Thursday, September 11, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Jangan Pindah Sarang Penyu Jika Tidak Perlu

Literasi Lautan Untuk Semua

Saiful Bahari by Saiful Bahari
02/07/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Dr. Mohd Uzair Rusli
Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu

 

Selepas hampir tiga dekad projek konservasi penyu di Pantai Chagar Hutang, Pulau Redang, Sea Turtle Research Unit (SEATRU) dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menjadi rakan strategik pemuliharaan penyu kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu berusaha untuk tidak memindahkan sarang penyu dari lokasi asal kerana percaya ini adalah kaedah yang terbaik.

Walau bagaimanapun, kepercayaan perlu disokong oleh dapatan sains. Usaha konservasi yang tidak berasaskan dapatan sains akan membawa kepada kegagalan dan merupakan suatu pembaziran semata. Maka satu kajian telah dilakukan untuk menentukan kesan pemindahan telur-telur yang telah disarangkan secara semula jadi ke suatu kawasan yang lain bagi tujuan konservasi.

Telah menjadi kelaziman di negara kita, rata-rata projek konservasi akan memindahkan telur penyu sebaik sahaja selesai proses persarangan oleh ibu penyu. Telur-telur penyu secara purata berjumlah sebanyak 100 biji ini akan dipindahkan untuk ditanam di dalam hatcheri yang berpagar. Tujuan utama ialah untuk mengelakkan kecurian telur jika ditinggalkan di pantai yang menjadi tumpuan umum. Diketahui juga di negara kita masih ada enakmen negeri yang masih tidak mengharamkan penjualan telur penyu secara komersial. Selain itu, pemindahan telur ini juga dipercayai dapat meningkatkan peratusan keberjayaan pengeraman kerana dapat mengurangkan pemangsaan terhadap sarang penyu.

Walau bagaimanapun, hasil kajian terkini telah membuktikan anak penyu yang lahir dari sarang yang dipindahkan lebih cenderung untuk mempunyai corak karapas yang tidak normal sebanyak 20%. Perkara ini terjadi kerana proses pengeraman telah terganggu kerana penyediaan sarang baharu bagi tujuan pemindahan telur ini tidak mengikut kepada ukuran sarang semula jadi.

Alasannya, sarang penyu yang digali oleh pekerja konservasi bagi tujuan pemindahan telur adalah cenderung untuk berbentuk menegak dan tidak mempunyai bentuk seakan pasu yang luas di bahagian dasarnya sebagaimana sarang semula jadi. Bentuk menegak ini akan mempengaruhi suhu pengeraman dan pembentukan embrio penyu (Rajah 1).

 

Rajah 1: Ringkasan dapatan kajian yang menunjukkan perbezaan anak penyu yang dihasilkan daripada sarang semulajadi dan yang dipindahkan oleh petugas konservasi.

 

Rajah 2: Penulis sedang memerhatikan tingkah laku ibu penyu yang telah selesai bertelur di Pantai Chagar Hutang untuk memastikan ibu penyu tidak mengganggu sarang sedia ada ketika proses penyamaran yang menggunakan kedua belah sirip hadapan mereka.

 

Embrio juga turut terdedah kepada suhu panas yang melampau dan dikhuatiri akan menyebabkan kematian sekaligus menjejaskan peratusan keberjayaan pengeraman. Telur penyu perlu dipastikan berada sekurang-kurangnya pada kedalaman melebihi 20 cm bagi menjamin suhu pengeraman yang stabil. Pada kedalam kurang 20 cm, telur akan terdedah kepada penurunan dan peningkatan suhu harian akibat pergerakan matahari.

Alasan utama penyu menggunakan pasir pantai untuk pengeraman adalah bagi memastikan tidak ada perubahan suhu harian yang drastik kepada telur sepanjang proses pengeraman. Embrio penyu yang sedang berkembang di dalam telur amat sensitif kepada perubahan suhu. Perkara ini bertentangan dengan ayam mahupun burung yang diketahui telur mereka boleh ditinggalkan oleh ibunya pada waktu siang buat beberapa ketika untuk mencari makanan sebelum kembali dieramkan.

