23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, January 14, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Hebahan: Pertandingan Menghafal Digit Pi, di UNIMAP, Perlis pada 28 April 2018

Editor by Editor
10/04/2018
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh; Dr. Mohamad Nazri Abdul Halif, PhD
Institut Matematik Kejuruteraan (IMK), di UNIMAP

Atas inisiatif dan motivasi untuk menyemarakkan Keindahan Matematik kepada masyarakat, pihak Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui IMK Postgraduate Club bersama Sekretariat STEM UniMAP akan melaksanakan ‘Pi Memorization Competition Perlis 2018’ pada 28 April 2018.

Program ini merupakan pertandingan menghafal digit Pi yang pertama kalinya diadakan di negeri Perlis melibatkan 19 buah sekolah menengah dengan penyertaan seramai 360 orang pelajar. Program ini juga merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia melibatkan pertandingan menghafal digit Pi di peringkat negeri. Pertandingan ini dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis.

Setiap peserta akan memperdengarkan hafalan digit Pi di hadapan dua orang Juri dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Bilangan digit Pi dikira selepas titik perpuluhan ‘3.’dan masa hafalan akan dicatatkan. Syarat utama hafalan adalah ketepatan digit yang disebut serta ‘lancar’iaitu jika berhenti pada sesuatu digit Pi, peserta perlu sambung digit selepasnya dan bukan menyebut kembali digit sebelumnya. Peserta dibenarkan melakukan hafalan sebanyak DUA (2) kali dan hafalan melebihi 20 digit Pi akan melayakkan peserta untuk disenaraikan namanya di dalam Pi World Ranking List, satu laman sesawang yang mengumpul senarai individu di dunia yang mampu menghafal digit Pi sekurang-kurangnya 20 digit (Rekod dunia hafalan Pi yang mampu dilakukan oleh manusia adalah sebanyak 70,030 digit dan bilangan digit yang mampu dihitung menggunakan komputer khas adalah sekitar 22 trillion digit).

Sehingga kini, hanya seorang rakyat Malaysia tersenarai dalam ranking ini, iaitu Iskandar bin Mohamad Nazri, murid Tahun 3, SK Tengku Budriah, Arau, Perlis dengan hafalan 60 digit Pi selama 21 saat pada 10 November 2017. Peserta pertandingan yang mampu menghafal digit p paling banyak akan dikira sebagai Johan Pertandingan. Antara objektif utama Pi Memorization Competition Perlis 2018 ini adalah untuk mensasarkan lebih ramai rakyat Malaysia tersenarai dalam Pi World Ranking List (http://www.pi-world-ranking-list.com/).

Walaupun pelbagai persepsi masyarakat yang melihat apakah faedah di sebalik hafalan Pi yang beratus dan beribu digit ini, namun kebolehan individu untuk memetakan bentuk digit Pi yang susunannya tak rasional dan infiniti ini dalam minda mereka adalah antara signifikannya, di samping memupuk para pelajar agar lebih menghargai simbol-simbol Matematik yang jika diteliti dengan lebih mendalam, wujud kepelbagaian keindahan dan keunikannya. Lebih banyak bilangan tempat perpuluhan Pi, ianya akan lebih persis kejituaan pengiraan sesuatu yang melibatkan masalah bulatan seperti dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Kejuruteraan dan Teknologi.

Dalam bidang Matematik, walaupun kelihatan Pi hanyalah simbol picisan, namun kajian sejauh manakah bilangan paling banyak dapat dihitung merupakan antara yang paling mencabar dalam bidang Matematik. Semoga pertandingan menghafal digit Pi seperti ini akan diikuti oleh sekolah-sekolah di negeri lain.

Saya selaku Pengarah Projek, sangat teruja dengan pertandingan ini yang pada awalnya hanyalah idea biasa sahaja yang telah saya promosikan dalam setiap siri ceramah THE BEAUTY of PHYSICS & MATHEMATICS semenjak tahun 2016. Segala yang saya rancang nampaknya menjadi kenyataan, dan, diharapkan dengan usaha ini, dan sokongan dari beberapa syarikat dalam menaja program ini, serta sokongan dari rakan staf akademik dan bukan akademik UniMAP, ianya akan menjadi satu pencetus baharu dalam mempopularkan Keindahan Matematik kepada masyarakat Malaysia, in sha Allah.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Geran RM13.89 Juta ke UKM untuk Projek Penukaran Gas Karbon Dioksida Kepada Metana Bagi Industri Minyak Dan Gas

Next Post

Artikel Ahli Matematik Malaysia diterbitkan di Jurnal Elsevier

Editor

Editor

Related Posts

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia
Berita & Peristiwa

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia

4 days ago
Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya
Berita & Peristiwa

Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya

1 week ago
Industri Getah Negara: Jangan Biarkan Pekebun Kecil Terus Menanggung Beban
Alam Semulajadi

Industri Getah Negara: Jangan Biarkan Pekebun Kecil Terus Menanggung Beban

1 week ago
Seramik: Bukan sekadar Pinggan Mangkuk dan Pasu
Berita & Peristiwa

Seramik: Bukan sekadar Pinggan Mangkuk dan Pasu

1 week ago
Next Post
Artikel Ahli Matematik Malaysia diterbitkan di Jurnal Elsevier

Artikel Ahli Matematik Malaysia diterbitkan di Jurnal Elsevier

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In