23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, January 28, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

HARI PENYU SEDUNIA: Bila Cikgu Sains Jadi Sukarelawan Penyu!

HARI PENYU SEDUNIA: Bila Cikgu Sains Jadi Sukarelawan Penyu!

Editor by Editor
17/06/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Bicara Saintis, Tokoh
0 0
0

Oleh: Editorial MajalahSains.com

 

Sebagai seorang pendidik yang terkenal dengan pendekatan inovatif dalam pengajaran Sains, Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib, atau lebih dikenali sebagai ’Cikgu Hailmi’ bukanlah nama asing dalam kalangan guru dan pencinta pendidikan di Malaysia. Beliau aktif berkongsi amalan terbaik melalui blog pendidikan popular www.cikguhailmi.com, dengan semangat besar untuk menjadikan sains lebih dekat dan bermakna kepada pelajar.

Baru-baru ini, beliau melangkah keluar dari bilik darjah dan menyertai program sukarelawan konservasi penyu di Chagar Hutang Turtle Sanctuary, Pulau Redang iaitu sebuah program pemuliharaan ikonik yang dijalankan oleh Sea Turtle Research Unit (SEATRU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program ini memberi peluang kepada sukarelawan untuk hidup bersama penyelidik dan terlibat secara langsung dalam kerja lapangan seperti pemantauan penyu bertelur, pengurusan sarang, dan pengumpulan data saintifik.

Melihat kepada nilai inspirasi dan impak pengalaman tersebut, bersempena Hari Penyu Sedunia pada 16 Jun ini, pihak editorial MajalahSains.com telah berpeluang mengadakan sebuah temuramah eksklusif bersama Cikgu Hailmi untuk menyelami kisah beliau secara peribadi. Dalam temuramah ini, beliau berkongsi bukan sahaja tentang pengalaman menyantuni penyu di stesen penyelidikan UMT ini, tetapi juga bagaimana pengalaman itu membuka perspektif baharu tentang sains, pendidikan, dan tanggungjawab seorang guru dalam membina kesedaran alam sekitar.

Gambar 1: Cikgu Hailmi mencuba sendiri proses pemindahan telur penyu ke lokasi yang lebih selamat sambil dipantau rapi oleh petugas SEATRU di lapangan.

Latar Belakang dan Minat Awal

 

Boleh Cikgu kongsikan latar belakang dan apa yang mendorong minat terhadap alam sekitar atau sains marin?

Saya memulakan perjalanan sebagai seorang guru pada tahun 2007 di SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak. Memiliki segulung ijazah dalam bidang Kimia, minat yang mendalam dalam bidang sains mendorong saya untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang terbaik untuk murid ketika pengajaran Sains berlangsung. 2015 saya berpindah ke SMK Jerlun, Kedah dengan latar belakang murid dari persekitaran yang hampir sama. Sebagai anak seorang petani, saya dibesarkan dengan suasana yang dekat dengan sawah padi dan sungai yang bersih, sekaligus mempengaruhi kaedah pengajaran saya yang lebih bersifatkan berasaskan projek dan penyelesaian masalah. Setiap pendekatan pembelajaran berasaskan projek saya mengambil kira kepentingan lokal murid dan kesinambungan mereka selepas tamat sekolah nanti.

Sebelum menyertai program ini, adakah Cikgu pernah terlibat dalam mana-mana program konservasi atau sukarelawan berkaitan alam sekitar?

Saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana usaha konservasi  berkaitan alam sekitar sebelum ini. Justeru itu peluang untuk terlibat dengan sukarelawan penyu ini merupakan suatu pengalaman yang sangat mengujakan untuk saya.

Bagaimana Cikgu mula tahu tentang program sukarelawan penyu di Chagar Hutang oleh SEATRU UMT?

Secara jujurnya saya mengetahui mengenai program sukarelawan penyu menerusi suatu hantaran posting di Facebook Dr Uzair, Ketua Penyelidik SEATRU mengenai keterlibatan beliau di Chagar Hutang. Keterujaan melihat penyu dan usaha yang dilakukan mendorong saya untuk meneroka lebih banyak peluang untuk orang awam seperti saya melibatkan diri. Postingan aktif di TikTok SEATRU juga sangat banyak membantu saya ambil tahu lebih banyak lagi usaha konservasi penyu di Chagar Hutang.


Apa yang membuatkan Cikgu rasa tertarik dan akhirnya memutuskan untuk menyertai program ini?

Pada saya, penyu adalah hidupan yang eksotik dan memukau siapa saja yang melihatnya. Jadi apabila mendapat peluang dengan masa yang sesuai dengan kesibukan saya, saya rasa inilah masa terbaik untuk saya ambil pengalaman dan menimba pengetahuan mengenai haiwan comel ini. Terima kasih buat team TikTok SEATRU yang tak jemu berkongsi video keunikan penyu dan usaha konservasi yang mereka lakukan dengan orang awam.

