23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, December 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Imaginasi dan Teknologi Masa Depan

Editor by Editor
06/02/2010
in Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

imagination_einstein

Oleh Mohd Faizal Aziz

Saintis tersohor Albert Einstein (1879-1955) pernah mengungkapkan bahawa 'imaginasi lebih utama berbanding pengetahuan'. Imaginasi atau pemikiran futuristik bermaksud kemampuan atau daya khayalan untuk menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. Imaginasi yang datang bersama dengan ilmu pengetahuan akan menghasilkan sesuatu yang hebat dan di luar jangkauan fikiran manusia biasa. Itulah yang dilakukan oleh Einstein yang menghasilkan pelbagai teori fizik yang menggemparkan dunia  tanpa melakukan sebarang eksperimen pun di dalam makmal. Sehingga kini idea-idea dan imaginasi  Einstein banyak membuka jalan ke arah kemajuan sains teknologi serta kehidupan manusia moden. Teori-teori fizik yang dikemukakan oleh beliau seperti kesan fotoelektrik, Teori Relativiti dan sebagainya masih giat dikaji oleh saintis sehingga kini walaupun ia telah diperkenalkan lebih 100 tahun dahulu oleh Einstein.

Dunia sains dan teknologi kini begitu hangat memperkatakan tentang nanoteknologi. Nanoteknologi merupakan satu bidang yang mengkaji benda yang sangat halus dan tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar. Nanoteknologi juga adalah satu bidang sains untuk mengkaji perilaku zarah-zarah dan susunan molekul bagi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan manusia.

Untuk mengkaji dan melakukan eksperimen dalam bidang nanoteknologi, saintis menggunakan mikroskop berkuasa tinggi supaya dapat melihat struktur-struktur kecil sehingga mencapai skala nanometer iaitu satu per bilion meter. Idea nanoteknologi ini muncul apabila seorang saintis fizik di California Institute of Technology, Caltech,  Amerika Syarikat, Profesor Richard Feynman (1918-1988 ) berimaginasi untuk melihat mesin-mesin kecil bersaiz nano berfungsi seperti apa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada tahun 1959 Beliau membentangkan satu kertas kerja yang berjudul There is Plenty of Room at the Bottom yang mengemukakan idea mengenai nanoteknologi. Pada waktu itu tiada seorang pun yang pernah membayangkan idea seperti beliau. Idea Feynman diteruskan pula oleh seorang lagi saintis iaitu K.Erik Drexler yang menulis sebuah buku penting mengenai gagasan nanoteknologi iaitu Engine of Creation pada tahun 1986 selepas seorang saintis Jepun Norio Taniguchi (1974) mempopularkan istilah nanoteknologi bagi kajian dan proses yang menggunakan alat dengan saiz kurang daripada satu mikrometer iaitu satu persejuta meter.

Pada hari ini, idea dan imaginasi beliau hampir menjadi kenyataan bahkan ada sebilangan besar produk sudah dikategorikan sebagai produk nanoteknologi. Antaranya ialah tiub nano karbon, solar sel nano, tabir matahari (sun screen) , bahan kimia yang digunakan untuk membuat cat yang lebih tahan lama, fabrik pakaian yang boleh mencuci kotoran sendiri (self cleaning fabric) dan sebagainya.

Sekarang kita banyak menggunakan internet. Hampir seluruh manusia di dunia ini menggunakan kemudahan internet pada hari ini. Tidak memiliki sambungan internet dianggap ketinggalan zaman. Tahukah anda bagaimana teknologi internet mula-mula tercipta. Sewaktu Perang Dunia ke-2, saintis komputer membayangkan sekiranya mereka dapat menyambung beberapa komputer yang lain untuk memudahkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Projek menghubungkan rangkaian komputer tersebut adalah untuk kegunaan tentera Amerika yang dikenali dengan istilah ARPANET. Setelah saintis-saintis tersebut berjaya menghubungkan komputer dengan jumlah yang banyak antara satu sama lain, mereka melihat potensi besar yang dapat dimanfaatkan oleh orang ramai melalui penemuan tersebut. Akhirnya projek ARPANET dibubarkan dan rangkaian komputer bertambah dari semasa ke semasa bermula di universiti-universiti di Amerika dan kemudianya merebak ke Eropah seterusnya ke seluruh dunia. Bermula di saat itu ia dikenali dengan istilah INTERNET seperti yang kita nikmati pada hari ini.