Peningkatan anak penyu yang tidak normal hasil pengeraman dikhuatiri akan menjejaskan prestasi pergerakan awal anak penyu untuk meninggalkan pantai dengan kadar yang segera bagi mengelakkan pemangsaan. Kita bukan sahaja perlu menghasilkan anak penyu dalam jumlah yang banyak, tetapi perlu juga menghasilkan anak penyu yang berprestasi tinggi untuk meningkatkan peluang mereka hidup.

Dapatan ini juga menyokong kepercayaan terdahulu bahawa adalah lebih baik untuk ibu penyu menentukan lokasi terbaik pengeraman anak mereka. Sebelum ini kita mengetahui bahawa ibu penyu cenderung memilih kawasan di bawah pokok untuk menyejukkan sarang bagi mendapatkan nisbah jantan dan betina yang seimbang.

 

Rajah 3: Proses penandaan ibu penyu dilakukan sebaik sahaja selesai proses bertelur. Telur-telur dikutip oleh petugas semasa proses bertelur dan akan dipindahkan segera ke lokasi yang lebih sesuai. Orang awam boleh merasai pengalaman melakukan usaha konservasi ini dengan menyertai program sukarelawan yang dianjurkan oleh UMT. Rujuk laman web: https://seatru.umt.edu.my

 

Rajah 4: Pantai Chagar Hutang diwartakan sebagai santuari penyu pada tahun 2005 telah menjadi kawasan larangan kepada umum dan sesuai untuk pengeraman telur secara semula jadi. Namun terdapat juga sebahagian sarang perlu dipindahkan kerana lokasi sarang yang terlalu dekat dengan anak sungai atau berhampiran garisan aras air pasang. Projek konservasi diuruskan sepenuhnya oleh SEATRU melalui kerjasama strategik Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

 

Walau bagaimanapun, penyelidikan ini tidak menolak keperluan sarang-sarang penyu tetap perlu dipindahkan ke lokasi yang selamat untuk meningkatkan peratusan keberjayaan pengeraman. Namun, penyediaan sarang baharu perlulah mengikut pengukuran dimensi dan saiz asal sarang yang digali oleh ibu penyu. Setiap petugas konservasi perlu diberikan latihan secukupnya bagi memastikan usaha konservasi kita pada ketika ini akan membuahkan hasil yang baik pada masa akan datang.

Dengan sains kita selamatkan penyu.

Hubungi penulis di uzair@umt.edu.my untuk mendapatkan artikel penuh kajian ini yang diterbitkan di Ocean and Coastal Management: Implications of nest relocation for morphology and locomotor performance of green turtle (Chelonia mydas) hatchlings.

#LiterasiLautanUntukSemua

 

Kredit Foto : Dr. Mohd Uzair Rusli

 

Artikel Berkaitan – Peranan Angin Monsun Dalam Kelangsungan Populasi Penyu
Artikel Berkaitan – Ketahui Cara Hipnosis Anak Penyu
Artikel Berkaitan – Pengeraman Telur Penyu Dicemari Plastik
Artikel Berkaitan – Komunikasi Antara Anak Penyu Laut
Artikel Berkaitan – Pembinaan Indeks Rujukan Darah Penyu Pertama Negara

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Mohd Uzair RusliInstitut Oseanografi dan Sekitaran (INOS)Literasi Lautan Untuk SemuaSarang PenyuUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Pembinaan Indeks Rujukan Darah Penyu Pertama Negara

Next Post

Minum Madu Tapi Penyakit Yang Dapat

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Bateri Litium Menyokong Teknologi Hijau
Berita & Peristiwa

Penggunaan Bateri Litium Menyokong Teknologi Hijau

7 days ago
Malaria: Penyakit Purba yang Masih Mengancam Dunia
Berita & Peristiwa

Malaria: Penyakit Purba yang Masih Mengancam Dunia

7 days ago
Buah Gac (Momordica cochinchinensis): Mutiara Merah Asia yang Kaya dengan Potensi Nutrisi dan Ekonomi Tinggi
Alam Semulajadi

Buah Gac (Momordica cochinchinensis): Mutiara Merah Asia yang Kaya dengan Potensi Nutrisi dan Ekonomi Tinggi

1 week ago
Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa
Berita & Peristiwa

Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa

1 week ago
Next Post
Minum Madu Tapi Penyakit Yang Dapat

Minum Madu Tapi Penyakit Yang Dapat

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In