23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, August 28, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Usaha Pendigitalan Spesimen Herbarium oleh Unit Herbarium Taman Botani Perdana dalam Menyokong Pemuliharaan serta Membantu Memperkayakan Pangkalan Data MyBIS

Usaha Pendigitalan Spesimen Herbarium oleh Unit Herbarium Taman Botani Perdana dalam Menyokong Pemuliharaan serta Membantu Memperkayakan Pangkalan Data MyBIS

Editor by Editor
28/08/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Syazwani Azeman & Siti Sarah Rosli

Pegawai Penyelidik, Unit Herbarium,
Taman Botani Perdana Kuala Lumpur & Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Pendigitalan spesimen herbarium merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh pengurusan maklumat biodiversiti negara. Unit Herbarium Taman Botani Perdana, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama pihak Malaysian Biodiversity Information System (MyBIS), di bawah Cawangan Pemuliharaan dan Biodiversiti Informatik, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) memainkan peranan signifikan dalam usaha ini dengan penyediaan rekod digital spesimen tumbuhan yang lebih sistematik, mudah diakses dan mengurangkan risiko kerosakan spesimen fizikal yang mana ianya sesuai digunakan bagi tujuan rujukan penyelidikan, pendidikan serta pemuliharaan.

Di dalam modul spesimen MyBIS, herbarium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mendaftarkan akronim sebagai PBG iaitu merujuk kepada Perdana Botanical Garden (Gambarajah 1). Sebelum proses pendigitalan spesimen dijalankan, pusat koleksi atau herbarium perlu memastikan bahawa setiap spesimen telah direkodkan terlebih dahulu dalam pangkalan data Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Penyediaan metadata yang lengkap dan tepat adalah penting bagi memastikan setiap spesimen dapat dikenal pasti, dirujuk dan dijejaki dengan mudah pada masa hadapan.

Antara maklumat metadata yang wajib dilengkapkan sebelum proses pendigitalan adalah nombor ID spesimen, kompartmen penyimpanan, tarikh kutipan, lokasi pengutipan, bilangan spesimen dan juga jenis spesimen (kering, basah, slaid atau hidup) serta identifikasi spesimen (Gambarajah 2). Penyediaan maklumat ini secara sistematik bukan sahaja memudahkan pengurusan dan rujukan terhadap spesimen, malah memastikan kemasukan data dilaksanakan secara seragam mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan oleh MyBIS. Semua maklumat tersebut direkodkan dalam format piawai bagi memastikan data dapat dikongsi, disepadukan dan diurus dengan lebih berkesan bersama pangkalan data biodiversiti di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Pendigitalan spesimen turut berperanan dalam menyokong pemeliharaan koleksi secara jangka panjang dengan mengurangkan keperluan pengendalian fizikal terhadap spesimen asal. Pada masa yang sama, maklumat dan imej digital yang tersedia dalam MyBIS dapat memudahkan proses pencarian, rujukan dan perkongsian maklumat oleh penyelidik, institusi serta pihak berkepentingan yang lain. Melalui integrasi ini, koleksi spesimen herbarium yang disimpan di Herbarium Taman Botani Perdana dapat didokumentasikan secara sistematik dan diakses melalui MyBIS, sekali gus memperluas capaian kepada maklumat biodiversiti Malaysia.

Gambarajah 1. Koleksi spesimen dari Taman botani Perdana yang boleh diakses melalui Portal MyBis
Gambarajah 2. Data yang perlu dilengkapkan sebelum kemasukan data spesimen.

Proses pendigitalan spesimen melibatkan pengimejan spesimen menggunakan perkakasan yang bersesuaian bagi menghasilkan imej digital yang berkualiti tinggi. Antara perkakasan asas yang diperlukan ialah kamera digital single-lens reflex (DSLR), tripod dan kotak pencahayaan (light box) bagi memastikan proses pengimejan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan konsisten (Gambarajah 2). Selain itu, pengimbas beresolusi tinggi juga boleh digunakan, khususnya bagi spesimen yang sesuai untuk kaedah pengimbasan.

Walau bagaimanapun, pemilihan perkakasan bukanlah satu-satunya faktor yang perlu diberi perhatian. Resolusi, ketajaman, kejituan warna dan kejelasan imej merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan bagi memastikan imej digital yang dihasilkan dapat menggambarkan ciri-ciri spesimen dengan tepat. Kualiti imej yang baik membolehkan imej digital digunakan sebagai rujukan awal tanpa perlu mengendalikan spesimen fizikal secara berulang. Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan proses pengecaman, penelitian dan perkongsian maklumat, malah dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan terhadap spesimen asal akibat pengendalian yang kerap.

