23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, May 1, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Herba Malaysia: Khazanah Alam untuk Kesihatan Haiwan

Herba Malaysia: Khazanah Alam untuk Kesihatan Haiwan

Editor by Editor
22/12/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Siti Fatimah Mohamad @ Abdul Aziz
Pegawai Penyelidik, Makmal Veterinar Zon Timur (Pahang)

Malaysia mempunyai kepelbagaian biologi tropika yang kaya dengan lebih 15, 000 spesis tumbuhan dan 2,000 daripadanya adalah herba yang dilaporkan bernilai perubatan dan amat wajar diterokai secara menyeluruh kerana kelebihan bahan bioaktifnya yang berkesan. Warisan alam ini bukan sahaja untuk dimanfaatkan oleh manusia malah berpotensi besar dalam penjagaan kesihatan haiwan. Dalam menghadapi cabaran seperti rintangan antimikrob, rintangan anthelmintik, keperluan pengurangan antibiotik, dan tekanan penyakit dalam ternakan, penggunaan herba sebagai bahan alternatif menggantikan ubatan moden yang lebih selamat dan berkualiti mula mendapat perhatian dalam sektor perubatan veterinar. Merujuk kepada kamus dewan edisi keempat, herba bermaksud sejenis tumbuhan yang batangnya tidak berkayu, daunnya dapat dibuat makanan, ubat dan pewangi. Menurut statistik WHO (2013), permintaan di China meningkat sebanyak 20% dalam tempoh setahun menjanakan US$83.1 billion, sementara peningkatan sebanyak 68% di Korea telah menjanakan US$7.4 billion dalam tempoh 5 tahun. Hal ini membuktikan potensi industri herba sebagai sumber kekayaan baharu negara sekiranya negara kita benar-benar serius untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu hab herba dunia.

Lantaran itu, Malaysia dalam rangka kerja Rancangan Malaysia ke-11 telah mengorak langkah dengan menekankan pembangunan industri herba dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011 – 2020 dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sebagai salah satu agenda penting yang perlu bergerak secara efektif. Herba dijadikan Projek Permulaan Pertama (EPP1) bagi NKEA pertanian negara. Pada mulanya projek ini tertumpu kepada lima jenis herba iaitu tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing, hempedu bumi dan dukung anak. Kemudian tiga belas spesis herba lagi disenaraikan iaitu mengkudu, roselle, halia, mas cotek, belalai gajah, sireh, peria katak, sambung nyawa, gelenggang, senduduk, lempoyang, merunggai dan pegaga (Rajah 1). Matlamatnya adalah untuk menghasilkan produk bernilai tinggi untuk meningkatkan pendapatan kasar negara. Beberapa agen pelaksana seperti Kementerian Pertanian, universiti, institut penyelidikan, syarikat perniagaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat Good Laboratoy Practice (GLP) telah diberi mandat untuk melaksanakan projek pembangunan industri herba ini. Walau bagaimanapun, kerancakan kajian perubatan industri herba ketika itu hanya menekankan kepada pembangunan perubatan tradisional dan komplementari lantas meninggalkan jurang yang besar terhadap kajian perubatan herba veterinar. Haiwan hanya digunakan sebagai subjek kajian di dalam ujian klinikal tanpa mengambil kira potensi terapeutik secara mendalam terhadap bidang veterinar. Justeru, wajarlah kita mengambil perhatian terhadap kelebihan-kelebihan kajian saintifik yang telah dijalankan ke atas herba terpilih ini agar ianya menjadi batu loncatan kepada usaha penerokaan bidang perubatan herba veterinar dalam melengkapi rawatan sedia ada.

Rajah 1 Senarai spesis herba tempatan yang terpilih untuk dibangunkan di bawah NKEA

Kelebihan Herba Tempatan Untuk Kesihatan Haiwan

Amalan tradisional menggunakan herba sebenarnya bukan perkara baharu. Di kampung, contohnya, daun betik digunakan untuk mengawal cacingan ayam kampung, manakala minyak kelapa dara disapu bagi merawat luka kulit haiwan. Kini, semakin banyak bukti saintifik yang menyokong pemerhatian tradisional ini. Hal ini dapat dilihat dalam beberapa contoh aplikasi tumbuhan herba terhadap penyakit haiwan berdasarkan pelbagai kajian penyelidikan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Apa yang disenaraikan di atas hanyalah sebahagian daripada rangkuman kajian etnoveterinar yang diterokai dalam membantu kepada sokongan kesihatan haiwan. Jadi, apakah yang menjadi persoalan seterusnya? Kita perlu sedar walaupun kelebihan herba terhadap kesihatan haiwan telah banyak dikenal pasti, langkah seterusnya yang kritikal ialah menterjemahkan potensi tersebut kepada aplikasi veterinar yang sah, selamat, dan diterima sistem.

