23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 17, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Hilangkan Pijar Cili : Petua VS Sains

Info Kimia

Saiful Bahari by Saiful Bahari
26/11/2020
in Berita & Peristiwa, Kimia
0 0
0

Oleh :  ChM Dr Fatimah Binti Salim
Institut Atta-ur-Rahman UITM

 

Terdapat banyak petua untuk menghilangkan rasa pijar di tangan. Antara petua-petua yang diketengahkan ialah mencuci tangan dengan sabun dan air, merendam/ meramas tangan dalam beras, minyak masak, garam, losyen, sapu ubat gigi, rendam dalam air berais batu, cuci dengan lemon, rendam dalam air suam, ramas dengan hampas kelapa, basuh dengan sabun mandi, gosok dengan garam atau gula, sapu minyak dan diang tepi api (bukan salai ya), rendam air garam, ramas dengan daun jambu, pegang sudu besi, ada yang biarkan saja dan ada yang elakkan daripada terkena pijar terus.
Baiklah mari kita menganalisa petua-petua tersebut sama ada boleh diterima atau tidak dari sudut sains. Namun sebelum itu kita haruslah ketahui dahulu punca rasa pijar tersebut dan bagaimana ianya boleh berlaku.
Punca rasa pijar disebabkan oleh kehadiran bahan kimia semula jadi di dalam cili iaitu capsaicin. Ianya merupakan bahan kimia utama dalam cili yang memberikannya rasa pedas. Semakin banyak kandungan capsaicin dalam cili, semakin pedas rasa cili tersebut. Memahami sifat kimia capsaicin sangat penting kerana ianya akan membantu dalam menerangkan sama ada petua-petua di atas sesuai atau tidak untuk digunakan.
Capsaicin merupakan bahan kimia dari kumpulan berfungsi alkaloid yang dikenali juga dengan nama capsaicinoids. Alkaloids biasanya bersifat basik. Namun kerana kehadiran kumpulan carbonyl (C=O) bersebelahan dengan atom nitrogen ( N) dalam struktur kimia capsaicin menyebabkannya berubah kutub (polarisation), lalu berubah ke sifat asidik (rujuk struktur molekul di bawah). Struktur molekul capsaicin mempunyai ekor panjang yang bersifat hydrophobic (tidak menggemari air) yang membolehkannya larut dalam minyak, lemak atau larutan organik.
Sstruktur Kimia Capsaicin
Semasa proses memotong cili, bahan kimia ini terbebas dan membuat ikatan dengan tisu kulit kita. Ikatan ini akan mengaktifkan protein yang bertanggungjawab untuk mengesan rasa panas dan sakit sederhana di kulit lalu menghantar maklumat ke otak. Otak akan mentafsir ianya sebagai rasa panas. Mekanisma ini akan membuatkan kita berasa pijar atau orang Putih panggil “burning sensation”.
Setelah mengetahui sifat bahan kimia penyebab rasa pijar atau pedas iaitu capsaicin, maka boleh lah kita menganalisa kebersandaran kepada petua-petua tadi yang sepatutnya memisahkan capsaicin dari tisu kulit:
1) melarutkannya dalam cairan yang lebih digemarinya (like dissolves like)
👉🏻 cuci dengan minyak masak, sabun mandi, losyen dan susu (mengandungi lemak protein casein yang boleh melarutkan capsaicin). Dan kemudiannya mencuci dengan sabun.
2) menukarkan sifat kimianya kepada yang lebih larut air
👉🏻 mencuci dengan bahan berasid (asam jawa, cuka, lemon), air garam dan sapu ubat gigi.
3) geseran kasar
👉🏻 ramas dengan hampas kelapa (kalau masih lagi bersantan, boleh melarutkan sekali capsaicin), ramas dengan garam dan gula sehingga cair (juga menukarkan sifat kimia capsaicin supaya lebih larut air), dan ramas dengan daun jambu batu.
4) merencatkan deria rasa panas
👉🏻 rendamkan tangan dalam air berais.
5) meningkat tenaga molekul capsaicin dan protein pada kulit yang bertindakbalas agar mudah ditanggalkan.
👉🏻 rendam air suam atau diang tepi api.
6) Placebo
👉🏻 pegang sudu atau abaikan saja.
7) Menghindarkan daripada punca pijar.
👉🏻 Ini kaedah mencegah lebih baik daripada menanggalkan capsaicin “prevention is better than cure”.
Harus diingat, tahap pijar setiap individu adalah berbeza mengikut sensitivi kulit masing-masing. Dan juga jumlah capsaicin yang berinteraksi dengan tisu kulit. Maka, bolehlah anda mencuba mana-mana petua-petua yang bersesuaian. Jika kena dengan caranya, pasti menjadi!
Kredit Foto : doktortani
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: capsaicinChM Dr Fatimah Binti SalimInfo KimiaInstitut Atta-ur-RahmanPijar CiliUITM
ShareTweetShare
Previous Post

Colistin: Antibiotik Dalam Makanan Haiwan

Next Post

Pemulihan Ekosistem Akuatik Ketika COVID-19 Meningkatkan Kelestarian Pengeluaran Plankton

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Apakah Itu Skala pH?
Berita & Peristiwa

Apakah Itu Skala pH?

3 days ago
Ego Manusia Yang Sering Menyalahkan Biawak
Alam Semulajadi

Ego Manusia Yang Sering Menyalahkan Biawak

4 days ago
UTM Hasilkan Prototaip Membran Untuk Digunakan Dalam Hemodialisis
Berita & Peristiwa

UTM Hasilkan Prototaip Membran Untuk Digunakan Dalam Hemodialisis

1 week ago
Keunikan Rafflesia (Pakma) Sebagai Tarikan Produk Eko-pelancongan Tanah Tinggi Lojing, Kelantan
Alam Semulajadi

Keunikan Rafflesia (Pakma) Sebagai Tarikan Produk Eko-pelancongan Tanah Tinggi Lojing, Kelantan

2 weeks ago
Next Post
Pemulihan Ekosistem Akuatik Ketika COVID-19 Meningkatkan Kelestarian Pengeluaran Plankton

Pemulihan Ekosistem Akuatik Ketika COVID-19 Meningkatkan Kelestarian Pengeluaran Plankton

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Teori dan Falsafah Teknologi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Satu Uncang Teh Mengeluarkan Berbilion Zarah Plastik Mikro

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Periuk Kalis Lekat ‘non-stick cookware’ SELAMAT: Penggunaan Yang BETUL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In