Gambarajah 3. Proses pendigitalan spesimen menggunakan kamera DSLR yang telah disetup di dalam kotak cahaya bersaiz 8×8
Gambarajah 4. Spesimen yang Telah Didigitalkan

Contoh Pendigitalan Herbarium oleh Institusi Lain

Pendigitalan spesimen herbarium telah dilaksanakan secara meluas oleh institusi penyelidikan dan taman botani di seluruh dunia. Sebagai contoh, Harvard University Herbaria telah berjaya mendigitalkan sebanyak 1.8 juta spesimen herbarium dan maklumat berkaitan spesimen herbarium boleh diakses melalui laman sesawang data mereka. Langkah ini membolehkan penyelidik mendapatkan akses kepada maklumat spesimen tanpa perlu meminjam atau melawat koleksi fizikal, sekali gus mempercepatkan penyelidikan biodiversiti.

Selain itu, JSTOR Global Plants merupakan antara inisiatif pendigitalan herbarium terbesar di dunia yang menghimpunkan lebih dua juta imej spesimen jenis (type specimens) dan bahan rujukan daripada lebih 300 herbarium di seluruh dunia. Inisiatif ini menyediakan akses kepada koleksi spesimen yang penting untuk tujuan penyelidikan, pengecaman spesies, perbandingan taksonomi dan rujukan saintifik, sekali gus menunjukkan kepentingan pendigitalan koleksi herbarium dalam memperluas akses kepada sumber biodiversiti secara global. Koleksi ini bermula pada tahun 2004 sebagai satu inisiatif untuk mendigitalkan type specimens dari Afrika, kemudian diperluas kepada type specimens dari Amerika Latin pada tahun 2006, dan sejak itu terus berkembang dari segi liputan geografi merangkumi Eropah, Amerika Utara, Oceania, dan Asia dengan matlamat untuk mendokumentasikan semua jenis tumbuhan yang diketahui. Platform ini menjadi sumber rujukan utama bagi ahli botani, ahli taksonomi dan pelajar dalam mengenal pasti spesies tumbuhan, membuat semakan nama saintifik serta menjalankan kajian perbandingan tanpa batasan geografi.

Di peringkat global, data spesimen herbarium yang telah didigitalkan turut dikongsi melalui Global Biodiversity Information Facility (GBIF). Portal ini menghimpunkan jutaan spesimen herbarium yang telah didigitalkan ke dalam satu rangkaian akses terbuka dan menyeragamkan koleksi tumbuhan fizikal (termasuk imej dan metadata) menggunakan format Darwin Core. Portal ini menggabungkan data daripada ribuan institusi di seluruh dunia dan membolehkan penyelidik menganalisis taburan spesies, perubahan biodiversiti, kesan perubahan iklim serta mengenal pasti spesies yang terancam berdasarkan rekod spesimen sejarah.

Manfaat Pendigitalan kepada Orang Ramai

Pendigitalan spesimen herbarium memberi manfaat yang meluas bukan sahaja kepada komuniti saintifik, malah kepada masyarakat umum. Antara manfaat utama ialah:

  • Meningkatkan akses kepada maklumat biodiversiti, di mana orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai spesies tumbuhan tempatan secara dalam talian tanpa perlu mengunjungi herbarium.
  • Menyokong pendidikan, khususnya sebagai bahan rujukan kepada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi dan pendidik dalam bidang biologi, botani dan pemuliharaan.
  • Memudahkan penyelidikan, kerana penyelidik dapat mengakses imej serta data spesimen dari pelbagai institusi dengan lebih cepat, menjimatkan masa dan kos.
  • Menyokong usaha pemuliharaan, melalui taburan data spesies yang membantu agensi kerajaan mengenal pasti kawasan berkepentingan biodiversity dan spesies yang memerlukan perlindungan.
  • Meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan kepelbagaian tumbuhan tempatan serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha pemuliharaan biodiversiti.
  • Menyokong inovasi digital, termasuk pembangunan aplikasi pengecaman tumbuhan, analisis menggunakan kecerdasan buatan (AI), pemetaan biodiversiti dan penyelidikan perubahan iklim yang memanfaatkan data spesimen digital.

