23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, August 28, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Siakap Langkawi: Menyingkap Rahsia Bahaya Logam Berat di Sebalik Kelazatannya

Siakap Langkawi: Menyingkap Rahsia Bahaya Logam Berat di Sebalik Kelazatannya

Editor by Editor
28/08/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Kimia
0 0
0

Penulis: Yafik Mohd Yazid, Mohamad Hafiz Abdul Halim & Prof. Madya Dr. Masni Mohd Ali
Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar,
Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Ikan siakap merupakan antara makanan laut yang digemari ramai. Isinya yang lembut dan rasanya yang sedap membuatkan ikan ini sesuai dimasak dalam pelbagai cara, daripada siakap tiga rasa hingga siakap stim limau. Di Pulau Langkawi, ikan siakap juga mempunyai nilai ekonomi yang sangat penting kerana ia banyak diternak menggunakan sistem sangkar.

Namun, di sebalik keenakan ikan siakap, pernahkah kita terfikir: adakah ikan yang diternak dalam sangkar di laut turut terdedah kepada bahan pencemar yang terdapat di sekelilingnya? Persoalan inilah yang menjadi asas kepada kajian dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini bertujuan menilai kandungan logam di dalam beberapa organ ikan siakap sangkar serta melihat potensi risikonya kepada pengguna.

Bukan Semua Logam Berbahaya

Istilah “logam berat” mungkin kedengaran menakutkan. Namun, tidak semua logam yang terdapat dalam ikan berbahaya kepada manusia. Sesetengahnya, seperti ferum, zink dan kuprum, sebenarnya diperlukan oleh badan dalam jumlah yang tertentu untuk membantu tumbesaran dan kelancanran metabolisme.

Masalah hanya timbul apabila logam-logam ini hadir pada kepekatan yang terlalu tinggi, atau apabila logam yang bertoksik seperti kadmium, plumbum, dan arsenik memasuki tubuh manusia secara berterusan. Logam-logam ini boleh wujud secara semula jadi di dalam persekitaran, namun aktiviti manusia seperti pengurusan sisa, operasi pelabuhan, dan penggunaan makanan ternakan berpotensi memburukkan lagi keadaan. Apabila kadar kemasukan logam ke dalam badan ikan lebih pantas daripada kadar penyingkirannya, proses pengumpulan yang dipanggil bioakumulasi akan berlaku.

Dari Sangkar ke Makmal Kajian

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih dekat dengan situasi sebenar pengguna, kajian ini melibatkan 10 ekor ikan siakap dewasa yang diambil daripada sangkar akuakultur di Pulau Langkawi. Ikan yang dikaji juga telah mencapai saiz pasaran, iaitu saiz yang biasa kita lihat di pasar atau nikmati ketika makan di restoran.

Di makmal, empat bahagian ikan telah diasingkan untuk dianalisis iaitu tisu otot (isi ikan), insang, hati, dan perut. Otot dipilih kerana ia adalah bahagian yang kita makan, manakala organ-organ lain memberi gambaran tentang laluan masuk dan tempat simpanan logam di dalam tubuh ikan.

Rajah 1. Perjalanan logam berat daripada persekitaran dan makanan hingga terkumpul dalam tubuh ikan siakap sangkar.

Insang dan Hati: Pintu Masuk dan Kilang Penapis

Ujian makmal membuktikan bahawa kesemua lapan logam yang dikaji wujud di dalam keempat-empat organ ikan, tetapi taburannya sangat berbeza.

Ferum didapati paling banyak terkumpul di bahagian insang, dengan kepekatan hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding hati. Mengapa insang? Hal ini kerana insang sentiasa bersentuhan dengan air. Permukaannya yang nipis dan mempunyai banyak salur darah membolehkan bahan terlarut daripada air bersentuhan dan diserap dengan lebih mudah.

Hati pula bertindak sebagai “pusat pemprosesan”. Organ ini berfungsi meneutralkan toksin dan menyimpan bahan asing. Oleh sebab itu, hati ikan siakap didapati menjadi tempat pengumpulan utama bagi logam-logam berisiko seperti kuprum, kadmium, dan plumbum. Plumbum, misalnya, mencatatkan kepekatan yang sangat dominan di dalam hati berbanding organ-organ lain.

Rajah 2. Taburan dan tahap pengumpulan logam dalam otot, insang, hati dan perut ikan siakap.

Bagaimana Pula dengan Isi Ikan yang Kita Makan?

Berita baik untuk penggemar makanan laut! Bahagian tisu otot, yakni isi ikan yang kita makan, mencatatkan tahap pengumpulan logam yang paling rendah.

