23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 10, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

HARI PENYU SEDUNIA: Peranan Sukarelawan Dalam Pelestarian Program Konservasi Penyu

HARI PENYU SEDUNIA: Peranan Sukarelawan Dalam Pelestarian Program Konservasi Penyu

Editor by Editor
18/06/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh Muhammad Yazid M. Yasin dan Prof. Madya Dr. Azizul Yadi Yaakop
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Dalam diam, penyu sedang berdepan ancaman kepupusan yang kian genting. Habitat mereka dimusnahkan oleh pembangunan yang tidak terkawal, laut dicemari sisa toksik dan plastik, suhu sarang meningkat akibat perubahan iklim, manakala telur mereka terus menjadi buruan untuk dijual secara haram. Di Malaysia, Terengganu pernah menjadi syurga utama bagi penyu agar dan karah untuk bertelur. Namun kini, satu lagi ikon ekosistem lautan kita iaitu penyu belimbing hampir lenyap sepenuhnya daripada pesisir negeri ini. Tiada lagi sarang yang direkodkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, seolah-olah ia adalah isyarat terakhir daripada spesis yang pernah menguasai lautan selama ribuan tahun lalu.

Walaupun ancaman terhadap spesis ini amat besar, harapan masih wujud. Ini kerana usaha kolektif yang digerakkan oleh agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi, dan terutamanya para sukarelawan yang telah menjadi tulang belakang kepada pemuliharaan penyu dalam negara. Sukarelawan turut memainkan peranan penting dalam melindungi habitat persarangan penyu, memantau aktiviti pendaratan, serta menyampaikan pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat.

Sukarelawan penyu ialah individu yang menyumbangkan masa dan tenaga mereka secara sukarela untuk membantu usaha perlindungan spesis ini. Mereka tidak merima sebarang imbuhan kewangan, bahkan mereka yang mengeluarkan duit poket sendiri untuk bersama penggiat konservasi di lapangan. Sukarelawan akan terlibat aktif dalam pelbagai aktiviti seperti rondaan malam di pantai untuk memantau pendaratan penyu, pemindahan telur ke lokasi penetasan yang lebih selamat, pengumpulan data saintifik, dan juga menyampaikan maklumat kepada pengunjung serta komuniti tempatan.

Di Terengganu, Chagar Hutang Turtle Sanctuary yang terletak di Pulau Redang dan diurus oleh Sea Turtle Research Unit (SEATRU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), merupakan antara lokasi pemuliharaan penyu paling aktif menawarkan program sukarelawan penyu di negara ini. Berdasarkan analisis penyertaan sukarelawan antara tahun 2019 hingga 2024, didapati bahawa golongan muda berumur antara 21 hingga 30 tahun merupakan kumpulan majoriti yang menyertai program ini. Namun begitu, penyertaan daripada kalangan profesional yang lebih berusia serta berpendapatan tinggi masih rendah. Tahun 2024 mencatatkan jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarah SEATRU, iaitu seramai 370 orang sukarelawan.

Usaha untuk melindungi penyu di habitat persarangan mereka bukanlah tugas yang mudah. Ia menuntut komitmen tinggi dan keberadaan tenaga kerja yang konsisten sepanjang musim penyu bertelur. Dengan jajaran pantai Malaysia yang luas, dan musim pendaratan penyu yang berlangsung dari bulan April hingga Oktober setiap tahun, keperluan terhadap sokongan tenaga manusia yang berterusan amatlah penting. Situasi ini menunjukkan bahawa pemuliharaan penyu bukan sekadar aktiviti sukarela bermusim, tetapi sebenarnya membentuk sebuah ‘industri’ yang besar, iaitu industri konservasi marin. Industri ini bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian biodiversiti negara, tetapi turut membuka ruang kepada pembangunan modal insan, pelancongan lestari, penyelidikan saintifik, dan penjanaan ekonomi setempat melalui penyertaan masyarakat dan program sukarelawan yang tersusun.

Menyertai aktiviti sukarelawan perlu difahami sebagai satu bentuk pertukaran nilai, dari wang kepada pengalaman lapangan yang sebenar dan bermakna. Pengalaman ini amat diperlukan oleh anak muda hari ini yang dahagakan pendedahan dunia sebenar dalam pembentukan jati diri. Dalam konteks pemasaran konservasi, memahami elemen pertukaran nilai ini adalah kunci untuk menjangkau masyarakat umum yang mungkin tidak akrab dengan dunia marin, apatah lagi untuk melibatkan diri secara langsung. Oleh itu, strategi pemasaran yang tersusun amat penting bagi menghubungkan mereka kepada nilai sebenar pemuliharaan.

