23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 17, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Inovasi Vaksin Teratenuat Adenovirus Unggas Berasaskan CRISPR Lindungi Ayam Daripada Penyakit IBH

Inovasi Vaksin teratenuat Adenovirus Unggas

Saiful Bahari by Saiful Bahari
28/04/2021
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Azman Zakaria
Gambar oleh : Noor Azreen Awang

 

SERDANG: Kumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan Vaksin teratenuat Adenovirus Unggas berasaskan CRISPR (Live attenuated Fowl Adenovirus (FAdV) CRISPR-based vaccine) yang berupaya merangsang keputusan titer antibodi yang tinggi terhadap jangkitan adenovirus unggas, mudah diberikan kepada ayam, dan berupaya melindunginya daripada penyakit Inclusion body hepatitis (IBH).

Inovasi ini mengandungi ciri khas pada jujukan genotip adenovirus unggas yang dihasilkan secara inovatif dengan cara menghilangkan keperluan untuk pemindahan terus menerus untuk atenuasi virus, yang secara tidak langsung mengurangkan kos dan tempoh masa penghasilan. Ciri khas ini menjadikannya kurang virulen, imunogenik dan sesuai digunakan di kebanyakan negara yang dijangkiti adenovirus unggas.

Inovasi ini juga menawarkan pemberian vaksin melalui kaedah oral selain penyediaan dalam sekala besar yang mudah dikendali, secara tidak langsung mengurangkan kos dan tempoh masa penyediaan di ladang

FAdV adalah agen etiologi penyakit IBH. IBH adalah  penyakit utama virus FAdV yang menyebabkan kerugian ekonomi yang besar pada ladang-ladang ayam/unggas.

Epidemiologi global penyakit ini dilaporkan di benua Asia sejak 1963. Kes pertama IBH di Malaysia dilaporkan pada 2005 dengan kematian yang tinggi dan profil prestasi yang buruk disebabkan jangkitan FAdV. Sejak itu, penyakit ini telah dilaporkan di ladang-ladang utama penternakan ayam/unggas di beberapa negeri di Malaysia, dan masih menjadi ancaman besar.

 

 

Ketua kumpulan penyelidik itu, Prof. Madya Dr. Nurulfiza Mat Isa berkata Vaksin teratenuat Adenovirus Unggas berasaskan CRISPR membabitkan pengubahsuaian pada protein serat virus, seterusnya mengubah jujukan genotip FAdV menjadi vaksin yang kurang virulen, stabil secara genetik, imunogenik dan boleh diaplikasi di negara-negara yang dijangkiti FAdV.

Katanya, Vaksin teratenuat Adenovirus Unggas berasaskan CRISPR adalah virus Fowl Adenovirus UPMT27 jenis liar yang telah diubah suai dan termutasi secara fizikal, seterusnya menyumbang kepada kegagalan protein serat untuk berfungsi dengan baik.

“Adenovirus unggas terubah suai ini adalah hasil penyuntingan genom menggunakan teknologi CRISPR dalam sel hati ayam primer, yang kemudian disahkan, dituai dan dibiakkan dalam embrio ayam SPF untuk proses komersialisasi selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, vaksin yang telah dilemahkan itu boleh diberikan melalui mulut, dan mudah dibawa ke perut melalui sistem pencernaan untuk diproses.

Ia dihasilkan dalam bentuk serbuk dan perlu dicampur dengan air untuk minuman, dan boleh diberi kepada anak ayam yang berusia satu hari. Sekali pemberian atau satu dos sudah memadai untuk setiap ekor ayam.

“Kemasukan awal adenovirus unggas yang dilemahkan ke dalam sel bergantung kepada interaksi perlekatan protein serat  dengan sel reseptor perumah. Modifikasi pada kawasan poros protein serat adenovirus unggas ini akan mengganggu fungsi protein tersebut seterusnya memberi kesan kepada interaksi yang tidak sempurna,” katanya.

Katanya, hal itu akan memberi masa dan membolehkan sel perumah haiwan menghasilkan lebih banyak antibodi terhadap adenovirus unggas tersebut disebabkan oleh aktiviti internalisasi dan peneutralannya yang lemah.

Beliau berkata, penemuan itu melibatkan penggunaan teknologi CRISPR bagi menghasilkan virus teratenuat yang dilemahkan berbanding kaedah konvensional yang memerlukan proses atenuasi secara berterusan dalam kultur sel atau embrio ayam, yang mengambil masa yang panjang selain mahal dan terdedah kepada kesilapan teknikal.

“Vaksin ini mudah dihasilkan dan menjimatkan kos, serta sesuai untuk aplikasi industri,” katanya.

Dr. Nurulfiza berkata, ciri-ciri itu menawarkan kelebihan berbanding vaksin komersial sedia ada di pasaran.

Menurutnya, kelemahan teknologi sedia ada dalam pembangunan vaksin adenovirus unggas merangkumi pengklonan fragmen antigenik berasaskan plasmid yang boleh menyebabkan ketoksikan bagi vaksin jenis rekombinasi dan subunit, serta inaktivasi yang tidak lengkap, jumlah antigen yang tidak diketahui dan vaksin diberi secara suntikan memerlukan prosedur pengendalian yang ekstensif bagi vaksin jenis inaktivasi.

Selain beliau, ahli kumpulan penyelidik itu ialah Prof. Dato’ Dr. Mohd Hair Bejo, Prof. Dr. Abdul Rahman Omar, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Profesor Madya Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak dan Salisu Ahmed.

Penyelidikan inovasi itu bermula Mac 2018 dan tamat Disember 2020, dan produk telah dipaten. Produk itu memenangi pingat emas pada International Expo on Inventions and Innovations – Malaysia Technology Expo (MTE) 2021. – UPM

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: CRISPR (Live attenuated Fowl Adenovirus (FAdV) CRISPR-based vaccine)Inovasi Vaksin teratenuat Adenovirus UnggasProf. Madya Dr. Nurulfiza Mat IsaUniversiti Putra Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Baik & Buruk Rawatan Braces @ Pendakap Gigi

Next Post

Teknik Penyiasatan Tanah Untuk Pembinaan Kilang Industri

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Tradisi Mencandat Sotong: Antara Warisan, Ekologi dan Sains Cahaya
Alam Semulajadi

Tradisi Mencandat Sotong: Antara Warisan, Ekologi dan Sains Cahaya

13 hours ago
Haiwan Tanpa Otak Tapi Kaya Fungsi
Alam Semulajadi

Haiwan Tanpa Otak Tapi Kaya Fungsi

3 days ago
Daripada Bahasa kepada Tanaman: Implikasi NLP Berkuasa AI dalam Sektor Pertanian
Alam Semulajadi

Daripada Bahasa kepada Tanaman: Implikasi NLP Berkuasa AI dalam Sektor Pertanian

3 days ago
Tiub Nano Karbon Bergrafen (GCNT): Inovasi Nano untuk Aplikasi Tenaga dan Elektronik Fleksibel
Berita & Peristiwa

Tiub Nano Karbon Bergrafen (GCNT): Inovasi Nano untuk Aplikasi Tenaga dan Elektronik Fleksibel

6 days ago
Next Post
Teknik Penyiasatan Tanah Untuk Pembinaan Kilang Industri

Teknik Penyiasatan Tanah Untuk Pembinaan Kilang Industri

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In