23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Berhenti Merokok, Selamatkan Diri Daripada Penyakit Buerger

Info Kesihatan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
21/12/2020
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Dr. Syed Alhafiz Syed Hashim
Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

 

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati terdapat lebih 27 ribu kematian berlaku disebabkan oleh tabiat merokok. Bilangan perokok dilaporkan berkurangan dari tahun 2015 hingga 2019 dengan prevalens masing – masing sebanyak 22.8 % dan 21.3%. Pun begitu, Malaysia masih dijangka gagal untuk mencapai sasaran pengurangan penggunaan tembakau dunia sebanyak 30% menjelang tahun 2025 sekiranya masih berada pada momentum yang sama. Tabiat merokok sering dikaitkan dengan masalah kesihatan. Di dalam artikel ini, saya memfokuskan kesan tabiat merokok terhadap pembentukan Penyakit Buerger.

 

Penyakit Buerger

Penyakit Buerger atau juga dikenali sebagai thromboangiitis obliterans merupakan keadaan yang mana salur darah mengalami radang, bengkak dan tersumbat. Ini menghalang darah dari mengalir dan membekalkan oksigen pada tisu badan terutamanya pada bahagian kaki dan tangan. Tanpa oksigen, tisu akan rosak dan seterusnya mati. Kesannya, pesakit akan merasai kesakitan pada bahagian tisu yang terlibat.

Punca sebenar penyakit buerger masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, hampir kesemua pesakit yang dirawat mempunyai latar belakang merokok. Para penyelidik seluruh dunia meyakini bahawa kandungan kimia di dalam rokok adalah punca utama iritasi dinding salur darah yang mengakibatkan ia menjadi bengkak. Kebanyakan pesakit ini berusia di bawah 45 tahun. Individu lelaki mempunyai risiko 3 kali ganda berbanding perempuan mungkin kerana jumlah perokok lelaki adalah lebih tinggi.

 

Kes 1

Antara pesakit paling muda pernah dilaporkan adalah pelajar perempuan berusia 19 tahun dari Jepun. Beliau mempunyai sejarah merokok sebanyak 20 batang sehari selama 3 tahun. Pada awalnya, pesakit ini mengalami rasa kebas pada jari ibu kaki kiri selama seminggu. Ujian imbasan ultrasound mendapati tiada aliran darah dikesan pada salur darah kaki beliau. Angiogram telah dijalankan dan cubaan untuk membuka salur darah kaki yang tersumbat menemui kegagalan. Rawatan diteruskan dengan pemberian ubat cair darah heparin dan urokinase sehingga keadaan beliau beransur pulih dan dibenarkan pulang dengan nasihat agar berhenti merokok. Malangnya, pesakit tidak mengikuti saranan yang diberi dan meneruskan semula tabiat merokok. Selepas 4 bulan, pesakit dimasukkan semula ke hospital dengan gejala yang sama dan akhirnya kaki kiri beliau terpaksa dipotong.

 

Kes 2

Kes lain yang dilaporkan di Malaysia pada tahun lalu pula melibatkan pesakit berusia 44 tahun dengan sejarah merokok lebih daripada 20 tahun. Beliau telah datang ke hospital dengan gejala sakit pada kedua-dua belah kaki. Berdasarkan pemeriksaan klinikal dibantu dengan ujian makmal dan imbasan radiologi, kedua-dua kaki beliau tidak dapat diselamatkan dan telah dipotong. Pesakit dibenarkan untuk pulang dengan nasihat agar berhenti merokok. Malangnya, sekali lagi pesakit telah kembali kepada tabiat merokok dan terpaksa dimasukkan semula ke hospital selepas 2 bulan dengan gejala yang sama tetapi kali ini pada kedua-dua belah tangannya. Jari telunjuk kiri beliau tidak dapat diselamatkan.

 

Rawatan & Saranan

Berdasarkan kedua-dua kes yang dibentangkan ini, percaya atau tidak, rawatan paling ampuh bagi penyakit buerger adalah berhenti merokok. Kajian menunjukkan bahawa 94% dari pesakit yang berhenti merokok mampu mengelakkan anggota badan dari dipotong. Namun begitu, pada masa ini, hanya sekitar 43% pesakit sahaja yang berjaya meninggalkan tabiat merokok. Berhenti merokok bukanlah perkara yang mudah, sekiranya anda mempunyai niat yang kuat serta mengikuti program yang tersusun, ianya tidak mustahil untuk dicapai. Oleh itu, saya ingin menyarankan agar anda mengikuti program MQuit di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang disediakan secara percuma di 731 buah klinik dan 46 hospital kerajaan seluruh negara.

 

*Penulis merupakan Pensyarah Perubatan di Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan UKM

 

Kredit Foto :
heatlhline
orthobullet

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Syed Alhafiz Syed HashimFakulti PerubatanInfo KesihatanPenyakit Buergerthromboangiitis obliteransUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Pencapaian TIMSS 2019 Malaysia; Adakah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 Berupaya Sambut Warga Intelek Negara?

Next Post

Sokongan Psikologi “Hidupkan” Pesakit Kanser

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

17 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Sokongan Psikologi “Hidupkan” Pesakit Kanser

Sokongan Psikologi “Hidupkan” Pesakit Kanser

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In