Untuk memahami apa yang mendorong individu menyertai program sebegini, para penyelidik telah menggunakan kerangka psikologi sosial yang dikenali sebagai Volunteer Functions Inventory (VFI). Hasil kajian menunjukkan bahawa motivasi utama sukarelawan adalah berdasarkan lima aspek penting. Pertama ialah nilai altruistik dan sosial, di mana mereka ingin menyumbang kepada pemuliharaan spesis yang terancam atas dasar tanggungjawab moral. Kedua ialah keinginan untuk memperoleh pengetahuan baharu dan memahami ekologi penyu. Ketiga ialah keinginan untuk mencabar diri dan membina keyakinan serta kemahiran insaniah. Keempat ialah peluang untuk membina hubungan sosial yang baharu. Dan kelima ialah peluang pembangunan kerjaya, khususnya dalam bidang berkaitan alam sekitar. Maka, dalam setiap program

Pengalaman SEATRU dalam mengendalikan program sukarelawan, yang telah melibatkan lebih 5,000 peserta sejak diperkenalkan pada tahun 1996, mencerminkan evolusi sebuah inisiatif konservasi yang kini menjadi rujukan di peringkat nasional. Sepanjang tempoh tersebut, SEATRU telah melaksanakan pelbagai strategi pemasaran digital yang disasarkan kepada pelajar universiti dan golongan profesional muda, bagi memastikan keterlibatan yang relevan dan berimpak.  Bagi menyesuaikan dengan keperluan semasa, sistem penjadualan slot mingguan yang lebih fleksibel telah diwujudkan bagi memudahkan pendaftaran penyertaan. Bermula sebagai sebuah sistem tempahan asas melalui laman sesawang, SEATRU kini beroperasi dengan pendekatan lebih profesional menerusi penubuhan entiti khas yang mengurus pentadbiran dan logistik, sekali gus meningkatkan kualiti pengalaman peserta dan kecekapan pelaksanaan konservasi di lapangan.

Selain SEATRU, Terengganu turut menjadi lokasi kepada beberapa program pemuliharaan penyu yang lain. PULIHARA, yang dahulunya dikenali sebagai Lang Tengah Turtle Watch, beroperasi di Pulau Lang Tengah dan juga Pantai Cakar Hutan, Dungun dengan pendekatan pengawasan pantai dan pemindahan telur yang intensif. Kapas Turtles pula merupakan inisiatif berasaskan komuniti di Pulau Kapas yang memberikan pengalaman lapangan berskala kecil dan bersifat mesra masyarakat. Manakala Perhentian Turtle Project yang dikendalikan oleh Fuze Ecoteer menggabungkan aktiviti penyelidikan foto ID penyu, pendidikan komuniti, dan konservasi pantai melalui kerjasama dengan komuniti tempatan.

Setiap program ini menawarkan pendekatan dan pengalaman yang berbeza dalam konservasi penyu. Sukarelawan boleh memilih program yang paling sesuai dengan minat dan keupayaan masing-masing, sama ada dari sudut keutamaan terhadap penyelidikan saintifik, kehidupan lapangan yang lasak, atau pendekatan mesra masyarakat dan pendidikan pelancong.

Penyu merupakan simbol ketahanan alam semula jadi yang telah mengharungi zaman, namun kini nasib mereka bergantung kepada tindakan kita semua. Sempena Hari Penyu Sedunia pada 16 Jun ini, marilah kita bertekad untuk bukan sekadar menyokong dari jauh. Jadilah sebahagian daripada gerakan ini sebagai sukarelawan, penyumbang dana, penyebar maklumat, atau sekurang-kurangnya penyokong yang peka di media sosial. Anda tidak perlu menjadi saintis untuk menyelamatkan penyu. Anda cuma perlu hadir di lapangan dengan hati yang peduli dan semangat yang tulus.

Gambar 1: Penulis bersama komuniti yang mengusahakan inisiatif konservasi penyu di Pulau Pangkor.
Gambar 2: Sukarelawan bergambar bersama anak-anak penyu yang diselamatkan ketika proses menggali sarang-sarang penyu yang telah cukup tempoh matang.
Gambar 3: Sukarelawan sedang melihat ibu penyu melakukan proses penyamaran selepas bertelur dengan menimbunkan pasir ke bahagian belakang.
Gambar 4: Sukarelawan bersama para penyelidik yang sedang melakukan penyelidikan pemantauan pergerakan penyu dengan menggunakan teknologi satelit.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Chagar Hutang Turtle SanctuaryHARI PENYU SEDUNIASea Turtle Research Unit (SEATRU)sukarelawan konservasi penyu
ShareTweetShare
Previous Post

HARI PENYU SEDUNIA: Bila Cikgu Sains Jadi Sukarelawan Penyu!

Next Post

Program STEM GENIUS: Discover Science Through Art & Fun Cetus Keterujaan Minat Sains dan Matematik Pelajar Sekolah

Editor

Editor

Related Posts

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia
Alam Semulajadi

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia

4 days ago
Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan
Alam Semulajadi

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan

6 days ago
Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet
Berita & Peristiwa

Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet

6 days ago
Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan
Berita & Peristiwa

Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan

7 days ago
Next Post
Program STEM GENIUS: Discover Science Through Art & Fun Cetus Keterujaan Minat Sains dan Matematik Pelajar Sekolah

Program STEM GENIUS: Discover Science Through Art & Fun Cetus Keterujaan Minat Sains dan Matematik Pelajar Sekolah

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In