Kepekatan logam toksik seperti kuprum dan kadmium di dalam isi ikan amatlah kecil dan hampir tidak signifikan jika dibandingkan dengan organ dalaman. Ia masih menyimpan mineral yang bermanfaat seperti ferum dan zink pada paras yang sederhana. Walaupun arsenik dan plumbum masih dikesan pada bahagian isi, skalanya adalah jauh lebih rendah. Ini menunjukkan sistem biologi ikan itu sendiri mempunyai pelindung semula jadi yang mengehadkan pemindahan logam toksik ke bahagian ototnya.

Memahami Risiko Tanpa Perlu Panik

Walaupun kepekatan logam dalam isi ikan agak rendah, apakah kesannya jika kita memakannya setiap hari?

Berdasarkan pengiraan Indeks Bahaya (HQ) untuk pendedahan jangka panjang, arsenik dan plumbum adalah dua elemen yang memerlukan perhatian. Bacaan bagi arsenik didapati sedikit melepasi garis panduan selamat, terutamanya bagi golongan kanak-kanak yang lebih berisiko kerana berat badan mereka yang lebih ringan.

Sebagai gambaran mudah, pengiraan Kuantiti Pengambilan Selamat menunjukkan bahawa jumlah ikan siakap yang boleh diambil bagi mengawal pendedahan kepada arsenik adalah sekitar 100 gram sehari untuk orang dewasa, iaitu kira-kira bersamaan dengan sekeping filet siakap bersaiz sederhana. Bagi kanak-kanak, jumlah yang dikira lebih rendah, iaitu sekitar 24 gram sehari. Angka ini hanyalah anggaran berdasarkan hasil penilaian risiko kajian dan bukan bermaksud siakap perlu dihadkan kepada jumlah tersebut setiap hari.

Namun begitu, kita tidak perlu terus berasa bimbang. Analisis dalam kajian ini mengukur jumlah keseluruhan arsenik yang terdapat dalam ikan. Dalam makanan laut, kebanyakan arsenik biasanya berada dalam bentuk organik yang kurang berbahaya kepada tubuh, berbanding arsenik tak organik yang lebih toksik. Oleh itu, penilaian kajian ini menggunakan pendekatan yang lebih berhati-hati dengan menganggap keadaan yang paling berisiko sebagai langkah berjaga-jaga.

Rajah 3. Risiko kesihatan dan panduan pengambilan ikan siakap yang selamat berdasarkan kandungan logam berat.

Tip Praktikal Pengguna: Apa Langkah Kita?

Kita tidak perlu berhenti menikmati ikan siakap. Sebaliknya, dapatan kajian ini boleh menjadi peringatan bahawa pemantauan kualiti persekitaran di kawasan penternakan sangkar perlu diteruskan secara berkala. Sebagai pengguna, beberapa langkah mudah juga boleh diamalkan:

  • Elakkan makan organ dalaman: hati, perut, dan insang ikan adalah pusat pengumpulan dan penapisan sisa toksik. Bersihkan ikan dengan teliti dan buang bahagian organ dalaman sebelum memasak.
  • Nikmati secara sederhana: Ikan siakap boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat. Namun, elakkan mengambil ikan yang sama terlalu kerap dan jadikan pemakanan yang pelbagai sebagai amalan.
  • Pelbagaikan sumber protein: Selain ikan siakap, pilih juga pelbagai jenis ikan dan makanan laut, ayam serta sumber protein berasaskan tumbuhan. Kepelbagaian makanan membantu memastikan diet lebih seimbang untuk seisi keluarga.

Seekor ikan mungkin kelihatan bersih dan segar, tetapi persekitaran tempat ia dibesarkan akan terus menjadi rahsia yang tersimpan dalam tisunya. Jadilah pengguna yang cakna demi kelestarian kesihatan keluarga anda.

Biodata Penulis

Yafik bin Mohd Yazid merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Laut di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Projek Tahun Akhir (FYP) beliau memfokuskan kepada kajian kepekatan logam berat dalam ikan siakap sangkar serta penilaian potensi risiko kesihatan terhadap pengguna di Pulau Langkawi. Beliau turut mempunyai pengalaman dalam sektor perundingan alam sekitar, termasuk penyediaan laporan EIA dan TOR, pemantauan serta pensampelan alam sekitar, dan penilaian ekologi serta biodiversiti.

