
Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra
Berita & Peristiwa

Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra

1 week ago
Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah
Berita & Peristiwa

Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah

1 week ago
Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua
Berita & Peristiwa

Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua

1 week ago
Next Post
Matematik Di Sebalik Corak Lantai Gereja

Matematik Di Sebalik Corak Lantai Gereja

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In