23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, June 25, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

EcoTech Exploration @ FRIM Tingkat Kesedaran Kesihatan Planet dan Kelestarian Alam Sekitar dalam Kalangan Mahasiswa

EcoTech Exploration @ FRIM Tingkat Kesedaran Kesihatan Planet dan Kelestarian Alam Sekitar dalam Kalangan Mahasiswa

Editor by Editor
25/06/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Laporan: Dr. Shafinah Kamarudin, Encik Ahmad Alauddin bin Ariffin dan Nur Afiah Liana bt Izani

Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian,
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat,
Universiti Putra Malaysia

Perubahan iklim, kehilangan biodiversiti, pencemaran serta perubahan guna tanah semakin menjejaskan kesihatan planet, sekali gus memberi kesan langsung terhadap kesihatan, kesejahteraan dan kelangsungan hidup manusia. Sehubungan itu, konsep kesihatan planet diketengahkan sebagai bidang rentas disiplin yang menekankan pemeliharaan sistem semula jadi Bumi demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang. Secara umumnya, kesihatan planet merangkumi indikator utama seperti perubahan iklim, biodiversiti dan kesihatan ekosistem, kualiti air dan udara, keselamatan makanan, risiko penyakit berjangkit dan zoonotik, tahap pencemaran, penggunaan sumber secara lestari, serta aspek kesaksamaan dan daya tahan komuniti.

Dalam perkembangan terkini, Malaysia telah menerima pengiktirafan dalam usaha merangka Pelan Tindakan Kesihatan Nasional pada Julai 2025 sempena Planetary Health Annual Meeting di Rotterdam, Belanda. Selain itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) turut melancarkan UPM Planetary Health and Sustainability Blueprint sebagai usaha memperkukuh peranan institusi pengajian tinggi dalam agenda kelestarian global sempena Program Sinergi Putra 2026.

Seiring usaha memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan kesihatan planet, Kelab Rangkaian, Majlis Perwakilan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (ComCil) sesi 2025/2026 telah menganjurkan program EcoTech Exploration @ FRIM di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor pada 20 Jun 2026. Program ini melibatkan 35 orang pelajar Bacelor Sains Komputer (Rangkaian Komputer) dengan Kepujian, dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Strixe Apparel Sdn. Bhd. dan FRIM.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Danial bin Wan Norahsam, program ini memberi pendedahan secara langsung kepada mahasiswa mengenai ekosistem hutan, biodiversiti dan kepentingan pemuliharaan alam sekitar melalui pembelajaran berasaskan pengalaman di lapangan. Pemilihan FRIM sebagai lokasi program adalah kerana fungsinya sebagai living laboratory yang menempatkan ekosistem hutan penyelidikan. FRIM juga kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna yang menyokong biodiversiti, seterusnya mengekalkan keseimbangan rantaian makanan dan kestabilan ekosistem. Selain itu, FRIM turut menjadi contoh kejayaan pemulihan ekosistem hutan tropika di kawasan bekas lombong yang telah dibangunkan sejak hampir 100 tahun lalu.

Pengisian utama program ialah aktiviti Nature Trekking yang memberi peluang kepada peserta meneroka denai hutan sambil mengenali kepelbagaian flora dan fauna serta memahami peranan biodiversiti dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem. Sepanjang aktiviti, peserta turut didedahkan kepada aspek ekologi seperti jenis-jenis hutan di Malaysia termasuk hutan paya laut, hutan paya gambut, hutan dipterokarpa pamah, hutan dipterokarpa bukit dan hutan gunung. Peserta juga mempelajari spesies pokok, sistem koloni lebah, perbezaan antara hutan sekunder dan hutan primer serta peranan penyelidikan di bawah FRIM. Peserta juga berpeluang untuk melihat fenomena crown shyness, iaitu satu keadaan di mana kanopi pokok-pokok tidak bersentuhan antara satu sama lain. Selain itu, aktiviti Treasure Hunt secara berkumpulan turut dilaksanakan bagi mengasah kemahiran berfikir secara kritis, komunikasi, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan dalam suasana pembelajaran yang interaktif.

Turut hadir dalam program ini ialah Dr. Shafinah binti Kamarudin selaku Pegawai Pemantau dan Penasihat Kelab Rangkaian, YM Raja Azlina binti Raja Mahmood, serta Encik Ahmad Alauddin bin Ariffin dan Dr. Nur Arzilawati Md Yunus sebagai Pegawai Pengiring daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM.

Secara keseluruhannya, penganjuran EcoTech Exploration @ FRIM membuktikan kepentingan integrasi antara pendidikan, teknologi dan kelestarian alam sekitar dalam melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja kompeten dalam bidang akademik, tetapi juga peka terhadap isu kesihatan planet. Program seperti ini wajar diteruskan bagi membentuk generasi masa depan yang lebih bertanggungjawab, berdaya saing dan berwawasan dalam menghadapi cabaran global.

Gambar 1. Barisan peserta, pensyarah, AJK dan jurupandu hutan bagi program Ecotech Exploration @ FRIM
Gambar 2. Sesi taklimat bersama jurupandu hutan FRIM.
Gambar 3. Peserta meneroka kawasan Wow Spot yang terkenal dengan fenomena Crown Shyness, salah satu tarikan unik ekosistem hutan sekunder FRIM.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: aktiviti STEMEcoTech Exploration @ FRIMFakulti Sains Komputer dan Teknologi MaklumatFRIMJabatan Teknologi Komunikasi dan RangkaianShafinah KamarudinUniversiti Putra MalaysiaUPMUPM Planetary Health and Sustainability Blueprint
ShareTweetShare
Previous Post

Satu Ladang, Pelbagai Ternakan: Cabaran Sains di Sebalik Penternakan Integrasi

Editor

Editor

Related Posts

Satu Ladang, Pelbagai Ternakan: Cabaran Sains di Sebalik Penternakan Integrasi
Alam Semulajadi

Satu Ladang, Pelbagai Ternakan: Cabaran Sains di Sebalik Penternakan Integrasi

21 hours ago
Menyahkod Imej Digital: Piksel dan Masa Depan
Berita & Peristiwa

Menyahkod Imej Digital: Piksel dan Masa Depan

2 days ago
Prinsip Parsimoni: Seni “bersederhana” untuk Mencapai Hasil Optimum
Berita & Peristiwa

Prinsip Parsimoni: Seni “bersederhana” untuk Mencapai Hasil Optimum

3 days ago
Ubian Tradisional (Dioscorea spp.) sebagai Sokongan Keterjaminan Makanan dan Alternatif Sumber Karbohidrat Negara
Alam Semulajadi

Ubian Tradisional (Dioscorea spp.) sebagai Sokongan Keterjaminan Makanan dan Alternatif Sumber Karbohidrat Negara

4 days ago

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In