23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Dari Andalusia Ke Putrajaya: Menyingkap Sejarah Ilmuwan Islam (Siri 1)

Editor by Editor
18/11/2013
in Sejarah & Falsafah, Tokoh
0 0
0
gs_albiruni

Oleh Adawiah Zainal


Benua Eropah pernah terkenal suatu ketika dulu sebagai pusat kegemilangan tamadun Islam. Ketika itu kota-kota besar seperti Baghdad, Kaherah, Kufah, Cordova dan Andalusia menjadi tempat pengumpulan para-para sarjana Islam. Pelbagai kitab-kitab terulung tentang ilmu sains telah dihasilkan oleh para ilmuwan Islam yang cukup terkenal dalam bidang sains seperti fizik, astronomi, perubatan, kimia dan falsafah sains. Ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, Al-Farabi, Ibnu Rushd dan Ibnu Khaldun bukanlah suatu nama yang asing. Kebijaksanaan mereka juga sering dicemburui oleh pemikir dan saintis barat.

         Bertempat di Putrajaya, Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACuF) 2013 yang berlangsung sejak 1 November lepas turut memuatkan kisah ilmuwan-ilmuwan Islam terulung dari Andalusia. Dengan tema dari Andalusia ke Putrajaya, festival ini telah menyingkap sejarah dan sumbangan ilmuwan-ilmuwan Islam dari Andalusia sebagai inspirasi kepada generasi muslim masa kini.

         Antara ilmuwan Islam yang diketengahkan ialah Maslama Al Majriti, seorang ahli astronomi, ahli kimia, ahli matematik dan ahli ekonomi di Andalusia. Beliau dikenali sebagai Al Majriti. Antara sumbangan beliau ialah dengan memperkenalkan dan memperbaiki jadual astronomi Al-Khawarizmi serta membantu ahli sejarah dengan mencipta jadual untuk menukar tarikh Parsi ke tahun hijrah. Selain itu beliau adalah ahli kimia terawal yang merekodkan eksperimen dan penggunaan merkurik oksida. Al Majriti telah membina sebuah sekolah astronomi dan matematik dan dari situ bermulanya kajian saintifik terancang di Andalusia.

         Antara tokoh perubatan Islam yang dikenali ramai ialah Ibnu Sina. Tetapi Ibnu Juljul juga dikenali sebagai tokoh perubatan Islam yang berpengaruh di Andalusia dan merupakan ahli farmakologi. Karya-karya beliau dalam bidang farmakologi sering menjadi sebutan pakar perubatan Islam Sepanyol pada abad ke 10 dan ke 11. Beliau juga telah menjadi doktor peribadi kepada Khalifah Hisham II dan terus bekerja sebagai seorang guru dalam bidang perubatan.

         Karya agung beliau ialah Tabaqat Al-Atibba W’al-Hukama (Generations of physicians and Wise Men) yang mengumpulkan sejarah perubatan dari Timur dan Barat. 57 biografi tokoh perubatan Yunani, Islam, Afrika dan Sepanyol serta ahli falsafah Islam terkenal telah diceritakan dalam karya tersebut. Ibnu Juljul turut menyatakan pendapat beliau mengenai kemerosotan ilmu sains di wilayah-wilayah Islam Timur dalam karya Tabaqat beliau. Antaranya ialah, “Empayar Abbasiyyah telah dilemahkan oleh kuasa Daylamites dan Turki yang tidak mengambil berat mengenai kepentingan ilmu sains, di mana para ilmuan hanya diperlukan di negeri-negeri yang raja-rajanya ingin menuntut ilmu.”



Tags: ilmuan islamsaintis islamsaintis muslim
ShareTweetShare
Previous Post

Usah Paksa Anak melebihi Keupayaan

Next Post

Superkomputer Bongkar teka-teki Ayam atau Telur dahulu

Editor

Editor

Related Posts

Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia
Alam Semulajadi

Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia

5 months ago
Jejak Kriptanalisis: Sumbangan Cendekiawan Islam Al-Kindi
Berita & Peristiwa

Jejak Kriptanalisis: Sumbangan Cendekiawan Islam Al-Kindi

10 months ago
HARI PENYU SEDUNIA: Bila Cikgu Sains Jadi Sukarelawan Penyu!
Alam Semulajadi

HARI PENYU SEDUNIA: Bila Cikgu Sains Jadi Sukarelawan Penyu!

10 months ago
Sejarah Pengelasan Tumbuhan Paku Pakis
Alam Semulajadi

Sejarah Pengelasan Tumbuhan Paku Pakis

1 year ago
Next Post
Superkomputer Bongkar teka-teki Ayam atau Telur dahulu

Superkomputer Bongkar teka-teki Ayam atau Telur dahulu

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In