 

Rujukan

Ali, H. & Khan, E. (2019). Trophic transfer, bioaccumulation, and biomagnification of non-essential hazardous heavy metals and metalloids in food chains/webs-Concepts and implications for wildlife and human health. Human and Ecological Risk Assessment: An International Journal, 25(6): 1353-1376.

Almashhadany, D., Rashid, R., Altaif, K., Mohammed, S., Mohammed, H. & Al-Bader, S. (2024). Heavy metal(loid) bioaccumulation in fish and its implications for human health. Italian Journal of Food Safety, 14: 12782.

Amin, N. A. N., Kamaruddin, R. & Samah, R. (2023). Faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pengguna terhadap ikan akuakultur: kajian kes terhadap generasi Y dan Z di Malaysia. Journal of Economics and Sustainability, 5(1): 59-72.

Authman, M., Zaki, M. S., Khallaf, E. A. & Abbas, H. H. (2015). Use of fish as bio-indicator of the effects of heavy metals pollution. Journal of Aquaculture Research & Development, 6(4): 1000328.

Azmi, W. N. F. W., Ahmad, N. I. & Mahiyuddin, W. R. W. (2019). Heavy metal levels and risk assessment from consumption of marine fish in Peninsular Malaysia. Journal of Environmental Protection, 10(11): 1450-1471.

Ebrahimpour, M., Pourkhabbaz, A., Baramaki, R., Babaei, H. & Rezaei, M. (2011). Bioaccumulation of heavy metals in freshwater fish species, Anzali, Iran. Bulletin of Environmental Contimination and Toxicology, 87(4): 386-392.

Garai, P., Banerjee, P.  Mondal, P. & Saha, N.C. (2021). Effect of heavy metals on fishes: Toxicity and bioaccumulation. Journal of Clinical Toxicology, 11(S18): 001.

Jerry, D.R. (2013). Biology and Culture of Asian Seabass Lates calcarifer. Boca Raton: CRC Press.

Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives. (2011). Evaluation of certain contaminants in food: Seventy-second report of the Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives. World Health Organization.

Storelli, M. M. (2008). Potential human health risks from metals (Hg, Cd, and Pb) and polychlorinated biphenyls (PCBs) via seafood consumption: Estimation of target hazard quotients (THQs) and toxic equivalents (TEQs). Food and Chemical Toxicology, 46(8): 2782-2788.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Sains dan TeknologiJabatan Sains Bumi dan Alam Sekitarkajian makanan lautmakanan laut dan risikoMasni Mohd Alirisiko logam berat ternakan ikan sangkarsiakap langkawiUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Usaha Pendigitalan Spesimen Herbarium oleh Unit Herbarium Taman Botani Perdana dalam Menyokong Pemuliharaan serta Membantu Memperkayakan Pangkalan Data MyBIS

Next Post

Kenali Penyelidik Teknologi Kuantum Malaysia: Dr. Yap Yung Szen, Universiti Teknologi Malaysia

Editor

Editor

Related Posts

Kenali Penyelidik Teknologi Kuantum Malaysia: Dr. Yap Yung Szen, Universiti Teknologi Malaysia
Berita & Peristiwa

Kenali Penyelidik Teknologi Kuantum Malaysia: Dr. Yap Yung Szen, Universiti Teknologi Malaysia

51 minutes ago
Usaha Pendigitalan Spesimen Herbarium oleh Unit Herbarium Taman Botani Perdana dalam Menyokong Pemuliharaan serta Membantu Memperkayakan Pangkalan Data MyBIS
Alam Semulajadi

Usaha Pendigitalan Spesimen Herbarium oleh Unit Herbarium Taman Botani Perdana dalam Menyokong Pemuliharaan serta Membantu Memperkayakan Pangkalan Data MyBIS

2 hours ago
Survivorship Bias dalam Data: Apa yang Tidak Kita Lihat Mungkin Lebih Penting
Berita & Peristiwa

Survivorship Bias dalam Data: Apa yang Tidak Kita Lihat Mungkin Lebih Penting

12 hours ago
Mengapa Rehabilitasi Penting untuk Kembali Menjalani Kehidupan Selepas Strok atau Kecederaan Otak Traumatik?
Berita & Peristiwa

Mengapa Rehabilitasi Penting untuk Kembali Menjalani Kehidupan Selepas Strok atau Kecederaan Otak Traumatik?

12 hours ago
Next Post
Kenali Penyelidik Teknologi Kuantum Malaysia: Dr. Yap Yung Szen, Universiti Teknologi Malaysia

Kenali Penyelidik Teknologi Kuantum Malaysia: Dr. Yap Yung Szen, Universiti Teknologi Malaysia

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In