 

Pengalaman Sebagai Sukarelawan Penyu


Sebelum bertolak ke Redang, apa perasaan Cikgu? Adakah rasa teruja, gementar, atau ada kerisauan tertentu?

Ada beberapa perkara yang bermain di benak saya sebelum menjejakkan kaki ke Chagar Hutang. Antaranya adalah kemudahan dan kehidupan di situ untuk beberapa hari, dan apakah sumbangan yang kami boleh lakukan dalam memainkan peranan sebagai sukarelawan di sana. Kebimbangan ini bertukar jadi keterujaan apabila kemudahan dan staf melayani kami sukarelawan dengan sangat baik sepanjang berada di situ.


Sebagai seorang guru, apa yang bermain di fikiran Cikgu ketika bersedia untuk masuk ke kawasan terpencil dan mengikuti rutin para penyelidik di lapangan?

Selain daripada bimbang dengan tahap kemudahan yang ada di Chagar Hutang, saya sebenarnya tak sabar untuk mengikuti rutin penyelidik yang bekerja lapangan di sana. Bukan saja dapat melihat tetapi juga terlibat menyumbangkan kepada kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan. Melihat dengan lebih dekat teknologi dan juga sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh para penyelidik, membuatkan saya lebih menghargai usaha mereka dalam melestarikan alam sekitar kita. Seronoknya saya dapat berkenalan juga dengan penyelidik dari luar negara, Perancis dan Amerika Syarikat dan masih berhubung dengan mereka sehingga kini.


Apakah reaksi Cikgu bila pertama kali melihat sendiri penyu dewasa naik bertelur di pantai pada waktu malam?

Sangat terkejut! Saiz penyu dewasa yang naik bertelur adalah sangat besar jika dibandingkan dengan gambaran saya sebelum ini yang hanya melihat menerusi gambar dan dari atas bot sebelum ini. Malah lebih terkejut bila dimaklumkan saiz penyu Belimbing boleh mencecah lebih sekali ganda daripada Penyu Agar yang kami tengok. Secara peribadi, saya menyifatkan melihat penyu kali pertama seolah-olah seperti melihat seekor monster yang comel!


Siapa yang membimbing atau melatih Cikgu sepanjang program ini?

Sepanjang terlibat dalam program ini, saya dibimbing dalam kumpulan kecil yang diketuai oleh seorang Marine Biologist, Cik Fatini yang berjaya menerangkan dengan baik aspek pengetahuan tentang penyu dan usaha konservasi yang kami boleh lakukan. Tak juga dilupakan, Dr Uzair dan Encik Mustaqim yang tak pernah lokek memberi info tambahan setiap kali ada soalan saya ajukan.


Selain memantau persarangan penyu, apa lagi aktiviti yang dilakukan di sana?

Banyak aktiviti yang kami lakukan di Chagar Hutang. Antaranya adalah hiking ke Turtle Rock, membersihkan pantai, dan berendam di Spa Udang (Prawn Spa). Spa udang ini merupakan sungai kecil yang mempunyai udang-udang yang akan menggigit sel-sel kulit mati kita. Tapi aktiviti paling mengujakan tentu lah dapat snorkeling di sekitar Chagar Hutang yang hanya eksklusif untuk mereka yang datang sebagai sukarelawan ke SEATRU.

Gambar 2: Cikgu Hailmi (kiri) bersama rakan sukarelawan selepas aktiviti pembersihan pantai bagi menyediakan lokasi persarangan yang terbaik untuk ibu penyu.
Gambar 3: Setelah penat di pantai, kami ke ‘Spa Udang’ yang merupakan anak sungai yang menjadi sumber air kepada stesen penyelidikan UMT ini untuk kami menyejukkan badan.

Refleksi Diri dan Nasihat

Sepanjang menyertai program ini, apakah momen yang paling memberi kesan kepada diri Cikgu secara peribadi?

Momen bila dapat melihat kesungguhan ibu penyu naik dan bertelur merupakan momen yang pasti saya ingat sampai bila-bila. Setiap satu fasa dilakukan dengan penuh keazaman dalam memastikan generasi penyambungnya terus dapat hidup dengan baik, meskipun ibu penyu sendiri pun tak pasti dalam 1000 telur yang dilahirkan, akan berjaya menetas dan hidup baik sehingga dewasa.


Apakah nilai atau pengajaran paling penting yang Cikgu pelajari tentang diri sendiri sepanjang program ini?

Pada awal terlibat dengan usaha konservasi penyu ini, saya telah bertanyakan satu soalan kepada sekretariat kenapa perlunya ‘campur tangan’ manusia untuk mengubah perkara semulajadi yang telah dilakukan ibu penyu. Jawapan mereka cukup menyentuh hati saya, ‘Bukan kah kita manusia juga yang telah awal ‘campur tangan’ hingga menjejaskan hidup mereka? Maka dari situ, saya semakin sedar bahawa dalam usaha menangani banyak kerosakan yang kita manusia telah lakukan di muka bumi, maka dengan usaha kita jugaklah kita dapat membendung dan baikpulih semula semua ini. Betapa sebarang usaha kecil yang kita lakukan pada hari ini boleh memberikan kelangsungan hidup kepada benda hidup yang ada di sekeliling kita. Teruskan menyumbang walaupun pada pandangan kita usaha tersebut hanya suatu sumbangan kecil pada alam sekitar.