Cabaran Integrasi Perubatan Herba Dalam Kesihatan Veterinar

Secara luaran, potensi herba sememangnya besar. Namun begitu, hakikatnya terdapat pelbagai cabaran dan isu utama yang perlu ditangani untuk mengetengahkan pembangunan perubatan herba veterinar termasuklah dari segi pembuktian keberkesanan melalui data klinikal, standardisasi bahan aktif atau fitokimia herba yang masih belum mapan, dos spesifik bagi setiap spesis herba merangkumi aspek keselamatan dan toksikologi, rangka kerja perundangan bagi mengawal penggunaan herba dalam produk veterinar, sokongan diagnostik serta pematuhan kepada regulatori di Malaysia mahupun antarabangsa. Cabaran lain ialah pembiayaan untuk penyelidikan, pembangunan, komersialisasi, inovasi (R&D&C&I) produk herba bernilai tinggi. Kos untuk produk herba menjalani ujian praklinikal dan klinikal sudah tentu mahal dan sudah pasti geran yang disalurkan kerajaan tidak mencukupi untuk menyokong lebih banyak pembangunan produk. Industri herba veterinar tempatan berdepan dengan kos R&D yang tinggi dengan margin keuntungan yang rendah serta pasaran yang masih kecil dan terfragmentasi. Tidak ketinggalan juga cabaran menghadapi persepsi awam dan etika penggunaan ubatan herba. Persepsi bahawa herba adalah “selamat sepenuhnya” membawa kepada penggunaan berlebihan tanpa pengawasan veterinar. Hal ini menjurus kepada risiko kebajikan haiwan jika rawatan konvesional ditangguhkan. Oleh itu, integrasi perubatan herba dalam kesihatan veterinar bukan isu keberkesanan semata-mata, tetapi isu sistemik yang melibatkan bukti saintifik, regulasi, dan kesiapsiagaan industri. Dengan pendekatan evidence-based phytotherapy, herba veterinar tempatan berpotensi menjadi terapi sokongan rasmi, alternatif antibiotik serta pemacu inovasi bioekonomi veterinar Malaysia.

Walaupun pembangunan ubatan herba tidaklah menjadi fokus utama di dalam dasar-dasar berkaitan veterinar, penulis yakin penyelidikan dan pembangunan berkaitan perubatan veterinar berasaskan herba wajar diambil perhatian dan diterokai dengan lebih mendalam kerana potensi globalnya yang sangat luas di masa kini dan masa hadapan. Justeru, pada hemah penulis tiada salahnya pembangunan industri herba ini turut diambil kira dalam pelan tindakan kawalan penyakit veterinar negara. Peluang kolaborasi dan pembangunan perubatan herba antara agen-agen pelaksana wajar diperhalusi. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) boleh menggerakkan kolaborasi penyelidikan bersama agensi-agensi penyelidikan pertanian negara seperti FRIM dan MARDI yang sememangnya diberi mandat untuk membangunkan industri herba di Malaysia. Walaupun kini DAN 2.0 (2021-2030) telah pun berubah dasar dan landskap, penulis yakin kita tidak seharusnya mensia-siakan kekayaan biodiversiti negara dan mengabaikan peranan serta potensi pasaran herba di dunia seperti yang pernah termaktub di dalam DAN (2011-2020).

Rujukan

  1. Ahmad, F., Ekonomi, P. P., Shah, M. A., Ekonomi, P., Sulaiman, N., & Majid, F. a. A. (2015). Issues and Challenges in the Development of the Herbal Industry in Malaysia. In Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-10 (PERKEM 10). https://www.ukm.my/fep /perkem/pdf/perkem2015/PERKEM _2015_3A1.pdf
  2. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. (2021). DASAR AGROMAKANAN NEGARA 2021-2030 (DAN 2.0). https://www.kpkm.gov.my/images/04-dasar-agromakanan/ dasar_agromakanan_negara_2021-2030_dan_2.0.pdf.
  3. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2023). Traditional and Complementary Medicine (T&CM) Blueprint (Economic and Sociocultural). MOH/P/BPTK/11.23(BP)-e.
  4. Rohana Abd Rahman, Ariff Fahmi Abu Bakar &, Mohamad Azwir Ali Usar. (2018). Relationship between Concentration and Location of the Herbal Industry. In International Conference on Agriculture, Animal Sciences and Food Technology (ICAFT) 2018.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Good Laboratoy Practice(GLP)herba malaysiakesihatan haiwankesihatan veterinarMakmal Veterinar Zon TimurPegawai PenyelidikPerubatan herbaSiti Fatimah Mohamadterapeutik
ShareTweetShare
Previous Post

Menyingkap Rahsia Molekul: Revolusi AI dalam Meramalkan dan Merekabentuk Kehidupan

Next Post

Percetakan 3D dan Serat Kenaf: Inovasi Hijau Memperkukuh Bahan Pergigian

Editor

Editor

Related Posts

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden
Berita & Peristiwa

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden

50 minutes ago
Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?
Berita & Peristiwa

Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?

22 hours ago
Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

3 days ago
Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import
Alam Semulajadi

Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import

4 days ago
Next Post
Percetakan 3D dan Serat Kenaf: Inovasi Hijau Memperkukuh Bahan Pergigian

Percetakan 3D dan Serat Kenaf: Inovasi Hijau Memperkukuh Bahan Pergigian

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In