Boleh dikatakan setiap orang pada hari ini memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pertama yang dikenali sebagai telefon selular mula digunakan pada tahun 1973 di Manhattan Amerika Syarikat. Ia dibangunkan oleh penyelidik di Motorola yang kemudiannya bergabung dengan rakan seangkatannya di syarikat telekomunikasi terkenal AT&T untuk meningkatkan prestasi telefon selular tersebut. Idea awal ciptaan telefon bimbit ialah untuk memudahkan komunikasi dan bebas bergerak untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Martin Cooper dari Motorola membayangkan bagaimana sekiranya manusia dapat membawa telefon yang ringan ke mana sahaja mereka pergi dan senang dihubungi. Dengan itu terciptalah telefon bimbit.

Pada hari ini telefon bimbit menjadi keperluan yang sangat penting. Fungsi-fungsinya juga bertambah setiap kali diperkenalkan model baru seiring dengan kepantasan perkembangan teknologi. Terbaru pengeluar telefon bimbit tersohor di dunia memperkenalkan konsep baru telefon dan gajet masa depan yang dikenali sebagai morph. Konsep morph untuk keluaran produk gajet digital Nokia masa depan merupakan gabungan seni dan teknologi yang elegan yang menggunakan nanoteknologi sebagai asas pembuatannya. Menurut saintis yang terlibat dalam projek Morph-Nokia ini, suatu hari nanti pengguna berupaya mengubah gajet mereka menjadi bentuk-bentuk yang diminati secara mudah seperti robot-robot dalam filem transformer. Konsep Morph pada telefon bimbit Nokia terbaru menggunakan aplikasi teknologi nano meliputi ciri-ciri kebolehlenturan, elektronik transparen, kemampuan pembersihan sendiri (self cleaning), menggunakan tenaga solar dan antaramukanya (interface)  yang canggih. Idea teknologi futuristik ini dikemukakan oleh penyelidik dari Nokia Research Centre dengan kerjasama Cambridge Nanoscience Centre, Universiti Cambridge, United Kingdom.

Banyak lagi contoh-contoh lain kemajuan sains dan teknologi seperti dunia robotik, teknologi satelit, angkasalepas, perubatan, komputer dan sebagainya muncul hasil daripada sains yang diasaskan oleh imaginasi dan wawasan para saintis dan penyelidik yang berfikir jauh ke hadapan. Pemikiran sains masa depan atau futuristik ini merupakan elemen yang sangat penting untuk melahirkan golongan sainis dan pencipta teknologi. Tepatlah seperti ungkapan Einstein ’ imaginasi lebih penting berbanding pengetahuan’.

Artikel ini telah diterbitkan di Majalah Estidotmy, Sisipan Utusan Malaysia Disember 2009.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: budaya saintifikIMEN-UKMKomputer & ITKomunikasi sainsKomunikasi Sains MalaysiaLaporan Berita SainsmajalahsainsMohd Faizal Aziznanoteknologipegawai sainsPenulisan Sains PopularRencana Sains PopularSains PopularUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Sains dan Pergantian Musim

Next Post

Inovasi : Mendominasi Dunia

Editor

Editor

Related Posts

Teknologi Pembersihan Plasma dalam Pembuatan Cip Semikonduktor
Berita & Peristiwa

Teknologi Pembersihan Plasma dalam Pembuatan Cip Semikonduktor

3 weeks ago
Kajian Fungsi Melatonin bagi Mengekalkan Kesegaran dan Ketahanan Buah Belimbing
Alam Semulajadi

Kajian Fungsi Melatonin bagi Mengekalkan Kesegaran dan Ketahanan Buah Belimbing

3 weeks ago
Filem Nipis Swa-Pasang untuk Industri Cip Termaju
Berita & Peristiwa

Filem Nipis Swa-Pasang untuk Industri Cip Termaju

3 weeks ago
Tinjauan Ringkas Peranan Plasma dalam Penyelidikan dan Industri Semikonduktor
Berita & Peristiwa

Tinjauan Ringkas Peranan Plasma dalam Penyelidikan dan Industri Semikonduktor

3 weeks ago
Next Post
Inovasi : Mendominasi Dunia

Inovasi : Mendominasi Dunia

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In