Jika diberi peluang, adakah Cikgu ingin menyertai program seumpama ini lagi atau mungkin membawakan pelajar turut serta?

Ya, setelah merasai sendiri pengalaman sukarelawan Penyu di Chagar Hutang, semestinya saya sangat berminat untuk membawa murid bagi merasai pengalaman yang sama. Selain daripada dapat tahu lebih banyak tentang penyu dan usaha konservasinya, kerja-kerja penyelidikan dan pendedahan kepada bidang marin juga dapat memberi lebih banyak info kepada murid tentang peluang kerja dalam bidang berkaitan pada masa akan datang.


Apa yang Cikgu ingin sampaikan kepada guru-guru lain yang mungkin berminat, tetapi masih ragu-ragu untuk menyertai program seperti ini?

Pengalaman yang patut anda cuba sekali seumur hidup! Cepat pergi ke website SEATRU dan teruslah mendaftar sebagai sukarelawan kerana pengalaman yang anda dapat pasti tidak akan mengecewakan anda. Malah sangat membantu anda dalam menyampaikan ilmu daripada dunia sebenar kepada murid dengan lebih berkesan.


Pada pandangan Cikgu, bagaimana sekolah dan universiti boleh bekerjasama lebih erat dalam membina generasi celik alam sekitar?

Saya secara peribadi melihat sangat penting usaha kolaboratif antara sekolah dan universiti dalam usaha membina generasi celik alam sekitar. Perkongsian ilmu dan dapatan kajian terkini daripada penyelidikan pihak universiti sebenarnya sangat membantu murid di sekolah untuk melihat isu alam sekitar dengan lebih baik. Pihak sekolah juga boleh mengambil peluang atas kewujudan program-program kesukarelawan yang ditawarkan oleh universiti dengan mempromosikan penyertaan kepada murid. Hasil daripada pengalaman tersebut dapatlah dibukukan agar menjadi rujukan dan bahan bacaan tambahan berkonsepkan tulisan daripada murid kepada murid lain.


Apakah harapan Cikgu terhadap masa depan pendidikan Sains di Malaysia yang lebih bersifat terbuka dan berasaskan pengalaman sebenar di lapangan?

Saya sangat menyokong sebarang usaha menjadikan pendidikan Sains di Malaysia ini lebih terbuka dan berasaskan pengalaman sebenar di lapangan. Sudah tiba masanya untuk kita keluar dari konteks yang terhad pada peperiksaan, sebaliknya membuka ruang untuk menyediakan murid sesuai dengan apa yang menanti dunia pekerjaan mereka. Memberikan lebih banyak ruang untuk guru berkreativiti di luar daripada empat dinding bilik darjah, akan menghasilkan murid yang lebih berfikiran jauh, matang dan sekaligus memahami peranan besar mereka sebagai pemimpin di bumi Tuhan ini.

Gambar 4: Merakamkan kenangan di papan tanda yang menjadi penyambut tetamu ke Pantai Chagar Hutang, Pulau Redang.
Gambar 5: Hiking ke Turtle Rock untuk menikmati pemandangan indah Pulau Redang.


#KitaJagaPenyuKita

*Artikel ini diterbitkan atas inisiatif Sea Turtle Research Unit (SEATRU), Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) dari Universiti Malaysia Terengganu bagi mengangkat usaha-usaha penyelidikan dan konservasi penyu negara. Sila layari https://seatru.umt.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Chagar Hutang Turtle SanctuaryCikgu NorhailmiInstitut Oseanografi dan Sekitaran (INOS)Sea Turtle Research Unit (SEATRU)sukarelawan konservasi penyuUMT
ShareTweetShare
Previous Post

HARI PENYU SEDUNIA: Aku, Matematik dan Penyu

Next Post

HARI PENYU SEDUNIA: Peranan Sukarelawan Dalam Pelestarian Program Konservasi Penyu

Editor

Editor

Related Posts

Peranan Bakau Sebagai ‘Hentian dan Rehat’ Untuk Burung Pengembara
Alam Semulajadi

Peranan Bakau Sebagai ‘Hentian dan Rehat’ Untuk Burung Pengembara

1 day ago
Metarhizium: Inovasi Kawalan Perosak ke Arah Pertanian Lestari
Alam Semulajadi

Metarhizium: Inovasi Kawalan Perosak ke Arah Pertanian Lestari

3 days ago
Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau
Berita & Peristiwa

Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau

4 days ago
Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah
Alam Semulajadi

Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah

4 days ago
Next Post
HARI PENYU SEDUNIA: Peranan Sukarelawan Dalam Pelestarian Program Konservasi Penyu

HARI PENYU SEDUNIA: Peranan Sukarelawan Dalam Pelestarian Program Konservasi Penyu

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In