Kepentingan kepada Negara

Pendigitalan herbarium menyokong pembangunan pangkalan data biodiversiti yang lebih lengkap, tepat dan berpiawaian. Inisiatif ini selaras dengan usaha negara untuk memperkukuh perkongsian data biodiversiti, meningkatkan kecekapan pengurusan koleksi saintifik serta menyokong pelaksanaan dasar dan strategi pemuliharaan biodiversiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Secara keseluruhannya, usaha pendigitalan spesimen herbarium oleh Unit Herbarium Taman Botani Perdana merupakan satu inisiatif strategik yang bukan sahaja memelihara warisan biodiversiti negara, malah memperkayakan pangkalan data MyBIS sebagai pusat rujukan biodiversiti kebangsaan. Dengan adanya data digital yang berkualiti, koleksi herbarium dapat dimanfaatkan secara lebih meluas oleh penyelidik, pembuat dasar, pendidik dan masyarakat. Kerjasama berterusan antara institusi penyelidikan, agensi kerajaan dan pusat koleksi akan terus memperkukuh ekosistem data biodiversiti Malaysia, sekaligus menyokong pengurusan sumber semula jadi yang mampan dan berasaskan bukti.

Sumber Rujukan

  1. De Smedt, S. et al. (2024). Ten Lessons Learned from the Mass Digitisation of a Herbarium Collection. Biodiversity Data Journal.
  2. Global Biodiversity Information Facility (GBIF). Tersedia di: https://www.gbif.org/what-is-gbif.
  3. Harvard University Herbaria. Digitization of Herbarium Collections. Tersedia di: https://www.huh.harvard.edu/.
  4. Humphreys, A.M. (2026). Harnessing the Benefits of Herbarium Specimen Digitisation for Inferring Recent and Ongoing Plant Extinctions. New Phytologist.
  5. JSTOR Global Plants. A Worldwide Resource for Botanical Research. Tersedia di: https://plants.jstor.org/collection/TYPSPE.
  6. Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Bengkel Pengurusan & Pendigitalan Spesimen 2025. Diterbitkan pada Ogos 2025.
  7. Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Discover by Specimen – Pusat Koleksi Tumbuhan Taman Botani Perdana Kuala Lumpur (DBKL). Tersedia di: https://www.mybis.gov.my/one/specimen.php.
  8. Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Koleksi Tumbuhan Taman Botani Perdana Kuala Lumpur (DBKL) powered by MyBIS. Tersedia di: https://www.mybis.gov.my/collection/pbg.
  9. Ong, S.Q., Azhar, S. & Mat Jalaluddin, N.S. (2024). Manual Specimen Digitisation for Fair Biodiversity Data Stewardship. Academy of Sciences Malaysia.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: FRIM KepongMalaysian Biodiversity Information System (MyBIS)Syazwani AzemanTaman Botani Perdana Kuala Lumpur
ShareTweetShare
Previous Post

Survivorship Bias dalam Data: Apa yang Tidak Kita Lihat Mungkin Lebih Penting

Next Post

Siakap Langkawi: Menyingkap Rahsia Bahaya Logam Berat di Sebalik Kelazatannya

Editor

Editor

Related Posts

Kenali Penyelidik Teknologi Kuantum Malaysia: Dr. Yap Yung Szen, Universiti Teknologi Malaysia
Berita & Peristiwa

Kenali Penyelidik Teknologi Kuantum Malaysia: Dr. Yap Yung Szen, Universiti Teknologi Malaysia

51 minutes ago
Siakap Langkawi: Menyingkap Rahsia Bahaya Logam Berat di Sebalik Kelazatannya
Alam Semulajadi

Siakap Langkawi: Menyingkap Rahsia Bahaya Logam Berat di Sebalik Kelazatannya

1 hour ago
Survivorship Bias dalam Data: Apa yang Tidak Kita Lihat Mungkin Lebih Penting
Berita & Peristiwa

Survivorship Bias dalam Data: Apa yang Tidak Kita Lihat Mungkin Lebih Penting

12 hours ago
Mengapa Rehabilitasi Penting untuk Kembali Menjalani Kehidupan Selepas Strok atau Kecederaan Otak Traumatik?
Berita & Peristiwa

Mengapa Rehabilitasi Penting untuk Kembali Menjalani Kehidupan Selepas Strok atau Kecederaan Otak Traumatik?

12 hours ago
Next Post
Siakap Langkawi: Menyingkap Rahsia Bahaya Logam Berat di Sebalik Kelazatannya

Siakap Langkawi: Menyingkap Rahsia Bahaya Logam Berat di Sebalik Kelazatannya

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In